Monday, August 31, 2009

~Kini Ku KemBaLI~


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamulaikum... Apa khabar kalian? Doaku moga kalian sihat2 belaka dan sentiasa berada dibawah perlindungan dan InayahNYa..amin.

Alhamdulillah...Syukurku panjatkan padaMU ya Rabb... Kau masih memberiku Rahmat dan belas kasihMu..Masih memberikanku nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam...Selawat dan salam buat Rasul junjungan, para sahabat, ahli keluarga baginda dan tabi'-tabi'in...

Tepat pukul 3 Petang tadi aku telah selamat tiba di Bumi IPGM Kampus Tuanku Bainun ini. Hee Setelah cuti seminggu kini ku kembali semula ke kampus. Argh...pagi tadi masa kat umah rasa cam tak percaya je da kena balik kampus. Tak puas dok umah. Tak puas bersama keluarga tersayang.Hmm...Namun apakan dayaku..Perjuangan harus diteruskan...Jihadku dlm menuntut ilmu perlu diteruskan...

Seminggu berpuasa di rumah sungguh bermakna bagiku.. Quality is important. Right? Hee Kalau waktu2 macam ni kat umah tu ngah sibuk wat persediaan berbuka. Masa tu la dapur tu meriah. Hee... Pukul 7 petang pulak, semua da wajib dok kat meja makan. hee Awat awal sangat? tak sabaq ka? huhu

Bukan tak sabaq, tapi memang sejak dulu lagi,sudah menjadi amalan sebelum buka kami akan bertahlil yang dipimpin oleh abah sendiri. Waktu itu ku rasakan ketenangan. Bukankah waktu sebelum berbuka antara waktu mustajab berdoa?

Dah la tu, sikit je citer sal umah, tak boleh lelebih nanti rindu susah pulak...

Hmm...sebenarnya ku amat merindui kalian..Rindu ingin sama2 berkongsi ilmu, pengalaman dan saling ingat-mengingati sesama kita... Seminggu tak bukak blog ni.. Rindu..Jadi, insyaAllah sepanjang 3 minggu di kampus ni ku akan kongsikan seberapa banyak ilmu, pengalaman dan tazkirah2 Ramadhan bersama kalian. Jika tiada aral melintang dan diizinkan olenhNYa...InsyaAllah...Ku akan cuba usahakan. Ku mohon iringan doa kalian, agar diberi kekuatan dan di permudahkan segala urusan ku dalam usaha mengupdate blog kesayanganku ini.

InsyaAllah...jika masih panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNYa...esok kita kan bersua lagi..Dengan post yang menarik dan semestinya bermanfaat. InsyaAllah..Ilal LIqa'(^_~)

Friday, August 21, 2009

~AkhiRnya Hari yaNG DituNggu-TunGGu TeLaH tiBa~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..puji dan syukur ku panjatkan padaNYa yang masih mengurniakan nikmat sihat dan masa lapang kepadaku.. bersua kita kembali dalam blog yang amat bermakna bagiku ini..

Akhirnya hari ini tiba juga..hari yang ku tunggu-tunggu. Ya...hari ni aku akan pulang ke rumah..pulang ke kampung halaman tercinta...(kampung la sangat..hee). Tak sabar rasa hati ingin menatap wajah-wajah yang kurindui dan kusayangi..Tak sabar rasanya mahu memeluk dan mencium mereka yang kukasihi dan cintai. Ku tahu mereka juga begitu.. Ya, mereka juga rindu dan menanti-nanti kepulanganku.

Sabarlah duhai hati, beberapa jam saja lagi kita akan leraikan rasa rindu yang mengigit hati ini. insyaAllah...ku pohon iringan doa dari kalian. Moga perjalanan pulang ku ini selamat dan tiada apa-apa menimpa diriku. amin..

Akanku manfaatkan masa seminggu di rumah nanti sebaiknya. Tidak akan kusia-siakan walau sesat pun waktu dalam seminggu ini untuk bersama keluarga tercinta.Kepada kalian yang tidak pulang ke kampung halaman, sabarlah. Teruskan perjuangan kalian walau di mana jua kalian berada. P/s: Jangan nangis pulak sebab tak dapat berpuasa bersama kelurga tersayang.

Akhir kalam... Selamat menyambut bulan tarbiyah, bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan dimana banyak fadhilat di dalamnya. Sama-samalah kita rebut peluang dan fadhilat yang ada dalam bulan ini. Manfaatkanlah hadiah dan kurniaan istimewa ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti.

