Tuesday, June 30, 2009

* Guru Oh Guru *

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji dan syukur bagiMU ya Rabb..yg mengurniakan segala nikmatMU pada diri ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan sahabat serta ahli keluarga baginda.

Alhamdulillah..akhirnya ana berkesempatan juga untuk mengabadikan kenangan sambutan HARI GURU peringat IPGM Kampus Tuanku Bainun thun 2009 di blog ana ini..Sambutan Hari Guru ini telah diadakan semalam iaitu pada hari Isnin (29/06/09) bersamaan dengan 6 Rejab 1430.

Walaupun sambutan Hari Guru ni telah terlewat selama sebulan lebih, namun bahang kemeriahannya diarasakan seolah-olah ia disambut pada tanggal 16 Mei...

Sesungguhnya Hari Guru adalah amat bermakna buat kita semua.. Ana yakin setiap dari kalian pasti menunggu2 ketibaan Hari Guru pada setiap tahun bukan? Ya, Hari yg bermakna buat semua bukan hanya kepada yg bergelar pendidik tetapi semestinya ditunggu dan ditunggu juga oleh yg bergelar murid, pelajar mahupun mahasiswa. Kerana ia adalah untuk meraikan guru2 yg pernah mendidik kita.

Bagi kami yg akan bergelar pendidik pula, Hari Guru merupakan antara hari terpenting dalam diari hidup masing2. Namun, pada kami setiap hari merupakan hari guru...

Teringat masa ana tunggu keputusan SPM dulu, buat pengetahuan kalian..ana pernah bergelar seorang Guru.. walaupun seketika cuma. Alhamdulillah, ana sempat mengajar di Taski Sekolah KAFA Integrasi Al-Ridzuan selama 6 Bulan, iaitu sebelum ana menjejakkan kaki ke IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Pada tanggal 16 Mei 2008, waktu tu ana masuk kelas seawal 8.OO pagi, ana jejak je kaki dalam kelas, beberapa orang daripada anak murid ana yg comel2 tu berlari mendapatkan ana untuk memberikan ana hadiah sambil masing2 mengucapkan "Selamat Hari Guru Cikgu". Tika itu, rasa terharu menyelubungi hati ini..tak tahu nk gmbarkan macam mana perasaan ana masa tu. Yang pasti..itulah hari terindah buat ana selama ana mengajar di sana. Bukan kerana ana mendpat hadiah, tp kerana berasa sungguh dihargai tika itu. Hmmm, Cikgu sayang dan amat merindui kalian...Moga membesar sebagai insan yg kamil..amin..

Kembali ke Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun..Seawal 7.30 kami semua Guru Pelatih telah diminta berhimpun di Astaka Waja. Program telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun sendiri iaitu Puan Hajah Rohani Bt Ismail.

Antara ucapan beliau yang amat berkesan di hati ana ialah, kata2 penutup dari beliau "Buat anak2ku, Berbanggalah dan berbahagialah kerana bakal bergelar seorang guru. Selamat Hari Guru." Subhanallah wal hamdulillah, sesungguhnya ana memang sgt bersyukur di tempatkan di sini. Kerana memang dari kecil ana bercita-cita menjadi warga pendidik. Ana mahu menjadi arkitek bangsa.

Jika seorang arkitek produknya adalah bangunan, Jika seorang chef produknya adalah makanan, Jika seorang seniman produknya adalah lagu@lakonan, Jika seorang penulis produknya adalah buku..Akan tetapi, seorang pendidik yg bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan yg seumpamanya produk mereka adalah manusia. Ya Allah besar tanggungjawabku nanti. Semoga dipermudahkan jalan dalam merialisasikannya dan memberikan khidmat terbaik Ya Rabb..amin...

Ana sambung lagi tentang perjalanan sambutan tersebut, Selepas ucapan perasmian, kami telah mengadakan sukaneka dan dipertandingan mengikut jabatan2 yg ada di IPGM Kampus Tuanku Bainun. Jabatan ana iaitu Jabatan Pengajian Islam & Moral (JAPIM) juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian. Peserta adalah terdiri daripada 10 org wakil daripada setiap jabatan. 10 orang peserta tersebut adalah gabungan antara guru pelatih dan juga pensyarah.

