Tuesday, June 29, 2010

~ PeremPuaN ni LeceH Ke? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, tika ku membelek-belek koleksi artikel dalam lappy kesayangan, tetibe terjumpa la satu artikel ni..ku kongsikan entri ini buat kalian semua..ayuh kita sama2 hayati dan fahaminya... artikel ni agak panjang, harap kalian sabar membacanya...baca jangan tak baca ya! Nescaya rugilah bagi mereka yang dah ziarah dan singgah di blog ni tapi tidak membacanya... REad it first ok? ( jangan lupa angguk ye...hee)

1..2..3..Start reading_

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?" "Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu." "Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." "Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap kiri' kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia." "Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih 'bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje." "Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?" "Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, baginda hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah. Selain itu, maksud 'tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat 'rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah.

Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan." "Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar" "Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya.

Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." "Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar" "Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih 'bengkok' daripada kita.

Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih 'bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

Permata: tak de apa2 pesanan da..kome mandai2 la fikir sendiri ye...(^_~)

Friday, June 25, 2010

~ MaNgkuk Nafsu ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tersebutla kisah...

Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Dikeramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis. Sang raja menyapa pengemis ini:
Apa yang engkau inginkan dari dariku?

Si pengemis itu tersenyum dan berkata: Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.

Sang raja terkejut, ia merasa pelik: Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!

Maka menjawablah sang pengemis: Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa.

Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu.Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis.

Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya.

Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah: Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,

Amboi! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah itu.

Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.

Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis, bukan pengemis biasa, lalu ia bertanya :

Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?

Pengemis itu menjawab sambil tersenyum:
Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Kurang, kurang dan kurang…

Raja itu bertanya lagi :
Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?
Ya ada, iaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (14:7)

Permata : Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur~

Saturday, June 19, 2010

~ Kita SebeNarnya... ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kita sebenarnya... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
kita sebenarnya... .lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabulawal
Kita sebenarnya... lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat
Kita sebenarnya... lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan
Kita sebenarnya... lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang dan mengaji
Kita sebenarnya... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama-nama nabi Allah
Kita sebenarnya... lebih suka menyebut hello! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya... lebih suka dangdut, rap, hip-hop dll daripada berwirid atau bertahmid
Kita sebenarnya... lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya... lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya... lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya... lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya... lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
Kita sebenarnya... lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
Kita sebenarnya... lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya... lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA... .lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA..

Permata : Maka, Layakkah kita dengan Syurga milik Allah?

Tuesday, June 15, 2010

~ Dari Mereka ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..akhirnya sudah selesai tugasku dalam menyiapkan laporan Kem Insan Rabbani 2010 di SMK Yaacob Latif, Cheras. Alhamdulillah..Untuk entri kali ini sengajaku ingin berkongsi feedback daripada para peserta kem tersebut bersama kalian...banyak lagi komen dan cadangan yang diberikan namun inilah yang terpilih..

Sila klik pada image tuk image yg lebih besar...
















Permata: Rindu pula pada adik-adik di SMK Yaacob Latif...

Wednesday, June 2, 2010

~ Kem InsaN RabbaNi ~

Tekun sungguh mereka dalam bekerja

Akak-akak Fasi yang ceria

Abang-abang Fasi dok wat pe tu?

Sesi taaruf... nama saya...hee

Senaman pagi yang tak kan pernah ku lupakan..kak ama yang comei~

Yeah..tu dia hasilnya... konfem tak jatuh la telur dalam tuh! huhu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Suatu hari yang bersejarah ku telah dilamar oleh sahabatku Amalina Misron tuk menjadi setiausaha kepada suatu program yang setelah beberapa kali ditukar namanya akhirnya ia bergelar KEM INSAN RABBANI. " kak fai, kak ama nak wat satu program ni, kat sekolah biasa, kak ama nak kak fai jadi s/u leh? " itulah lamaran yang ku terima lebih kurang setahun yang lalu. Alhamdulillah, akhirnya setelah melalui pelbagai onak dan duri, daripada masalah bajet, sumbangan dan sebagainya, maka terlaksanalah kem insan rabbani tersebut di SMK Yaacob Latiff, Cheras pada 28-30 Mei yang lepas...

