Saturday, January 30, 2010

~ MeNgaPa PerLu BeriBadaH? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w:

"Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?"

Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula berdekatan dengan surau atau kadang-kadang bersebelahan pula dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Dalam ruangan kali ini, ku mengajak remaja seperjuangan untuk memahami tujuan hidup kita yakni kita mesti beribadah.

Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong bukan?

Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tidak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi... " (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut... " (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)

Permata: Mahu alasan apakah lagi tuk kita sedar tuntutan beribadah padaNYA...? Tepuk dada, tanya diri dan jawablah sendiri...ayuh hisab diri...

Thursday, January 28, 2010

~ MampukaH aku? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...kebelakangan ini diriku sungguh sibuk. Dan kerana kesibukan itu ia mengajarku betapa bernilainya tiap detik dan waktu yang kulalui saban hari. Sesungguhnya ia juga mengekang ku dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah...

Pabila berkata soal amanah, ku yakin dan pasti kalian sedia maklum dan arif bahawa sesungguhnya amanah itu amat berat. Pada kebiasaannya, manusia sendiri akan merasa beratnya amanah itu dengan sendirinya. ia hadir tanpa diundang. ia terdetik di hati tanpa diminta.

"Mampukah aku memikul amanah seberat ini?"
" Ya Allah, kenapa mesti aku yang harus memikul amanah ini?"
" Aku rasa diri tak layak la...sapa la diri ni.."

Inilah antara kata-kata yang terdetik di hati dan akhirnya terluah jua di bibir-bibir kita pabila ada satu-satu amanah yang diletakkan di bahu kita.

Ku kira ia merupakan satu fitrah, bukan? Ya, dan itulah jua yang berlaku pada diriku. Tatkala mendapat tahu aku telah dipilih untuk menjadi Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) di bawah naungan Badan Kebajikan Surau (BKS) IPG Kampus Tuanku Bainun. Allahu Akbar! Tatkala itu seluruh badan ku terasa lemah seketika.

Masakan tidak, ku diberikan kepercayaan yang sungguh tinggi, yang tidak pernah ku harapkan dan tidak pernah ku minta itu semua. Ku tidak pernah meminta untuk memimpin HEWI. Tambahan pula, HEWI baru sahaja di tubuhkan di sini, yakni di IPG Kampus Tuanku Bainun.

Beratnya kurasa amanah ini. 1 lagi amanah yang perlu didukung. Subhanallah, mampukah aku? Namun, sahabat-sahabat ramai yang memberi semangat dan tidak kurang juga yang mengingatkan daku akan janji Allah, akan kalamullah fi kitabihil 'Aziz. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" ( 2:286)

Dan suka ku mengingatkan diri sendiri khususnya dan kalian para pembaca blog ini amnya, bahawa janganlah kita sesekali menganggap AMANAH itu sebagai beban. Jangan sesekali! Mengapa ku kata kan begitu? Kerana apabila kita menganggap amanah itu satu beban. Kita akan bertambah-tambah rasa ia berat dan amat sulit untuk dilaksanakan.

Ya Allah...Kau yang Maha Mengetahui...Bantulah kami ya Rabb dalam menjalani kehidupan yang sementara ini dan permudahkanlah segala urusan-urusan kami..Amin ya Rabbal 'Alamin...

Permata: Alhamdulillah, HEWI telah diberi kesempatan tuk mempunyai blog sendiri. MOga ia menjadi titik tolak kepada sohwah dan harakah islamiyah di IPG Kampus Tuanku Bainun.

Permata lagi: jemput la mai ziarah ramai-ramai blog HEWI di : Hal EHwal WaNita IsLaM.

Monday, January 25, 2010

~ Maut suDaH cukuP sebaGai NasiHaT~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMU ya Rahman... Subhanallah.. Maha suci Engkau Ya Rahim...Allahu Akbar...Maha Besar Engkau Ya Allah...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para tabi'in semuanya...

Kematian suatu yang pasti bukan? Namun tidak ramai dari kalangan kita yang sentiasa zikrul maut. dan tidak ramai juga yg sentiasa bersedia menghadapinya yakni MATI.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "maut itu sudah cukup sebagai nasihat".

Subhanallah...jadi mengapa kita tidak mengambil pengajaran darinya?