Ahyan ya Ramadhan....!

Wednesday, August 19, 2009

~TeRamaT RiNdU~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan rasa syukur kita kehadrat Ilahi yang memberikan segala nikmat dan kurniaNya kepada kita hambaNya yang lemah dan hina dina ini. Dialah satu-satunya tempat pengabdian diri. DaripadaNya kita datang dan kepadaNYa jualah kita akan kembali. Selawat dan salam buat rasul junjungan, para sahabat, ahli keluarga dan tabi’- tabi’in seluruhnya.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi…Tak sabar rasanya…

Apa yang tak sabar? Hee.. Selain tak sabar menanti Bulan Tarbiyah (Ramadhan). Sebenarnya...Ana tak sabar nak balik rumah..tak sabar nak jumpa mak dan abah yang sangat dirindui. Rindu masakan mak. Rindu nak bermanja ngan abah. Tak sabar nak peluk cium Filzatul Hannan yang dah berusia 16 hari tu.. Dah la hari tu sempat bermanja dengan dia dua hari je. Tak puas. Hmm, rindu kat Faizatul Imtiyaz yang da semakin nakal tu. Rindu nak jumpa fawaid yang kat perlis tu, dah dekat sebulan lebih tak jumpa dia. Rindu kat Fazirah dan Fazliyatul Adila yang asyik nak gaduh tu.

Rindu..Rindu…dan tersangat rindu..Ana Rindu mereka semua…

Untuk post kali ni, ana memang sengaja nak melempiaskan rasa rindu yang dah lama berbuku dihati ini.hee (padahal baru je balik seminggu hari tu).

Hari ni ingatkan nak call mak dan abah. Tapi sebab lepas isyak tadi ada perjumpaan dan perjumpaan tu abih agak lewat, terpaksalah tangguhkan niat dihati ni. Sebab…kemungkinan besar mereka dah lena. Tapi hari ni sempat sms ngan Fazirah.

“Salam…Along dah sihat ke?” Sms ringkas darinya itu ana reply. “Salam..alhamdulillah. along da sihat cuma batuk2 sikit. Cam ne trial?ok?. Saja ana bertanya tentang trial PMRnya. “Boleh la..tp sok sains dan math.Doakan tau!”.

Dik..Akak sentiasa doakan kejayaan dirimu..
Ya Allah..Permudahkanlah adikku menjawab soalan-soalan peperiksaannya. Bukakanlah minda dan pintu hatinya ketika menjawab… Amin ya Rabbal Alamin…

Eh, lupa pulak. Jom sambung citer sal rindu-rinduan tadi...

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
(Hijjaz)

Rindu ni suatu perasaan yang hadir tanpa dipinta.Rasa rindu itu Allah hadiahkan pada kita manusia yang fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai.

Tiada salahnya merindui seseorang yang kita sayang..Tiada salahnya merindui seseorang yang kita kasihi dan cintai. Tapi biarlah bertempat dan pada mereka yang berhak.

Haaa…satu lagi…rindu ni bukan hanya pada manusia je..tol tak? Ada orang rindu kat haiwan kesayagannya, rindu kat barang kesayangan kat umah, rindu kat pokok belakang umah (kalau ada la) dan yang selalu orang rindu ialah pengalaman-pengalaman manis dan indah yang pernah dialami.

Nak tau tak? (tak nak tau pun ana tetap nak cite gak...hee) Sesungguhnya...Ana rindu sangat zaman ana kat SAMER.. 5 tahun di SAMER cukup bermakna buat ana. Banyak pengalaman manis, suka dan duka ana bersama ustaz ustazah, sahabat2 dan adik2 junior. Pengalaman pegang Majlis Pimpinan Asrama sebagai YDP Aspuri banyak mengajar ana erti sabar dan banyak membantu ana menggilap kepimpinan yang ada pada diri. Pengalaman jadi Amirah PRS dan AJK Ekonomi Badan Kepimpinan Pelajar juga banyak mendidik diri supaya pandai menggurus masa, lebih bertanggungjawab dan macam2 lagi.

Pernah suatu ketika, ana ditanya oleh junior ana...

"Akak tak rasa terbeban ke pegang jawatan banyak2?" tanya seoarang junior ana ni..
"Alhamdulillah...tak pernah pun". Jawab ana ringkas.
"Yela..akak nak spm lagi tahun ni kan.."
"Dik, sesungguhnya kalau kita tolong Agama Allah, Allah akan tolong kita."Jawab ana.

