Sunday, April 27, 2014

~OH, Habbatus Sauda~



Maksud Hadis: Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati.

Apa maksud ‘tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’?

1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda’ berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda’ hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda’ untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin
akan menimpanya.

3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda’ ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan
minuman.

Apakah makna ‘penawar bagi segala penyakit’?
4. Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya ‘al-Tibb al-Nabawi’ bahawa makna perkataan ‘kulli’ (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat: yang menghancurkan ’segala’ sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu ‘balaghah’ dalam bahasa Arab.

Dari maksud yang yang sama penawar ’segala’ penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.

4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatus Sauda’. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda’ ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

****Sesiapa ingin mendapatkan Habbatus sauda' dlm bentuk kapsul seperti dlm gmbr boleh  sms/whatsapp 0134175619 :) 

~WaRkaH Buat Kalian~