Saban hari, banyak nyawa yang telah kembali menemuiNYa... baru-baru ini Sultan Johor juga sudah kembali kepadaNYa. Dan ramai lagi yang pulang kerahmatullah pada setiap hari di seluruh pelusuk dunia ini.

Kita bila pula?

Namun yang pasti, kita juga bakal menemuiNYa...Mungkin sebentar sahaja lagi, mungkin juga besok. lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan yakinlah kematian itu pasti tiba bila2 masa. Tidak cepat dan tidak juga lambat jika Allah menginginkannya.

Dan ketahuilah, bahawa seseungguhnya pulangnya manusia ke pangkuan Ilahi dengan pelbagai cara. Ada yang pulang dalam keadaan tenang,dalam tidur contohnya, ketika sujud padaNya, ada juga yg kemalangan, kerana bencana alam, kerana sakit dan sebagainya.

KIta pula bagaimana nanti?

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhintungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang terhadap kehidupan di akhirat tetapi masih beristirehat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.
Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.”
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).

Permata: Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, January 24, 2010

~ BerHarGa Bagiku~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, semalam sedikit perkongsian berkaitan program BIcara wanita bersama pengarah. Dan hari ini sekali lagi perkongsian yang sama tapi hanya dalam bentuk tatapan buat sahabat2 sekalian.

Puan Hjh Rohani bt Ismail berbicara dengan penuh semangat, bertindak sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya...

Sesi soal jawab bersama pengarah

Ucapan tahniah kepada kak Hafizah yg baru melangsungkan pernikahannya

Surau Al-Ghazali dipenuhi dengan wanita yg juga warga pendidik

Khusyuknya mereka mendengar bicara dari seseorang yg amat dikagumi

Permata: Program Bicara Wanita kali pertama bersama pengarah. Ketahuilah, ia sangat berharga bagiku. Syukur padaMu ya Rabb...

Saturday, January 23, 2010

~ Suatu PermuLaaN yaNG Baik ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...syukur ku panjatkan padaMU ya Rabb, kerana memberi ku ruang tuk kembali menulis setelah lebih kurang seminggu ku biarkan laman ini sepi tanpa berita, sunyi tanpa sebarang perkongsian...Akhirnya pada malam ini, ku gagahkan jua tuk berkongsi sesuatu bersama kalian...

Ternyata minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk bagiku. Masakan tidak, mesyuarat Badan Kebajikan Surau (BKS) sahaja sudah 3 kali dalam seminggu...Tambahan pula, lajnah yang diamanahkan kepadaku ( Hal Ehwal Wanita Islam ( HEWI) merupakan lajnah baru dalam BKS.

Belum pun sempat muktamar, HEWI sudah pun diamanahkan untuk pertama kalinya mengendalikan program BICARA WANITA. Program ini memang sudah ada dalam perancanganku dan naib pengerusiku. Namun, sungguh tidak ku sangka akan mendapat sokongan daripada pengarah.

Ya, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun yakni Puan Hjh Rohani BT Ismail telah meminta JPP dgn kerjasama HEWI untuk mengadakan satu slot khusus buat semua muslimah di IPG Kampus Tuanku Bainun.

Program BICARA WANITA bersama Pengarah itu telah berjalan lancar. Walaupun ia mula lewat kerana pengarah ada sedikit kengkangan yg tidak dapat dielakkan. Berikut adalah maklumat program tersebut:

BICARA WANITA BERSAMA PENGARAH
Tarikh: 22 Januari
masa : 12.30 tgah hari ( namun mula lewat)
Tempat: Surau Al-Ghazali.

Banyak yang telah pengarah kongsikan bersama kami guru2 pelatih muslimah. Antaranya, harus rasa ghairah dalam melakukan sesuatu. khususnya buat guru pelatih sekalian, agar ghairah untuk menjadi guru. Selain itu, pesan beliau, kita harus sentiasa merasa bahagia walau di mana kita berada. Khususnya buat bakal guru, berbahagialah walau di mana jua anda bakal di postingkan.hee Pesan pengarah lagi, kadang2 kita kena pandai pujuk diri sendiri, jangan terlalu manjakan diri, telanlah kedukaan dan kesedihan dalam diri.

DAn secara kesimpulannya pesan pengarah: Jagalah IQ, EQ dan juga SQ. Setelah perkongsian melalui biacara pengarah, beliau juga telah membuka ruang dan peluang buat semua guru pelatih muslimah mengajukan soalan kepada beliau.

