Monday, July 26, 2010

~ AwaS, berHati- haTi DeNGaN AmaNaHmu! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi'-tabi'in dan semuanya...

Sudah beberapa hari kubiarkan laman ini sunyi tanpa perkongsian. Bukan ku sengaja duhai sahabat..ada perkara lain yang lebih butuh akan kudratku.

InsyaAllah hari ini ku ingin kongsikan sebuah kisah yang mahsyur ku kira. Namun, ku ingin kongsikan jua di sini kerana ia bisa menjadi peringatan kepada yang sudah tahu dan perkonngsian baru kepada yang belum tahu. tak gitu?

Baik..ayuh teruskan pembacaan..Hayati dengan sepenuh hatimu dan ambillah iktibar daripadanya...InsyaAllah ia akan membuahkan sesuatu yang bisa kalian bawa pulang usai menziarahi blogku ini.

tersebutlah kisah...

Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kuasanya. Oleh kerana kehidupannya yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya lalu beliau akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun. Kebun yang dijaga oleh beliau itu banyak pokok-pokok delima. Dia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin.

Suatu hari, datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke poko-pokok delima yang paling masak. Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah lalu berkata "Wahai Ibrahim, tolong bawakan kepadaku buah delima yang paling manis". Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahui mengapa tuannya menyuruh dia mengambil sebiji lagi.


Setelah buah yang diberi dimakan oleh tuannya, tiba-tiba tuannya membuang buah delima itu. Dek kerana terlalu marah sebab buah delima yang dimakannya masih masam, dia pun berkata dengan suara yang keras "wahai Ibrahim, hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang manis ataupun yang masam?".

Ibrahim berkata "Tuan, bukankah saya diamanahkan untuk menjaga kebun supaya subur dengan buah-buahan tetapi tuan tidak memberi keizinan pada saya untuk merasa buahnya".

Betapa terkejutnya tuan kebun itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak diduga sama sekali akan besarnya amanah yang ada pada tukang kebun itu dan betapa amanahnya dia terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Permata: Amanah itu berat sekali...menjaganya tidak mudah wahai diri...mengabaikannya balasan dariNya menanti...

Thursday, July 22, 2010

~ KiSaH seRam Si PemaNciNG ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah kisah seram untuk dikongsi bersama...(kepada yang ada sakit jantung digalakkan baca...)

Ajis (bukan nama sebenar) memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari, masa minum kat kedai Pak Ngah Jiman ( juga bukan nama sebenar), Ajis terdengar rakan-rakan kampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pendalaman sungai tu lebih kurang 5km dari kampung itu, dekat tepi pinggir sungai.

Tengah hari itu, Ajis da bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang (abih semua lagu dibelasahnya. Jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak solat zohor lagi tadi dan dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat zohor.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sungai kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebab waktu zohor dah hampir habis.

Masa Ajis dirakaat kedua, Ajis tiba-tiba mendengar suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "hish, sapa pulak yang tergelak-gelak tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Ajis tak sedap hati. Ini surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai...sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai dagu, tiba-tiba Ajis tersedar...

Hehehe..huhu..hee..hahaha...(lebey2 pulak gelak)

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat asar duk gelakkan dia sebab Ajis solat pakai helmet, patut ler kepala dia berat semacam. ish3...

Terus Ajis blah macam tu je, tak jadi pi memancing, dia patah balik umah je. Solat Asar kat umah sendiri jer la jawabnya...

Permata: Sahabat2...Ambil lah pengajaran dari kisah ini..Solatlah di awal waktu...


" Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

" Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

Tuesday, July 20, 2010

~ TugaS SiaPakaH itu? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..yang masih memberiku peluang tuk bernafas di muka bumiMU...Dua minggu ini diriku disibukkan dengan pelbagai perkara. Namun, doaku moga segala urusan ku dipermudahkan... Tuk kali ini hanya suatu cerita yabg ingin ku kongsikan bersama kalian..bacalah dan hayati...

Ini adalah cerita tentang empat orang yang bernama SEMUA ORANG,
SESEORANG, SIAPA SAHAJA & TAK SEORANG PUN.

Ada tugas penting untuk dikerjakan dan SEMUA ORANG diminta
melakukannya.
SEMUA ORANG yakin bahawa SESEORANG akan melakukannya.
SIAPA SAHAJA boleh melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang
melakukannya.
SESEORANG menjadi marah tentang itu, sebab ini tugas
SEMUA ORANG.

SEMUA ORANG menganggap bahawa SIAPA SAHAJA dapat
melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang menyedari
bahawa SEMUA ORANG tidak akan melakukannya.

Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG ketika
TAK SEORANG PUN melakukan apa yang boleh dilakukan oleh
SIAPA SAHAJA.

Tugas siapakah itu??? (Altalib, 1999)

Permata : Siapa boleh jawab angkat tangan! dan tinggalkan komen (~_^)

Friday, July 16, 2010

~ SaHam TerBaik ~

Medan dakwah yang tersedia usah dipersia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..

Alhamdulillah..minggu ni ku kira adalah minggu paling sibuk dalam sejarah. Ya, masakan tidak, boleh ku katakan hampir setiap hari ada meeting. Kadang dua buah meeting dalam sehari. Subhanallah...

Namun ku bersyukur, kerana ku disibukkan dalam gerak kerja Islam. Tidak dinafikan, terkadang meniti jua sedikit keluhan dibibirku. Tapi, tatkala mengenangkan bahawa apa yang ku lakukan ini adalah demi menyambung perjuangan Rasulullah SAW, semua rasa letih dan keluhan itu segera hilang.

Alhamdulillah...tiada ucapan lain yang lebih bermakna tika ini melainkan ucapan syukur padaNYa kerana memilih aku berada dalam kalangan mereka yang fikir tentang Islam. Jutaan terima kasih kuucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam BKS khususnya. Kalian semua adalah permata-permata islam. Moga segala usaha kita meraih redhaNya. Amin ya Rabbal Alamin...

Sahabat2 seperjuangan moga terus thabat dalam perjuangan

"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t..... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"

Permata : Moga sedikit pengorbanan itu menjadi satu saham yang membawa kita bertemuNya. amin...

Sunday, July 11, 2010

~ Kita Tak KisaH ~

Hannan...buat muka tak kisah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu menyepi diri..hari ini kucuri masa untuk mengupdate blog penghubung antaraku dan kalian yang sudi singgah membaca dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dan perkongsian yang tersurat dan tersirat di sini...

4 hari 3 malam tiada di kampus dek kerana pemergianku ke KG Kalai. Program Titian kasih 2010 itu punya seribu satu kenangan. Biarlah ia tersemat kemas dalam sanubari ini. Mungkin suatu hari nanti akan ku kongsikan bersama kalian. Mumkin..biiznillah...

Buat kali ini ku ingin kongsikan bersama satu masalah kritikal kukira... sikap acuh tak acuh kita...sikap tidak kisah kita...

Kita tak kisah...
kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah. Apa yang penting. Aku boleh buat apa yang aku suka. Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu.

Kita tak kisah...
kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal. Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.

Kita tak kisah...
kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah. Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.

Kita tak kisah...
kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram. Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.

Kita tak kisah...
pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi. Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..

Kita tak kisah...
kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah asalkan kita selamat, kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam. Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.

Kita tak kisah...
kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja. Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.

Kita tak kisah...
kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran, asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya. Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

Kita tak kisah...
ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain .asalkan kita selamat, kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah. Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

Kita tak kisah...
adakah pahala kita bertambah atau tidak adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka maka kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun. Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai mata wang yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, rupiah, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.

Kita tak kisah...
kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul... .kita tak kisah. Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.

Kita tak kisah...
kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar..kita tak kisah..asalkan aku baik., aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain. Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.

Kita tak kisah...
kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah..atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita. Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.

Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk syurga atau neraka? atau mungkinkah kita akan berkata: Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih..

Permata : Sampai bila kita mahu dibelenggu masalah ini...? ayuh keluar darinya...Sebelum kita menyesal kelak...

Permata : Ya Rabb...Ampuni dosa-dosa kami yang sering kali alpa ini...

Thursday, July 1, 2010

~ WheN you Say....Then Allah TeLLs You...~


in the name of ALLAH, most gracious,most merciful...

When you say... " I can't solve this..."
Allah tells you... " I will direct your path..."

When you say... " It's impossible "
Allah tells you... " everything is possible "

When you say... " I fell all alone "
Allah tels you... " Never will I leave you, never will I forsake you "

When you say... " I can't do it..."
Allah tells you... " You can do everything through me, I gives you the strength"

When you say... " I don't deserve forgiveness..."
Allah tells you... " I have forgiven you"

When you say... " I am afraid "
Allah tells you... " Do not fear, for I am with you; I will strengthen you and help you "

When you say... " I am tired "
Allah tells you... " Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest "

When you say... " No one really loves me "
Allah tells you... " I love you "

When you say... " I don't know how to go on... "
Allah tells you... " I will show you the path "

When you say.. " What path does Allah have for me?"
Allah tells you... " Adopt the Islamic path "

...and when you want to know everything else Allah wants to tell you...
Read the Qur'an

Permata: Share this message...You will give the gift of life. May Allah Bless You

~WaRkaH Buat Kalian~