Wednesday, September 30, 2009

~BukTi CiNtaKu~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah.. Sedar atau tidak, hari ni adalah hari terakhir di bulan September. Hmmm, ana rasa begitu cepat masa berlalu. Esok sudah bermulanya bulan Oktober. Hanya tinggal sebulan sahaja sebelum final exam. Umur makin berkurang dosa makin bertambah. Ya Rabb… Bantu hambaMu melalui hidup ini. Sesungguhnya seluruh kehidupan ini adalah ujian dariMu. Maka pimpinlah daku ya Rabb dalam meniti jalan menuju negeri yang abadi itu. Amin…

Cintakah kalian pada yang Maha Pencipta? Sedalam mana cinta kalian padaNYa? Adakah kalian sanggup berkorban harta dan nyawa demi meraih cintaNYa? Bolehkah kalian buktikan sejauh mana dan sedalam mana kalian mencintaiNYa?

Ramai orang berkata ia cinta akan Allah SWT. Namun, apakah bukti daripada cinta kita kepadaNYa? Ya, sejauh mana cinta kita kepadaNYa perlu dibuktikan. Berikut adalah antara tanda2 atau bukti2 dalam menentukan sejauh mana dan sedalam mana cinta kita padaNYa. Ayuh, sama-sama kita semak dimana kedudukan kita…Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang benar2 cinta akan Allah, yang benar2 mabuk cinta padaNya, yang benar2 angau kerana disuntik rasa cinta yang agung itu. Amin..

Bukti pertama : Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan yang dicintainya. Nabi Muhammad saw bersabda;

"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.

Bukti kedua : ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Bukti yang ketiga: ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Bukti keempat: kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

Bukti kelima: ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,

"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"

Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Bukti keenam: ibadatnya menjadi senang sekali. Badannya menjadi ringan untuk mengerjakan ibadah kepada Allah. Seorang Wali Allah ada berkata,

"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Bukti ketujuh: orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,

"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

~Setelah meniliti bukti2 tersebut…Persoalannya disini, Benarkah kita cinta akan Allah? Sejauh mana cinta kita padaNYa? Sanggupkah kita berkorban demi meraih cinta agung itu? Mari sama-sama muhasabah diri...

Ya, Ayuh buktikan cinta kita padaNYa!

Tuesday, September 29, 2009

~AyuH, TeruSkaN TarBiaH RamadHaN!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...pagi tadi telah sempurnalah amali arab untuk maharah istima' wal kitabah. Hmm, soalan ok je taklah susah sangat. Alhamdulillah. Tapi tak tahulah natijahnya macam mana nanti. MOga natijahnya seperti yang diharap-harapkan...Amin..

Tanpa kita sedari, sudah 10 hari Ramadhan meninggalkan kita. Rindukah kalian pada Bulan itu? Rindukah kalian pada Madrasah Ramadhan itu? Sepanjang Ramadhan yang lalu kita hidup dalam suasana keimanan. Kita merasai nikmat keimanan, kemanisan ketaatan dan kelazatan taqarrub kepada Allah. Dalam situasi ini, kita lahir sebagai umat yang mempunyai peribadi dan ciri yang tersendiri. Kita berpuasa dan berbuka dengan nama Allah. Tidur dan bangun atas zikir Allah. Kita hidup dalam keadaan jiwa yang redha, tetap pandangan, melakukan ketaatan dan takwa kepada Allah.

Ramadhan telah mentarbiah diri kita selama sebulan. Sebulan itulah kita dapat perlahan-lahan mendidik hati dan menundukkan nafsu kita. Maka apakah selepas Ramadhan kita terus berubah? adakah selepas Ramadhan kita mengetepikan agama kita? Adakah dengan berlalunya Ramadhan kita mahu melucutkan syahsiah islamiah dari diri kita? Adakah apabila kita keluar dari Ramadhan, bagaikan tidak sabar-sabar mahu berpisah dengan Ramdhan? dan mahu bebas dari larangan2 tika berpuasa. Kalau inilah yang berlaku, jauh sekali bagi kita untuk mendapatkan kesan daripada Ramadhan. Maka sia-sialah kehadiran Ramadhan selama sebulan itu. Nauzubillah...

Kita mengharapkan ibadah Ramadhan meninggalkan kesan yang baik di dalam diri dan akhlak kita. Mudah-mudahan ia menjadi ubat kepada penyakit yang kita hadapi. Mudah-mudahan apa yang dimaksudkan oleh Islam disebalik puasa dan ibadah2 lainnya telah tercapai dan membawa seribu manfaat. Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan telah menyembuhkan keruhanian hati kita, membetulkan pemikiran kita, menghidupkan hati yang telah mati dan menyinari ruh yang kegelapan. Amin ya Rabbal Alamin...

Kebanyakan dalam kalangan kita hanya melazimi takwa pada bulan Ramadhan dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Namun, tidak dalam bulan selainnya. Tika Ramadhan kita tekun melakukan solat bahkan datang solat berjemaah. Tetapi keadaan ini tidak berlaku sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan. Dalam kalangan kita ada yang hanya kenal Allah Taala pada bulan Ramadhan. Hanya mengingati Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhir bulan Ramadhan ia kembali melakukan dosa dan maksiat. Ia lupa akan kewujudan Allah. Ia tidak lagi solat apatah lagi berjemaah, ia memutuskan silaturrahim, mendedahkan aurat dan semua bentuk kemungkaran lainnya. Nauzubillah...

Sahabat... Seharusnya kita meneruskan tarbiah yang telah kita rebut, yang telah kita dakap erat dalam bulan Ramadhan untuk terus diamalkan dalam bulan2 berikutnya sepanjang hayat kita. Allah memerintahkan umat Islam supaya mengekalkan takwa dan hidayah, kerana ibadah hanya kerana Allah bukan kerana Ramadhan dan selainnya. Oleh itu duhai teman... Marilah kita bersama-sama berusaha mengekalkan dan meneruskan tarbiah Ramadhan. Marilah kita berusaha menambah kebaikan pada setiap hari yang kita lalui selagi Allah masih memberi kita peluang hidup dalam iman dan Islam. Ya, sebelum terlambat. Mari kita bersama-sama terus mengabdikan diri kepada yang yang Maha Esa.

Monday, September 28, 2009

~WaniTa BerTuduNG~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji hanya bagiMu ya Rabb...Selawat dan salam keatas Rasul junjugan yang mulia, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'in.