Alhamdulillah, program tersebut berakhir dengan solat zohor berjemaah dan sedikit jamuan ringan.

Permata: Bagiku inilah suatu permualaan yang baik tuk HEWI melangkah lebih jauh lagi...TErima kasih kepada semua ajk HEWI dan juga JPP terutamanya kak Syika yg byk membantu dalam memastikan program BICARA WANITA ini berjalan lancar.

Friday, January 15, 2010

~ IkHlaS @ Riyak? KaliaN pilih..~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Masih berada di bawah naunganNYa, masih diberi peluang mengecapi nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'in semuanya...

Apa itu ikhlas? Sebut biar betul ye murid2..IKHLAS..bukannya e-class atau iklas..hee Apabila membicarkan soal ikhlas, atau apabila ditanya apakah itu ikhlas, jawapan yg paling mudah dan selalu diberikan adalah "melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah SWT, hanya untuk mencari mardhatillah semata-mata, bukan mengharapkan balasan daripada siapa-siapa pun melainkan pencipta sekalian makhluk yakni Allah Rabbul Jalil."

Namun persoalannya disini, bagaimanakah caranya untuk kita mencapai ikhlas ini dalam setiap amalan? Hmmm, Ikhlas bagiku adalah sesuatu yang sukar dicapai dan digapai. Untuk sampai kepadanya kita butuh kepada mujahadah yang tinggi. Masakan tidak, kita sebagai manusia yg mudah dikuasai oleh nafsu dan juga syaitan laknatullah ini terkadang kalah dengan perasaan kita sendiri yg kerap kali sifat RIYAK bertandang di hati-hati kita. Nauzubillah...

Untuk entri kali ini, ku ada sebuah kisah ingin dikongsikan bersama kalian berkaitan Ikhlas ini...Bacalah dan ambillah iktibar daripadanya...

~BelaJar Ilmu IkHlaS~

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya... " kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

Tiba-tiba..
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas... "
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat... "
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Permata: IKhlas atau riyak yang kalian pilih? Tepuk dada, tanya diri, jawab sendiri ya sahabat2...

Permata lagi: Ya Allah, peliharalah kami dari sifat Riyak dalam beribadah kepadaMu dan dalam kehidupan seharian kami ya Rabb..Amin ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, January 14, 2010

~BersaNGka BaikLaH SesaMa InsaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dalam kehidupan kita seharian, terkadang tanpa kita sedari diri kita sering berperasangka buruk terhadap sesama insan. Ada saja yang tidak kena pada mata kita... ada sahaja yang ingin kita kritik... Alhamdulillah, pada entri kali ini, ku ingin berkongsi apakah tips2 untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...

Sahabat2 yang dikasihi sekalian, inilah dia Nasihat Syeikh Abdul kadir Al Jailani...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Permata: Ya Allah, peliharalah hamba2Mu dari sifat buruk sangka..ampunilah dosa2 kami..bukakanlah pintu rahmatMU...Ambillah kami dalam keadaan beriman padaMU ya Rabb..Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, January 13, 2010

~ WaHai BakaL GurU ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Tatkala menatap majalah Mengkuang IPG Kampus Tuanku Bainun, sungguh ku tidak meyangka karyaku telah dimuatkan di dalamnya. Sesungguhnya ku menulis puisi itu adalah kerana cadangan dan juga desakan seorang sahabat...lalu ku menulisnya...

Dan tanpa ku sangka, karyaku kini telah termaktub dalam majalah Mengkuang edisi 7 (2009). Maka kini, dengan berbesar hati ku ingin berkongsi bersama kalian bait-bait kata yang kunukilkan itu..khas buat bakal guru...

~WAHAI BAKAL GURU~

Wahai bakal guru,
sedarkah kau tanggungjawab
yang menantimu amat berat,
tapi kau masih leka dan alpa.

Wahai bakal guru,
mengapa kau masih leka dan alpa,
padahal di bahumu ada amanah
yang bakal dipikul.

Wahai bakal guru,
sedarkah kau dirimu amat diperlukan,
Untuk memanusiakan manusia.

Wahai bakal guru,
mengapa kau masih di tapak yang lama,
padahal kau tahu hakikat amanah itu.

Wahai bakal guru,
Anak bangsa menantikanmu,
Agama dan negara memerlukanmu.

