Monday, December 21, 2009

~ Mana Nak caRi DAna?~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, hari ni berpeluang tuk update blog ni yang dah lebih kurang seminggu tak update. Alhamdulillah tuk pengetahuan kalian, aku dah lulus ujian yang dah menganggu sedikit ketenanganku selama beberapa hari lepas. Ya, aku da lulus ujian memandu...hee

Sabtu lepas, aku ke KLCC tuk menghadiri first meeting tuk program SITE 10 yang insyaAllah kalau tak ada aral akan diadakan pada 28-30 mei 2010. Program ni sudah diluluskan oleh pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah kebangsaan Yaacob Latif. Apa yang tinggal hanya masalah belanjawan. Aduh, susah jugak rupanya nak anjur program kan?

Permata: Aduh, Pening pale fikir mana nak cari Dana tuk Site 10 ni?..

Tuesday, December 15, 2009

~ SemoGa SemuAnya diPerMudaHkaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, setelah membiarkan laman ini agak lama, diri ini terasa terpanggil untuk kembali menghiasi laman ini dengan coretan-coretan (eh, mana ada mencoret la..taip ade le..hee).

Pertamanya, ku ingin memohon maaf kepada kalian kerana telah lama tidak berkongsi apa-apa bersama kalian. Hmmm, berada dirumah sebenarnya lebih sibuk dengan apa yang ku jangka sebelum ini.

Cuti semester ni, ingatkan bolehlah berfoya-foya...pergi jalan-jalan ke, melencong ke (eh melancong ke melencong..hee), bekerja ke...ish3 tapi apakan daya apa yang mampu hanya terperap di rumah bersama tugas-tugas khas yang telah tersedia buatku...hee da nasib badan...(bak kate P.Ramlee la katakan..)

Sebenarnya, esok adalah hari penting buatku... Apa yang penting? Ade ler...Shhh..rahsia..hee. Sebenarnya esok aku ada test jalan raya la...takut pun ada, gementar, berdebar-debar gitu...hee Ops, terbagi tahu la pulak...huhu Sapa2 yang da tau tu tolong la doakan ye? Moga dipermudahkan dan ditenagkan hati masa test nanti...

Sampai terbawak-bawak dalam mimpi pun ada...kelakar kan? Hmmm, usaha da, doa pun da, sekarang hanya tinggal tawakkal padaNYa...

Firman Allah yang bermaksud: “… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At tholaq, 3).

Permata: Berdebar-berdebar semacam ajer la...

Saturday, December 5, 2009

~ SudaH 4 BuLaN ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Rabb..Pemilik sekalian alam..Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya.



Hari ini, adikku Filzatul Hannan sudah 4 bulan 2 hari. Alhamdulillah, kesihatannya semakin baik. Hmmm,Sejak bercuti di rumah ini, ku di sini sudah seperti seorang ibu lagaknya.

Masakan tidak, akulah yang menjaga Hannan dengan bantuan adikku Fazirah. Kamilah yang berganding bahu menjaganya tika mak tiada di rumah. Kamilah yang memandikan dia, menidurkan, menyusukan dan yang sewaktu dengannya. Bak kata orang: "dah boleh da tu, da cukup ciri2 da". Apa yang da boleh? apa yang da cukup? hee Faham2 sendiri la ye.


Niatku untuk bekerja masa cuti ni pun telah awal2 lagi ku batalkan, kerana aku ada amanah yang perlu dilaksanakan. Ya, sebagi suri rumah di rumah ni..hee bekerja la jugakkan. tapi, tanpa gaji..(~_^)

Namun, ku senang dan bahagia... kerana bukan semua orang berpeluang 'bekerja' sepertiku. Jadi, aku adalah sangat beruntung dan aku amat bersyukur padaNYa.

Doaku, moga Hannan sihat selalu dan cepat membesar. Amin ya Rabb...

Friday, November 27, 2009

~ SaLaM Aidul AdHa ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum...salam aidul adha...salam pengorbanan buat semua muslimin dan muslimat sekalian...Apa khabar kalian? Moga sejahtera rohani dan juga jasmani...

Alhamdulillah...Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan segala puji dan syukur kepada pemilik sekalian alam ini, yakni satu-satunya tempat kita mengabdikan diri iaitu Allah SWT. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para Tabi'-tabi'in semuanya...

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Tanggal 10 Zulhijrah, bergema takbir di seluruh pelusuk dunia Islam. Tanda tunduk dan patuh kita pada kebesaran Allah SWT. Mengimbau kembali sejarah ibadah qurban, ku yakin dan pasti kalian semua arif tentang bagaimana bermulanya ibadah qurban in bukan?

Ya, ia merupakan rentetan sirah bagaimana Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan satu-satunya anak bersama isterinya Siti hajar, yakni Nabi Ismail AS. Demi pengabdiannya pada yang Esa, Nabi Ibrahim AS sanggup mengorbankan anaknya tanpa kompromi...tapi dengan penuh tunduk dan taat pada perintah Allah SWT. Walaupun jauh dari sudut hatinya amat mencintai dan menyayangi anaknya Nabi Ismail, namun...demi pengabdian diri dan penyerahan dirinya pada Allah, maka Nabi Ibrahim menyahut seruan qurban tika itu.

Pada entri kali ini, bukan niatku untuk mengulas atau berkongsi berkenaan sirah ibadah qurban ini kerana ku tahu kalian semua sudah sedia maklum bukan? Pada entri kali ini ku hanya ingin mendedikasikan salam aidul adha...

Buat keluarga tersayang...
Selamat menyambut hari raya korban buat mak dan abah yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan dan kesejahteraan kami anak-anak mereka. Maafkan segala dosa along pada mak dan abah..Buat adik-adikku, maafkan along andai pernah terkasar atau pernah menyakiti kalian...Dan juga buat sepupu-sepupu, dua pupu,tiga pupu dan semua saudaraku belah mak dan abah yang ku kasihi sekalian...

Buat sahabat-sahabat di IPGM Kampus Tuanku Bainun dan juga di Samer dan exSamer...Salam aidul adha ku dedikasikan buat kalian,yang telah banyak membantuku, banyak menyokongku dan juga tidak kurang dalam membimbingku, terima kasih atas segalanya dan maafkan daku atas khilaf yang pernah kulakukan pada kalian...

Buat pengunjung dan pembaca laman ini...Salam aidul adha buat kalian yang menyokongku dan mendukungku walau dimana kalian berada. Sesungguhnya kalianlah yang menolakku untuk terus menulis dan menulis dalam laman ini demi sebuah perkongsian dalam mencari RedhaNya...Terima kasih dan maafkan segala khilafku yang kerdil ini...

Salam sayang,
~Permata~

Monday, November 23, 2009

~ IBuBaPa Kita AmaNaH KiTa ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan kami nikmat sihat sehingga memmudahkan diri kami yang dhaif ini dalam mengabdikan diri padaMU...Selawat dan salam buat Rasul Junjugan yang mulia, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya...

Ya Allah, Rasa bersalah menyerbu diri ini kerana membiarkan laman ini kosong tanpa sebarang perkongsian selama beberapa hari. Bukan ku tidak mahu mengupdate blog ini namun terdapat sedikit kengkangan yang menghimpit diri ini yang menjadi asbab blog ini terpaksa dibiarkan selama beberapa hari...

Sudah genap seminggu ku berada di rumah ini. Dan sepanjang seminggu ini la ku menahan kesedihan melihat adik bongsuku yang sakit dan masih belum sembuh-sembuh lagi. Sepanjang seminggu ini jugalah ku melihat mak berjaga setiap malam kerana merawat dan menjaganya.

Subhanallah...Sungguh besar pengorbanan seorang ibu. Sudahlah sibuk bekerja di siang hari, malam pula terpaksa bersengkang mata kerana kasih dan sayangnya pada anak-anak. Saban hari mak tidak cukup rehat dek kerana jadual tidurnya sudah lari sama sekali...Kerana anak-anak...