Esok, ana ada amali arab. Amali untuk maharah istima' wal kitabah. Tapi tak tahulah macam esok tak amali je. Tak ada semangat pun nak study tuk amali esok. EWah2, lagak macam da teror arab ja. hee Hmm, walaupun ana agak sibuk hari ini, tapi kalau tidak update blog ni ana rasa lain macam je. Macam ada yang belum sempurna. Jadi, ana pun curi2 masa tuk mengupdate blog ni...

Untuk entri kali ini, ana ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi kita semua. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Dewasa ini, ana lihat dari kaca mata ana sendiri, telah lahir, telah muncul dan telah wujud beraneka fesyen tudung. Terlalu banyak fesyen tudung sekarang ni, tudung siti la, tudung ekin la, selendang la dan macam2 lagi. Dah jadi cam cendawan tumbuh selepas hujan sebab da banyak sangat.

Baru-baru ni masa ana balik raya di kampung halaman, ya Allah, macam2 gaya pemakaian tudung ada. Tapi yang ana sedih sangat semuanya tidak menepati syariat. Ada yg tudung tu da elok agak labuh tapi melekat pulak, tapi yang paling banyak ana lihat adalah yang pendek dan tidak melepasi dada seperti yang disyariatkan. Ada yang pakai tudung tapi nampak leher dan tidak kurang juga yang pakai tudung tapi seperti tak pakai dek kerana nampak jugak rambut dan leher disebalik tudung mereka itu.

Ana sedih, sedih sangat2...Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

P/s~Sekadar pesanan dan peringatan buat diri sendiri khasnya dan amnya buat kalian semua~

~KemBaLi ke KamPUs~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb.. yang memberi segala nikmat kepada hamba, terutama nikmat iman dan islam yakni nikmat terbesar buat yg bergelar hambaMU. Selawat dan salam buat yg dirindui yakni kekasih Allah Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'in..

Lebih kurang pukul 3.30 ptg smlm ana da selamat sampai ke kampus tercinta. Hmmm, penat sangat rasanya perjalanan kali ini. Mungkin kerana hati berasa berat sebenarnya mahu meninggalkan kampung halaman. Tapi, apakan daya. Kampus sudah melambai-lambai menjemput pulang. hee

Untuk sem ni ada berbaki dua lagi assignment yang belum dihantar. Hmm, tak sabar nak settle semua assignmnet, pastu nak tumpu pada final exam pulak.

Ni sem akhir tuk ana... sem ketiga.. ya Allah, cepat je masa berlalu. Tahun depan insyaAllah da start tahun pertama ijazah. Ya Rabb, permudahkan lah segala urusan ku.

Ok la. Sampai di sini dulu entri ana tuk kali ini. Sebenarnya entri ni hanya tuk memberitahu bahawa ana sudah kembali ke kampus dan berita gembira di sini ialah secara tak langsung blog ni akan kembali di update (^_^). Harapan ana supaya kalian akan dapat manfaat walau hanya sedikit tika menziarahi blog ini.

Ana mohon iringin doa kalian, moga dipermudahkan segala urusan ana...Doakan agar diberi kesempatan. ruang, masa dan ketika dan dipermudahkan untuk ana mengupdate blog ni dari semasa ke semasa. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian dulu. Ana nak memenuhi panggilan dan lambaian bantal ana..hee Ilal liqa'. Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

~Dari HAti Ke Hati~




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bersyukur padaMu Ya Rabb... walaupun diri ini dihimpit assignment yang banyak, namun ku masih berpeluang mengupdate blog ni.

Ya Allah, sesungguhnya blog ni amat tinggi nilainya padaku. Aku akui amat menyayangi blog ini. Sesungguhnya melalui blog ini aku dapat membina ukhuwah, dapat sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman suka duka, dapat sama-sama meniupkan ruh dan semangat jihad dalam diri, dapat sama-sama mengajak kepada kebaikan, dapat sama-sama meluahkan rasa dan bermuhasabah diri. Sekali lagi, ku ingin menyatakan betapa blog ini amat bernilai bagi ku. Harapanku moga kewujudan blog ini juga dihargai oleh kalian para pembaca yg tidak jemu-jemu menziarahi blog ana. Syukran Jazilan. Ketahuilah jauh dari sudut hati ana amat menghargainya...

Hmmm, esok ana nak balik kampung halaman nun jauh di sana ( di mana ye?).. Ana cuti seminggu dan kemungkinan besar ana tidak dapat mengupdate blog dalam masa seminggu tu. Al-makulumlah, internet tak ada kat umah.

Oleh itu, ini mungkin post terakhir ana sebelum ana pulang ke desa ( eh, desa ke kota? apa2 la..). Jadi, dikesempatan ini, ana ingin mendedikasikan beberapa ucapan untuk mereka-mereka yang ana sayang dan ana rindui...

Kepada kalian, para pembaca yang budiman...
Selamat hari raya.. Moga tarbiah yang kita lalui dalam bulan Ramadhan dapat kita teruskan dalam bulan-bulan yang akan datang. Ana juga ingin memohon maaf atas segala khilaf ana sepanjang perkongsian ana. Maafkan ana jika mesej yang ana sampaikan mungkin tidak sampai atau susah kalian fahami. Maafkan ana jika ada yang terasa kerana entri2 ana. Maafkan ana kalau membuat kalian tertunggu-tunggu entri dari ana. Akhir kata.. Ana ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat kalian yang tidak jemu-jemu ziarah blog ana, tidak bosan membaca entri2 ana terutamanya yg panjang2 dan terima kasih kerana meninggalkan jejak dan komen kalian. Sesungguhnya ana amat menghargainya.

Kepada Sahabat2 yg mengenali diri ini...
Kepada semua sahabat2 yang mengenali siapa ana, terutamanya sahabat2 di IPGM Kampus Tuannku Bainun, ana ucapkan selamat hari raya. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Ana juga ingin meminta maaf atas segala khilaf yang ana lakukan pada kalian samada sedar mahupun tidak. Kepada sahabat2 ana yang selalu kena kacau dengan ana dek kerana nak tumpang update blog ni ana mohon maaf dan ana ucapkan jutaan terima kasih, jasa kalian hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.Terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian.

kepada sahabat2 di Samer dan exSamer...
Ana rindu sangat pada kalian, ana rindu Ramadhan di Samer, rindu suasana tarbiyah di Samer. Pokoknya ana rindu semua yang ada di Samer. Selamat hari raya maaf zahir dan batin ana ucapkan buat kalian. kepada exSamer walau dimana pun kalian berada, semoga Allah sentiasa melindungi kalian. Jagalah diri dan peribadi.. Teruskan perjuangan walau dimana jua kalian berada.