Berikut adalah antara beberapa acara yg dipertandingkan:

baling gelung...Ustaz Subki tidak ketinggalan ( amboi, satu set baju biru nampak) sangat bersemangatla baba (pangilan manja beliau)

Acara sepak bola, ah lelaki memang teror sepak menyipak ni bukan?antara sukan yg sinonim dengan mereka yg bergelar rijal..


Tu dia...Ustaz Harun yg merupakan Ketua Jabatan (JAPIM) tidak ketinggalan turut bermain..main bola jaring pulak tu..mabruk la ustaz..orang lain juga sgt bersemangat masing2 memberikan sokongan yg padu...


Acara apa plak ni? ha...ni la acara antara yg agak susah...acara memancing..eh? pancing apa? pancing botoi laaaa....


hmmm, eh, ustaz tlg wat pe 2? ni la acara yg paling menarik iaitu ambil gula2 menggunakan chopstick..banyak yg kecundang tu...xpa2 go back & practise more..practise make perfect (^_^)

Usai sahaja sukaneka, kami diberi waktu rehat dan dikehendaki berkumpul di Dewan Aminuddin Baki pada pukul 11.15 pagi untuk acara penutup yg bertemakn RETRO..

Ringkasnya banyak persembahan yg disajikan oleh pihak penganjur (Jabatan Perwakilan Pelajar @JPP). Antaranya ialah:-
*koir (persembahan drpd kumpulan koir IPGM Kampus Tuanku Bainun)
* Sketsa (persembahan drpd Ahli Silat Gayung)
*Nasyid (persembahan drpd Sautul Mu'alim)
*Bahasa Bermadah (persembahan guru pelatih DEAKIN)
*Sajak Integrasi ( persembahan gabungan 3 kaum)
* Nyanyian lagu band
* Persembahan instrumen ( persembahan dr Pensyarah)
* Nyanyian lagu bertemakn retro ( persembahan pensyarah: Encik Adznan & Encik Shahidan)

Majlis disempurnakan dengan penyampaian hadiah untuk beberapa anugerah khas, pemenang sukaneka dan penyampaian hadiah drpd wakil2 ketua kumpulan (KK) kepada tutor masing2..

Inilah sambutan Hari Guru yg pertama buatku disini sebagai guru pelatih warga IPGM Kampus Tuanku Bainun. Disebalik mesej yg cuba disampaikan, iaitu penghargaan buat semua yg bergelar guru dan bakal bergelar guru...Sesunggunya sambutan ni banyak meninggalkan kenangan yg indah...Akanku pahat dalam ingatan dan sanubariku..

Malamnya pula, usai solat Maghrib kami telah mengadakan bacaan tahlil sempena sambutan Hari Guru..Mendoakan semua yg bergelar guru yg telah pergi meniggalkan kita..Semoga mereka tergolong bersama-sama mereka yg soleh & solehah hendaknya..amin..

Duhai Guru, Jasa kalian tidak dapat kubalas walau dengan apa sekalipun...Terima kasih wahai guruku..


Monday, June 29, 2009

12 JeNis MaNusia yG MeNerima Doa Malaikat


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah SWT. Marilah memuji, meminta perlindunganNYa dan memohon keampunanNya. Kita berlindung kepadaNya dari keburukan jiwa dan keburukan amal kita. Barangsiapa diberi petunjuk Allah, tidak ada yg mampu menyesatkannya. Dan barang siapa disesatkan, maka tidak ada yg mampu menyelamatkannya melainkan Allah.

Bersyukur kepadaNya, masih d beri kudrat untuk meneruskan perjuangan di bumiNYa ini. Alhamdulillah, bertemu kembali dalam laman ini, laman maya ini, syukran ana ucapkan kerana sudi singgah dan ziarah MUJAHIDAH FI SABILILLAH yg kini baru berusia sebulan 9 hari..ana akui ana masih bertatih dlm berblog ini, maka mungkin terdapat banyak khilaf dan ana dahulukan dengan ribuan maaf buat kalian. Bimbingan dan pandangan kalian amatlah diharapkan untuk memperbaiki segala khilaf yg dilakukan.

InsyaAllah, pada entry kali ini, ana ingin berkogsi bersama kalian mengenai antara 12 jenis manusia yg didoakan oleh malaikat. Masih berkisarkan soal doa, kerana doa adalah amat penting buat kita. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.

Saudara dan Saudari yg dikasihi Allah sekalian,

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'... (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782).