Firman Allah yang bermaksud:
Dan TuhanMu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duannay sekali sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (17:23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka mendidik aku pada waktu kecil. (17:24)

Duhai teman, sahabat, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian...
ibu bapa merupakan AMANAH ALLAH kepada kita yang bergelar anak...Yang Selalu kita dengar anak2 adalah amanah Allah kepada para ibubapa bukan?. Jadi, hari ini ku ingin membuka mata dan fikiran kalian bahawa sesungguhnya daripada ayat yang dipetik dari Kalamullah surah Al-Isra' ayat 23 dan 24 di atas membuktikan bahawa ibubapa adalah AMANAH ALLAH kepada kita.

Ya, AMANAH DARI ALLAH..IBUBAPA kita Amanah kita...

BAgaimana mahu menjaga dan menjalankan amanah ini? Semuanya telah dijelaskan bukan? Telah termaktub dalam kitabullah dan juga terdapat dalam banyak hadis-hadis Baginda Rasulullah SAW...

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: "Kataku kepada Rasulullah SAW: "Pekerjaan apa yang paling dekat dari syurga?" Jawab Baginda: "Sembahyang pada waktu-waktunya". Dan apa lagi? Jawab Baginda: "Berbakti kepada ibubapa". dan apa lagi? Jaawab Baginda pula: "Berjihad di jalan Allah".

Ku yakin dan pasti kalian semua tahu bukan? Kita sebagai anak punya tanggungjawab dan amanah terhadap ibubapa? Amanah ini akan kita pikul sepanjang hayat kita...

Ya, sepanjang hayat... Pabila ayah atau ibu kita diambil dan dipanggil pergi mendahului kita, bukan bermakna amanah kita terhadapnya sudah tiada, bukan bermakna kita sudah terlepas dari tanggungjawab itu. Tidak sama sekali tidak!

Pabila mereka sudah tiada, maka doakanlah mereka. Jaga diri dan peribadi kita kerana diri kita melambangkan ibubapa kita. Walaupun mereka sudah tiada nama mereka tetap kita bawa walau di mana kita berada. Bukan setakat termaktub pada kad pengenalan sahaja, bahkan kita bawa kemana-mana.

" Eh, anak sapa la tu? da tak ada keje lain agaknya?"
" Ya Allah, bukan ke tu anak pak imam? awat perangai lagu tu?"
"Ala...anak si Milah la tu perangai tak serupa orang.ish2.."

"Subhanallah...baiknya budak tu, anak siapa la tu? Pandai ibubapanya mendidik."
"rajin budak tu ye...tu anak pak imam tu kan?"
"Sejuk perut si Milah tu kan dapat anak macam budak tu ha..da la baik,hormat orang tua, rajin, soleh..."

Nah..bukalah mata dan celikkan akal! KITA BAWA NAMA IBUBAPA KITA ke mana2 kita pergi..jadi, terpulanglah pada kita sama ada mahu nama mereka di sebut2 kerana perkara baik atau kerana perkara memalukan yang telah kita lakukan. Nauzubillah..
Sama-sama kita fikir2 dan renung2 kan....

Rasanya dah terlalu panjang pulak entri kali ini...Hee penangan lama tak menulis dan tak update blog la kot..Ok la, sampai di sini dahulu..JIka panjang umur dan dimurahkan rezeki, Moga bersua lagi...Biiznillah..

Wednesday, November 18, 2009

~ MoGa Cepat SemBUh~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, segala puji bagiMU ya Rabb..Tuhan pemilik sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang mulia, ahli keluarga, para sahabat dan para tabi'-tabi'in...

Hmmm... sudah dua hari ku biarkan laman ini kosong tanpa perkongsian. Sebenarnya setibanya di rumah pada hari isnin yang lepas, aku ingin sekali mengupdate blog ini. Namun, kesibukan yang melanda diri ini tidak membenarkan.

Ya Allah, buat pengetahuan kalian...adikku yang bongsu jatuh sakit. Batuknya sangat kuat. Sedih ku melihat dirinya yang susah tuk membuang kahaknya. Bayangkanlah, sedangkan orang dewasa pun terkadang susah tuk membuang kahak, inikan pula bayi yang baru berusia 3bulan.

Menurut abah, hari Sabtu yang lepas abah telah menghantar adikku itu ke hospital namun doktor kata tak ada apa2. Tapi, malam ahad lepas mak kata dia susah tuk bernafas dan kakinya biru tika itu. Lalu pada hari Isnin yang lepas abah menghantarnya semula ke hospital dan pihak hospital telah wat xtray tuk adik. Dan adik disahkan ada jangkitan kuman pada paru-parunya...Namun, mujurlah dia tidak ditahan di wad.

Hmmm, dalam entri kali ini ku hanya ingin berkongsi kesedihan ini bersama kalian. Dan ku mohon iringan doa kalian moga adikku Filzatul Hannan cepat sembuh..

Permata: Ya Allah kau berilah kesembuhan dan kesihatan kepada adikku, sesungguhnya dia masih terlalu kecil ya Allah...Amin ya Rabbal Alamin..

Sunday, November 15, 2009

~ Be PoSitiF ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji BagiMu ya Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam buat Rasul junjugan yang mulia, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para pengikut Baginda semuanya hingga Hari Kebangkitan...

InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang aku akan pulang ke kampung halaman tercinta esok ( kampung ke? kira kampung la jugak..hee). Bukan aku tidak betah duduk di sini, tapi apakan dayaku rindu sudah terlalu lama bersarang di hati ini dan minta penawarnya. Lagipun sekarang ni asrama kata pergi rumah kata mari...hee ( suka suki aku je..)

Sebenarnya cam tak caye je aku da abih sem akhir tuk PPISMP ni. Tahun depan start PISMP pulak. Ya Allah, cepatnya masa berlalu.. Pelbagai peristiwa, pengalaman pahit dan manis telah kualami...Namun kucuba tuk menjadi seorang yang positif sepanjang tempoh satu setengah tahun ku di sini.

Bukankah segala yang berlaku ada hikmah?

Daku sentiasa yakin bahawa hidup ini akan lebih indah pabila kita sentiasa cuba berbaik sangka dan sentiasa berfikiran positif. Hmmm, sebanarnya ada sesuatu yang ingin kukongsikan bersama kalian hari ini. hee Meh la baca dan mari kita sama-sama cuba jadi seorang yang positif...apa dia ek? jeng..jeng..jeng..