Bangunlah wahai bakal guru,
bangkit dari tidurmu,
sedarlah dari kelekaan dan kealpaanmu,
keluarlah dari kepompong keselesaanmu.

Wahai bakal guru,
Jika seorang penulis produknya adalah buku,
jika seorang pelukis produknya adalah lukisan yang indah,
jika seorang arkitek produknya adalah bangunan yg tersergam megah

Tapi kau wahai bakal guru,
Produkmu nanti adalah manusia yang berjaya,
manusia yang bersahsiah terpuji,
Dan manusia yang berguna
pada agama, bangsa dan negara.

Mampukah kau membentuk dan mendidik mereka?
Bersediakah kau menempuh segala cabaran kerananya?
Fikir dan tanyalah pada dirimu,
Kerana kaulah bakal seorang guru.

Permata: Ya Allah, permudahkanlah perjalananku meniti cita-citaku...

Tuesday, January 12, 2010

~ 4 KuNci KebaHaGiaaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulilllah...pertama dan selamanya marilah kita panjatkan puji dan syukur pada pemilik hati2 kita, pemilik sekalian alam yakni Rabbul Jalil...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Hari ni sibuk sangat..boleh kata sejak menjejakkan kaki semula ke kampus ni sibuk je memanjang...ada sahaja tugasan yang menanti... Namun ku gagahkan jua untuk menjeguk laman ini dan seterusnya mengisinya dengan sedikit pengisian...

La ni cek nak sambung lagi berkenaan kebahagiaan..hee bahagia..bahagia..dan bahagia..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Monday, January 11, 2010

~10 PerkaRa UnTuk MeraiH KebaHagiaaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..segala puji dan syukur kurafa'kan kepadaMu ya Rabb atas segala-galanya yang kau kurniakan padaku, dari sebesar-besar nikmat yakni nikmat iman dan islam sehinggalah kesecil-kecil nikmat kurniaanMU. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya.

Sebelum ini, ku ada membincangkan berkaitan 'Senang VS Tenang'. Hari ni nak share tentang 1 lagi perkara penting dalam hidup kita, iaitu Kebahagiaan dan Kegembiraan.

Di antara nikmat yang paling besar ialah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan jiwa. Kerana dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikiran, produktiviti yg byk dan keriangan jiwa. Ada ungkapan yg menyebut: "Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari".

Dengan kata lain, siapa yg mengetahui cara memperolehi, merasa dan menikmati kegembiraan dan kebahagiaan maka ia akan dapat memanfaatkan pelbagai nikmat dan kemudahan hidup, sama ada yg ada ada di depannya ataupun yg masih jauh di belakangnya.

Jadi, pada entri kali ini, daku dengan senang hati ingin berkongsi bersama kalian 10 Perkara Untuk Meraih Kebahagiaan dan Kegembiraan yg dinyatakan oleh Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan:-

1. Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar:
"Dan orang-orang yg beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur." (Surah Ali Imran:17)

2. Menyendiri untuk bertafakkur:
" Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi." (Surah Ali Imran:191)

3. Menjalin hubungan dengan orang soleh:
" Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dgn org2 yg beribadat kpd Tuhan mereka."
( Surah Al-Kahfi:28)

4. Berzikir:
"Wahai org2 yg beriman, (untuk bersyukur kd Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya." ( Surah Al-Ahzab: 41)

5. Solat dengan khusyuk:
"Iaitu mereka yg khusyuk dalam sembahyangnya." ( Surah Al-Mukminun:2)

6. Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan"
" Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?."
(Surah An-Nisa':82)

7. Berpuasa pada hari yg sgt panas:
"Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku" (Hadis Nabi)

8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi:
"Hingga kanan kirinya tidak tahu apa yg diinfakkan tangan kanannya." (Hadis Nabi)

9. Meringankan beban seorang Islam:
" Sesiapa meringankan kesusahan yg dialami seorang Islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan pada hari kiamat." (Hadis Nabi)

10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yg sifatnya fana:
"Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Hud: 43)

Permata: Ayuh sama2 kita meraih kebahagian...!

Sunday, January 10, 2010

~ MuhaSabaH CiNtaku~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...malam ni hujan je kat sini..sejuk..aman..damai je rasa..Untuk entri kali ni tak tahu la nak share ape...tapi memandangkan depa semua dok sibuk tengok AJL24, jadi entri kali ni teringin nak share sebuah lagu ni..selalu dengar kat Nasyidfm..best sangat lagu ni..JOm hayati bait-bait liriknya..