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733).

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih"

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai antaranya..amin..

Sunday, June 28, 2009

-:: RasuLuLLaH MenGaJaRkaN DoA ::-


Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam ukhuwah, salam perjuangan buat kalian yg setia menziarahi MUJAHIDAH FI SABILILLAH. Moga kalian sentiasa di bawah perlindunganNYa… Amin..

Alhamdulillah…Pada post yg lepas ana ada berkongsi bersama kalian tentang doa iaitu 10 adab2 dalam berdoa dan 10 sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada post kali ini, ana ingin berkongsi sebuah doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW..

Saudara dan saudari yg di kasihi kerana Allah sekalian…

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid. Tiba2 terdapat seorang sahabat yang bernama Abu Amamah sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya : “Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

Lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku”.

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku”.

Lantas baginda SAW bertanya: “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?”.

“Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah”.

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, وأعوذبك من العجز والكسل, وأعوذبك من الجبن والبخل, وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah, Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengejut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan petang, insyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT. Setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT”.

P/s: Marilah kita sama2 mengamalkan doa ini, moga kita dijauhkan daripada rasa sedih dan gelisah, sifat lemah dan malas, sifat pengejut dan bakhil, dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Amin ya rabbal alamin..

Saturday, June 27, 2009

~:Doa :~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji dan syukur bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat2 baginda.
insyaAllah, untuk post kali ini…istimewa buat kalian ana ingin berkongsi berkenaan dengan DOA.

Rasulullah SAW bersabda: “Doa adalah senjata org mukmin”. Dalam kesempatan lain, beliau bersabda: “Doa adalah inti ibadah”.

Doa adalah bukti keyakinan pada kekuasaan dan Maha Pemurah Allah SWT. Kerananya, kehidupan orang mukmin tidak pernah sepi dari doa dan zikir. Bahkan dalam suasana perang pun, doa dan zikir tetap dilafazkan.

Dengan doa dan zikir, seorang mukmin mendapatkan cinta Rabnya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat, dan imannya semakin kuat. Dengan doa dan zikir, hati menjadi hidup, tenang dan bahagia.


Persoalannya di sini, apakah doa kita akan di terima begitu saja? Sudah tentu ada Cara2 dan adab2 dalam berdoa.Hmmm, pada post kali ini ana nak kongsi 10 adab berdoa bersama kalian..semoga kita bersama-sama dapat mengamalkannyai. InsyaAllah…

10 ADAB BERDOA

1. Memilih waktu yang baik - Contohnya Hari Arafah, Bulan Ramadhan, Hari Jumaat, sepertiga malam yg akhir, waktu sahur dan lain2.
2. Merebut peluang keadaan @ suasana yg baik - Contohnya dalam keadaan sujud, peperangan, turun hujan, ketika mendirikan solat dan selepasnya, ketika hati merasa khusyuk dan lembut.
3. Menghadap kilat, mengangkat kedua tangan dan menyapu muka di akhir doa.
4. Suara yg sederhana iaitu tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
5. Jangan memohon sesuatu yg tidak layak dipohon - Contohnya memohon darjat kenabian an mohon naik kelangit.
6. Memohon dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, sepenuh harapan dan rasa gerun dalam hati.
7. Yakin terhadap penerimaan terhadap doa yg dipohon.
8. Berdoa dengan penuh kesungguhan iaitu tidak mudah berputus asa serta tidak timbul perasaan doanya akan lambat dimakbulkan.
9. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada Allah serta selawat atas junjugan Nabi Muhammad SAW.
10. Mendahulukan taubat, mengembalikan sesuatu yg diambil secara zalim (tanpa izin) kepada pemiliknya dan menghadap serta memohon kepada Allah dengan menumpukan sepenuh hati tanpa sifat lalai @ sambil lewa (adab ini merupakan antara adab yg terpenting dalam berdoa)

[Adab2 yg selebihnya boleh dirujuk dlm kitab syarah Ihya’ (Ithaaf Al-Saadah Al-Muttaqin)]

Alhamdulillah, kita sudah mengetahui antara 10 adab berdoa. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengikuti semua 10 adab2 berdoa ini. Yang ana yakin, kebanyakan dari adab2 tersebut telah kalian ketahui bukan?. Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya agar doa kita diterima olehNYA. Amin ya rabbal alamin…

~Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Setelah kita tahu antara adab2 berdoa..mari kita sama2 muhasabah diri, mengapa ada diantara doa kita yg masih belum termakbul? Berikut adalah 10 sebab kenapa doa kita tidak dimakbullkan oleh Allah.