A TO Z BE POSITIF

~ACCEPT- Terimalah diri sebagaimana adanya.
~BELIEVE- Percayalah terhadap kemampuan diri tuk meraih apa yg diingini dalam hidup.
~CARE- Ambil berat terhadap org disekelilingmu agar mereka juga akan membuat perkara yg sama untukmu.
~DIRECT- Arahkan fikiran pada hal2 positif yg boleh meningkatkan kepercayaan diri.
~EARN- Terimalah penghargaan yg diberi org lain tanpa ada rasa riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yg terbaik.
~FACE- Hadapi masalah dengan berani dan yakin.
~GO- Bergerak menuju kebenaran.
~HOMEWORK- Melakukan homework sebelum memulakan sesuatu kerja itu adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi.
~IGNORE- Abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan kamu untuk mencapai tujuan ( yg tak menyalahi agama la ye? )
~JEALOUSLY- Rasa iri hati akan membuatkan dirimu tidak menghargai kelebihan pada diri sendiri. Jadi HINDARIlah!
~KEEP- Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.
~LEARN- Belajar dari kesalahan dan berusaha tidak mengulanginya.
~MIND- jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip atau fitnah terhadap orang lain.
~NEVER- Jangan pernah QUIT dan PUTUS ASA.
~OBSERVE- Amatilah segala hal2 disekeliling. Perhatikan, dengarkan dan belajar dari org lain.
~PATIENCE- Sabar adalah kekuatan tak ternilai yg membuat kamu terus berusaha.(Sabarkan sebahagian dari iman?)
~QUESTION- Pertanyaan perlu tuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu (Malu bertanya sesat jalan. Bukan setakat jalan je, leh sesat macam2 lagilah. so, tanya jangan tak tanya..)
~RESPECT- Hormat dan hargai diri sendiri dan juga orang lain.
~SELF CONFIDENCE, SELF ESTEEM, SELF RESPECT- Percaya pada diri, mempunyai keyakinan yg tinggi, dan menghormati diri. Tiga elemen ini akan membebaskan kita dari saat2 tegang. InsyaALLAH..
~TAKE- Bertanggungjawab pada setiap tindakan yang kamu lakukan.
~UNDERSTAND- Fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik turunnya.
~VALUE- Menilai diri sendiri dan orang lain, agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik.
~WORK- Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa. ( Ijtahid tanjah!)
~X'TRA- Usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil. Biiznillah...
~YOU- Kamu...harus percaya bahawa kamu dapat membuat sesuatu yang berbeza.
~ZERO- Tiada usaha tiada hasil... ( jadi apalagi...Chaiyokkk!!! )

Wanna be positif ? Lets try this A TO Z BE POSITIF...(^_^)

Saturday, November 14, 2009

~ TeRusLah BerSama Al-QurAn ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum...Salam ukhuwah dan salam perjuangan..Apa khabar kalian? Moga kalian para pembaca dan tetamu laman ini berada dalam keadaan yang sihat tubuh badan dan juga rohani..Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang memegang hati-hati kita dan berhak mutlak keatas kita kerana masih mengurniakan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan para pengikutnya sehingga Hari Kebangkitan...

Kepada yang setia singgah ke laman ini, maafkan daku kerana semalam tiada sebarang perkongsian..=( Bukan ku sengaja membiarkan laman ini idak diupdate walau hanya sehari.

Alkisah... Semalam, petang harinya daku pergi mengajar seperti biasa dan ini merupakan hari terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kelas Pengajian Al-Qur'an di Sekolah Menengah Sains Kepala batas pada tahun ini. Untuk tahun depan tak tahulah duduk ceritanya macam mana. Entah dijemput lagi meneruskan pengajaran entah tidak. Entah mengajar pelajar yang sama entah tidak. Yang tu kena tunggu dan lihat...heee

Walau bagaimanapun, daku sangat bersyukur kerana ia merupakan pengalaman yang amat berharga buatku khususnya sebagai persediaan awal sebelum terjun ke dunia pendidikan nanti. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Rabb..

Hmmm, banyak pengalaman manis bersama mereka para pelajarku. Biasalah ada yang lancar dan membaca dengan fasih dan ada juga yang merangkak-rangkak membaca. Pada awal2 kelas dahulu, memandangkan aku memilih untuk mendengar bacaan mereka seorang demi seorang, ada dalam kalangan mereka sebelum menperdengarkan bacaannya lalu berkata kepadaku:"ustazah, saya tak pandai sangat". Ada juga yang berkata begini: "Ustazah maaflah, saya baca lambat sikit"

Lalu ku pujuk mereka agar jangan pernah putus asa dalam mempelajari Al-Qur'an. Bukan kah orang yang baru merangkak membaca al-Quran kerana belum fasih dan masih belajar membacanya memdapat dua pahala? Sedangkan orang yang fasih membaca hanya mendapat satu pahala?

“Dari Aisyah Radiallhu anha berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mahir dalam membaca Al-Quran kelak tempatnya bersama para Nabi dan Para Rasul yang baik-baik. Sedangkan orang yang gemar membaca Al-Quran tapi tertatih-tatih (tersangkut-sangkut dan susah lidahnya kerana kurang mahir) dia mendapatkan dua pahala (satu pahala kerana kegemarannya membaca Al-Quran dan satu pahala lagi kerana susahnya membaca).” (HR Bukhari dan Muslim)

Ayuhlah duhai sahabat duhai teman... Kita sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran kita. Perhatikan dan telitilah bacaan kita..kemudian amalkanlah segala isinya...

Nabi s.a.w juga menyeru umatnya agar segera mempelajari al-Quran dan mengamalkannya sebelum datangnya satu generasi yang membaca al-Quran bukan kerana ALLAH. Malah, al-Quran dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan rezeki atau mengaut keuntungan dan bukan untuk diamalkan. Nauzubillah...

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pelajarilah al-Quran dan mohonlah syurga kepada ALLAH sebelum datangnya suatu generasi yang mempelajari al-Quran sambil meminta-minta habuan dunia. Sesungguhnya al-Quran dipelajari oleh tiga golongan: Golongan yang hanya memperelokkan bacaan al-Quran (tanpa beramal), golongan yang mencari rezeki melalui al-Quran dan golongan yang mempelajari al-Quran kerana ALLAH." - Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah, ms. 519, no. hadis (258), bab: Al-'Ilm wa al-Sunnah wa al-Hadis al-Nabawi.

Permata: Ya Allah jadikanlah Al-qur'an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan , di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagi pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghalang dan pendinding dari api neraka dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan... Amin ya Rabbal 'Alamin...

p/s: Ayuh, teruslah bersama Al=Quran! teruslah membaca, mempelajari dan mengajarkan Al-Quran demi mencari RedhaNya..

Thursday, November 12, 2009

~ SiaPa MusuH2 SyaiTaN? ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..hari ni da abih exam.. Gembira rasa hati ini.. Lega Sangat..Syukur padaMU ya Rabb..Hmmm, Sekarang ni da boleh tumpukan perhatian pada gerak kerja tuk Program SITE yang akan berlangsung insyaAllah kalau tak ada aral melintang pada bulan 6 tahun hadapan.Semalam pula aku telah dilamar untuk join Program di SAMER pada Pertengahan Bulan 3 tahun hadapan.Ya Allah permudahkanlah segala urusanku...

MERDEKA...hee ada lagi seminggu sebelum balik rumah. Tak tahulah nak wat pe dalam seminggu ni kat sini. Adoi...nak balik awal malas nak tukar tiket la pulak. Takpelah balik 20 haribulan ni je la...tapi kalau nak tau aku sekarang ni da kena satu penyakit. Penyakit ape? HOMESICK... ya Allah, ntah kenapa rindu sangat dengan famili dan rumah tu...

Duhai hati, bersabarlah...

Hmmm, penat sangat hari ni, tapi ku tetap mahu mengupdate blog.. kan da pernah janji pada diri sendiri nak cuba istiqamah dan update blog ni tiap2 hari...jadi, hari ni nak share tentang 15 Musuh2 Syaitan. Ayuh koreksi diri bersama... Adakah kita tergolong dalam golongan yang diiktiraf sebagai musuh syaitan atau tidak...jeng..jeng..jeng...

1. Muhammad SAW
2. Imam dari pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Pedagang yang jujur dan amanah
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6. Orang mukmin yang memberi nasihat
7. Orang mukmin yang berkasih sayang
8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat
9. Orang ynag menjauhkan diri daripada segala yang haram
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang mukmin yang baik budi dan akhlaknya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang hafaz al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam, sedang orang lain tidur

Permata: Ya Allah moga aku tergolong dalam kalangan musuh2 syaitan laknatullah...

Ok lah. Kepalaku da sakit sangat ni, minta direhatkan...MOga perkongsian ini bermanfaat...Jumpa esok dalam entri yang lain pulak. InsyaAllah...

Wednesday, November 11, 2009

~ TeRus MeNdaKi~


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pemurah...