Kepada asatizah di Samer...
Ya Allah, sesungguhnya ana amat merindui kalian. Rindu nasihat2 kalian. Rindu buah-buah ilmu dari kalian. Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Jasa kalian tidak dapat ana balas. Hanya doa tidak pernah putus ana panjatkan buat kalian.

Kepada keluarga tersayang....
Mak abah.. terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik along. Along janji along akan jadi anak yang baik. Along janji akan jadi kakak yang baik. Along tak kan buat mak dan abah kecewa. Tidak sekali-kali. Maafkan segala khilaf along selama ni samada sedar atau tidak. Along sayang kalian berdua.

Kepada adik2 along yang dikasihi. Selamat hari raya. Along ada belikan baju tuk adila. Tu je yg sempat beli, tak pe nanti kita beli sama-sama dengan abah ye. hee maafkan along kalau termarah kalian. Sesungguhnya marah along tanda sayang. Kepada Faizatul imtiyaz jangan nakal2, awak tu da dapat adik. hee Kepada Filzatul Hannan cepat2 la besar dik...hee

Hmm, sebenarnya banyak lagi yang ana nak tulis di sini. Tapi nanti tak larat nak baca pulak. hee Rasanya cukuplah setakat ini dahulu.

Selamat menyambut Aidil Fitri..Moga TArbiyah dalam Bulan Ramadhan dapat kita teruskan. MOga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. MOga Segala amalan kita di bulan yang mulia ini diterima olehNYa. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian dahulu buat kali ini, semoga kita bersua kembali nanti...Wassalam.

Monday, September 14, 2009

~ Ya Allah...Ampunilah HaMba~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah… syukurku panjatkan padaMu ya Rabb.. yang tidak pernah putus mencucuri nikmatMu pada hambaMu yang lemah ini. Apalah dayaku tanpaMu Ya Rabb.. Sesungguhnya daripadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku akan kembali. Kaulah matlamatku Ya Rabb.. Moga Kau sudi menerima hamba sebagai tetamuMu di syurga kelak.

Tuhanku…Aku tidak layak untuk syurgaMu
Tapi ku tak daya, menanggung seksaMU
Oleh itu kurniakanlah ampun padaku
Ampuni dosaku.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun Dosa2 besar.
Dosaku umpama pasir , terimalah taubatku
Wahai Tuhan, yang Maha Agung.
Umurku berkurang setiap hari dosaku bertambah
Bagaimanakah akan ku tanggung?

Ya Allah.. bagaimana akan kutanggung segala dosa dan noda yang menyelubungi diri ini.. Ku mengharapkan maghfirahMu ya Rabb.. Ku menagih ihsan dan belas kasihMu..

Andai nafas kuterhenti disini, pada malam ini,
Bagaimana harus aku menghadapMu?
Bagaimana harus aku yang penuh dengan dosa ini kembali padaMU
Ya Allah..Hanya kepadaMU ku memohon…

Ya Allah…beri aku ketabahan..
Ya Allah… Aku sanggup berkorban demi rahmatMu
Di dunia yang sarat dengan ujian ini..
Ku mohon agar dosaku kau ampunkan…

Ku rela.. kupasrah dengan semua suratan dan ujjianMu
Namun ya Rabb…
ku mohon jangan kau bebankan aku dengan bebanan yang berat..
Ku Mohon padaMu ya Allah…
Jangan Kau pikulkan aku apa yang tidak sanggup aku memikulnya…
Aku hanya hambaMu yang lemah..

Oleh itu Ya Rabb…
Pandanglah aku..Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu
Kasihanilah aku ya Rabb..
Ku butuh bantuanMu.. Ku perlukan hidayah dariMu

Hanya Kau lah tempat ku mengabdikn diri ini..
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan Selain Engkau,
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu,
Dan Aku berada dalam perjanjian denganMu,
yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku.
Dan aku berlindung padaMu,
Dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan,
Aku mengakui denagn sebenar-benarnya nikamtMu kepadaku,
Dan aku mengakui dosa-dosaku,
Maka ampunilah Aku,
Kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosa,
Selain Engkau…

~Permata~

Sunday, September 13, 2009

~HikMaH ZakaT FiTRaH ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah.. tepat pukul 5petang tadi ana selamat pulang ke IPGM Kampus Tuanku Bainun ini. Ana dari mana? Ana balik umah salah seorang sahabat ana di Sik, Kedah. Ana tak rancang pun nak balik umah dia minggu ni, tapi hari Jumaat lepas dia bersungguh-sungguh ajak ana balik umah dia, ana apalagi, pucuk dicita ulam mendatang, ana memang rasa cam nak balik umah, bila da dapat offer balik umah walaupun bukan umah ana, ana tak nak la lepaskan peluang. Bak kata pepatah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal…hee

Hmm,sebenarnya…ini bukan kali pertama ana ikut sahabat ana ni balik umah dia, jadi ana da kenal la mak dia and kakak2 dia, so tak lah kekok sangat dok umah dia. Alhamdulillah, hilang sikit rindu ana pada orang2 di rumah.

Tersebutla kisah….Semalam atau orang utara kata kelmarin, ana dengan sahabat ana beserta kak ngah dan abang ipar sahabat ana tu pergilah Sungai Petani dengan tujuan tidak lain dan tidak bukan untuk membeli baju raya dan juga barang2 dapur. Alhamdulillah, ana tengok ada banyak kuanter tuk bayar zakat fitrah dibuka di pasaraya. Ya, ia memudahkan orang tuk menunaikan salah satu tangunggjawab kita di Bulan yang Mulia ini.

Di sini ana ingin kongsikan bersama apakah hikmah disyariatkan zakat fitrah ini. Antaranya ialah:

1. Menampung kecacatan puasa. Rasulullah SAW besabda yg bermaksud:“Rasulullah memfardhukan zakat fitrah sebagai penyucian bagi org yg berpuasa dari perkara yg sia2 dan keji sebagai makanan bagi orang yg miskin.”
2. Sebagai mensyukuri kepada Allah yg mengurniakan kepada hambanya menyempurnakan puasa sebulan Ramadhan.
3. Tanda syukur kepada Allah yg mengurniakan kesihatan pada badan, selamat pada badan, selamat dalam agama dan aman tanah air.
4. Berkaitan dengan tanggungjawab sosial:
• Menampung kekurangan org yg memerlukan.
• Member makan orang yang lapar pada hari Aidil Fitri.
• Menyebarkan keseronokan dan kegembiraan.
• Memasukkan rasa mahabbah, kasih sayang dan mesra ke dalam hati sesama orang Islam supaya menjadi satu taraf cukup dan menghalang dari meminta-minta.
5. Dengan zakat, orang yang kaya dapat membantu saudaranya yang fakir, menutup kepapaannya, melepaskan kesusahannya, menjelaskan hutang-hutangnya dan menggembirakannya.
6. Zakat boleh mengikis penyakit tamak dan bakhil dari hati orang kaya dan mebersihkan hati daripada dengki dan hasad daripada orang miskin.