MUHASABAH CINTAKU~ edCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan MU

Permata: I love this song very much...

Saturday, January 9, 2010

~SEnaNG Vs TeNaNG~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang... ..

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang. Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga... .perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja! Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata... .segala yang berbentuk lahir d apat dilihat dengan mata atau disent! uh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang... .tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya? Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah dalam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar sebut dan baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku"? Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Permata: Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!! =)

Friday, January 8, 2010

~DimaNakaH ALLAH daLam Hati kiTa?~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Allah masih membiarkan diri ini bebas menghirup udaraNYa di dunia yang fana ini dan menikmati segala nikmat kurniaanNYa, lebih2 lagi nikmat iman dan nikmat Islam...Selawat dan salam atas Nabi junjugan yang mulia, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Duhai Teman...Dimanakah ALLAH dalam hati kita?.

Sekali lagi kita tanya diri sendiri ?DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: "Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Aku?"

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: "Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya?"

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan?

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya...

Permata: Ya Allah ampunilah segala dosa hambaMU ini...

Thursday, January 7, 2010

~TujuaN HIduP~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di dalam al-Quran.

Firman Nya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka mereka tahu bahwa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir berkata; Apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang dibiarkan sesat oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberiNYa petunjuk. Dan tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu kecuali orang-orang yang fasik.(2: 26)

Tetapi mengapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita sentiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Permata: Ayuh, hisab diri semula...Apakah tujuan hidup kita?

Wednesday, January 6, 2010

~ Petua-Petua HubuNGaN KemaNusiaaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Walaupun hari ni agak sibuk dengan kuliah, mesyuarat dan aktiviti di Surau Al-Ghazali namun ku masih berkesempatan untuk berkongsi sesuatu bersama kalian pada hari ini...

Saban hari kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain bukan? Kadang-kadang ada sahaja yang tidak kena dalam kita menjaga hubungan antara manusia ni..Jadi, pada entri kali ni ku ingin berkongsi petua-petua hubungan kemanusiaan... Secara kebetulan terjumpa pulak petua2 ni kat dalam fail PRS masa kat SAMER dulu...hee

Jom kita sama2 teliti dan bolehlah amalkan mana2 yang rasa leh diamalkan...cuba la sikit2...sebab bukan senang nak laksanakan semuanya sekali...Jom tengok satu2...(~_^)

1.Latih diri untuk mudah ingat nama Orang.( Petua penting untuk bakal2 guru dan yang sudah bergelar guru, kena ingt nama murid2)
2. Ingat bahawa penghargaan dan pujian bawa kesan positif dan kritikan bawa kesan negatif.
3. Kalau perlu mengkritik- belai dahulu secara fizikal dan psikologikal.
4. Sampaikan pujian dari pihak ketiga. Tak perlu sampaikan komen negatif.
5. Latih diri supaya mudah dan seronok didampingi- senyum dan mesra.
6. Hormati pandangan orang lain.
7. Tunjukkan semangat bila berinteraksi- beri perhatian sepenuhnya.
8. Kalau hati kita terluka, anggaplah org lain tak sengaja.Sentiasa bersangka baik.
9. Harus sentiasa peka terhadap mood dan perasaan org lain.
10. Tunjukkan penghargaan kita setiap kali org lain melakukan sesuatu untuk kita.
11. Tunjukkan yg kita ambil berat tentang org lain dgn melakukan sesuatu untuknya.
12. Tegur dan beri penghormatan pada org lain- salam dan seumpamanya.
13. Latih diri supaya menjadi pendengar yg baik.
14. Tunjukkan yg org lain mustahak- minta pandangan dan nasihat mereka.
15. Latih diri supaya pandai membuat dan menerima teguran.
16. Hormati keanehan @ keunikan org lain.
17. Bila bercakap biarlah beralas.
18. Sentiasa sedia membantu org lain.
19. Jangan bebankan masalah kita kepada org lain.
20. Bila bercakap dengan orang lain, gunakan jarak yg sesuai.
21. Gunakan bahasa badan yg sesuai- yg menyokog bahasa lisan.
22. Wujud dan kekalkan kontak mata semasa bercakap.
23. Bila berjabat tangan- erat, lama, pandang muka dan senyum ikhlas (7 saat)
24. Jadilah org yg boleh diharap, jangan membuat janji jika kita tidak dapat penuhi atau tepati.