Alhamdulillah, pagi tadi usai menjawab kertas Pengajian Islam 1 dengan hati yang tenang. Moga natijahnya seperti yang diharap-harapkan. amin...Hmmm, tinggal satu sahaja lagi kertas peperiksaan yang tinggal iaitu Pengajian Islam 2 yang meliputi madah Qiraat, Ulum hadis, Tamadun Islam dan Akhlak Islamiyah.Ya Allah, tak sabarnye nak habis exam...Moga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin ya Rabbal 'Alamin..

Menuntut ilmu adalah umpama mendaki sebuah bukit di mana dalam pendakian tersebut seseorang akan bersinggah di 5 tempat persinggahan:


Persinggahan pertama (di kaki bukit, sebelum mula mendaki):
Ini adalah tempat asal semua penuntut ilmu, di mana seseorang itu berada didalam keadaan jahil dan tidak tahu-menahu.

Persinggahan kedua:
Ini adalah tempat semua orang yang ingin mengubati kejahilan dirinya. Di tempat ini akan ditemui berbagai sumber ilmu pengetahuan. Dengan sikap terbuka lagi bersemangat seseorang itu mengambil dan memanfaatkan semua ilmu-ilmu yang ditemuinya di sini.

Persinggahan ketiga:
Ini adalah tempat bagi orang yang telah mengumpul semua ilmu yang ditemuinya di persinggahan kedua. Dengan terkumpulnya semua ilmu tersebut, dia merasakan dirinya hebat dan alim. Maka ditempat persinggahan ini seseorang itu berubah menjadi takabur, ujub dan sombong. Dia tidak lagi mahu membuka pintu-pintu ilmunya melainkan orang lainlah yang wajib membuka pintu mereka untuk menerima sumbatan ilmunya.

Persinggahan keempat.
Jika seseorang itu mahu meneruskan pendakian setelah tempat persinggahan ketiga, dia akan menemui tempat persinggahan ini yang dipenuhi dengan sumber-sumber yang dapat menyedarkan dirinya. Kesedaran ini akan mengubah dirinya ke arah sifat tawadhu' dan rendah diri. Dia akan kembali sebagaimana dirinya di tempat persinggahan kedua, suka berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Hanya sahaja kini dia lebih matang dan dewasa, hasil hikmah sifat tawadhu' yang menyinar dari hatinya. Seterusnya dia mendaki lagi:

Persinggahan kelima (di puncak bukit):
Di persinggahan ini dia mencapai kemuncak ilmu, iaitu dia tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan Allah yang mengetahui semuanya. Apa sahaja yang benar disedari bahawa ia berasal dari Allah manakala apa sahaja yang salah diakui bahawa ia berasal dari kelemahan dirinya sendiri.

Kita sekarang berada di persinggahan yang mana ? Harapnya bukan yang pertama dan bukan yang ketiga. Jika kita berada di tempat persinggahan pertama atau ketiga ini, ayuhlah cepat-cepat kita meneruskan pendakian. Janganlah berehat lama-lama di sana. Jika kita berada di persinggahan keempat, ingatlah bahawa kita sedang mendaki bukit, bila-bila masa boleh tergelincir jatuh ke bawah.

Teruskan mendaki. Dan kita mendaki sebagai satu pasukan. Insya-Allah semoga kita semua sampai ke puncak bukit, di tempat persinggahan kelima.

Permata: ya Allah, permudahkan pendakian kami...Amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, November 10, 2009

~ TaNya DiriMu~


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala Puji bagiMu ya Allah. Sesungguhnya milikMu lah segala yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah yang bermaksud:
"Ia (Iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. " ( surah Al-Hijr : 39)

Ya, itulah janji iblis laknatullah kepada Allah SWT tatkala mereka enggan sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam. Dan mereka amat berpegang dengan janji itu. Mereka sedaya upaya berusaha untuk menjadikan kejahatan dan maksiat itu indah di mata manusia.

Indahkah segala kejahatan dan maksiat di matamu?
Seronok kah melihat pasangan-pasangan couple berpegangan tangan dan bermadu asmara?
Apa yang kau rasa melihat wanita islam tidak menutup aurat bahkan pakaian-pakaian mereka mengalahkan wanita-wanita barat?
Gembirakah kau melihat remaja islam leka melepak di pasaraya?
Sukakah dirimu melihat pemuda pemudi islam membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Apa yang kau rasa? Suka? seronok? marah? sedih? kecewa?
Ah, walau apapun yang kau rasa tika melihat semua kemungkaran di muka bumi Allah ini, ingatlah bahawa musuh kita yang mubin( Nyata) itu pasti berusaha dengan sedaya upaya untuk menyesatkan mu, sahabat-sahabatmu, ahli keluargamu,dan semua saudara seaqidahmu!

Maka apa tindakanmu? Apa yang akan kau usahakan? Apa yang akan kau lakukan untuk keluar dari jajahan iblis laknatullah itu?

Atau adakah kau akan berdiam diri? atau memang kau mahu menyerah diri lalu tergolong bersama iblis dan syaitan laknatullah? Kau mahu bersahabat dengan mereka ya???

Permata: Tidakkkk! aku tidak mahu bersama mereka laknatullah! Aku Tidak mahu dihumban ke neraka! ya Allah, bantu hambaMu..Moga daku thabit di jalanMU.

Irhamna ya Rabbana...Thabbit Qulubana 'ala dinina...

Monday, November 9, 2009

~ PerGimu TiaDa GaNti~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Rabb. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga Baginda dan para tabi'-tabi'in.

Hari ini perasaan rindu yang tidak terhingga pada Baginda Rasulullah menyerang diriku. Tika daku membaca sirah perjalanan hidup Baginda, hati ini berasa sebak, hati ini berasa sayu lalu air mata yang bergenang di mataku tumpah jua akhirnya.

Ya Rasulullah, ku merinduimu...

Seawal pagi tadi, ku sudah merancang untuk menumpukan kepada Madah Sirah Nabawiyah sebagai persediaan untuk menghadapi imtihan untuk kertas Pengajian Islam 1 hari rabu ini. Ku duduk bersendirian di dalam bilik kerana roommate kesayanganku lebih senang study di Perpustakaan. Ku membaca dan membaca dengan penuh fokus. Sehinggalah tanpa ku sedari air mataku bercucuran tika membaca kisah wafatnya Baginda.

Khabar kematian Nabi Muhammad SAW amat mengejutkan para sahabat sehingga di Kota Madinah pada hari itu terjadi hiruk pikuk. Ada yang tidak sanggup lagi berbicara, kerana sangat sedih. Ada yang tidak sanggup berbuat apa-apa dan ada pula yang yang kehilangan pedoman, iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab. Beliau menghunuskan pedang ke sana ke mari di sekeliling Kota Madinah seraya berteriak:

"Sesiapa yang mengatakan Rasulullah sudah meninggal maka pedang inilah musuhnya. Rasulullah sungguh tidak mati, tetapi hanya pergi untuk seketika. Dia pasti kembali, khabarnya tak sedarkan diri".

Bagaimanapun, Saiyidina Abu Bakar menghadapi peristiwa wafatnya Nabi SAW dengan tenang dan tabah. Setelah menerima berita kewafatan Baginda, beliau segera pergi ke rumah Baginda. Diciumnya baginda yang sudah disemayamkan itu seraya mengucapkan kata-kata:

" Wahai engkau yang sangat kucintai, alangkah harumnya engkau ini sewaktu masih hidup dan juga setelah wafat. Kematian yang ditentukan Allah atas mu sudahlah kami rasakan dan tak akan berulang lagi selama-lamanya. Wahai Rasulullah kenangkanlah kami di sisi Tuhan mu."

