Monday, September 28, 2009

~WaniTa BerTuduNG~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji hanya bagiMu ya Rabb...Selawat dan salam keatas Rasul junjugan yang mulia, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'in.

Esok, ana ada amali arab. Amali untuk maharah istima' wal kitabah. Tapi tak tahulah macam esok tak amali je. Tak ada semangat pun nak study tuk amali esok. EWah2, lagak macam da teror arab ja. hee Hmm, walaupun ana agak sibuk hari ini, tapi kalau tidak update blog ni ana rasa lain macam je. Macam ada yang belum sempurna. Jadi, ana pun curi2 masa tuk mengupdate blog ni...

Untuk entri kali ini, ana ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi kita semua. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Dewasa ini, ana lihat dari kaca mata ana sendiri, telah lahir, telah muncul dan telah wujud beraneka fesyen tudung. Terlalu banyak fesyen tudung sekarang ni, tudung siti la, tudung ekin la, selendang la dan macam2 lagi. Dah jadi cam cendawan tumbuh selepas hujan sebab da banyak sangat.

Baru-baru ni masa ana balik raya di kampung halaman, ya Allah, macam2 gaya pemakaian tudung ada. Tapi yang ana sedih sangat semuanya tidak menepati syariat. Ada yg tudung tu da elok agak labuh tapi melekat pulak, tapi yang paling banyak ana lihat adalah yang pendek dan tidak melepasi dada seperti yang disyariatkan. Ada yang pakai tudung tapi nampak leher dan tidak kurang juga yang pakai tudung tapi seperti tak pakai dek kerana nampak jugak rambut dan leher disebalik tudung mereka itu.

Ana sedih, sedih sangat2...Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

P/s~Sekadar pesanan dan peringatan buat diri sendiri khasnya dan amnya buat kalian semua~

2 comments:

  1. pakaian zaman sekarang tak keterlaluan dikatakan sudah kembali seperti mereka di zaman jahiliyah dahulu. bezanya masyarakat sekarang yang dikatakan bertamadun ini sudah tahu apa itu hak dan batil, apa itu halal dan haram, apa itu pahala dan apa itu dosa! puncanya kepada berlaku segala macam ke'songsang'an dalam dunia sekarang adalah akibat tiada penghayatan mahupun usaha untuk menghayati satu2 amalan yang dilakukan. ah. mengapa disia-siakan amalan yang dilakukan tanpa erti? tudung dipakai kerana trend. tiada erti 'pakaian taqwa' bagi seseorang muslim itu. namun sekurang kurangnya punya rasa untuk menutup aurat. solusinya? hayati segala amalan dan perbuatan kita. mengapa saya bertudung? mengapa saya solat? mengapa saya berpuasa? mengapa saya membaca qur'an? supaya tidak lahir insan yang amalannya sia-sia tak bererti.
    ah. dunia.
    :(

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    terima kasih atas peringatan saudari terhadap pemakaian tudung di kalangan wanita islam..
    moga diberi manfaat atas nasihat tersebut

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~