Permata: Ayuh, sama2 kita amalkan petua2 tersebut dan lihatlah hasilnya sendiri! Sekian dulu tuk kali ini, mata minta direhatkan...Wassalam..

Tuesday, January 5, 2010

~Ada Apa DeNgaN 1PISMP~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan sekalian Alam...Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Hari ni ku dah start kuliah..Hmmm, tuk entri kali ni nak share ape yang bakal aku pelajari sepanjang sem 1 PISMP ni...Berikut adalah madah yang akan dipelajari sepanjang tempoh 6 bulan tuk Semester pertama ni:

1. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
2. Pedagogi Pendidikan Islam
3. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
4. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia
5. Perkembangan Kanak-kanak
6. English Language Proficiency
7. Pengurusan GERKO.

Pagi tadi jugak kami da start cari buku2 rujukan kat Pusat Sumber Za'ba tu...Alhamdulillah apa yang dicari telah ditemui dan apalagi pinjam laaa...hee rasa seronok pulak tadi pergi cari buku sama-sama dengan pensyarah.

Ya, tadi kami pergi cari buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia bersama Encik Abdullah Bin Chik. Beliau sangat sporting dan baik hati, walaupun beliau baru ditukarkan dari Jabatan Pengajian Melayu kepada Jabatan Ilmu Pendidikan namun kata beliau: "biarlah kita sama2 belajar, kamu tak tau tanya saya, saya tak tau tanya kamu".

Selain itu, Alhamdulillah..kami juga telah melantik Ahli JawatanKuasa kelas yang baru..Semoga semester ini penuh dengan lakaran sejarah2 yang indah...Amin...

Monday, January 4, 2010

~Suatu PerMuLaaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, pagi tadi aku da selamat mendaftar dan kini aku bergelar 'PElajar Baru'..hee da start sem baru..sem 1 PISMP...Nak masuk sem baru apa yg penting kena perbaharui niat..

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia berhijrah".

Ha..jom sambung cite lagi..lepas habis pendaftaran kami boleh balik..kemudian kul 2.30 kami dikehendaki berkumpul tuk taklimat BIG. Hmmm, InsyaAllah BIG group ku akan diadakan pada 21-24 Februari nanti...hee tak sabar rasanye...

Eh jap, kalian tau ke BIG tu ape? BIG tu BINA INSAN GURU..ala macam Program perkhemahan gitu..tapi ia termasuk dalam kredit tu..maka, ia sangat penting dan harus diberi perhatian...

Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa dah pun dilantik tadi. Semoga segala urusan dipermudahkan.Amin...Hmmm,ingatkan kami ada orentasi macam senior2 dulu tapi tak de pulak..hee

Permata: Esok da start kuliah...

Sunday, January 3, 2010

~ KiNi Ku KeMbaLi~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..hari ni ku telah selamat sampai ke kampus tuk meneruskan perjuangan demi mendidik anak bangsa di hari muka. Persoalannya, sudah bersediakah aku tuk meneruskan langkah menuju cita-citaku itu?

Jawapannya semestinya SUDAH dan SENTIASA bersedia...kerana sesungguhnya itulah cita-citaku sedari kecil...

Hmmm, ada 4 tahun lagi tuk ku meneruskan pengajian dalam PISMP ni...Semoga dipermudahkan segala urusan dalam perjalananku meniti segala yang bakal dihadapi...

Hari ni post pertama tuk tahun 2010.. Ahlan Wasahlan tahun 2010...Antara azam tahun ni nak jaga blog ni leklok....nak update blog hari-hari...Nak share sesuatu dengan kalian hari-hari...Jom p hari-hari..ish da lain pulak bunyinya...hee

Tahun lepas, ku sudah sedaya upaya memberi yang terbaik untuk dimuatkan dalam blog kesayanganku ini. JUjur dari hati, ku agak sedih melihatkan post pada bulan desember lepas..hanya tiga entri sempat ku kongsikan bersama dek kerana kesibukan berada di rumah..

InsyaAllah, selepas ini aku akan kembali aktif menulis..Semoga segalanya dipermudahkan...amin

~WaRkaH Buat Kalian~