Friday, September 11, 2009

~AmaLaN-aMalaN RasuLuLLaH di SePuLuH yaNG TerakHiR~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...hari ni satu lagi assignment da hantar... Ya Allah minggu-minggu yang mendatang diri ini semakin dihimpit tugasan. Bantulah hamba ya Allah. Aku hanya merancang Kau juga merancang ya Allah, namun sesungguhnya Kaulah sebaik-baik perancang.

Assalamualaikum. Apa Khabar kalian? Moga dalam keaadan yang sihat sejahtera selalu hendaknya. Ana tidak berapa sihat dek kerana batuk yang sudah 2 hari menjengah diri ini. Tula tak nak dengar lagi pesan mak, mak kate jangan minum air sejuk, tapi degil. Ana minum jugak. Ssshhh.. jangan bagi tau mak ana tau. Rahsia...Hee (^_^)

Maaflah, sebenarnya ana nak post entri semalam tapi tak berkesempatan dek kerana tugasan yang menghimpit diri. Mugkin ada dalam kalangan kalian yang menunggu post dari ana, ana mohom seribu kemaafan...

Untuk entri kali ini ana ingin berkongsi antara amalan-amalan Rasulullah di sepuluh terakhir Bulan Ramadhan. Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan amalan-amalan ini.

  1. Menghidupkan malamnya.
    "Adalah Rasulullah apabila telah masuk sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya yang mengikat pinggangnya."
  2. Membangunkan keluarga untuk solat di sepuluh yg terakhir.Riwayat daripada Saidina Ali "Adalah nabi SAW membangunkan keluarganya di sepuluh yg terakhir dari Ramadhan dan nabi membagunkan pula semua anak kecil dan orang dewasa yg sanggup solat"
  3. Mengikat tali pinggang. Maksud tali pinggang ialah Nabi meningkatkan kesungguhannya dalam beribadah. Bahawa Nabi selama sepuluh yg terakhir tidak menyetubuhi isterinya kerana beriktikaf dan mencari Lailatul Qadar. Sememangnya orang yg beriktikaf tidak mendekati isteri.
  4. Melambatkan berbuka hingga bersahur. Dari Saidatina Aisyah r.a. "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki bulan Ramadhan, baginda mengerjakan qiam Ramadhan dan baginda tidur. Apabila memasuki sepuluh yg terakhir, baginda menjauhi isterinya. MAndi antara dua azan dan makan malam dijadikan sahur. Menurut pendapat Ibn Jurair, bahawa nabi berwisol (menyambung menahan) sehinggan sahur. Perkara ini boleh dilakukan oleh orang yg sanggup dan tidak disukai bagi orang yg tidak sanggup dan sama sekali tidak dibenarkan berpuasa sepanjang malam.
  5. Mandi diantara Maghrib dan Isyak dan berpakaian indah. Diriwayatkan oleh Ibn 'Asim, bahawasanya Huzaifah mengerjakan qiam Ramadhan bersama Rasulullah pada suatu malam Ramadhan, maka mandilah nabi dan didindingi oleh Huzaifah, kemudian sisa air itu dipakai oleh Huzaifah buat mandi dan pada permandian Huzaifah, Nabi melindungi/ mendindinginya. Berkata Ibn Jurair: Bahawa para sahabat menyukai mandi pada setiap malam dari mana-mana malam yg terakhir. Diantara para sahabat ada yg mandi dan berwangi-wangian pada malam-malam yg diharapkan Lailatul Qadar. Seperti Zar Bin Hubai menyuruh mandi pada 27 Ramadhan, diriwayatkan dari anas, bahawa beliau bila memasuki malam 24, beliau mandi dan berwangi-wangian, memakai pakaian yg istimewa (indah) pada pagi harinya disimpan kembali.
  6. Mencari Lailatul Qadar. Bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud: " Barangsiapa berdiri pada malam Ramadhan lalu bertepatan dengan lailatul Qadar kerana imanya kepada Allah dan kerana mengharap pahala serta keredhaanNYa, maka diampunkan dosanya yg telah lalu.
  7. Iktikaf di sepuluh yg terakhir. Diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwatta’ dari Said Al-Khudri: “ Adalah Rasulullah beriktikaf pada puluhan yang kedua dari bulan Ramadhan. Pada satu tahun setelah sampai pada malam 21 iaitu pada malam yang ia keluar pada paginya dari iktikafnya.”
    Baginda bersabda: “ Sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendakalah beriktikaf di sepuluh yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dijadikan lupa dan sungguh aku bersujud pada paginya di air dan di tanah kerana itu carilah ia di sepuluh akhir dan carilah ia di tiap-tiap malam yang ganjil”
Itulah antara amalan-amalan Rasulullah dalam waktu-waktu yang boleh kita panggil sebagai waktu kecemasan ini. Mungkin ada yang sudah sedia maklum sebelum ini berkenaan amalan-amalan Rasulullah ini dan ana yakin ada sebahagian besar dalam kalangan kita yang tidak mengetahuinya. Nah.. Sekarang kita sudah tahu dan yang tahu sudah diperingatkan, Maka apa lagi yg ditunggu?

Di sini, ana menyeru diri sendiri dan para pembaca blog MujaHidaH fi SabilillaH ini, para pembaca yang budiman...marilah kita sama-sama berusaha untuk merebut, mengejar dan memburu segala kebaikan-kebaikan dan ganjaran pahala yg banyak diakhir sepuluh Ramadhan ini. Ingatlah, Ramadhan mungkin akan bertandang lagi, tapi adakah kita akan masih di sini? Atau mungkinkah kita sudah kembali kesisi Ilahi?

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~