Sunday, May 31, 2009

~Tentang RasulullaH~

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,

Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,

Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,

Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,

Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,

Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,

Kalau dia marah dengan orang,
disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,

Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,

Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,

Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,

Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,

Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat"
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,

Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,

Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,

Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,

Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,

Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,

Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,

Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,

Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,

Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,

Kita sambung lagi cerita nabi kita,

Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,

Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,

Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,

Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,

Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,

Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,

Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,

Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,

Sekianlah adanya.

Sumber: Nazam oleh Syeikh Ashaari Muhammad

Saturday, May 30, 2009

Soalan Cepumas Untuk Orang Islam


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi. Berikut adalah
antara soalan2 cepumas buat kita sebagai umat Islam...

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan?
Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.

Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan..Wallahu'alam.

* diambil dr iluvislam.com

Wednesday, May 27, 2009

Katakan TIDAK pada Dengki-mendengki, sindir-menyindir!


Assalamualaikum. Salam ukhuwah dan salam perjuangan buat kalian yang disayangi. Bismillahirrahmanirrahim,.pertama-tamanya marilah kita panjatkan rasa syukur padaNYa kerana dengan limpah dan belas kasihannya kita masih dapat menghirup udaranya, masih dapat melihat dunia dan seisinya..

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Semoga berada dalam keaadaan yang sihat wal afiat dan sentiasa dalam lindungan rahmatNYa..amin ya rabbal alamin..

Fitrah manusia, ada yang suka dengki mendengki. Sebagaimana yang ana kira kalian sedia maklum, hasad dengki ini terbahagi kepada dua iaitu hasad dengki yg baik dan yg buruk. Contoh hasad dengki yang baik adalah apabila kita melihat kesungguhan dan pengabdian seorang hamba ilahi dalam mentaati perintahnya. Maka kita digalakkan untuk cemburu akan dirinya dan berusaha untuk menjadi sepertinya. Adapun hasad yang satu lagi adalah yg dilarang olehNYA. Sebagai contoh, mereka yang dengki akan kejayaan bisness seseorang, berasa sakit hati dan akhirnya berusaha untuk menjatuhkan bisness tersebut. Nauzubillah…

Duhai teman, penyakit sindir-menyindir pula jangan diambil mudah. Sesungguhnya sindir-menyindir ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk antaranya berkelahi dan seterusnya memutuskan silaturrahim. Nauzubillah..moga dijauhkan dari kita semua. Amin…

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w besabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seorang berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.[Bukhari&Muslim]

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. Sejauh manakah nilai persaudaraan antara kita? Sejauh manakah nilai ukhuwah yg terbina atas dasar aqidah yg satu iaitu ukhuwah yang berpaksikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH? Marilah kita bersama-sama berusaha menjaga diri dari perasaan dengki-mendengki dan sindir-menyindir antara satu sama lain demi kesucian ukhuwah islamiyah yg terjalin antara kita semua. Wallahu A’lam. Segala yang baik datang dariNYA dan yg buruk itu dari hambaNYA yg lemah hina dina ini..Moga mendapat manfaat..Wasalam..ilal liqa’ (^_^)

Tuesday, May 26, 2009

HARI-HARI DALAM HIDUPKU



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas di bumiNYa ini..masih di beri nikmat iman dan islam, iaitu nikmat terbesar kurniaanNYA..Alhamdulillah..

Izinkan ana membahasakan diri ini sebagai “aku” pada entry kali ini.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu membuat coretan ini. Aku rasa terpanggil untuk melahirkan apa yang terbuku di hati ini. Namun,tuntutan imtihan membantutkan hasratku. Alhamdulillah, dengan izinNYa maka aku berpeluang untuk merealisasikan hasratku ini. Setelah usai fasa imtihan untuk semester dua ini..Hmm..begini…kadang-kadang aku rasa lemah dalam perjuangan ini. Aku rasa terlalu banyak halangan, cabaran dan rintangan yang harus aku tempuhi dalam medan dakwah ini.

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku di sem lepas, dimana ketika itu, aku baru sahaja melangkahkan kaki ke IPTB yang kini dikenali sebagai IPGM Kampus Tuanku Bainun. Masih segar dalam ingatanku, masa tu..aku datang mendaftar ditemani oleh mak dan abah. Kami naik bas dari rumah.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih. Perjalanan yang amat meletihkan.Sayu melihat wajah mak dan abah ketika itu.Walaubagaimanapun,di wajah mereka tergambar kebahagiaan yang aku kira, aku tau kenapa…kerana anak kesayangan mereka, anak sulong mereka sedang mendaki tangga kejayaan.insyaAllah.