Kemudian Saiyidina Abu Bakar keluar menemui orang ramai yang sedang berkerumun serta diberikannya khutbah berikut:

" Wahai manusia semuanya, sesiapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad sudah wafat. Dan siapa yang menyembah Allah, maka Allah selalu hidup tidak mati"

Khutbah beliau dilanjutkan lagi dengan membaca firman Allah yang bermaksud:

" Muhammad ialah seorang Rasul yang telah datang dahulu sebelumnya rasul-rasul. Apakah jika dia wafat dan terbunuh, kamu akan berbalik ke belakangg ( murtad), barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah, dan Allah akan memberi kepada orang yang bersyukur" ( Surah Ali-Imran : 144)

Permata: Ya Rasulullah, pergimu tiada ganti...

Sunday, November 8, 2009

~ Kita punYa AmaNaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih berpijak di bumi yang fana ini di bawah naungan nikmat iman dan islam kurniaanNya. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang mulia, para sahabat. ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Sebenarnya tak tahu nak post entri ape tuk hari ni. Tapi, timbul rasa bersalah dalam diri jika sehari tidak ada apa-apa yang boleh dikongsi bersama di laman ini. Hmmm, sebenarnya ku cuba untuk istiqamah mengupdate blog ni. Namun, ku tahu untuk istiqamah bukanlah perkara yang mudah. Terlalu banyak mehnah yang harus ku tempuhi. Argh, kadang-kadang itu semua hanya alasan semata-mata. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih, ye dak?

InsyaAllah akan ku cuba untuk istiqamah. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk pentarbiyahan diri ku sendiri. Ku ingin menjadi sebaik-baik manusia. Ya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Tika menyeru teman-teman dan sahabat handai kepada kebaikan, secara tak langsung ia adalah peringatan untuk diriku sendiri.

Islah nafsak wad'u ghairak! ( perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain! ) sebaris ayat yg inilah yang selalu memberi ku semangat untuk terus menulis di sini. Ku tahu diri ini banyak kelemahan, tapi aku tidak mahu menjadi seperti orang yang ingin lari dari amanah dan taklif yang telah Allah berikan.

Ku sering mendengar keluhan-keluhan seperti:
" Alaa, aku bukannya baik sangat, tak layak nak tegur orang, tak layak nak nasihat orang."
" Hmmm, aku ni sape nak ajak orang wat baik, diri sendiri pun teruk lagi.."
" Kau tak pelah bakal ustazah, belajar agama, dari sekolah agama, tapi aku tak"
"Entahlah, rasa diri ni tak layak nak wat kerja-kerja dakwah"

Teman-teman dan sahabat seperjuangan... Sampai bila-bila pun kita tak kan sempurna. Sampai bila-bila pun ilmu kita takkan cukup. Sampai bila-bila pun kita takkan berasa diri kita da cukup baik. Sampai bila-bila pun kita tak kan rasa layak. Tapi soal kita ni baik ke tak baik ke, pandai tak pandai ke, layak tak layak ke, sepatutnya tak timbul! Kita sepatutnya sedar kita semua punya amanah itu; Amar ma'aruf nahi mungkar. Harus diingat, Bukan hanya mereka yang belajar ilmu agama sahaja yang wajib melaksanakan amanah itu!

Apa sumbangan kita untuk Islam selama kita hidup di dunia ini? Apa yang telah kita lakukan untuk memastikan Islam terus gemilang? Apa khidmat yang telah kita curahkan buat agama tercinta? Ya Allah, ,mampukah kita nak jawab dihadapanNya kelak andai di tanya sedemikian?

Akhir kalam.. Teruskan berjuang! Walau banyak yang perlu ditempuh, namun ingatlah perjuangan baginda harus diteruskan. Kitalah yang wajib meneruskan perjuangan baginda. Walau apa cara sekalipun. Islam wajib di jaga, Islam wajib dijulang.

Permata: Ayuh wajibkan diri berkhidmat demi ISLAM...!

Saturday, November 7, 2009

~ HiduNg, kiTa daN SyaiTaN ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, segala puji bagiMU ya Rabb atas segala nikmatMU yang tidak tolak bandingnya, khususnya nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in...

Subhanallah... Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sangat banyak dan sangat istimewa. Jika kita lihat, anggota badan kita sudah membuktikan bahawa nikmat yang Allah kurniakan sangat istimewa dan sangat berharga. Antara nikmat yang dikurniakan kepada kita adalah hidung kita. Cuba bayangkan bagaimana hidup kita tanpa hidung?

Oh tidak, tak dapat kubayangkan hidupku tanpa hidung...

Jom kita bercerita sikit sal hidung..

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak? Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata. Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim) . Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya; Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal...Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. hee
Hmmm, Rasanya kalian tahu bagaimana cara terbaik untuk membersihkan hidung bukan? Ya, dengan istinsyaq iaitu dengan masukkan air dan kemudian keluarkan semula seperti yg kita amalkan ketika berwuduk yg juga merupakan sunnat wuduk.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata... ... ..

"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Permata: hargailah hidung kita...

Friday, November 6, 2009

~ MenGaPa KiTa Takut MaTi? ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... pagi tadi dah selesai menjawab paper kedua tuk final exam. Imtihan lilmadah Lughatul Arabiyah. Lega sikit. Tapi lega sikit jela sebab ada yang lebih utama menanti. Paper Pengajian Islam 1 dan Pengajian Islam 2.

Entri kali ini ku ingin menyentuh berkenaan dengan kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Semua yang hidup pasti akan merasai mati. Namun, mati ini sangat ditakuti oleh kebanyakan manusia. Kenapa ya kita takut mati?

Diriwayatkan, pada suatu hari Khalifah Sulaiman Bin Malik ( Bani Abassiyah) telah pergi berjumpa Abu Hazim untuk mendapatkan nasihat. Walaupun ada ulamak yang di gajinya, tetapi dia tetap berusaha mendapatkan pendapat dan nasihat dari ulamak-ulamak bebas. Ikuti perbualan ringkas beliau:

Khalifah : Mengapa kita sangat-sangat takutkan mati?
Abu Hazim: Kamu membangunkan dunia kamu, tapi pada masa yang sama kamu merobohkan akhirat kamu.
Khalifah : Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?
Abu Hazim : Bergantung pada orangnya. Bagi yang kenal dengan Allah dan ikhlas, mereka itu seperti anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarganya setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat di tangkap semula.

Di mana kita? adakah kita kenal Allah dengan sebenar-benar kenal dan boleh diibaratkan seperti anak tunggal kesayangan atau hamba yang engkar? yang lari dari tuannya?
Tepuk dada tanya diri..Jawab sendiri..Mari koreksi diri..

Wednesday, November 4, 2009

~ RiNdu oH RiNdu ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, usai menduduki satu paper for final exam. Esok ada satu lagi paper for this week. Paper ape? Imtihan lil madah Lughatul Arabiyah pulak...Subjek favouriteku dari dulu, kini dan selamanya. hee.. Lepas tu, rehat kejap sampai hari selasa depan. Then, hari rabu perjuangan bermula semula untuk subjek major iaitu Pengajian Islam 1 dan pengakhirannya hari khamis juga subjek major yakni Pengajian Islam 2. Ya Allah, tak sabar nak habis imtihan. Nak balik rumah...


Semalam call abah, ya Allah semua adik2 ku demam...Mak pun tak berapa sihat, selesama. Abah pun baru baik dari demam. Patutla sejak kebelakangan ni aku rasa kurang sedap badan. Kuat sungguh chemistry antara kami. Maka rindu di hati semakin tidak tertahan. Argh... sabarlah duhai hati... InsyaAllah rindu itu akan berbayar juga akhirnya...

Ya Allah, apa nak jadi ni? Orang sibuk nak exam aku pulak dok sibuk fikir sal nak balik rumah. Nasib baik study kat Malaysia je, Kalau study luar negara tak tahu la. Mungkin tu la hikmahnya aku tidak diterbangkan ke mana-mana walaupun sebenarnya peluang tu ada. Mak pun tak bagi sambung luar negara cam tau2 je nak jadi lagu ni. Ah, sememangnya mak lebih tahu apa yang terbaik tuk anak sulongnya ni.