Malam 27 Mei, ku berangkat pulang ke rumah dengan menaiki bas dari kampusku di Pulau Pinang...tujuannya satu, mahu turut sama dalam kem Insan Rabbani tersebut. Masakan aku mahu melepaskan peluang yang telah hampir setahun kami usahakan itu. Ku tiba di rumah lebih kurang pukul 5.30 pagi. Selesai solat subuh ku berkemas apa yang patut dan tiba di SMKYL tengah hari itu. Banyak pengalaman yang ku kutip di sana. Akan ku semat di dada dan ingatanku buat bekalan di hari muka.

Inilah pertama kali kami Alumni SAMER GEN20 membuat program di sekolah menengah biasa. Selalunya dok wat program kat SAMER...Hmmm, tidak dinafikan cabarannya lebih dahsyat. Ya Allah, ada dalam kalangan mereka yang masih tidak tahu berwuduk, niat solat pon tergagap-gagap. Melihat mereka, hatiku sayu diserang suatu rasa sedih ntah dari mana datangnya. sebak dadaku.

Melihat mereka juga, aku menjadi risau.. dan aku muhasabah diri kembali... bagaimanakah keadaannya murid2 ku kelak? akulah yang akan mencorak mereka. Akulah juga yang akan memimpin mereka dan aku juga yang bakal bertanggungjawab atas mereka. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dalam mendidik anak bangsaku kelak. Amin ya Rabb..

Kembali kepada program tersebut, secara keseluruhannya padaku program tersebut berjaya. Namun, adalah tinggi harapanku moga segala ilmu yang adik2 form 1 dan form 2 SMKYL kutip tika kem itu berlangsung dapat diamalkan. InsyaAllah akan ku doakan kalian moga istiqamah...

JUtaan terima kasih buat semua urusetia program yakni alumni SAMER GEN20 dan juga tidak dilupakan kepada semua Fasilitator dari UM, Nilam Puri. Kerjasama yang kalian berikan amat dihargai.

Harapanku, kepada semua muslimin dan muslimat yang bergerak aktif menyebarkan dakwah di luar sana, berilah perhatian kepada pelajar2 di sekolah menengah biasa. Mereka sangat butuh bantuan kalian. Mereka perlu dijaga, perlu di pelihara, perlu dikasihani. Ku menyeru kepada kalian, buatlah program2 di sekolah2 menengah biasa khasnya yang melibatkan ilmu2 agama...

Permata: Tolong, jangan pandang sebelah mata seruan ku itu~


Checkpoint yang paling best sekali..kena rendam dalam kolam, amek wuduk dalam tu pulak..nasib la dik...ada gak yang takut ikan ye..hee

Kotor ye dik...takpe2 anggaplah ia sebagai kifarah dosa

Ini dia...stesen azab kubur masa sesi muhasabah

inilah stesen paling menakutkan dan yang paling power ku kira.. stesen seksa neraka..Panas! keluarkan aku dari sini ya Rabb..

Selesai majlis penutup sekitar pukul 2 petang. Kemudian setelah makan dan solat. Post mortem pula. Banyak lagi yang perlu kami perbaiki. Usai postmortem sekitar pukul 4.30 petang. SEtelah itu, kami terpaksa bergegas pulang dek kerana Pak Guard di sana sudah bising meminta kami mengosongkan kawasan sekolah sebelum pukul 5 ptg. Selamat tinggal SMKYL. Kenangan itu akan ku semat kemas dalam ingatan.

Walaupun ku hanya punya masa sebentar bersama keluarga. Namun, jauh dari sudut hatiku berasa puas kerana masa ku terisi dengan usaha menolong agamaMU ya Rabb. Hasrat di hati mahu pulang awal ke kampus. Namun, ku rasakan agak bahaya pulang seorang ke kampus malam ahad itu. Maka, aku mengambil keputusan pulang isnin pagi dan Alhamdulillah ku selamat tiba di sini di kampus ini petang isnin kelmarin. Walaupun agak letih, namun ku bersyukur padaMu ya Allah. BUkankah rehat sebenar itu di syurga kelak?

Permata lagi: Doaku, moga usaha dan pengorbanan kecil ini diredhaiNYa...

Permata lagi dan lagi: laporan akhir lom ciap lagi..huhu

~WaRkaH Buat Kalian~