Sebenarnya, bukanlah rentetan kisahku mula menapak di sini yang mahu kukongsikan,Aku mahu berkongsi rasa bersama kalian, dimana keadaan di sini tidak sama seperti di sekolahku. Di sekolah, aku sudah biasa dengan tarbiyah dan dakwah. Jadi, apabila aku rasa perlu menegur dan menasihati rakan-rakanku, aku akan segera lakukan, kerana aku amat menyayangi mereka. Mungkin aku terlupa, bahawa aku bukan lagi di SAMER ketika itu.

Dipendekkan kisah, aku tidak ingat tarikh keramat itu, dimana aku telah menegur saudara-saudara muslimat di kelas ku, aku tegur secara berjemaah kerana kukira itu jalan terbaik ketika itu. Aku tegur tentang kehadiran mereka ke musolla, berkaitan tudung, pergaulan antara muslimin dan muslimat dan beberapa perkara lain. Rupa-rupanya, ada yang terasa dan ambil hati dengan apa yang kutegur, dalam bahasa yang mudah mereka tidak boleh menerima cara teguranku. Bukan semua… tapi adala…hmm, mungkin usiaku yang muda setahun, dan mungkin pangkat adik yg disandang olehku menjadi puncanya. Entahlah..

Teringat pengalamanku semasa tingkatan 4 dulu..masa tu musim hujan, nak dijadikan cerita..ramai la di kalangan saudara-saudara muslimat di sekolahku yang sanggup tanggal stoking masa nak turun dari surau ke kantin atau pulang ke asrama.tidak tahan melihat keadaan itu, pada suatu malam, aku mohon kebenaran ketua aspuri tuk buat perjumpaan sebentar selepas maghrib di surau. “ kak Am, boleh tak nak wat perjumpaan jap” pintaku. “hmm, nape?” soal kak am. “ada lah. Nak tegur skt” jawabku. Kak Am mengangguk dan aku dapat green light. Aku pun tanpa berlengah menggunakan kesempatan yang ada. Ku katakan pada semua… “ kita semua tahu bahawa kaki adalah aurat, tapi sejauh manakah kita menjaganya?” kubiarkan mereka dengan persoalan. Lalu kuteruskan kalamku. “ adakah kita lebih sayangkan stoking, daripada aurat kita?” kataku agak sinis. “ sedarkah kita akan balasan api neraka nanti? Sambungku..kemudian aku tutup kalamku dengan penutup yang kukira agak sinis dan menyebabkan aku kena “attack” ngan kakak2 senior masa tu. “ kepada adik2, janganlah mencontohi mana2 kakak2 yang xsepatutnya dicontohi..ambil yang baik2 je. Yang x baik tu jangan tiru..” yang kumaksudkan bukan kakak2 senior tingkatan 5 je, tapi semua. Malangnya, kakak2 senior masa tu pulak yang terasa. Bukan semua, tapi adalah…

Hmm. Padahnya, bila aku pergi ke kantin atau kemana-mana setelah malam itu, maka terdengarlah kalam2 sumbang yang menyakitkan telinga dan membakar hatiku. “eh, jangan lupa pakai stoking tau, takkan lebih sayang stoking dari aurat kot” atau “eh, stoking wei pakai la..tak takut neraka ke?” dan yang sewaktu dengannya. Kata2 itu bukan ditujukan padaku..hanya diluahkan apabila aku lalu bersebelahan dengan mereka yang kukira sakit hati dan tidak boleh menerima tegurannku. Biarlah…hanya Allah yang mampu memberi hidayah..

Mari kita kembali kepada asal cerita..,(kisah aku di sem lepas) Mungkin juga, faktor ukhuwah menjadi salah satu puncanya. Memang ketika itu, ukhuwah kami baru terbina, yela..baru kenal..masing-masing dari jeruk pelbagai negeri, yang mempunyai macam-macam latar belakang yang berbeza, dari keluarga yang berbeza dan dari persekitaran yang berbeza. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tambahan pula, dalam berdakwah ni, kalau kita dekat dan dapat ikat hati mad’u (orang yang ingin didakwah) tu adalah lebih baik dan mungkin jalan dakwah tu akan lebih mudah.