10 SEBAB KENAPA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf terkenal) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.


Pesanan khasnya buat diri ini dan amnya buat kalian yg dikasihi :Muhasabah diri dan lakukan perubahan agar hati kita tidak buta disebabkan sepuluh perkara di atas. Semoga doa2 kita selepas ini di makbulkan olehNYa. Amin ya rabbal Alamin.

Friday, June 26, 2009

10 PenYebab DiCintAi AllaH

بسم الله الرحمن الرحيم...

الأسباب العشرة المورثة لمحبة الله عز وجل

1. قراءة القرآن بالتدبر والتفهم لمعانيه وما أريد به.

2. التقرب إلى الله بالنوافل بعد الفرائض.

3. دوام ذكر الله على كل حال باللسان والقلب والعمل والحال.

4. إيثار محابه على محابك عند غلبة الهواء والتسنم إلى محابه وإن صعب المرتقى.

5. مطالعة القلب لأسمائه وصفاته ومشاهدتعا ومعرفتها وتقلبه في رياض هذه المعرفة ومباديها.

6. مشاهدة بره وإحسانه وآلآئه ونعمه الباطنة والظاهرة.

7. انكسار القلب بكليته بين يديه تعلى تذللا وتواضعا.

8. الخلوة به وقت التجلى الإلهي لمناجته لاسيما في الأسحار, وتلاوة كلامه, والوقوف بالقلب, والتأدب بين يديه, ثم ختم ذلك بالإستغفار والتوبة.

9. مجالسة المحبين الصادقين, والتقاط أطايب ثمرات كلامهم, كما ينتقى أطايب الثمر.

10. مباعدة كل سبب يجول بين القلب وبين الله عز وجل.

[انظر حقائق عن التصوف لفضيله الشيخ عبد القادر عيسى رحمه الله تعالى ط: مكتبة دار العرفان حلب ص: 403-404 ]

10 PenYebab DiCintAi AllaH

  1. Membaca Al-Quran dengan meneliti da memahami makna dan tuntutannya.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membanyakkan ibadah sunat setelah memelihara ibadah fardu.
  3. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan dengan lidah dan hati dalam pelbagai amalan dan suasana.
  4. Mengutamakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT keatas sesuatu yg disukai oleh hawa nafsu serta berusaha meningkatkan rasa cinta kepadaNYa walaupun menghadapi rintangan yg menyukarkan.
  5. Mempelajari nama2 Allah SWT dan sifatNYa Yang Maha Sempurna dan menghayatinya.
  6. Menyaksikan (meyakini) bahawa segala kebaikan dan nikmat samada yg zahir mahupun yg batil adalah semata-mata kurniaan Allah SWT.
  7. Merasa hina dan rendah diri di dalam hati kepada Allah SWT.
  8. Sering beribadat dan berkhalwat( bersendirian @ mengasingkan diri d tempat yg sunyi) serta bermunajat kepada Allah SWT di waktu rahmatNYa dekat dengan hamba yg beribada ketika itu ( waktu tahajud) khususnya di waktu akhir malam di samping membaca Al-Quran dengan lidah dan hati serta penuh adab dan kemudian mengakhiri khalwatnya dengan beristighfar dan bertaubat.
  9. Banyak mendampingi orang2 (soleh) yg amat mencintai Allah SWT dan RasulNYa serta terbuka hatinya untuk menerima tunjuk ajar mereka sebagaimana memetik buah-buahan yang elok.
  10. Menjauhi segala gejala yg boleh merosakkan hati seseorang daripada mengingati dan mentaati Allah SWT.

P/s: Marilah kita bersama-sama berusaha mengejar cinta dan redhaNYa..

Thursday, June 25, 2009

~: Mak, Along SyG Mak :~


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bg Allah..yg Maha menciptakan..Bersyukur kehadratNYa masih meminjamkan sekujur jasad yg sht yg d tuntut agar mengabdikan diri padaNYa...bersyukur masih berada d bawah rahmatNYa dengan kurnia terbesar iaitu nikmat iman & islam...Alhamdulillah..