Semoga amalan kita dibulan yg mulia ini di terima oleh Allah hendaknya. Amin…

Sekian dulu untuk entri kali ini. Ilal liqa’. Wassalam.

Friday, September 11, 2009

~AmaLaN-aMalaN RasuLuLLaH di SePuLuH yaNG TerakHiR~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...hari ni satu lagi assignment da hantar... Ya Allah minggu-minggu yang mendatang diri ini semakin dihimpit tugasan. Bantulah hamba ya Allah. Aku hanya merancang Kau juga merancang ya Allah, namun sesungguhnya Kaulah sebaik-baik perancang.

Assalamualaikum. Apa Khabar kalian? Moga dalam keaadan yang sihat sejahtera selalu hendaknya. Ana tidak berapa sihat dek kerana batuk yang sudah 2 hari menjengah diri ini. Tula tak nak dengar lagi pesan mak, mak kate jangan minum air sejuk, tapi degil. Ana minum jugak. Ssshhh.. jangan bagi tau mak ana tau. Rahsia...Hee (^_^)

Maaflah, sebenarnya ana nak post entri semalam tapi tak berkesempatan dek kerana tugasan yang menghimpit diri. Mugkin ada dalam kalangan kalian yang menunggu post dari ana, ana mohom seribu kemaafan...

Untuk entri kali ini ana ingin berkongsi antara amalan-amalan Rasulullah di sepuluh terakhir Bulan Ramadhan. Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan amalan-amalan ini.

  1. Menghidupkan malamnya.
    "Adalah Rasulullah apabila telah masuk sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya yang mengikat pinggangnya."
  2. Membangunkan keluarga untuk solat di sepuluh yg terakhir.Riwayat daripada Saidina Ali "Adalah nabi SAW membangunkan keluarganya di sepuluh yg terakhir dari Ramadhan dan nabi membagunkan pula semua anak kecil dan orang dewasa yg sanggup solat"
  3. Mengikat tali pinggang. Maksud tali pinggang ialah Nabi meningkatkan kesungguhannya dalam beribadah. Bahawa Nabi selama sepuluh yg terakhir tidak menyetubuhi isterinya kerana beriktikaf dan mencari Lailatul Qadar. Sememangnya orang yg beriktikaf tidak mendekati isteri.
  4. Melambatkan berbuka hingga bersahur. Dari Saidatina Aisyah r.a. "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki bulan Ramadhan, baginda mengerjakan qiam Ramadhan dan baginda tidur. Apabila memasuki sepuluh yg terakhir, baginda menjauhi isterinya. MAndi antara dua azan dan makan malam dijadikan sahur. Menurut pendapat Ibn Jurair, bahawa nabi berwisol (menyambung menahan) sehinggan sahur. Perkara ini boleh dilakukan oleh orang yg sanggup dan tidak disukai bagi orang yg tidak sanggup dan sama sekali tidak dibenarkan berpuasa sepanjang malam.
  5. Mandi diantara Maghrib dan Isyak dan berpakaian indah. Diriwayatkan oleh Ibn 'Asim, bahawasanya Huzaifah mengerjakan qiam Ramadhan bersama Rasulullah pada suatu malam Ramadhan, maka mandilah nabi dan didindingi oleh Huzaifah, kemudian sisa air itu dipakai oleh Huzaifah buat mandi dan pada permandian Huzaifah, Nabi melindungi/ mendindinginya. Berkata Ibn Jurair: Bahawa para sahabat menyukai mandi pada setiap malam dari mana-mana malam yg terakhir. Diantara para sahabat ada yg mandi dan berwangi-wangian pada malam-malam yg diharapkan Lailatul Qadar. Seperti Zar Bin Hubai menyuruh mandi pada 27 Ramadhan, diriwayatkan dari anas, bahawa beliau bila memasuki malam 24, beliau mandi dan berwangi-wangian, memakai pakaian yg istimewa (indah) pada pagi harinya disimpan kembali.
  6. Mencari Lailatul Qadar. Bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud: " Barangsiapa berdiri pada malam Ramadhan lalu bertepatan dengan lailatul Qadar kerana imanya kepada Allah dan kerana mengharap pahala serta keredhaanNYa, maka diampunkan dosanya yg telah lalu.
  7. Iktikaf di sepuluh yg terakhir. Diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwatta’ dari Said Al-Khudri: “ Adalah Rasulullah beriktikaf pada puluhan yang kedua dari bulan Ramadhan. Pada satu tahun setelah sampai pada malam 21 iaitu pada malam yang ia keluar pada paginya dari iktikafnya.”
    Baginda bersabda: “ Sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendakalah beriktikaf di sepuluh yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dijadikan lupa dan sungguh aku bersujud pada paginya di air dan di tanah kerana itu carilah ia di sepuluh akhir dan carilah ia di tiap-tiap malam yang ganjil”
Itulah antara amalan-amalan Rasulullah dalam waktu-waktu yang boleh kita panggil sebagai waktu kecemasan ini. Mungkin ada yang sudah sedia maklum sebelum ini berkenaan amalan-amalan Rasulullah ini dan ana yakin ada sebahagian besar dalam kalangan kita yang tidak mengetahuinya. Nah.. Sekarang kita sudah tahu dan yang tahu sudah diperingatkan, Maka apa lagi yg ditunggu?

Di sini, ana menyeru diri sendiri dan para pembaca blog MujaHidaH fi SabilillaH ini, para pembaca yang budiman...marilah kita sama-sama berusaha untuk merebut, mengejar dan memburu segala kebaikan-kebaikan dan ganjaran pahala yg banyak diakhir sepuluh Ramadhan ini. Ingatlah, Ramadhan mungkin akan bertandang lagi, tapi adakah kita akan masih di sini? Atau mungkinkah kita sudah kembali kesisi Ilahi?

Wednesday, September 9, 2009

~MemBuRu LaiLaTul QaDar~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah…kepadaMu jua kurafa’kan kesyukuran atas segala nikmat yang Kau kurniakan. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia baginda Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi’in.