Namun, aku ambil itu semua sebagai satu cabaran. Aku tidak berhenti di situ.Aku tahu ini baru permulaan. Kerana aku tahu tanggungjawabku sebagai hambaNYa. Aku tidak mahu hanya membenci dalam hati akan sesuatu perkara dan tidak menegurnya, kerana aku tahu itulah selemah-lemah iman. Doakanlah, moga kuterus kuat dan istiqamah dalam perjuangan ini..amin..


Alhamdulillah, baru-baru ini..Aku telah ditakdirkan untuk membaca sebuah buku, yang kukira buku ini amat bermakna bagiku. Buku yang ku maksudkan adalah sebuah buku yang menceritakan tentang sebuah kisah benar. Kisah tentang salah seorang pejuang dakwah. HARI-HARI DALAM HIDUPKU itulah tajuk buku yang kumaksudkan. Buku ini, banyak memberi impak padaku. Setelah mengkhatamkan buku ini, aku merasa diriku begitu lemah, siapa aku jika dibandingkan dengan Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili?. Ya, buku ini menceritakan kisah realiti penyeksaan di Penjara Tentera Mesir ke atas Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.

Siapakah dia Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ini? Mungkin ramai diantara kalian yang tidak mengenali beliau. Mungkin juga ada yang pernah mendengar tentang beliau. Beliau adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama’ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin pimpinan As-Syahid Hasan Al-Banna di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringgankan bebanan keluarga merekan yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.
Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan di dalam penjara, Presidan Jamal Abdul Nasser telah megarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

“ Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki.”

Saudara dan saudariku sekalian…ketika aku membaca buku ini, aku membacanya dengan penuh teliti dan aku cuba membayangkan setiap seksaan yang dialami oleh beliau. Air mata kerap membasahi pipiku, lantaran sebak membayangkan kesakitan yang beliau alami. Tahukah kalian? Inilah antara buku yang mengambil masa yang agak lama untuk kukhatamkan. Mengapa? Kerana aku tidak tahan membayangkan setiap penyeksaan demi penyeksaan yang beliau terima. Tatkala aku berasa terlalu kasihan sehinggan air mataku mengalir, aku akan segera tutup buku itu dan menyambungnya kemudian.

Tahukah kalian, apa yang dialami oleh beliau sepanjang tempoh-tempoh getir dalam penjara tentera itu? Beliau dipukul dengan tongkat dan cemeti hampir setiap hari sebanyak 500 kali, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan. Antara yang kurasa terlalu kejam adalah beliau direndam seharian dalam penjara air. Bayangkanlah, dengan luka-luka kesan daripada jilatan tongkat dan cemeti diseluruh tubuh beliau…betapa pedihnya luka-luka itu apabila beliau dipaksa berendam dalam penjara air. Sedangkan kita hanya luka sedikit sudah merasa sakit, apatah lagi seksaan demi seksaan yang diterima beliau.

Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.”

Akhirnya, apa yang terjadi kepada beliau? Rasanya lebih molek jika kalian sendiri membaca dan mengkhatamkan buku ini. Buku ini karangan beliau sendiri dan telah diterjemah oleh Hj. Tahir Daeng Mengati dan Mohd. Yamin As-Surur. Terbitan Pustaka Salam.

P/s: sekadar meniupkan semangat juang pada diri sendiri dan semoga kita semua dapat menyingkap tabir yang terlindung, memberikan kesedaran dan menambahkan keyakinan umat Islam terhadap perjuangan memegakkan daulah Islam.

Monday, May 25, 2009

WARKAH HAWA BUAT ADAM

Apa yang tiada di syurga,namun adam rindukan hawa..lalu Allah ciptakan hawa dari tulang rusuk adam..saling melengkapi antara satu sama lain..diciptakan hawa dari tulang rusuk adam bukan di kepalanya untuk dijunjung,bulan juga di kakinya untuk dijadikan pengalas,tapi di sisinya untuk dijadikan teman,dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi.

Nah,aku kira kalian memahami,cuma memohon secebis pengertian dari kalian..hawa dijadikan Allah sebagai memenuhi fitrah..dan tiadalah suatu apa pun yang dijadikan Allah itu sia-sia.masing-masing dengan peranan sendiri bersesuaian dengan kudrat yabg allah beri..

Adam...
Mungkin kalian tidak menyedari,atau mungkin kalian terlupa..kalian ada tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan ummah,

seringkali kalian mendamba kesempurnaan,menolak kekurangan insan bernama hawa..mana mungkin tulang rusuk yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus,maka di bahu kalian jualah letaknya tugas untuk membetulkan tulang rusuk yang bengkok itu.

