Monday, May 2, 2011

~Anak DerHaka Vs HaMba derHaka~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alangkah indahnya hikayat yang dibentangkan oleh ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Madarij As-Salikin. Beliau mengatakan:

"Ini adalah hikayat terkenal tentang seseorang yang telah mencapai tingkat ma'rifat. Pada suatu hari ia berjaya melepaskan diri dan lari dari tuannya. Di sebuah lorong ia melihat sebuah pintu rumah terbuka. Seorang anak kecil sambil menangis meminta tolong keluar dari pintu itu. Kelihatan ibunya dari belakang mengusirnya keluar. Setelah mengunci pintu lalu si ibu masuk kembali ke rumah.

Belum jauh si anak malang itu pergi, ia pun berhenti. Ia berfikir dan binggung kerana tidak mempunyai tempat tinggal selain rumah yang baru sahaja ia tinggalkan tersebut. Juga tidak ada yang melindunginya selain daripada ibunya. Ia pun kembali lagi dengan hati hancur dan perasaan yang sedih. Ia mendapati bahawa pintu rumahnya telah terkunci rapat. Lalu ia duduk bersandar sambil meletakkan pipinya pada ambang pintu. Kemudian ia tertidur.

Si ibu keluar. Melihat anaknya dalam keadaan seperti itu, serta merta memeluknya. Ia mendakap dan menciumnya dengan penuh rasa terharu. Dan sambil menangis ia berkata:"Anakku, ke mana kamu tinggalkan aku? Siapa yang sudi melindungimu selain aku? Bukankah sudah aku katakan padamu, jangan menentangku. Dan jangan pula berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu. Aku ingin kamu sentiasa baik dan bahagia". Lalu si ibu memimpinnya dan masuk ke rumah.

Sahabat...
Cuba renungkan kata-kata si ibu tadi:"Jangan berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu."

Renungkan pula sabda Rasulullah SAW:
"Allah itu lebih sayang kepada hamba-hambaNya daripada sayang seorang ibu kepada anaknya".

Apalah ertinya kasih sayang ibu jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah yang meliputi segala sesuatu? Jadi kalau seorang hamba membuat Allah murka dengan berbuat derhaka, bererti ia telah mendorong hilangnya rahmat Allah. Dan kemudian jika ia mahu bertaubat bererti ia telah mengundang kembali rahmat tadi yang memang sepatutnya ia nikmati.

Rasulullah SAW pernah bersada:
"Setiap anak cucu keturunan adam itu berdosa, dan sebaik-baiknya orang yang berdosa ialah yang mahu bertaubat". (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Permata: Rahmat Allah itu sangat luas, Maka bertaubatlah sebelum terlambat...

~WaRkaH Buat Kalian~