Tuesday, August 31, 2010

~ Curi-curi ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah segala puji bagimu Ya Rabb... akhirnya terubat jua rindu dihati ini. Tatkala kaki menjejak rumah yang sudah lama ditinggalkan, suatu perasaan sayu menyelinap masuk ke sanubari ini. Ah, rindu sudah terubat...

Melihat Hannan yang semakin membesar, terdetik dihati bahawa begitu cepat sekali masa berlalu. Hmmm, pejam celik sudah setahun sebulan usia Hannan. Seronok tengok Hannan dan Imtiyaz bermain...Teringat zaman kanak-kanak. Hee

Tapi, berada dirumah punya ujiannya tersendiri. Ya, ku punya lambakan assignment yang tidak tersentuh dek kerana melayan kerenah adik-adikku di rumah. Oh tidak! Terpaksa ku curi-curi masa tuk menyiapkan assignment2 itu.

Bagaimana ya bila sudah berkeluarga kelak?

Melihat mak yang terkadang tak cukup tangan melayan kerenah Hannan dan Imtiyaz. Ya Allah, sungguh besar pengorbanan mak. Ku kangum melihat mak sungguh pandai mencuri masa. Entah bila masa rehatnya. Tapi kerjanya tiptop gitu. Subhanallah...

Jadi, pada entri kali ini, ku hanya mahu memujuk diri bahawa aku juga bisa curi-curi masa untuk menyiapkan segala assignment yang telah diamanahkan.

Juga pada kesempatan ini,Ku seru pada kalian dan juga diri sendiri, ayuh kita curi-curi masa di bulan Ramadhan penuh barakah ini dengan memperbanyak tilawah Al-Quran, bersedekah, zikrullah, solat malam dan sebagainya.

Sahabat...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini?

Permata : Masih belajar mencuri masa~

Permata lagi : Ayuh, kita curi2 masa di Bulan Ramadhan yang hanya tinggal berapa hari sahaja lagi dengan mendekatkan diri padaNYa.

Saturday, August 21, 2010

~ Padanya BaRaKaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Along bangun sahur. Da lewat da ni."

Ah, teringat zaman kanak2 dahulu. Tatkala mak dan abah kejut suh bangun sahur. Dengan liatnya kupaksakan diri untuk bangun. Tapi yang kelakarnye, tengah mak sendukkan nasi sempat lagi mata terpejam. hee Zaman kanak2...

Bila da besar sikit...

"Along bangun. Kejut adik2"

Ai dulu mak yang kejut kita, bila da besar mak suh kita kejut adik2 plak. Saje je...hee yela, nak bagi rasa betapa susahnya mengejutkan orang agaknya.

Bila da semakin dewasa...

"Along, esok along masak ye?"

Pantang ada kat umah mesti kena masak. Yela, dari dulu asyik dok jauh. Duduk kat asramakan. Balik umah pon sekali sekala je. Mesti depa rindu masakan along tersayang.hee.. perasan la pulak...(^_~)

Kalau kat SAMER (sekolah menengah saya ye) senang... Makan sahur disediakan. Cuma nak turun dewan makan ke tak. Lau turun dapat la sahur best2. Kalau tak bangun, alamatnya sahur air masak dan biskut-biskit jela...

Kini di IPG KTB, sahur nafsi-nafsi. Pandai-pandai la hampa nak hidup. =)

Tapi apa yang penting sebenarnya, hanya nak tekankan kat sini bahawa sahur ni penting. Walaupun sebenarnya boleh je puasa tanpa sahur. Namun, pada sahur itu penuh barakah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Permata :Perasaan rindu semakin menguasai diri ini. Namun, ku masih sabar menanti. Ya, menanti saat diri bertemu keluarga tersayang. Hari-hari Ramadhan yang berlalu tanpa kehadiran mereka disisi amat kurasai.

Permata lagi : Mak abah dan adik2ku sayang, tunggu along balik ye~

Wednesday, August 11, 2010

~ VVIP da DataNG...! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Subhanallah... terasa begitu cepat masa berlalu.. Dek kerana kesibukan yang melanda diri ini tidak ku rasa hari-hari dalam hidupku berlalu pergi. Jika direnung kembali banyak sungguh perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi, biarlah ia hanya tersemat kemas dalam sanubariku... Ambil yang jernih buanglah yang keruh. Tak gitu?

Sahabat, Ramadhan yang dirindui kini tiba jua bertandang. Ku yakin dan percaya kehadiran Ramadhan sangat dinanti. Jauh dari sudut hati ini ingin ku lafazkan pada Ramadhan: "Ahlan ya Ramadhan!"

Tapi wahai sahabat...Jangan kita lupa bahawa Ramadhan hanya datang menziarahi kita SEBULAN sahaja. Ramadhan datang bertandang 30 HARI sahaja sahabat...Anggaplah Ramadhan seperti orang yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Tatkala si Ramadhan tetamu terhormat ( VVIP gitu...) datang bertandang ke tempat kita, masakan kita mahu membiarkannya sahaja. Takkan nak buat bodoh je kot? betul tak?

Sudah pasti kita akan melayannya dengan sepenuh hati bukan?. Begitu jualah dengan kehadiaran Ramadhan. VVIP la katakan... Maka kita seharusnya MENGHARGAI RAMADHAN, MENGHORMATI dan juga MENCINTAInya...

Nah, ada lagi berbaki 29 hari atau 28 hari sahaja Ramdhan bersama kita... Jangan biarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik di bulan Ramadhan sangat3 berharga. Ayuh Hargai, hormati dan sayangilah Ramadhan. (^_^)

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

~WaRkaH Buat Kalian~