Lihatlah di sekitar kita hari ini,betapa hibanya hati melihat perilaku muda mudi,siapa yang patut di salahkan?Bukan niatku mencari kesilapan orang lain,tapi ini semua bertitik tolak dari kealpaan kita menjalankan amanah Allah di muka bumi ini..

Adam..
Pernahkan kalian terfikir betapa di bahu lembut si hawa,bisa melenakan bayi yang tertidur..di situlah jua tergalas beban yang pastinya tidak dapat hawa tunaikan tanpa panduan dan bimbinganmu..dan pernahkan kalian terfikir,betapa hebatnya air mata yang diciptakan allah untuk hawa, sebagai wasilah hawa melampiaskan duka... dan adakah kalian pernah terfikir,jerih payah ibu kalian membesarkan dan mendidik kalian,dari manakah semua kekutan itu si hawa dapati?

Adam,bukan niatku memanjangkan bicara,jauh sekali meluahkan rasa,cuma aku ingin kalian mengerti,bahawa kita semua punyai tanggungjawab yang amat besar..percayalah dan sememangnya aku kan terus percaya.. Di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada wanita yang mendorongnya.

Aku bersyukur kerana aku lahir sebagai wanita,bilamana Islam mengangkat martabat wanita..betapa aku rasa Maha Pemurahnya Allah yang maha besar hinggakan syurga anak berada di bawah kedua tapak kaki ibu..betapa besarnya penghormatan itu,tak layak rasanya untuk hawa menerima pengiktirafan ini..

Adam..
Ku harap kau mengerti.aku bukanlah sesiapa,bukan aku mencari teman sehebat Sulaiman,kerana aku jua bukan sehebat Balkis,bukan jua aku mengharap teman setampan Yusuf,kerana aku bukanlah Zulaikha.bukan jua aku pinta teman seteguh Ibrahim kerana aku tahu aku tak sekuat Hajar..cuma izinlan aku mengutip sisa sisa kehebatan Khadijah,rafik terakrab rasul,jua secebis sabar Fatimah pendamping Ali, dan sekelumit bijaksana Aisyah,humaira' kesayangan rasulullah..

Surat dari Hawa Untuk Hawa


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

Pesanan Adam Kepada Hawa

Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh....

Ku teruskan bicara buatmu, Hawa...Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu...

HAWA...
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawa..ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku?Kalau dulu,untuk mengucapkan sebaris kata di hadapan kusekalipun,kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin.Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu...malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini???

HAWA..
Apa yg membimbangkanku, kedaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah allah. Pergaulan yg kukira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan,terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi....

HAWA..
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?..Tidak seperti dulu?? Tutur kata yg petah,alunan suara yg lantang,mengheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..Kau bisa ku samakan dengan tema-temanku yg lain dan...jika keadaan ini berterusan,suatu hari nanti,Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja..Dulu,kusanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaum mu di luar sana.Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi maruah...Lantaran itu,usah terlalu ghairah denganku,kau Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh....janganlah dirobohkan...

HAWA...
Fahamilah...ku tak ingin kau terlalu menonjol diri,kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yg terlalu mahal harganya.Terus terang kukatakan duhai hawa,bukan kemarahanmu kupinta,bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa,ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.

HAWA...
Jika bersua muka,tundukkan pandanganmu.Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan.Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita,itulah yg harus dijaga...

HAWA...
Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana-mana saja.Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah,tapi dengarlah Hawa,aku mahu kau sedar!! Sedar yg dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini.Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat allah lantaran dosa yg kita titipkan...

HAWA...
Sekian dulu untuk kali ini.Ketahuilah dunia Hawa.......aku amat merindui dirimu yang dulu....Wassalam....

P/s: Peringatan buat diri dan hawa sekalian...

10 Muwassafat Tarbiyah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Biar renggang difana dunia,biar hina dimata manusia,biar semangat semakin tua,biar akal semakin berusia, jangan tergadai silaturrahim antara kita sesama Islam...

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir.”( maksud Ali-Imran :147)

Andai takut akan risiko usah bicara akan perjuangan!

Friday, May 22, 2009

"YA ALLAH, AKU MAHU BERUBAH!"



Ya Allah,
Syukur atas nikmat pancaindera-Mu…
Dengan penglihatan…
Aku dpat melihat segalanya kekuasaan-Mu…
Mengagumi segala kebesaran-Mu…
Namun,
Dengannya jualah…
Aku melakukan kemungkaran terhadap-Mu…
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa…
Melihat pada yang tidak sepatutnya…
Membuatkan diri ini alpa
Saat hidayah-Mu tiba…
Seketika ku tersedar…
Mungkin belum terlambat…
Untukku pahatkan dalam diri..
Bahawa…
Aku mahu berubah!!!