Ya...itulah yang ana pegang dari dulu sampai sekarang...

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Islami radhiallu anhu berkata: Bersabda Rasulullah SAW.: Belum berganjak lagi seseorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskannya, dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya, dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya, dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)."

Ok lah, untuk post kali ini..Cukuplah sedikit coretan dan luahan rasa tentang rindu..Ana tinggalkan kalian dengan 4 pertanyaan yg mesti dijawab kelak ini.

Marilah sama2 kita muhasabah dan koreksi diri...

Tuesday, August 18, 2009

~DiRiNdui RasuluLLaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb atas nikmat iman dan islam yg Kau kurniakan..Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan tabi'-tabi'in seluruhnya.

Ya Allah..hari ni suaraku hilang...kini suaraku telah bertukar menjadi rock..hee batuk2+suara rock...sakit...kadang2 batuk sampai keluar air mata...Ya Allah aku pasrah atas ujianMu..Berikan aku kekuatan ya Rabb...

Hari ni ada sesuatu yang ingin ku kongsi bersama...kalian bacalah...!

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara- saudaraku (ikhwanku)," berkata Nabi saw.

"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi, "kamu adalah sahabat- sahabatku".

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan: "Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka."

Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?" "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!" sekali lagi Nabi menjelaskan.

"Wahai Abu Bakar, tidakkah kau juga merindui ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?" Persoalan ikhwan mejadi teka-teki kepada para sahabat.

Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa Baginda namun tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Mereka membaca Quran dan Hadith serta mencintai Nabinya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam."

Saudara-saudaraku sekalian...

Alhamdulillah yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai ikhwan itu ialah umat terkemudian termasuk diri kita. Jika kita mengikut ajaran Nabi serta mencintai Baginda, Nabi saw. amat menyanjungi serta sangat merindui kita kerana menurut Baginda meskipun kita tidak berpeluang berjumpa dengannya, namun kita tetap beriman kepada Allah dan RasulNya.

Golongan ikhwan ini pernah Nabi katakan sebagai makhluk yang paling ajaib imannya kerana beriman tanpa bertemu dengan Nabi sendiri. "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 70 kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku, meskipun tidak pernah berjumpa dengan aku!" Jelas Nabi lagi.

Semoga kita termasuk dalam golongan umat yang diberi gelaran sebagai 'ikhwan' - umat yang dirindui oleh Nabi. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, August 17, 2009

~MeNaNti BulaN TarbiYaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah...setelah demam+selsema+batuk. ari ni ana gagahkan diri untuk mengupdate blog kesayangan ini. Sesungguhnya sakit itu kifarah. Sakit itu dari Allah. Kurniaan yg berupa ujian dariNYA.

Ya Allah...sedar tak sedar, Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi...

Rasa macam cepat sangat...ya Allah cepatnya masa berlalu..

Dalam beberapa hari saja lagi Bulan Tarbiyah itu akan tiba...

RASULULLAH SAW sentiasa menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berlapang dada. Perasaan gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya dengan berkhutbah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Allah (Ramadhan) dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Ia bulan yang paling mulia di sisi Allah. Harinya adalah hari paling mulia. Malamnya adalah malam yang paling mulia. Setiap detik masanya adalah masa yang paling mulia. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Pada bulan ini setiap hembusan nafasmu adalah tasbih, tidurmu adalah ibadah, segala amalanmu diterima, dan doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya (al-Quran).

“Amatlah rugi sesiapa yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang agung ini. Ketika berpuasa bayangkanlah saat lapar dan dahaga pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir dan miskin. Hormatilah orang tuamu, sayangilah yang muda dan eratkanlah hubungan persaudaraanmu. Jagalah lidahmu, bataskan pandanganmu daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya dilihat, dan kawallah telingamu daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Berbuat baiklah kepada anak-anak yatim dan bertaubatlah kepada Allah di atas dosa yang kamu lakukan.

“Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia (Allah) menjawab apabila hamba-Nya menyeru, menyambut apabila hamba-Nya memanggil dan memberi apabila hamba-Nya meminta.

"Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana perbuatanmu. Bebaskanlah diri dengan memohon keampunan. Dirimu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dirimu dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari pengadilan.