Rindunya... nak balik rumah.. nak balik...=( Hmmm, mungkin ada antara kalian yang judge aku ni seorang yang manja. Ya, memang ku akui, diri ni manja orangnya. Anak sulong yang manja. Sangat manja. Kalau kat rumah tu akulah yang paling manja sekali. Selalunya abahku la yang jadi mangsa tempat ku bermanja. hee mak pun selalu jugak. Nak wat cam ne, orang lain ada kakak ada abang, tapi aku? mak dan abah la kakak dan abangku. Sebab tu la kot manja yang amat.


Abah, mak...Along nak balik...=( Kadang2 jeles sangat tengok roommateku selalu balik, yelah.. rumah dia dekat boleh la.. aku? oh tidak... ku selalu sorang2 je kat bilik ni tiap2 minggu (kena tinggal dengan rooommate la apa lagi) kuang3. Da nasib badan...

Ku mohon maaf, sebab entri ni agak merapu. Tika ni ku tidak dapat kawal emosi sebenarnya. Tak mampu nak tahan rindu ni lama2. Setakat call tidak cukup bagiku. Tapi, bila fikirkan sahabat2 yang study di luar negara khususnya ramai di Timur Tengah, terpujuk sikit diri ini. At least, aku balik la jugak dalam setahun tu banyak kali, hee.. tapi mereka?

Hmmm, jangan sedih2 ye sahabat2 yang berada sangat jauh berbatu-batu dengan keluarga. Belajar la bersungguh-sungguh, berjihadlah sehabis tenaga. Hargailah pengorbanan kalian dan juga keluarga dalam berjauhan. Moga ia tidak sia2 hendaknya. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Sedih la pulak...


Permata: Tak boleh ikutkan sangat hati ni, duhai hati bersabarlah.. Saat indah kan menjelma jua... Kita akan di satukan...dengan ikatan kasih sayang... Oh, usrati..tunggu kepulanganku!

Tuesday, November 3, 2009

~ ExaM, Ujian, ImtihaN ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...Dah beli da tiket tuk balik umah 20 November nanti. Ya Allah, tak sabarnye nak balik umah, nak jumpa mak, abah dan adik2... Hari ni Filzatul Hannan genab 3 Bulan. Rindu sangat kat dia. Rindu nak dukung, peluk dan cium dia. Sabar, sabar... tinggal 3 minggu je nak balik da..Nak cuti panjang la katakan...hee

Ya Allah, sok nak exam tapi tak dak aura nak exam pun, aku pun tak pahe la nape jadi lagu ni. Ish2.. suka suki aku je campur2 loghat depa ni. hee jangan marah ha..nanti kena jual...(^_^)

Tika ku menaip tuk update blog ni, aku tengah release tension dengan roommateku, dok iron baju, dok kemas beg and alat2 tulis tuk exam sok. Wah, tak sangka nak final da..hee Macam tak percaya je...

Esok paper english, tak tahu la nak study ape lagi. Amboi, macam da habis je study, cam da ready je, cam tak sabar nak jawab pun ada. Da tak larat nak bukak buku da ni. Hmm, sok exam kul 8.30 pagi. Doakan ye...

Ku sengaja nak post entri ni, saja nak berkongsi apa yang ku rasa sekarang ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Kurniakanlah kejayaan kepadaku dan juga sahabat2 seperjuanganku.

Jap, ada something nak share la dengan kalian... Sedikit resepi kejayaan yang ku copy dari virtualfriends pagi tadi tika mencari tips2 cemerlang dalam exam. Jom baca..

~ RESEPI KEJAYAAN ~

Bahan-bahannya:
1) Buku secukupnya
2) Sepinggan Kerajinan
3) Sepinggan Ketekunan
4) Sepinggan Keazaman
5) 3 mangkuk penuh kasih saying
6) 3 mangkuk penuh keinsafan
7) 5 mangkuk doa
8) Semangkuk kejujuran
9) Secubit dendam (daya saing)
10) Segenggam harapan atau impian
11) Secawan air mata

Hiasan:
1) Sebuah kesyukuran
2) Sekuntum senyuman

Cara Membuatnya:
1. Buku dikupas dah dipotong mengikut subjek, setelah itu dibasuh dan ditoskan.
2. Buku yang telah ditoskan tadi digaul bersama sepinggan keazaman yang dihiris halus.
3. Sepinggan ketekunan ditumis terlebih dahulu sehingga terbit bau kesungguhan dah diasingkan.
4. Campurkan 3 mangkuk penuh kasih sayang dah 5 mangkuk doa bersama buku dan keazaman yang telah digauk tadi.
5. Tumiskan keinsafan dah goreng sehingga pecah minyak serta menimbulkan kesedaran, kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digaul tadi dan goreng sekali dengan api yg perlahan.
6. Tambahkan sepinggan kerajinan yang telah dipotong dadu.
7. Rasanya pasti akan menjadi lebih lazat dija dicampurkan dengan
semangkuk kejujuran, masukkan sekali sedikit katekunan yang telah ditumis.
8. Masukkan secubit dendam (daya saing) bersama segenggam harapan atau impian. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
9. Apabila sudah masak (berjaya), rasailah keenakannya (hasil) jika kurang enak (kurang berjaya) tambahkan ketekunan secukup rasa.
10. Masak lagi (usaha lagi) sehingga empuk (berjaya), kemudian sejukkan (kepuasan).
11. Seterusnya bolehlah dihidangkan dan dihiasi dengan sebuah kesyukuran dan sekuntum senyuman.

Selamat mencuba!!

Permata: Ku mohon iringan doa kalian agar ku dipermudahkan menjawab soalan exam english esok. Buat sahabat2 seperjuangan: Bittaufiq wannajah! InsyaAllah fauzan bahiran..Amin.

~ Ku SaYaNG KaLIaN.. ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...ya Allah, tiada kata-kata pujian yang dapat membalas segala belas Ihsan dan sayangMU pada kami hambaMu yang kerdil ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, para sahabat, para tabi'-tabi'in...

Semalam...kami usrah pilihan telah mengadakan liqa' di surau Al-Ghazali selepas Isyak. Terubat sedikit rinduku pada mereka. Sesungguhnya sudah lama kupendam perasaan rindu ini. Allah...jiwang la pulak...hee


Hmmm, memang sudah lama kami tidak berkumpul begini dek kerana kengkangan waktu, assignment dan amanah-amanah lain. Argh... Itu semua hanya alasan!

Alhamdulillah, semalam tercapai juga hasratku dan Kak Nurul untuk mengadakan liqa' walaupun esok nak exam da. Ku sengaja meminta Kak Nurul mempengerusikan liqa' kami kerana bagiku, dia lah yang amat sesuai pada masa ini untuk memimpin perjalanan liqa' itu.

Liqa' kali ini bermula dengan tilawah dan tadabbur 3 ayat akhir daripada Surah Al-Baqarah. Seterusnya sesi muhasabah diri dan koreksi diri semula. Tentang usrah dan ukhuwah. Ya, memang liqa' kali ini Kak Nurul sengaja fokuskan kepada 2 perkara itu. 2 perkara yang amat penting sebenarnya.

Usrah...
Ah...rupa-rupanya kami masih belum betul2 berpegang dengan 3 rukun usrah itu. Belum cukup taaruf, belum lagi ada tafahum antara kami semua dan belum sampai ke tahap takaful. Mungkinkah kerana kurangnya liqa' antara kami. Duduk 1 blok, tapi mengapa rasa sangat jauh. Dekat tapi jauh... Ya Allah, di mana silapnya? Maka, setelah sama2 muhasabah diri semalam, jauh dari sudut hatiku, ku tanamkan azam yang tinggi untuk benar2 mengenali dan menghargai mereka, kerana mereka adalah anugerah Allah buatku. Akan kuusahakan agar usrah ini terikat dengan amat kuat. Akan kuusahakan agar kami dekat dan rapat. InsyaAllah... Sahabat...sama2 kita usahakan!