Ya Alllah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-Mu..
Alhamdulillah…
Hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu…
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Ku tundukkan pandanganku…
Yang selama ini meliar..
Ku timbulkan kekeliruan…
Pada teman-teman..
Ku tempis segala teguran sinis…
Ku tekadkan dalam kalbuku…
Bahawa…
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Jika dulu aku lali dalam menunaikan hak-Mu..
Terleka dengan duniawi…
Terkadang ku abaikan ukhrawi…
Subhanallah…
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling Agung…
Kau sedarkan disaat aku hanyut…
Masih tidak terlambat…
Untuk suatu perubahan…
Ku akur pada kekuasaan-Mu..
Lantas…
Ku laungkan dalam hatiku..
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah, ku pohon hidayah-Mu…
Duhao ayahanda dan bonda…
Sahabat-sahabat…
Serta…teman-teman..
Bantulah daku…
Bimbinglah daku…
Dalam mencari….
Cinta yang paling agung
Cinta Yang Maha Esa…
Sesungguhnya..
Aku mahu berubah!!!

~diambil dprd: Mufakkiratul Mukminah 2009

~:: Hakikat cinta?

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...di sini ana ingin mengajak kalian berfikir dan mencari jalan atau uslub tuk menyelesaikan masalah yg sedang menular dalam kalangan remaja mutakhir ini...iaitu zaman yg penuh fitnah...atau dikenali sbg akhir zaman...perkongsian daripada kalian amat diperlukan dan didahului dgn ucapan syukran jazailan..

Pada 10 mei yang lepas, ana bersama2 ahli usrah ana (bukan famili tau) telah mengadakan sebuah program seharian bersama usrah di SG Sedim, Kedah...Alhamdulillah program tu banyak memberi kesan kepada ana, walaupun program tu hanya sehari saja..Antara yg menarik bg ana ialah, kami telah diberi tugasan dlm LDK dimana setiap kumpulan menerima satu drpd masalah ummah di akhir zaman ini.

Di sini, saya ingin berkongsi tugasan yg telah diberikan kepada kami...kerana pada pendapat sy tugasan ini adalah antara masalah ummah yg sedang hebat melanda remaja kini..HAKIKAT CINTA...Sesungguhnya, manusia tidak boleh lari dari cinta..kerana cinta adalah fitrah..semua orang ingin disayangi dan menyayangi bukan? Tapi apakah hakikat sebenar cinta?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Berikut adalah tugasan yg dimaksudkan...diharap kalian yg perihatin dapat menyumbangkan sedikit masa untuk sama2 berfikir dan mencari penyelesaian terbaik untuk tugasan ini...

Ali ada 6org rknnya iaitu Abu,Nabil, Adi, Muhammad, Ahmad dan Amin yg mempunyai personaliti yg berbeza-beza. berikut merupakan personaliti setiap rakannya:

1. Abu yg Ali knl dulu merupakan seorg yg cukup dikagumi dan merupakan org no 1 membnteras gejala bercouple..kini sering begayut di telefon dan ber'sms' spnjg masa.

2. Nabil pula mempunyai adik serta kakak angkt.dia juga mempunyai ramai kwn perempuan. Menurutnya, dia suka menasihati org dan dia suka berdakwah dgn cara berbls sms serta berckp melalui telefon. Ali perhatikan Nabil sering bertemu dgn adik serta kakak angktnya dgn alasan utk memberikan bhn2 ilmiah.

3. Adi pula sememangnya setia dgn pasangannya dan telah menjalinkn hubungn dgn kekasihnya tlh beberapa thun.mereka juga sering keluar bersama.

4. Muhammad pula hy berhubung dgn ahli keluarga bkl teman pilihannya.

5. Ahmad pula seorg yg sukar melihatnya memegang telefon. Dia sering kelihatan gigih mencari ilmu d internet. hanya kelihtn dia menyalin ilmu2 dr internet ke dlm hp nya.

6. Menurut Amin pula cinta itu lebih indah slps perkahwinan dan buat apa perlu bercinta jika blum mengetahui jodoh.

Ali sdg mencari-cari kebenaran dan hakikat cinta lalu dia telah membuat perbincgn dgn setiap rknnya untuk mendptkn pndgn mereka mengenai hakikat cinta.