Menjelangnya 10 malam yang terakhir dibulan Ramadhan ini, Surau Al-Ghazali IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menganjurkan sebuah ceramah yang bertajuk MEMBURU LAILATUL QADAR. Ceramah ini telah berlangsung pada pukul 6 petang tadi.Alhamdulillah, penyampaian Al-fadhil ustaz Fauzi amat terkesan di hati sehingga menyusuk ke sanubari.

Lailatul Qadar ni susah nak dapat dak?
Lailatul Qadar ni berharga dak?

Itulah antara soalan yang diajukan oleh ustaz kepada kami semua yang mendengar. Kami semua pun pakat-pakat jawab dengan sebulat suara: “YAAA” panjang beberapa harkat sambil mengangguk-angguk kan kepala.

Nah, bila susah nak dapat mahal dak?

Kami pun sekali lagi menjawab YAA sambil mengangguk kan kepala.

Emas mahai dak? Sebab apa emas mahai?

Kami pun duk bising kat belakang, masing-masing pakat jawab sebab susah nak dapat.

Masya Allah… mampukah kita memburu Lailatul Qadar?

Duhai sahabat...sebelum kita memburu, mengejar dan mencari Lailatul Qadar ini seharusnya kita kenal dengan sebenar-benar kenal apakah itu Lailatul Qadar.

Apakah yg dimaksudkan dengan LAILATUL QADAR?
Malam Al-Qadar itu lebih baik dari 1000 bulan. Turunlah malaikat dan ruh(jibril) padanya dengan izin tuhan mereka, sejahteralah malam itu sehingga fajar. (surah Al-Qadr)

Mengapa dinamakan malam Al-Qadar?
Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa sebab dinamakan malam Al-Qadar adalah kerana:
• Allah mentakdirkan pada malam itu umur manusia dan rezeki mereka.
• Allah menampakkan kepada para malaikat yang diutus mengurus keadaan para makhlukNya apa yang Allah tetapkan untuk tahun itu, iaitu Lailatul Qadar sehingga kepada Lailatul Qadar yang akan datang.

Peristiwa yang belaku di malam Al-Qadar:
• Al-Qur’an mula diturunkan pada malam tersebut.
• Para malaikat turun dalam satu keberangkatan yang gilang-gemilang disertai JIbril mengucapkan salam kepada orang-orang yang beramal.
• Ada yang mengatakan bilangan malaikat yang berada di bumi pada malam itu lebih banyak daripda pasir.
• Allah menerima taubat orang yang bertaubat pada malam tersebut.
• Malam itu dibuka pintu langit sejak dari terbenam matahari sampai terbit fajar.
• Jibril turun bersama angkatan malaikat meletakkan panjinya di tempat-tempat seperti di sisi Ka’bah, di sisi maqam Rasulullah SAW, di sisi Baitul Maqdis, di sisi Masjid Tursina.
• Malaikat memasuki rumah orang mukmin sambil bertasbih, bertahlil dan memohon keampunan untuk umat Nabi Muhammad SAW.

Bila berlakunya Malam Al-Qadar ini?
Terdapat banyak pendapat tentang bilakah sebenarnya berlakunya malam Al-Qadar ini. Rasulullah sendiri tidak menjelaskan dengan tepat masanya.

Diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwatta’ dari Said Al-Khudri: “ Adalah Rasulullah beriktikaf pada puluhan yang kedua dari bulan Ramadhan. Pada satu tahun setelah sampai pada malam 21 iaitu pada malam yang ia keluar pada paginya dari iktikafnya.”

Baginda bersabda: “ Sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendakalah beriktikaf di sepuluh yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dijadikan lupa dan sungguh aku bersujud pada paginya di air dan di tanah kerana itu carilah ia di sepuluh akhir dan carilah ia di tiap-tiap malam yang ganjil”

Mengapa disembunyikan dan dirahsiakan malam Al-Qadar ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah supaya kita menghidupkan semua malam itu. Supaya kita berusaha memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu, supaya kita bersungguh-sungguh dalam mengejar malam Al-Qadar.

Akhir kalam… Ana menyeru diri ana sendiri dan kalian para pembaca yang budiman, marilah kita sama-sama menghidupkan sepuluh malam yang terakhir di bulan yang penuh barakah ini. Sedar tidak sedar Bulan Ramadhan ini semakin meninggallkan kita. Rebutlah saki baki hari yang ada ini, hargailah masa-masa kecemasan ini.

Mungkinkah kita berhasil memburu Lailatul Qadar?

Ana tinggalkan kalian dengan sebuah persoalan ini.. tanya diri jawab sendiri.. Sama-sama kita muhasabah diri…

Wallahu a’lam. Ilal liqa’. Wassalam.

Tuesday, September 8, 2009

~ TaHu vs MaHu~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Segala Puji dan syukur buatMu ya Rabb kerana masih memberi kami peluang berdiri di muka pintu bumiMU, masih memberi kami ruang untuk mengabdikan diri padaMu. Selawat dan salam buat kekasihMu, junjungan yang mulia baginda Rasululllah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi’-tabi’in semuanya.

Ya Allah, begitu cepat masa berlalu, tetiba da 18 Ramadhan. Begitu cepat Ramadhan akan meninggalkan kita..Itu pun kalau kita masih sempat melalui baki-baki Ramadhan yang ada.

Bagaimana dengan tawaran Ramadhan? Sudah kalian rebut? Sudah kalian kejar?

Hmm, Ramadhan sudah semakin meninggalkan kita, tawaran-tawaran yang ada, masih banyak. Terpulang pada kalian kerana kalian sudah TAHU kini hanya tinggal MAHU atau tidak MAHU.

Ya, kebanyakan dalam kalangan kita semua TAHU akan kelebihan Ramadhan, ramai dalam kalangan kita TAHU apa ganjaran-ganjaran hebat yang menanti di bulan Ramadhan ini. Cuma persoalannya MAHU atau tidak?

Di sini, ana nak bagi satu perumpamaan yang simple tuk kalian. Buah durian sebagai contoh, kalau bukan musimnya, mak oi.. sikit punya susah nak dapat durian, kalau ada pun mahal yang amat. Ish3 bang tak boleh kurang sikitkah? Bang, takde diskaun ke? Hee

Tapi, bila da masuk musim buah, wah… harga jatuh merudum dan senang je nak jumpa buah durian, jumpa kat tepi jalan, pasaraya-pasaraya jangan cakap la. Memang banyak. Tapi bila tanya: “ Pak cik, belilah durian ni ha, murah ja ni.” Tetiba Pak cik tu jawab : “ Pak cik bukan tak nak beli durian tu nak, tapi Pak cik ni ada darah tinggi”.