"Wahai manusia! Sesiapa di antaramu memberi makanan berbuka puasa kepada seseorang mukmin yang berpuasa pada bulan ini (Ramadhan), maka nilai pahalanya di sisi Allah sama dengan membebaskan seorang hamba. Di samping itu Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Kami semua tidaklah mampu berbuat demikian."

Rasulullah SAW meneruskan khutbahnya dengan berkata: "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan seteguk air."

"Wahai manusia! Sesiapa yang menjaga akhlaknya pada bulan ini (Ramadhan) ia dapat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari akhirat nanti dengan mudah. Sesiapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya pada hari kiamat kelak. Sesiapa bersabar pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari pengadilan. Sesiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari kiamat.

“Sesiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari kiamat. Sesiapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari kiamat. Sesiapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan membebaskannya daripada api neraka. Sesiapa yang melakukan solat fardu pada bulan ini, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu pada bulan yang lain. Sesiapa memperbanyakkan selawat kepadaku (Nabi SAW) pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Sesiapa yang membaca satu ayat al-Quran pada bulan ini, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lain.

"Wahai manusia! Sesungguhnya semua pintu syurga dibuka bagimu, maka mohonlah kepada Allah agar ia tidak akan ditutup bagimu. Semua pintu neraka ditutup, maka mohonlah kepada Allah agar ia tidak akan dibuka bagimu. Semua syaitan dibelenggu, maka mohonlah agar ia tidak lagi mengganggumu."

Saidina Ali bin Abi Talib bangun dan berkata: "Ya Rasulullah! Apakah amalan yang paling utama pada bulan ini?" Jawab Nabi SAW: "Ya Abal Hasan! Amalan yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.”

Berdasarkan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW pada hari-hari terakhir Syaaban ini, tidak hairanlah kenapa Baginda amat gembira tatkala tibanya Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang teristimewa dan mempunyai banyak kelebihannya. Allah menurunkan al-Quran dalam bulan ini. Di dalamnya ada satu malam yang keutamaannya melebihi seribu bulan (Lailatul Qadr).

Pada bulan inilah umat Muhammad SAW melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Jika seseorang itu mengerjakan puasa dengan penuh keimanan dan teliti, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu.

Segala amal kebajikan yang dilakukan dalam bulan ini akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah. Pada malamnya pula disunatkan solat Tarawih, Witir, Tasbih dan Tahajud.

Maka ayuhlah saudaraku sekalian, mari sama2 kita manfaatkan sebaiknya Bulan Tarbiyah yg bakal tiba ini, kerana ia merupakan hadiah dari Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bulan itu bakal tiba beberapa hari saja lagi..

Ya Allah, Sampaikanlah kami kepada RamadhanMU...

Sunday, August 9, 2009

~ILmU vs HaRta~


10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7
.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.


"Ilmu adalah Jalan. Melalui ilmu Manusia akan tahu jalan yang Lurus..

Tanpa ILMU manusia akan rugi... " [ Saidina Ali ]

Saturday, August 8, 2009

~SeLamat BerMujaHadaH.~


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb.. Tempatku menyerah dan mengabdikan diri ini.. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, para sahabat, ahli keluarga dan tabi'-tabi'in semuanya...

Hari ni baru dapat result sem lepas.. Ya Allah, agak terkejut tengok result aku.. Menurun.. Ya, resultku untuk sem 2 menurun...Turun 0.07 pulak tu... Namun, syukur tetap kupanjatkan padaNYa...resultku masih dapat "Anugerah Dekan"...Alhamdulillah..

Sedih rasa hati... sungguh ku tak menjagkakannya..

Hmmm, entahlah...usahaku tidak mencukupi agaknya..mungkin Allah nak uji... Yalah, kadang2 kalo asyik berada diatas pun susah jugak. Takut lupa diri. Mungkin Allah mahu aku perbanyakkan lagi usahaku...

"Orang yang cemerlang menjadi cemerlang kerana mereka mendapat hikmah dan kebijaksanaan daripada kegagalan mereka"

Ya..aku akuinya.. , memang benar orang yang cemerlang sebenarnya banyak belajar dari kegagalan mereka... Menggunakan kegagalan mereka sebagai pembakar semangat untuk bangkit dan mencipta kejayaan.

Sejarah hidupku membuktikannya...

