Tuesday, June 3, 2014

~BERSEDIA untuk RAMADHAN~


Bismillah...
Assalamualaikum semua..subhanallah, rindunya la nak menulis...lama sangat tak menulis rasanya..sejak habis study, terabai pulak blog ni.. da bersawang teruk rasanya :(

Sahabat, Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Syaaban. Ye..betul lah. Dah bulan Syaaban. Macam tak percaya kan?huhu Itulah, dalam melalui kehidupan seharian dengan kesibukan masing-masing, tup tup da nak Ramadhan...

Apakah persediaan kita menyambut Ramadhan yang bakal tiba???
Hari ni saja nak kongsi  antara persediaan simple yang boleh sama-sama kita usahakan...

1. BERDOA. Ya, berdoa supaya kita diberi peluang bertemu dan sampai pada bulan Ramadhan yang mulia.
Mari amalkan doa yang masyhur: Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Tapi memandangkan kita sudah melalui bulan Rajab, maka berdoalah: Ya Allah, berkatilah kami di bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Amin. Semoga kita sama-sama diberi peluang untuk kembali bertemu Ramadhan yang dirindui.
 2. JAGA KESIHATAN. Kesihatan merupakan aset terpenting. Sama-samalah kita menjaga kesihatan supaya kita dapat berpuasa dengan baik pada bulan Ramadhan.

3. MENGAJI ATAU MEMBACA AL-QURAN. Benar, kita sudah boleh melatih diri mengaji atau membaca Al-Quran dari sekarang! Supaya nanti dah sampai Ramdhan senang nak teruskan dengan tadarus bersama.

4. LAKUKAN SOLAT-SOLAT SUNAT. Kalau Ramadhan sudah tiba, kita akan melaksanakan solat tarawikh bukan? Jadi sebagai latihan, apa kata kita mulakan dengan membiasakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, Hajat dan sebagainya :)

5. PUASA SUNAT. berpuasalah isnin dan khamis iaitu hanya 2 kali seminggu atau salah satu darinya isnin atau khamis (sehari seminggu) ia sebagai latihan supaya perut kita tidak terkejut nanti...hehe

Itu sahaja perkongsian kali ni..InsyaAllah lepas ni akan lebih rajin untuk memeriahkan lagi blog ni. Jumpa lagi! Wassalam ^-^

~WaRkaH Buat Kalian~