Ha… Macam tu jugalah kita. Kita TAHU Allah bagi tawaran hebat kat kita, tapi kita tak nak atau dengan kata lain kita tak boleh terima tawaran tu sebab kita ada penyakit! Penyakit apa? Penyakit hati.

Allahu akbar! Adakah kerana penyakit hati ini kita sanggup melepaskan segala tawaran-tawaran hebat dari Allah dalam Ramadhan ini? Ya Allah, betapa ruginya kita. Padahal segala amalan-amalan dan ibadah-ibadah termasuklah berpuasa, tilawah dan tadarus Al-Qura’an, bersedekah, meperbanyakkan doa, menghidupkan malam semuanya itulah hakikatnya sebagai ubat dan penawar bagi penyakit hati.

Mari kita sama-sama muhasabah diri… Keras sangatkah hati kita? kritikal kah penyakit hati kita? Atau sudah matikah hati kita? Sehingga kita sombong dan buat endah tidak endah dengan segala tawaran hebat dari Yang Maha Mencipta?

Ya Allah, Kau ampunilah kami diatas segala kelalaian dan kelapaan kami… Kami hambaMu yang lemah hina dina ini, penuh dengan dosa dan noda… Bantulah kami Ya Allah… Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, kurniakan kepada kami hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta kurniakanlah badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMU. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, September 7, 2009

~MenjelaNG AkhiR RamaDHaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Segala puji bagiMu ya Rabb… yang masih memberi peluang kepada kami menghirup udaraMu, Tanpa jemu Kau membiarkan kami menikmati semua nikmat-nikmatMu ya Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang mulia, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi-tabi’in.

Hadis Rasulullah yang berbunyi :Dan ia ( Ramadhan) adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah ( ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

Focus perkongsian kita pada kali ini ialah Fasa akhir Ramadhan yang hanya akan muncul dalam beberapa hari saja lagi. iaitu Fasa Pelepasan dari neraka.

Ya, di akhir Ramadhan adalah fasa dilepaskan diri daripada api neraka. Persoalannya disini, apakah perasaan kita apabila Allah mengatakan akan melepaskan kita dari neraka?

Tak rasa apa-apa? Kenapa duhai teman? Mengapa kita tidak merasa gembira dan bahagia?

Sedangkan apabila kita dilepaskan daripada saman sebagai contoh apa perasaan kita? Bayangkanlah kalian hampir-hampir kena saman tapi dengan budi bicara polis traffic, kalian dilepaskan daripada kena saman. Apa yang kalian rasa? Gembira bukan? Selamat duit aku…hee

Tapi, mengapa kita tidak merasa apa-apa dengan janji Allah? Bukankah dilepaskan dari neraka bermakna dimasukkan dalam syurga?

Kini, ramadhan telah masuk akhir fasa kedua iaitu fasa maghfirah. Pejam celik kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Sudah hampir ke fasa akhir iaitu pelepasan daripada neraka. Tidak terujakah kalian?

Bagaimana amalan-amalan kalian di pertengahan Ramadhan ini? Bagaimana ibadah-ibadah kalian menjelang akhir Ramadhan? Semakin meningkat atau semakin surutkah?

Kalian tidak mahu mengejar maghfirahNya?

Kalian tidak mahu dilepaskan dari neraka?

Kalian tidak mahu masuk Syurga?

Sudah tentu mahu bukan? Oleh itu, duhai teman-teman sekalian, marilah kita sama-sama meniupkan semula aura ibadah dalam diri kita. Mari kita sama-sama memburu maghfirah Allah, Marilah kita berusaha agar kita tergolong dalam kalangan mereka yang dilepskan dari neraka.

Moga syurga milik kita. Amin ya Rabbal Alamin.

Tapi harus diingat, Syurga Allah itu hebat dan hanya menerima mereka yang hebat-hebat belaka. Hebatkah kita? Hebatkah amalan-amalan dan ibadah-ibadah kita? Cukupkah sudah amalan-amalan kita? Layakkah kita masuk syurga Allah yang hebat itu?

Ayuh duhai teman.. Bangkitlah daripada kelekaan dan kealpaan..! Sama-sama kita semarakkan akhir Ramadhan, sama-sama kita berusaha untuk memperhebatkan diri dan menambah nilai ibadah-ibadah kita di penghujung Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan semakin meninggalkan kita, mengapa harus kita Persia-siakannya?

Jika seseorang sudah diberitahu oleh doktor yang dia tidak punya banyak masa lagi untuk hidup, dia akan menghabiskan seluruh masanya dengan keluarga tersayang bukan?. Begitulah juga Ramadhan. Ramadhan tetamu yang kita sayangi ini semakin meninggalkan kita. Maka kita seharusnya menghabiskan seluruh masa kita untuk bersama dengan Ramadhan. Kita harus lebih menghargai Ramadhan. Kerana siapa tahu, mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat kita?

Friday, September 4, 2009

~ HarGaiLaH RamaDHaN ! ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamuaikum. Salam Ramadhan. Salam ukhuwah. Salam Perjuangan. Kalian apa khabar? Apa khabar iman? Ana doakan moga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat dan iman sentiasa bertambah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Syukur Alhamdulillah, puji dan syukur ana panjatkan pada Allah kerana hanya Dialah yang layak menerima segala puji-pujian. Selawat serta salam buat Rasul junjungan yg telah membawa kita keluar dari kegelapan. Tanpa baginda mungkin kita tidak di sini. Segala perit jerih baginda tidak dapat kita balas. Kasih baginda kepada seluruh ummatnya tiada tolak bandingnya. Salam sejahtera buatmu ya Rasulullah. Tidak lupa juga para sahabat, ahli keluarga baginda dan tabi'-tabi'in seluruhnya.

Alhamdulillah. Semalam 3/9/09 bersamaan 13 Ramadhan telah diadakan Sambutan Nuzul Qur'an Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Majlis ini telah diadakan selepas asar telah dimulakan dengan alunan qasidah selawat dan puji-pujian buat Rasul junjugan kekasih Allah. Kemudian diserikan dengan alunan ayat2 suci Al-Qur'an. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan dan tazkirah ringkas oleh Ustaz Rizal. Pada tepat pukul 6.30 ptg, ketibaan penceramah jemputan telah disambut dengan alunan qasidah. Dan ceramah sempena Nuzul Qur'an berlangsung sehingga hampir2 masuk waktu berbuka. Banyak yg ana dapat daripada ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakilani Bin Abu Hasan. insyaAllah ada masa dan ketika ana akan kongsikan bersama kalian.

