Tuesday, September 29, 2009

~AyuH, TeruSkaN TarBiaH RamadHaN!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...pagi tadi telah sempurnalah amali arab untuk maharah istima' wal kitabah. Hmm, soalan ok je taklah susah sangat. Alhamdulillah. Tapi tak tahulah natijahnya macam mana nanti. MOga natijahnya seperti yang diharap-harapkan...Amin..

Tanpa kita sedari, sudah 10 hari Ramadhan meninggalkan kita. Rindukah kalian pada Bulan itu? Rindukah kalian pada Madrasah Ramadhan itu? Sepanjang Ramadhan yang lalu kita hidup dalam suasana keimanan. Kita merasai nikmat keimanan, kemanisan ketaatan dan kelazatan taqarrub kepada Allah. Dalam situasi ini, kita lahir sebagai umat yang mempunyai peribadi dan ciri yang tersendiri. Kita berpuasa dan berbuka dengan nama Allah. Tidur dan bangun atas zikir Allah. Kita hidup dalam keadaan jiwa yang redha, tetap pandangan, melakukan ketaatan dan takwa kepada Allah.

Ramadhan telah mentarbiah diri kita selama sebulan. Sebulan itulah kita dapat perlahan-lahan mendidik hati dan menundukkan nafsu kita. Maka apakah selepas Ramadhan kita terus berubah? adakah selepas Ramadhan kita mengetepikan agama kita? Adakah dengan berlalunya Ramadhan kita mahu melucutkan syahsiah islamiah dari diri kita? Adakah apabila kita keluar dari Ramadhan, bagaikan tidak sabar-sabar mahu berpisah dengan Ramdhan? dan mahu bebas dari larangan2 tika berpuasa. Kalau inilah yang berlaku, jauh sekali bagi kita untuk mendapatkan kesan daripada Ramadhan. Maka sia-sialah kehadiran Ramadhan selama sebulan itu. Nauzubillah...

Kita mengharapkan ibadah Ramadhan meninggalkan kesan yang baik di dalam diri dan akhlak kita. Mudah-mudahan ia menjadi ubat kepada penyakit yang kita hadapi. Mudah-mudahan apa yang dimaksudkan oleh Islam disebalik puasa dan ibadah2 lainnya telah tercapai dan membawa seribu manfaat. Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan telah menyembuhkan keruhanian hati kita, membetulkan pemikiran kita, menghidupkan hati yang telah mati dan menyinari ruh yang kegelapan. Amin ya Rabbal Alamin...

Kebanyakan dalam kalangan kita hanya melazimi takwa pada bulan Ramadhan dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Namun, tidak dalam bulan selainnya. Tika Ramadhan kita tekun melakukan solat bahkan datang solat berjemaah. Tetapi keadaan ini tidak berlaku sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan. Dalam kalangan kita ada yang hanya kenal Allah Taala pada bulan Ramadhan. Hanya mengingati Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhir bulan Ramadhan ia kembali melakukan dosa dan maksiat. Ia lupa akan kewujudan Allah. Ia tidak lagi solat apatah lagi berjemaah, ia memutuskan silaturrahim, mendedahkan aurat dan semua bentuk kemungkaran lainnya. Nauzubillah...

Sahabat... Seharusnya kita meneruskan tarbiah yang telah kita rebut, yang telah kita dakap erat dalam bulan Ramadhan untuk terus diamalkan dalam bulan2 berikutnya sepanjang hayat kita. Allah memerintahkan umat Islam supaya mengekalkan takwa dan hidayah, kerana ibadah hanya kerana Allah bukan kerana Ramadhan dan selainnya. Oleh itu duhai teman... Marilah kita bersama-sama berusaha mengekalkan dan meneruskan tarbiah Ramadhan. Marilah kita berusaha menambah kebaikan pada setiap hari yang kita lalui selagi Allah masih memberi kita peluang hidup dalam iman dan Islam. Ya, sebelum terlambat. Mari kita bersama-sama terus mengabdikan diri kepada yang yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~