Ukhuwah...
Ukhuwah fillah abadan abadaa...Sesungguhnya ku amat sayang ukhuwah yang terjalin antara kami1 usrah pilihan. Namun, ku mengakui kelemahan diri ini. Ku tahu ada antara mereka yang belum merasai kemanisan berukhuwah denganku. Ada yang mersa jauh denganku. Salahku mungkin. Kerana kurangnya ziarah mahabbah, kerana jarangnya berjumpa. Ah, sekadar bertukar senyuman tika bertemu tidak cukup. Sahabat...Maafkan diri ini kerana mengabaikan kalian tanpa sedar. Maafkan aku....

Permata: Aku sayang kalian.. teramat sayang.. Moga selepas ini ukhuwah kita makin erat. Jangan biarkan kita renggang lagi walaupun seketika cuma. Ya Allah eratkanlah hati-hati kami. amin...

Monday, November 2, 2009

~ KhaS BuaT kaLiaN...WaHai Da'ie ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Rabbul 'Alamin...Selawat dan salam buat kekasihMu ya Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Seawal 1.05 pagi tadi, ku menerima sms daripada seorang kakak usrahku, Kak Suriati yang tidak pernah mengabaikan kami adik-adik usrahnya, yang sentiasa mengingati kami akan tanggungjawab berada di bumi Allah yang fana ini.

Pada entri kali ni, ku sengaja ingin berkongsi sms darinya bersama kalian...

Jalan dakwah merupakan jalan yang mulia, dan ia hanya mampu dipikul oleh orang-orang yang mulia ( Syaikh Abdullah Azzam )

Berjuanglah untuk mengejar akhirat tanpa melupakan dunia (28:77)
Firman Allah : Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamudan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Korbankan harta, masa, perasaan dan keinginanmu demi dakwah Islam, walaupun berat kakimu melangkah. (9:41)
Firman Allah: Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Kerana sesungguhnya bukan semua yang kau sukai baik untukmu ( 2:216)
Firman Allah: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenang sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Berjihadlah dengan ikhlas wahai Da'ie, Allah akan menunjukkanmu jalanNYa ( 29:69)
Firman Allah: Dan orang-orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya Dia sentiasa memerhatikan dakwahmu (9: 105)
Firman Allah: Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".


p/s: "Barang siapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH maka dia adalah da'ie". Ingat, kalian semua adalah para da'ie.. Teruskan perjuangan...! Sesungguhnya dakwah tiada henti. La takhaf wa la tahzan! Innallaha ma'anaa...

Permata: syukran jazilan buat Kak su atas sms yang sangat memberi kesan pada diri ini. Uhibbuki fillah. InsyaAllah abadan abadaa...

Sunday, November 1, 2009

~ Masa, mEnGaPa DiPeRSia? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Bersyukur kita kepada Pemilik sekalian alam ini. Dengan rahmat, inayah dan belas ihsanNYa kita masih disini, masih menghirup udara kurniaanNYa, masih menikmati nikmat iman dan islam...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Saban hari masa berlalu, berlalu dan berlalu pergi...Namun, adakah kita memanfaatkan seluruh masa itu dengan sebaiknya? atau adakah kita sering leka dan alpa kemudian terus membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja? Padahal kita masing2 sedar bahwa masa itu amat berharga. Kita juga tahu masa yang sudah berlalu itu tidak akan dan tidak mungkin sama sekali dapat kembali. Jadi mengapa masa itu dipersia?

Bukankah Allah telah bersumpah demi masa?

Fiman Allah: Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. ( Surah Al-'Asr )

Nah, sudah termaktub bukan? Sudah jelas, terang lagi bersuluh bahawa kita manusia ini dalam kerugian melainkan mereka yang telah dinyatakan dalam surah Al-'Asr itu. Jadi, apakah kita mahu menjadi manusia yang berada dalam kerugian? manusia yang muflis? manusia yang bankrap?

Adakalanya kita merasa sangat sibuk. Adakalanya kita merasa masa 24 jam dalam sehari itu tidak cukup. Adakalanya kita merasa masa berlalu dengan amat pantas. Namun, adakah masa itu digunakan sebaiknya?

Ayuh kita hisab diri semula...!
Berapa jam yang telah dikhususkan buat Allah?
Berapa jam pula untuk menegakkan agama Allah?
Berapa jam yang diperuntukkan untuk Jihad Fi Sabilillah?
Berapa jam untuk keluarga tersayang?
Berapa jam buat sahabat seperjuangan?
Berapa jam buat saudara seaqidah?
Berapa jam buat memperbaiki diri dan membantu diri sendiri?


Ayuh, bangkit dan keluarlah dari kelekaan dan keselesaanmu itu!

Saturday, October 31, 2009

~MencaRi KekuaTaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Rabb atas segala nikmat yang Kau curahkan buat hambaMu yang hina ini. Terasa diri ini tidak layak berada di atas muka bumiMU...Terasa diri ini terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.. Ya Allah, saban hari ku menghirup udaraMu...Namun bagaimana khidmatku terhadapMu? dan juga terhadap agamaMu?

Astaghfirullah...Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...Hamba malu padaMu ya Rabb...Terkadang hamba lupa...terkadang hamba leka...terkadang hamba alpa...Ya Rabb, Mengapa diri begitu lemah dalam bermujahadah?

Sudah lima hari berturut-turut abah menghantar sms kepadaku seawal 5 pagi. Sungguh ku amat terkejut dan terharu. Abah hantar sms kepadaku semata-mata untuk mengejutkanku bangun tahajud. Ya Allah, terima kasih kerana Kau mengurniakan abah kepadaku. Seorang abah yang sangat perihatin dan sayang padaku. Hmm, Mungkinkah abah takut dan risau akan anaknya yang seorang ini? Mungkinkah abah tahu keadaan anaknya yang semakin alpa dan leka ini?

Ya Allah, berikanku kekuatan!!! Ku tahu istiqamah itu suatu yang amat susah untuk dimiliki. Ku tahu sumber kekuatan itu ada pada qiam dimalam hari tika bermunajat dan mengadu segalanya padaMU. Tapi, mengapa badan ini terasa berat tuk bagun qiam sejak dua menjak ini?

Adakah hatiku sudah terlalu kotor dek kerana terlalu banyaknya dosa yang telah kulakukan? Ya Rabb, ku malu padaMU... Tika mengenang kisah Rasulullah yang sampai lebam-lebam kakinya kerana mengabdikan diri padaMU, terasa diri sangat kerdil. Siapalah daku di mataMu ya Rabb...?

Namun ya Rahman ya Rahim...Pandanglah daku dengan pandangan RahmatMU...Jangan Kau biarkan aku leka dan selesa dengan dosa yang kulakukan. Jangan Kau palingkan aku dari hidayahMU...Ku butuh cintaMu ya Rabb...

Sesungguhnya Kaulah matlamatku dulu, kini dan selamanya...

Friday, October 30, 2009

~ Ubat HAti~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... hari ni ku pergi meneruskan perjuangan ku sebagai guru. Hmmm, kelas mengaji kali ke-3 bagiku berjalan dengan lancar. Hari ni aku telah mengadakan sedikit ujian penilaian kepada semua pelajar2ku..

Aku sangat bahagia sekali. Ku merasa sangat tenang tika berada dalam kelas ini. Entahlah, mungkin berkat Al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang ku tunggu2 setiap minggu kerana ku tidak sabar2 untuk mengajar dan bertemu semua pelajar2ku yang amat kusayangi...