Sahabat...Sebagaimana yang kita ketahui bersama, pada bulan Ramadhan ini syaitan dan iblis diikat dan dibelenggu oleh Allah. Tapi persoalannya disini kenapa dan mengapa masih ramai dalam kalangan kita yang masih melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya.

Sahabat... Sedarkah kita? 11 bulan kita ditarbiyah oleh iblis laknatullah. Ada orang yang membiarkan dirinya ditarbiyah oleh syaitan dan iblis dengan sewenang-wenangnya. Ada orang tidak berjaya keluar dari pada jajahan nafsunya selama sebelas bulan itu.

Harus diingat bahawa syaitan telah mendidik anak buahnya iaitu nafsu selama 11 bulan untuk menjahanamkan kita. Jadi, kita sebenarnya tidak berada dalam zon yang selesa walaupun berada di bulan Ramadhan. Sedarlah... Nafsu masih bermaharajalela.

Nah, kini datangnya Ramadhan sebagai penyuci diri dari segala dosa dan noda. Ambillah peluang ini sebaiknya. Sedarlah Ramadhan yang datang adalah untuk melembutkan hati kita, menyucikan hati kita. Ia datang memberi peluang kepada kita untuk mendidik dan menundukkan nafsu kita. Ramadhan datang untuk mendidik kita dekat dengan Al-quran, dekat dengan Rasulullah dan merebut sebanyak-banyaknya cinta dan rahmat Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: " Kalaulah manusia mengetahui kebajikan yang terdapat di dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun".

Oleh itu, Duhai teman...hargailah Ramadhan!

p/s: ana mohon maaf kerana hari ini sebenarnya ana nak post berkenaan Ramadhan dan Al-Quran namun ada sedikit kengkangan. Ana juga tidak dapat mengupdate blog ini dalam masa 3 hari ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Ilal Liqa'. Wassalam.

Thursday, September 3, 2009

~ JanGaN LepaSkaN PeluaNG! ~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah…Marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jualah kita dapat bertemu dan bersua kembali dalam laman ini, bersama-sama saling berkongsi dan memberi.

InsyaAllah pada entri kali ini, ana dengan sukacita mahu berkongsi bersama kalian berkenaan Ramadhan yang mulia ini. Ana ingin menyuntik dan meniupkan semangat dalam diri kita untuk menghargai Ramadhan dan seterusnya menghidupkan hari-hari yang kita lalui dalam bulan ini.

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan! MEGA SALES IN RAMADHAN….

Ya, itulah tajuk yang ingin ana kongsi bersama kalian? Kalian rasa teruja? Ayuh, teruskan pembacaan kalian! InsyaAllah padanya manfaat.

Di sini, Ramadhan ana umpamakan seperti hypermarket. Apa? Ai kalian memang tak Salah baca. Betul la tu H.Y.P.E.R.M.A.R.K.E.T.

Ok, ana nak tanya kalian.. Boleh bagi tau ana hypermarket mana or supermarket mana yg ada wat mega sales and dia ada wat beli satu percuma 70 barang? Ada tak? kat carefour, giant, jusco, tesco, pacific and lain2 ada tak?

Ha…geleng jangan tak geleng. Tak de. Memang takde. Tol tak? Argh, ana tak kira memang takde punya… kalau tak tak lama lagi bankrap la hypermarket or supermarket berkenaan.

Tapi dalam hypermarket RAMADHAN ni.. Ada banyak oFFEr tau. Tapi, perlu diingat Mega sales ini hanya sebulan je. Kini mega sales ini hanya tinggal lebih kurang 17 hari saja lagi. Jangan lepas kan peluang! Yela…mana nak cari hypermarket yg ada offer sampai nak bagi free 7O benda untuk setiap barang dan ada cabutan bertuah yang ganjarannya sangat hebat hanya untuk orang2 yg terpilih je.

Kalian faham kan perumpamaan yang ana beri? Hmm, ye…hanya dalam Ramadhan saja terdapat kelebihan2 dan ganjaran2 yg sangat hebat ini. Dalam setahun, hanya sebulan terdapat peluang dan ruang ini. Sedarlah, peluang ini tiada dalam bulan2 lain.

Jadi, marilah kita sama2 rebut peluang keemasan ini yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Kita tidak perlu membayar wang, duit dan fulus pun untuk masuk Ramadhan dan membeli segala yang ada di dalamnya. Kita hanya perlu membayar dengan usaha, amalan2 beserta ikhlas.

Di sini antara offer yg terdapat dalam Ramadhan:-

• Sesiapa yg melakukan ibadah sunnat akan mendapat ganjaran pahala yg fardhu.
• Sesiapa yg mengerjakan ibadah fardhu, pahalanya bersamaan ibadah 70 fardhu pada bulan lain.
• Bulan yang penuh barakah.
• Bulan yang penuh kesabaran.
• Bulan yang ditambah rezeki
• Peluang untuk mendapatkan keampunan jika memberi makan orang yg berpuasa.
• Peluang mendapatkan suatu malam yg lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar)

Sekali lagi ana ingin menyeru dan mengajak kalian untuk merebut peluang, ganjaran dan balasan yang disediakan khas buat kita semua. Ingat! Peluang ini hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Marilah kita sama2 berlumba-lumba merebut peluang dan ganjaran yg ada. Jangan tunggu sampai esok!

Wednesday, September 2, 2009

~RamaDhan Tetamu KIta II~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulilllah, puji dan syukur hanya untukMu ya Allah. Selawat dan Salam buat Rasul tercinta Rasulullah SAW,para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in.

untuk post kali ini ana nak sambung perkongsian kita yang lepas berkenaan RAMADHAN TEtamu KITa...

Di sini ana ingin kongsikan bagaimana untuk melayan Ramadhan tetamu kita iaitu bagaimana mendapatkan Ramadhan yang bekualiti:-

• Sejak malam pertama tegakkan tarawih berjemaah.
• Bangun bersahur (kerana pada sahur itu barakah)
• Selepas sahur bersihkan mulut dan nantikan subuh.
• Terbit fajar, tahan diri dari makan, minum dan mendekati isteri dan segala yang membatalkan puasa.
• Di siang hari, hendaklah jauhkan diri daripada perbuatan yg haram, bahkan juga perbuatan2 yang makruh.
• Usahakan semua solat fardhu ditegakkan berjemaah.
• Selepas zohor dan asar, sediakan waktu yg tetap untuk membaca Al-Quran.
• Segerakan berbuka bila tiba masanya. Berbuka dengan sedikit makanan yang manis seperti tamar kemudian tunaikan solat Maghrin, kemudian barulah sempurnakan makan.
• Pada setiap malam, tunaikan tarawih, terutama 10 malam terakhir, perbanyakkan iktikaf untuk mencari Lailatul Qadar.
• Banyakkan berdoa diwaktu berbuka dan semasa berpuasa, banyakkan bertaubat, membanyakkan kebajikan serta menjauhi segala yang dibenci oleh Allah.
• Mandi hadas sebelum fajar supaya memasuki puasa dalam keadaan suci.
• Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar, memperkatakan yg tidak berfaedah, memfitnah, mengumpat, memperkatakan kehormatan manusia dan yg sewaktu dgnnya.
• Menahan diri dari pengaruh marah dan sikap yg tidak baik, kurang sabar, sifat2 tercela dan seumpamanya.
• Mencari ketaqwaan dan bersyukur.
• Banyak bersedekah.
• Mempergunakan waktu lapang untuk mendalami masalah agama.