Apa khabar kalian? moga kalian sentiasa dalam keadaan yg sihat wal afiat agar mudah dlm melaksanakan tugas sbg hamba Allah iaitu mengabdikan diri padaNYA...

Entah mengapa hari ini ana begitu rindu pada mak d rumah...tidak puas berkepit ngn mak selama 3 minggu pada cuti yg lepas..mak..rindu la...

Teringat masa minggu ke-3 ana di rumah, masa tu abah mengajar..yela, sbb cuti skola da abih kn..ana d beri tanggugjawab tuk menghantar mak ana ke klinik...sebab..
mak ana nak p scan adik ana yg bakal lahir insyaAllah bulan 8 ni...dalam umur yg meningkat dewasa ni, xsangka ana bakal dapat adik lg..macam xpercaya..kalo org dulu2 kahwin awal, da mcm nak dpt anak sulong plak ana ni...hee

Hmmm, bila scan, tgk2 adik ana tu dlm kedudukan yg songsang..maksudnya kepala atas punggung dia kt bawah..tapi doktor kata insyaAllah boleh pusing lg coz air ketuban, uri dan yg lain2 ok.tapi perasaan takut tetap menghantui mak ana ...coz yela anak2 yg 5 tu semua lahir normal takut yg ke 6 ni keluar ikot tingkap..mksud ana pembedahan...antum semua tlg doakn ye moga mak ana dan adik ana yg bakal lahir ni sht2 je dan moga d permudahkan kelahirannya..amin..

Masa scan tu...ana tgk seluruh anggota adk ana da lengkap da..alhamdulillah...jelas di mata ana mcm mana muka dia, mata, tgn kaki, semua la..tp yg upset skt tu ingtkn scan dpt la tau ana bakal dpt adik laki @ perempuan, tp xdpt coz dia tutup guna kaki dia...hehe ,xpela..walaupun ana nk sgt adik laki, yela sian adik ana yg sorang laki tu, xde kawan..semua perempuan je..tp xpe dpt adik perempuan lg pun xpe yg penting sht...tol x?

Hmm, kalo antum nk tau, ana dgn mak ana pergi klinik tu naik teksi, yela...lesen xde..hehe risau ana tgk mak ana masa tu...bayangkanlah dgan perut yg da besar mak ana naik jejantas tuk amik teksi..ana ty mak ana "mak, boleh ke ni?" mak ana jawab dgn tenang je "boleh,xpe la along, kita jalan perlahan2 ye". subhanallah...pengorbanan seorang ibu...

Kalo boleh masa tu ana nk je dukung mak ana..tp apakan daya ana..
sampai d klinik, masuk jumpa doktor, mak ana mengadu sakit pd doktor Zulailah "doktor cuba tengok ni", mak ana tunjuk kakinya pada doktor..ya Allah..urat2 pada betis mak ana timbul..mungkin sebab menanggung berat adk ana yg dlm kandungan tu...rasa kasihan pada mak ana menyelubungi diri tika tu..ya Allah, beginikah susahnya mengandung?

Lepas balik rumah, mak ana tiba2 panggil ana..dan menyatakan suatu yg ana masih ingat sampai sekarang dan tidak akan ana lupakn sampai bila2. Masih terngiang-ngiang lagi tiap kalimah yg keluar dr mulut mak ana tika itu..
"along, kalo mak pergi masa lahir kn adik ni nanti, along jaga semua adik2 ya..."
kalo antum d tempat ana, apa yg antum jwb pd mak antum?

Ya Allah, semoga mak dan kandungannya sentiasa sihat..Moga dipermudahkan kelahiran adik ana nanti..amin ya rabbal alamin...

~sekadar mahu berkongsi~

Cinta Sejati


Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachement dr seorg teman... semoga terdetik sesuatu di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? ana percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya... " Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu... " Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari yg dikasihi, apakah definisi cinta pd pandangan kalian?
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian.
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

Wallahu'Alam...

Tuesday, June 23, 2009

Marhaban ya Rajab!

BULAN REJAB BULAN ALLAH!

Sesungguhnya bulan Rejab mengandungi khazanah yg berharga, kaya dgn motivasi demi ke arah pengukuhan akhlak dan peribadi Muslim. Bulan ini telah diiktiraf oleh Allah sebagai salah satu antara empat bulan suci yg harus dihormati, dilarang melakukan peperangan, sebaliknya harus membayakkan tafakur merenung dan memerhatikan tanda2 kebesaran dan keagungan Ilahi.

