Wednesday, September 16, 2009

~Dari HAti Ke Hati~




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bersyukur padaMu Ya Rabb... walaupun diri ini dihimpit assignment yang banyak, namun ku masih berpeluang mengupdate blog ni.

Ya Allah, sesungguhnya blog ni amat tinggi nilainya padaku. Aku akui amat menyayangi blog ini. Sesungguhnya melalui blog ini aku dapat membina ukhuwah, dapat sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman suka duka, dapat sama-sama meniupkan ruh dan semangat jihad dalam diri, dapat sama-sama mengajak kepada kebaikan, dapat sama-sama meluahkan rasa dan bermuhasabah diri. Sekali lagi, ku ingin menyatakan betapa blog ini amat bernilai bagi ku. Harapanku moga kewujudan blog ini juga dihargai oleh kalian para pembaca yg tidak jemu-jemu menziarahi blog ana. Syukran Jazilan. Ketahuilah jauh dari sudut hati ana amat menghargainya...

Hmmm, esok ana nak balik kampung halaman nun jauh di sana ( di mana ye?).. Ana cuti seminggu dan kemungkinan besar ana tidak dapat mengupdate blog dalam masa seminggu tu. Al-makulumlah, internet tak ada kat umah.

Oleh itu, ini mungkin post terakhir ana sebelum ana pulang ke desa ( eh, desa ke kota? apa2 la..). Jadi, dikesempatan ini, ana ingin mendedikasikan beberapa ucapan untuk mereka-mereka yang ana sayang dan ana rindui...

Kepada kalian, para pembaca yang budiman...
Selamat hari raya.. Moga tarbiah yang kita lalui dalam bulan Ramadhan dapat kita teruskan dalam bulan-bulan yang akan datang. Ana juga ingin memohon maaf atas segala khilaf ana sepanjang perkongsian ana. Maafkan ana jika mesej yang ana sampaikan mungkin tidak sampai atau susah kalian fahami. Maafkan ana jika ada yang terasa kerana entri2 ana. Maafkan ana kalau membuat kalian tertunggu-tunggu entri dari ana. Akhir kata.. Ana ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat kalian yang tidak jemu-jemu ziarah blog ana, tidak bosan membaca entri2 ana terutamanya yg panjang2 dan terima kasih kerana meninggalkan jejak dan komen kalian. Sesungguhnya ana amat menghargainya.

Kepada Sahabat2 yg mengenali diri ini...
Kepada semua sahabat2 yang mengenali siapa ana, terutamanya sahabat2 di IPGM Kampus Tuannku Bainun, ana ucapkan selamat hari raya. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Ana juga ingin meminta maaf atas segala khilaf yang ana lakukan pada kalian samada sedar mahupun tidak. Kepada sahabat2 ana yang selalu kena kacau dengan ana dek kerana nak tumpang update blog ni ana mohon maaf dan ana ucapkan jutaan terima kasih, jasa kalian hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.Terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian.

kepada sahabat2 di Samer dan exSamer...
Ana rindu sangat pada kalian, ana rindu Ramadhan di Samer, rindu suasana tarbiyah di Samer. Pokoknya ana rindu semua yang ada di Samer. Selamat hari raya maaf zahir dan batin ana ucapkan buat kalian. kepada exSamer walau dimana pun kalian berada, semoga Allah sentiasa melindungi kalian. Jagalah diri dan peribadi.. Teruskan perjuangan walau dimana jua kalian berada.

Kepada asatizah di Samer...
Ya Allah, sesungguhnya ana amat merindui kalian. Rindu nasihat2 kalian. Rindu buah-buah ilmu dari kalian. Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Jasa kalian tidak dapat ana balas. Hanya doa tidak pernah putus ana panjatkan buat kalian.

Kepada keluarga tersayang....
Mak abah.. terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik along. Along janji along akan jadi anak yang baik. Along janji akan jadi kakak yang baik. Along tak kan buat mak dan abah kecewa. Tidak sekali-kali. Maafkan segala khilaf along selama ni samada sedar atau tidak. Along sayang kalian berdua.

Kepada adik2 along yang dikasihi. Selamat hari raya. Along ada belikan baju tuk adila. Tu je yg sempat beli, tak pe nanti kita beli sama-sama dengan abah ye. hee maafkan along kalau termarah kalian. Sesungguhnya marah along tanda sayang. Kepada Faizatul imtiyaz jangan nakal2, awak tu da dapat adik. hee Kepada Filzatul Hannan cepat2 la besar dik...hee

Hmm, sebenarnya banyak lagi yang ana nak tulis di sini. Tapi nanti tak larat nak baca pulak. hee Rasanya cukuplah setakat ini dahulu.

Selamat menyambut Aidil Fitri..Moga TArbiyah dalam Bulan Ramadhan dapat kita teruskan. MOga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. MOga Segala amalan kita di bulan yang mulia ini diterima olehNYa. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian dahulu buat kali ini, semoga kita bersua kembali nanti...Wassalam.

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~