Meh nak cerita buat jadi pengajaran...Baca jgn tak baca..InsyaAllah ada sesuatu buat jadi pengajaran dan tauladan buat kalian...(^_^)

Sebenarnya, aku hanya sekolah kebangsaan setahun setengah je.. Ya setahun setengah je..Kenapa? Tak percaya...? Ya.. aku hanya sekolah kebangsaan setahun setengah je.. Tapi sekolah agama aku masuk dari darjah satu la...

Dulu penah kuberitahu beberapa orang sahabatku di SAMER ( Sekolah Agama Menengah Rawang) megenai hal ini, mereka juga tidak percaya. Eh, bukan tak percaya, tapi cam susah nak terima. Kenapa? sebab aku adalah dalam kalangan pelajar cemerlang di SAMER...

Hmmm, masih segar dalam ingatanku... Aku mula masuk Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) pada pertengahan bulan April tahun 2001, masa tu aku dalam darjah 5. Bayangkanlah, dah darjah 5 aku rasa seperti baru nk masuk darjah 1. Nasib baik aku da pandai baca masa tu, kalau tak, tak tahulah...

Nak tau tak? aku masuk sekolah lebih kurang sebulan pastu ada exam pertengahan tahun. Masa tu kan... tuk subjek Math, Ya Allah..bayangkanlah tambah tolak darab bahagi pecahan tu aku memang tak reti...rasa diri ni jahil sangat masa tu.. Cikgu aku masa tu adalah Penolong HEM, dia baik sangat, dia kate ngn aku...: "kamu buat pelan2, buat satu2, insyaAllah kamu boleh buat" Dia ajarkan aku buat ikut cara lambat... maksudku, dia tidak benarkan aku conggak..kan Math leh conggak..tapi dia ajar aku satu2...yela..orang tak tahu menahu sal pecahan pun masa tu..Tapi aku minat sangat Math...

Yang tu Math, meh nak cite sal BI pulak.. BI aku? lagilah... hancur! Yang aku tahu: I, You, yes, no dan beberapa perkataan lain. Cikgu BI aku pulak masa darjah 5 tu punya lah garang.. memang takut la ngn dia..

Tuk subjek lain, ok lah.. bolehla sikit2.. tapi semuanya aku harus belajar dari bawah..

Bila dah abih exam midyear.. Maka dapatlah result.. Aku lulus semua kecuali 2 subjek. Ya, subjek apalagi, BI and Math. Dapat nombor 20 dari 30 berapa ntah dalam kelas tu (lupa plak..hee)... Sedih sangat masa tu.. Rasa teruk sangatlah result aku..

Yelah, cm ne lah nak lulus Math kalo pecahan pun masih merangkak-rangkak. Cam ne lah nak lulus BI kalo soalan pun tak faham? Huh... Terukkan? Tapi, ada seorang sahabat aku ni, dialah yang memberi semangat tuk aku masa tu. Nak tau dia kate ape? Dia kate macam ni : "Takpelah wak.. oklah tu dapat no 20, daripada kawan2 yg dapat no 20 keatas tu..Dorang belajar dari darjah 1 lagi tapi dapat teruk lagi berbanding awak, tapi awak...kira ok lah, baru masuk sekolah da dapat tinggi skt dari dorang tu." Berbungalah sikit hati ni.. lapanglah sikit sebab rasa diri tak lah teruk sangat...

Lepas tu kan, apa jadi? tak kan nak biar je diri ni tak reti Math n BI? Dah la tahun depan tu nak UPSR.. Hmm, patu aku terpaksalah pergi tusyen..walaupun abahku bukanlah org yang senang. Namun, demi kejayaanku dan masa depanku, abahku usahakan juga... Peluang ni, aku gunakan sepenuhnya. Selain tu, Cikgu2 sekolah dan rakan2 memang banyak membantuku. Mak dan abah pula tidak pernah berhenti dari menyuntik semangatku.

Akhirnya...nak pendekkan cite... Tuk exam akhir tahun, jangan terkejut pulak.. Aku dapat no... jeng, jeng, jeng... Aku dapat no 3 dalam kelas tu...lepas tu, apa yang lebih mengejutkan ialah aku dapat 'A' dalam subjek Math.. Alhamdulillah, bi iznillah dan sokongan dan doa dari semua disamping usaha2 ku akhirnya aku berjaya menggondol top three kelas tu.