1. Menurut Abu, cinta itu merupakn perkara biasa. Abu hanya terdiam apabila disoal mengenai sikapnya yg telah byk berubah.

2. Menurut Nabil cinta itu merupakan satu persoalan yg teknikal-hambar, mudah tertipu dgn tabiat akal, kdg2 berjln lncar, kdg2 membuat org tertekan.

3. Menurut Adi cinta itu buta. Walaupun pasangannya byk kelemhn yg dia x suka dan x puas ati tp dia begitu sygkn kekasihnya. Dia juga sering hanyut dgn perasaannya.

4. Menurut Muhammad pula dia tidak mahu berhubung dgn bakal teman hidupnya krn dia risau akan terjebak dgn perkara yg melalaikn walaupun hanya sms. oleh sbb itu dia lebih selesamenjadikn ahli keluarga sbg org tgh.dia juga sering memperbaiki dirinya krn dia yakin bkl teman hidupnya juga begitu. dia juga x lupa berdoa agr dia dipertemukn jodohnya dgn teman hidup pilihannya itu.

5. Menurut Ahmad pula dia sering cuba berusaha utk menjadi org yg soleh supaya bakal teman hidupnya juga seperti itu. dia juga berusaha berkongsi ilmu dgn memberi msg yg terkandung ilmu shj. mereka berbls sms berkisar ilmu shj. Niatnya hanya mahu mendidik bkl teman hidupnya krn Allah menyukai seorg lelaki yg mendidik bkl isterinya sebelum mengahwininya. dia tidak pernah bertemu dgn bkl teman hidupnya melainkn di rumah keluarga bakal pasangannya itu shj. Dia juga sentiasa berdoa agr disatukan dgn teman pilihannya itu.

6. Amin pula kelihatan x berminat utk menjalani hubungn dgn mana2 perempuan. Dia hanya menyerahkan jodohnya kpd kedua ibu bapanya krn dia berpendpt ibu bapanya lebih mengenalinya dan lebih tahu yg lebih baik utk dirinya.

setelah Ali berbincg dgn rkn2nya, dia berfikir sendirian. Dia tidak tahu siapakah org yg terbaik di antara rkn2nya dan berfikir bagaimanakah untk membantu rkn2nya yg telah hanyut.

Jadi, anda dikehendaki membantu Ali memilih siapakah yg terbaik di antara mereka dan sertakan alasan anda mengapa anda memeilih salah seorg rkn Ali tersebut.
Anda juga dikehendaki membantu Ali utk bntu rkn2nya yg lain utk kembali ke pangkal jln dlm apa juabentuk dgn penuh hikmah dan bijaksana.

~sekadar mahu berkongsi~
p/s: perkongsian kalian boleh disalurkan melalui komen..syukran..Barakallahu fikum =)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 21, 2009

~:: Perjalanan Hidup ini ::~

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,
yakinlah pada janji Ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...

Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerana kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...

Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu... .

Tips Kurangkan Tekanan ::

Terdapat beberapa tips yg kita blh amalkan btujuan mengurangkan tekanan. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. lace>Para lace> pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap lace>cuba lace> menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

"KITA DAN AURAT(I)"

Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
***** saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

diperolehi drpd: Ustaz MOhd Amin Jais

KITA & AURAT (II)

KITA & AURAT (II)

Seloka pertama sudah dibaca,
Eloklah diamal pemberat neraca,
Lihatlah diri di dalam kaca,
Otak tak usah memikir cerca.

Kita mengamal bukan menunjuk,
Allah beri Hidayah pertunjuk,
Kalau diejek janganlah merajuk,
Ilmuan muktabar tempat merujuk.

Timbanglah fakta nilailah Iman,
Adakah nafsu tak makan saman?,
Degilnya diri pentingkan nyaman,
Agama menyaran kehidupan aman.

Nasihat diberi cukup diplomasi,
Aurat jangan dianggap basi,
Ulamak dahpun beri motivasi,
Rebutlah peluang mengamalkan visi.

Aurat disentuh perlu insafi,
Tak usah amalkan nafsu nafsi,
Demi kehidupan penuh sensasi,
Anggaplah nasihat sepinggan nasi.

Namun begitu tolonglah sabar
sesungghunya islam itu Nasihat

juga drpd: Ustaz Mohd Amin Jais

Nasihat IMaM SyaFiE

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

~WaRkaH Buat Kalian~