Sebagaimana yang kita ketahui setiap penyakit itu punya penawarnya, setiap sakit itu punya ubatnya. Jika fizikal kita atau jasmani kita sakit kita perlu segera makan ubat supaya ia dapat mengurangkan kesakitan dan seterusnya menyembuhkan penyakit tersebut.

Begitu juga halnya dengan hati kita. Jika hati kita sakit, terasa kosong, terasa hambar maka kita hendaklah segera mencari penawar dan mengubatinya bukan?

Maka apakah ubat hati itu?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Oleh itu duhai teman2 ku seperjuangan...
Marilah kita sama2 berusaha menjaga hati kita dari segala jenis penyakit yang sangat merbahaya buat rohani kita khususnya. MOga hati kita adalah hati yang lembut dan mudah menerima nasihat dan teguran. Moga hati kita belum nazak dan masih boleh diselamatkan.

Ayuh, selamatkan hatimu!

Wednesday, October 28, 2009

~PerSaHabaTaN L & P ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...ku masih lagi bersama-sama kalian di atas muka bumi Allah yang fana ini. Masih bersama-sama hidup dalam iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah:
Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Persahabatan Jejaka dan Wanita

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku. Ketika itu sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya! (saling rindu-merindui... .)

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku. Kata Fatimah. Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? tanya Ali. Tidak kerana pemuda itu adalah engkau. Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui... .
Sudah terlanjur digosipkan... ..

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati berdegup hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.(zaman teknologi kini, melalui SMS)

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan benjana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan dengan ssebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari mata jatuh ke hati.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain. Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti tazkiyatun nafs (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan.

Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya:
Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...(QS. An-Nuur: 31-32)

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Wallahualam.

Tuesday, October 27, 2009

~ MisSioN AcComPliSheD~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...pertama dan selamanya kupanjatkan syukur kepadaMU ya Rabb kerana dengan belas ihsanMU ku masih di sini, masih menikmati nikmat iman dan islam kurnianMU. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang Mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat, seluruh ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in..

Ya Allah... sudah beberapa hari ku menyepikan diri..kerana beberapa kengkangan yang menyebabkan masa ku terbatas. Sangat terbatas. Hari ini, baru ku rasakan sedikit lapang...Maka, tanpa berfikir panjang, ku capai laptop dan terus menaip tuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Apa yang disibukkan sangat?

Buat julung-julung kalinya Mahrojan Lughah Arabiy peringkat Zon Utara telah diadakan. Buat pertama kalinya IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Program ini sebenarnya adalah susulan daripada Seminar Bahasa Arab Peringkat Zon Utara yang juga buat pertama kalinya di adakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas.

Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun yang telah mencabar Pensyarah kami di JAPIM untuk mengadakan program ini. Jazakallahu khairan kathira...

Alhamdulillah. Misi kami telah berjaya. Walaupun persiapan hanya memakan masa lebih kurang dua minggu sahaja. Kami semua anak2 JAPIM telah bertungkus lumus memerah keringat masing2 untuk sama2 menjayakan Karnival Bahasa Arab ini.

Hmmm, terasa semacam berada di negara Arab tadi..hee Dengan masing2 berpakaian ala arab...yang lelaki berjubah dan berserban, dan yang perempuan berjubah dan berpudah. Alhamdulillah sunnah Rasulullah dihidupkan.

Tapi apa yang paling penting adalah berkomunikasi dalam bahasa arab itu sendiri. Nak tau tak? Pada hari berlangsungnya program, semua orang dikehendaki bertutur menggunakan bahasa arab. Terutamanya apabila memasuki Suukul Arabiy ( Pasar Arab), di mana apabila berada di kawasan suukul Arabiy tu diharamkan bertutur selain daripada bahasa arab.

Semua bangsa termasuk India ke, Cina ke, atau Melayu adalah dikehendaki bertutur dalam bahasa Arab untuk membeli barang di suukul Arabiy. Tapi jangan risau, kerana kami ada menyediakan Klinik untuk berbahasa Arab. Jika terdapat sebarang kemusykilan adalah digalakkan untuk ke klinik supaya masalah itu dapat diselesaikan. Di Klinik akan diberitahu beberapa perkataan penting untuk urusan jual beli tersebut dan yang sewaktu dengannya.

Selain itu, dalam Mahrojan Lughah Arabiy ini juga telah diadakan 4 Pertandingan iaitu:-
1- Pertandingan Hiwar
2- Pertandingan Nasyid
3- Pertandingan Terjemah
4- Pertandingan KalimatusSobah

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Terasa sangat bahagia. Sebenarnya, perasaan ini hadir sejak mula diumumkan akan diadakan Mahrojan Lughah Arabiy ini lagi..Kerana cinta akan bahasa Arab ini sudah tertanam dalam diri ini sejak kecil. Seingat ku sejak Darjah 4 lagi.

P/s: Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Sesungguhnya bahasa arab bahasa Qur'an dan juga Bahasa Syurga...Majulah Bahasa Arab untuk semua!

Friday, October 23, 2009

~Antara SuRat ImAm Al-GHazaLi~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..pertama dan selamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Pemilik kita Allah SWT. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW yang dirindui, para sahabat baginda, ahli keluarga dan tabi'-tabi'in...

Untuk entri kali ini, daku ingin berkongsi "Surat Imam al-Ghazali Kepada Seorang Muridnya". Pesanan2nya sungguh bermakna..Semoga ia meniupkan ruh keimanan dalam hati2 kita. Amin..

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tida k akan menyelamatkan orang.

Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan!

Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.

Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."

Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

p/s: Pengajian kitab Ayyuhal Walad di Musolla Al-Ghazali sudah dinasihat yg ke-11 ada berbaki 14 nasihat lagi. MOga diberi kesempatan nanti untuk menghabiskan kesemua 25 nasihat beliau Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali. InsyaAllah..

Wednesday, October 21, 2009

~ HistEria~

Dengan nama Allah yang Maha Pemuarah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...Masih bernafas di muka bumiNYa yg fana ini.. Selawat dan salam buat kekasih Allah tercinta Nabiyyuna Muhammad SAW, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur padaNYa kerana dengan rahmat dan belas ihsanNYa kita masih dapat bersua kembali. Dan aku masih diberi peluang meneruskan perjuangan ini...Setelah balik bercuti, ku bercadang untuk terus update blog kerana tak tertahan rindu dihati ingin berkongsi bersama kalian...Bukan ku sengaja membiarkan blog ini tidak diupdate beberapa hari, namun apakan dayaku, Aku hanya merancang, Allah juga perancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang. seperti yg pernah kunyatalan sebelum ini...

HISTERIA...hmm, pada entri kali ini, aku nak kongsi sikit tentang histeria ni..

Allahu akbar! Semalam hingga ke pagi ni, kami dok berhadapan dengan seorang teman yang histeria. Ya Allah..sungguh ku kasihan terhadapnya... Agak teruk keadaannya. Semalam pun, kami tidur 4.30 pagi "melawan" makhluk itu.

Subhanallah...itulah ujian dariNYa.. Sesungguhnya ujian Allah tu ada dalam pelbagai rupa dan keaadaan. Inilah salah satunya.

Histeria...bukan perkara asing rasanya..lagi2 la bagi mereka yg pernah tinggal di asrama. Aku sendiri sudah banyak kali melihat peristiwa yg melibatkan perkara ini. Aku tahu, ramai yang ada pengalaman ini bukan? dan mungkin juga pernah mengalaminya...

Hmm, niat dihati nak citer sikit apa da jadi semalam, tapi rasa berat je hati ni. Takpelah, mungkin lain kali kot bila da sedia nak ulas sikit hal ni.

Bagaimana dengan kalian?
Pernah mengalami sendiri?
Pernah melihat bagaimana orang histeria?
Pernah mengubat mereka yg histeria?

P/s: Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri...

~WaRkaH Buat Kalian~