Lepas tu, aku dapat masuk kelas first tuk darjah 6. Masa darjah 6 aku memang belajar bersungguh-sungguh.. Berkat doa dan sokongan ibubapa, guru2 serta rakan2 dan izinNYa, alhamdulillah..aku dapat 4A 1B dalam UPSR. 1B tu apalagi..BI le...hee da rezki kan...Tuk sekolah agama pulak alhamdulillah PSRA aku dapat 91.2% (mumtaz). Dan akhirnya...aku berjaya menjejakkan kami ke SAMER...

Di SAMER.... aku buktikan bahawa aku Boleh! Bila nak exam je, kata2 abah sebelum aku masuk SAMER akan terngiang-ngiang ditelinga dan berlegar-legar difikiranku. Abah Kate: " Along, belajar rajin2 tau.. Alongkan anak sulong, Along kena jadi contoh tuk adik2" Pesanan yg biasa2 saja tapi bagiku pesanan ini punya suatu nilai yg tinggi...

Ya...Itulah pembakar semangatku.. Berbekalkan usaha, doa dan tawakkal padaNYA, Alhamdulillah setiap tahun aku akan naik pentas pada Hari Anugerah Cemerlang (HAC) di SAMER...

Sehinggalah kini...aku berada di sini...Berjaya menjejakkan kaki di sini...

Ya, kini aku terus dan terus akan meneruskan perjuanganku, jihadku di sini.. Di IPGM Kampus Tuanku Bainun ini. Perjalananku masih panjang...Masakan aku mahu mengalah dan berputus asa? Tidak sama sekali...!

Maka..Ayuhlah! bangunlah wahai diri..Berusahalah...Berjuanglah...
InsyaAllah, ada sinar kejayaan buatmu...Amin..

Friday, August 7, 2009

~KeLahiraNnya ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum...apa khabar kalian? moga sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya. amin.. Ya Allah, rindunya pada kalian...rasa dah lama sangat tak update blog kesayangan ana ni.. bukan tak nak update, tapi dek kengkangan masa dan tugasan terpaksalah menagguhkan kehendak hati tuk update blog ni...

Padahal...ana tak sabar nak kongsi satu berita gembira ni..

Alhamdulillah.. mak ana da selamat melahirkan... Pada tanggal 3/8/09 bersamaan hari isnin telah lahirlah seorang lagi puteri penyeri keluarga kami. Kini, kami da jadi enam beradik. 5 perempuan dan hanya seorang lelaki tunggal..hee

Filzatul Hannan nama diberi...
Lahir pada 1.12 petang dengan berat 3.4 kg..
Moga kehadirannya jadi penyeri..
Dalam meniti kehidupan ini..





Saturday, August 1, 2009

~Tutup SeminGGu~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah...marilah kita bersama-sama panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih diberikan nikmat iman dan islam, masih dipinjamkan nyawa untuk terus mujahadah dalam kehidupan seharian sebagai hambaNYa...

Hari khamis yang lepas, kami semua warga IPGM Kampus Tuanku Bainun telah mendapat arahan supaya mengosongkan kampus. Ya...kampus kami ditutup selama sseminggu dan insyaAllah akan dibuka kembali pada Khamis depan bersamaan 6/8/09.

Berita itu sungguh mmengejutkan.. dengar kata ada yang dah positif H1N1 tapi tidak dapat dipastikan berapakah bilangannya. Ya Allah.. Kau jauhi lah kami dari segala Mudharat..amin..

Untuk entri kali ini, ana hanya ingin berkongsi keadaan di kampus ana sahaja. Hmmm, Kemungkinan besar ana tidak akan mengupdate blog ini selama seminggu kerana di rumah tiada internet dan ana tidak boleh keluar ke cyber cafe untuk mengupdate blog ini. Bukan apa, mak ana sekarang ni hanya tunggu masa je tuk melahirkan adik ana... Kalau ari rabu 5/6/09 ni mak ana masih belum melahirkan, mak ana akan dimasukkan ke dalam wad. Masa tu pulak ana da balik kampus. Ana doa dan berharap sanagat mak ana melahirkan sebelum tu, atleast dapatlah ana menatap wajah adik baru ana tu sekejap.hee

Ok lah. Samapai sini dulu untuk entri kali ini. Jangan rindu2 pulak..hee... Seminggu je..lepas tu insyaAllah ana akan kembali mengupdate blog kesayangan ana ni..Akhir kalam, Ana mohon iringan doa dari kalian moga mak ana selamat melahirkan...Amin Ya Rabbal Alamin..

Wassalam...

~WaRkaH Buat Kalian~