Inilah antara perkara2 yang perlu diambil berat dan dijaga oleh kita semua dalam menerima Ramadhan sebagai tetamu kita. Semoga kita sama2 diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan dan mengamalkan perkara2 tersebut dalam menerima Ramadhan sebagai tetamu kita. Amin ya Rabbal Alamin.

Moga Ramadhan akan datang bertandang lagi sebagai tetamu kita nanti. Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Maka, marilah kita sama2 menghargai Ramadhan. Bagaimana caranya, kalian masing2 lebih arif dan tahu bukan? jadi, jangan sia-siakan Ramadhan.

~RamaDHaN TetaMu KiTa~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...dah ciap dah assignment ana..hee banyak sangat assignment nak kena anta minggu ni and minggu depan.. ana mohon maaf pada kalian kerana terlewat post entri tuk ari ni. Maaflah.. Sesungguhnya ia tidak disengajakan. Al-maklumlah busy sikit dengan assignment dan amanah-amanah yang lain. So, walaupun da lewat ni, ana paksakan diri tuk bertahan sebentar demi nak teruskan perkongsian antara kita.

Hmmm, tuk post kali ini di bawah maudu' (tajuk) RAMADHAN TETAMU KITA ana nak menyeru dan mengajak kalian sama-sama berfikir dan renung-renungkan, sama-sama muhasabah diri dan koreksi diri kita.

Sedar tak sedar sudah 11 hari Ramadhan menjadi tetamu kita. Ya, ana umpamakan Ramadhan sebagai tetamu kita. Setiap tahun Ramadhan datang bertandang ke tempat kita (rumah, institut, sekolah dan lain2). Ramadhan akan menjadi tetamu kita selama sebulan. Namun, bagaimana layanan kita terhadapnya?. Bukankah Allah menyuruh kita melayani tetamu sebaiknya? Jadi, bagaimana layanan kita kepada Ramadhan setakat ini? Tanya diri jawab sendiri ye...

Cuba kalian perhati dan fikir-fikirkan bersama. Ramadhan datang ke kediaman kita untuk menjadi tetamu. Bukan calang-calang yang datang dan ia mengambil masa yang agak lama. Yela, selalu tetamu datang sat ja kat umah kita kan? Paling lama pun3 hari. Tol tak? yela...kan tak digalakkan tumpang umah orang lebih 3 hari.

Ok, kembali lagi kepada perumpamaan Ramadhan sebagai tetamu kita tadi. Ramadhan datang bertandang sebulan, turun jauh dari langit. Ramadhan datang bukan dengan tangan kosong. Padanya penuh ole-ole untuk kita. Jadi bagaimana layanan kita kepada Ramadhan?

Seharusnya, kita sebagai tuan rumah tidak boleh tidak hendaklah menjaga kebajikan Ramadhan. Menjaga makan minum Ramdhan. Menjaga tingkah laku kita sebagai tuan rumah.

Sebagai contoh, tak kanlah Ramadhan datang sebulan kita nak sajikan padanya hanya telur goreng dan ikan kering setiap hari? Masaklah sedap-sedap sikit. Bukan selalu Ramdhan datang, sebulan je dalan setahun. Masaklah nasi tomato ke, laksa ke, tomyam ke, paprik ke, apa-apa la yang special sikit. Biarlah nanti Ramadhan pulang dengan senyuman dan badan yang sihat berisi. hee

Kalian faham tak contoh yang ana bagi ni? Takpe2, biar ana terangkan mana2 yang agak2 konfius 2. Hmm, macam ni makanan dan layanan ini sebenarnya mewakili ibadah kita pada bulan Ramadhan. Kalau setakat ikan kering dan telur goreng je setiap hari ia diumpamakan kita hanya puasa dan solat tarawih saja. Tanpa tilawah Al-Quran mahupun tadarus, bersedekah, menghadiri majlis2 ilmu, menghidupkan malam dan lain2.

Maksudnya di sini kita da rugi sebab tak layan Ramadhan sebaiknya. Yela, kalau nak banding dengan contoh tadi, apa jadi dengan Ramadhan kalau kita hanya beri makan ikan kering dan telur goreng sahaja? Hmmm, alamatnya Ramadhan balik jumpa Allah dalam keadaan kurus kering tak bermaya la jawabnya. Bila Allah tanya :" Hai Ramadhan, awat kurus kering ni?". Ramdhan jawab: Aku bertandang selama sebulan di rumah si fulan bin fulan dan dia hanya memberiku makan ikan kering dan telur goreng saja".

Sesungguhnya Malu lah kita pada Allah. Bayangkanlah Allah menghantar Ramadhan kepada kita dengan penuh kasih sayang tapi bagaimana layanan kita pada Ramadhan? Kita tidak mengambil peluang sebaiknya. Kita pandang sambil lewa je pada Ramadhan. Kita tak layan Ramadhan. Siapalah kita sampai kita sanggup melayan Ramadhan sebegini rupa?

Sahabat2 dan saudara2 sekalian, marilah kita sama2 menghidupkan Ramadhan. Janganlah kita tidak mendapat apa-apa kelebihan daripada kehadiran bulan Ramadhan ini. Perbanyakkanlah amalan kita. Masaklah sedap2 tuk Ramadhan. Layanlah Ramadhan sebaiknya. Isilah 19 hari yang tinggal bersama Ramadhan sebaiknya.

Sekian saja tuk entri kali ini, terima kasih kerana sabar membaca. Ana pun tak tahulah macam mana boleh terhurai panjang macam ni. Tapi, semoga dengan perkongsian ini kalian mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...OK la, ana mohon undur diri. Ana mahu beradu. Bantal da panggil2 da tu. hee Wassalam.

~WaRkaH Buat Kalian~