Firman Allah maksudnya: sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan di dalam kitab Allah, pada hari Allah menciptakan langit dan bumi, dan antaranya ada empat bulan suci ( zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Demikian itu agama yg lurus; oleh itu janganlah kamu menganiaya dirimu sendiri pada bulan2 itu.[Surah At-Taubah:34]

Rasulullah s.a.w pula bersabda antara lain maksudnya: Rejab itu bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku.

Baginda menyifatkan Rejab sebagai bulan Allah, kerana Allah telah memilih bulan ini sebagai bulan berlakunya isra’ dak mikraj atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, Allah menunjukkan tanda2 kekuasaan-Nya pada malam itu, dan Allah juga menjemput baginda mmenghadap ke hadrat-Nya untuk disyariatkan solat fardu yg lima.

Allah berfirman maksudnya: Maha suci Allah yg telah menjalankan hamba-Nya ( Nabi Muhammad s.a.w jasad dan rohnya) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yg kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Al-Isra’:1]

Dalam perjalanan antara dua kota suci itu (Makkah dan Baitul Maqdis), Nabi Muhammad s.a.w telah singgah di beberpa tempat bersejarah, iaitu Taiyibah ( Madinah), Madyan (tempat pelarian Nabi Musa a.s ketika dikejar Firaun), Tursina (tempat Nabi Musa terima wahyu Allah), Baitul Laham (tempat kelahiran Nabi Isa a.s), kemudian barulah sampai ke Baitul Maqdis.

Baginda s.a.w diperlihatkan gambaran orang2 yg mendapat nikmat syurga dan orang2 yg diseksa di neraka, sebagai iktibar agar kita melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Kesemua 17 gambaran diceritakan menerusi hadis.

Kemudian dari Masjidil Aqsa, baginda dibawa mengembara ke angkasa lepas. Kisah ini boleh kita rujuk menerusi Surah An-najmi ayat 1-8, antara lain menceritakan betapa Rasulullah s.a.w telah melihat Tuhannya pada malam Mikraj di langit yg tertinggi dengan ru’payah basoriah (mata kepala). Demikian mengikut Mazhab Ahli Sunnah wal-jamaah dgn dalil daripada al-Sunnah al-Nabawiyah, tersebut dlm Tafsir Sofwatut Tafasir karangan Muhammad Ali as-Sobuni.

Baginda juga melihat Sidratul Muntaha dan Syurga Jannatul Ma’wa, yg menjadi tempat kediaman bagi taman perkebunan bagi para Malaikat dan juga roh org2 yang mati syahid dan org2 yg bertaqwa.

Nabi Muhammad s.a.w juga diperlihatkan dgn beberapa perkara ajaib. Sidratul Muntaha ditutup suatu selubung dari makhluk2 yg menunjukkan kebesaran Allah S.W.T kesemuanya kelihatan sangat indah berseri-seri.

Kata Mufassirin: Nabi Muhammad s.a.w melihat pohon itu telah ditutupi oleh suasana nur Allah ‘Azza wa jalla, sehingga tidak seorang pun sanggup melihatnya, dan dia ditutupi oleh para Malaikat serupa burung2 yg beribadat kepada Allah, dikerumuni sekelilingnya oleh orang2 yang bertasbih dan berziarah, sebagaimana kaabah diziarahi oleh orang ramai.

Pandangan Nabi Muhammad s.a.w tidak menyimpang dari tempat dia hadir dan tidak menoleh ke kanan dan ke kiri dan tidak pula melampaui batas dari yg dapat dilihatnya sebagai tanda beradab.

Subhanallah! Marilah kita sama2 memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah dipilih menjadi insan beriman kepadaNYa dan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul terakhir.

Marhaban Ya Rajab! Marilah kita sama2 berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadah kepadaNya. Antara amalan yg utama dan banyat ganjarannya ialah puasa sunat, menghidupkan malam, amalkan istighfar rejab, sedekah dan yg sewaktu dengannya. Sesungguhnya terdapat banyak fadhilat di Bulan Rejab ini yg dikatakan sebagai Bulan Allah S.W.T. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan belas kasihNYa. Amin ya Rabbal Alamin..

~WaRkaH Buat Kalian~