Wednesday, May 26, 2010

~ BukTikaN CinTamu...! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum~

Sebenarnya tiap kali daku sign in ke Facebookku, ada suatu perasaan tidak senang dan rasa bersalah menyelubungi diri ini. Ah, masakan hati bisa tenang tatkala memikirkan bahawa aku terang-terangan menyumbang kepada kerja2 mereka laknatullah itu dan juga yang telah menghina kekasihNYa, Rasululllah SAW. Negara2 lain sibuk dok boikot FB tapi Malaysia? Maka, kita sendiri yang harus merasai sensetif itu~

Kemana sensetiviti kita sebagai umat Islam yang kononya sayang dan cintakan agama juga pesuruhNYa?

Apa nak jawab depan Allah nanti?

Ayuh sahabat2...kita boikot FB dan ambillah alternatif lain dengan mennggunakan laman web ini






Sahabat2 juga boleh join Nasyid & Friends



Hayati lirik lagu ini~

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

Kalian masih mahu menggunakan FB?

ala...kwn sekolah rendah, menengah dan lain2 semua guna FB..Ah, jgn jadikan ia sebagai alasan! Adakah alasan itu akan diterima Allah di akhirat kelak?

Ayuh la sama2 kita bangkit sahabat2 ku sekalian..

Permata : Kalian sering menyatakan bahawa kalian sayang dan cinta kepada Islam? cinta dan rindu kepada baginda Rasulullah bukan? mana buktinya? ayuh, buktikanlah cinta kalian itu dengan hanya sedikit pengorbanan ini..ada banyak cara untuk berhubung bersama sahabat2 kalian. insyaAllah akan dipermudahkan olehNYa...

Permata lagi: hanya menunggu masa tuk deactivate FB ini..
kpd shabat2 boleh menghubungiku di laman umma united @ ym @ emel : iza_6434@yahoo.com

Permata lagi dan lagi : Maafkan aku jika tulisan ku kali ini berbaur marah dan sedikit beremosi~

Thursday, May 20, 2010

~ Tak SaNGka Ya..? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang...

Assalamualaikum semua? Semua sihat tak hari ni? Alhamdulillah, ku doakan kalian sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan belas kasihNya hendaknya. Amin ya Rabb..

Tak sangka cepat sungguh masa berlalu...Tak sangka rupanya dah setahun usia laman kesayanganku ini. Selamat ulang tahun blog ku sayang..hee

Dulu ada niat nak ubah backgroud or templat tuk blog ni, tapi buat masa ni memandangkan dalam mood exam, dah tak ada hati pulak nak tukar template. Biarlah kekal dengan merah menyala tanda semangat dalam diri tidak pernah pudar~

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!” Amin ya Rabb...

Wednesday, May 12, 2010

~ ImaN, Awak bercuti Ke? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir.
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis... entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya akan jaga, En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami..
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas..
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya..
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya..
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


Permata: Jangan biarkan IMAN bercuti...!

Permata lagi : Ya Allah, Jangan Kau ambil nikmat iman dan islam dari kami. Amin Ya Rabb...

Friday, May 7, 2010

~ Kita IbaraT PinggaN ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu Ya Rabb atas belas ihsanMU kerana masih memberi peluang dan ruang buat kami agar dapat menikmati nikmat iman dan islam...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui, para ahli keluarga, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Suka ku membanding bezakan diri kita dengan objek berhampiran dengan kita dan yang sering kita gunakan. Entri sebelum ini ku pernah kongsikan bahawa Rasulullah mengatakan kita ini ibarat cermin bukan? Hmmm, pada kali ini satu lagi analogi yang ingin ku kongsikan bersama kalian. Kita ini ibarat pinggan...Ya sahabat-sahabat..kita ini ibarat pinggan...

iyee...tak percaya? Aha, Jom teruskan membaca!

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih, cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..


Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..


Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Permata: Menjadi pinggan yang cantik dan bersih? atau yang kotor dan busuk? atau yang telah pecah berderai? Kalian yang memilih...

Sunday, May 2, 2010

~ PeSaNan BuaT TemaN ~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

PESANAN BUAT TEMAN RENUNGILAH DIRI...

Teman, Jadikanlah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan. Seorang ulama' telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu. Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang.

Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu.

Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan. Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.

Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman? Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. Adakah kita telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling?

Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata. Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.

Teman, Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?. Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Allah telah mengutuskan malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk merasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakan bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.


Rabi'ah 'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.

Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.

Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa daripada dosa-dosa yang lain.

Teman, Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.

Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.

Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?.

Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang memberi salam bukannya mereka.

Bagaimana dengan kita wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak.



Teman, Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh.

Renunglah dirimu wahai teman!

Permata: ayuh sama2 kita tingkatkan amalan...pesanan khusus buat diri ini dan amnya buat kalian saudara2 ku seaqidah yang amat ku cintai keranaNYa...

~WaRkaH Buat Kalian~