Thursday, July 30, 2009

~Usrah MeDaN TaRbiYaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Malam pertama usrah dengan warga IPGM Kampus Tuanku Bainun yang baru berusia 3 minggu..hee maksud ana adik2 juniour la...

Sebenarnya ana beryukur sangat kerana terpilih menjadi salah seorang naqibah yang telah diberi tanggungjawab untuk menggerakkan perjalanan usrah di IPGM Kampus Tuanku Bainun, bagi ana ini adalah hadiah dariNYa...kerana ini bermaksud Allah membuka peluang besar dan luas untuk ana islah diri dan dalam masa yang sama berdakwah kepada orang lain. Alhamdulillah, setelah melalui temuduga naqibah, ana yakin dan pasti bahawa sebenarnya Allah lah yang memilih ana, bukanlah sidang juri dan ahli syura BKS, mereka hanyalah perantara sahaja. Subhanallah...inilah hadiah yg amat bermakna bagi ana..Syukur padaMu ya Rabb...

Jadi, ana telah berjanji pada diri ana, yang ana akan pegang kumpulan usrah ana sehabis baik. Ana akan berusaha untuk menjadi naqibah yang terbaik bagi mereka. Ana akan cuba pupuk ukhuwah antara kami. Sesungguhnya ukhuwah itu manis...ukhuwah fillah abadan abadaa..Moga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya jalan dakwah bukan lah mudah...

Ahli usrah ana sebenarnya ada 7 kesemuanya, tapi yg hadir hanya 5 orang sahaja. hmm, menurut ahli usrah ana, seorang yang tidak hadir tu memang tak datang mendaftar dan seorang lagi pergi medical check up. Alhamdulillah usrah tadi berjalan lancar. Walaupun ada la yang malu2 nak cakap. Biasalah awal pertemuan...

Usrah kami dimulai dengan sesi ta'aruf antara sesama ahli usrah, kemudian tasmi' bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas dan seterusnya pengenalan tentang usrah.

Apa sebenarnya yg dikatakan usrah ini?

Usrah dari segi bahasa ialah keluarga. Dari sudut istilah pula ialah:
~Kumpulan individu muslim yg beriman kepada Allah SWT.
~Berusaha tolong menolong orang lain untuk memahami dan menghayati Islam.
~Terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam atas dasar akidah Islamiyyah.
~Merupakan medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Bagaimana? sudah jelas apa itu usrah?

Ok. Nak tanya sikit.. Perlu ke usrah ni? Penting ke usrah ni? Apa tujuan berusrah ni?

Takpelah..biar ana tolong jawabkan..ish2...sendiri tanya sendiri jawab..(^_^)

Jawapannya: Perlu dan penting kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Sebenarnya bermula pada zaman Rasulullah apabila pemeluk Islam meningkat kepada 50 org lelaki dan wanita. Rasulullah telah memilih sebuah rumah yg terpencil iaitu rumah Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai pusat penyampaian ajaran Islam. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 org lagi masuk Islam. Hebat tak fungsi usrah? Hebat bukan..? Ya..sungguh hebat..

Usrah adalah medan tarbiyah? betul ke? Ya. Usrah adalah medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yg sanggup hidup dan mati demi meperjuangkan Islam.

Mari kita singkap sejarah...

Siapa yang tidak kenal kepada sahabat nabi Bilal Bin Rabah? Siapakah Bilal Bin Rabah ini? Ana kira kalian sedia maklum dan kenal siapakah dia Bilal Bin Rabah bukan?

Bilal bin Rabah merupakan salah seorang yang mengikuti usrah nabi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam. Beliau lah hasil daripada medan tarbiyah yg dipimpin oleh nabi Muhammad SAW. Kita dapat lihat betapa teguhnya akidah Bilal bin Rabah ini, sehingga walaupun dia diseksa, dijemur ditengah panas, diseret, dihimpap dengan batu besar dan sebagainya namun dia tetap melaungkan: Ahad, ahad, ahad. Subhanallah...Itulah yg dimaksudkan dengan usrah medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yg sanggup hidup dan mati demi meperjuangkan Islam.

Nah, sekarang jelas bukan bahawa usrah itu penting?

Usrah bukan sekadar tempat untuk memberi ilmu bahkan merupakan tempat untuk membincangkan sesuatu perkara. Tugas setiap ahli usrah adalah untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain sekaligus membentuk satu paduan rohani dan jasmani.

Jom kita perhati dan teliti apa tujuan Usrah?

1.Mendapat mardhatillah
Sebagai hamba Allah, setiap perkara yg kita lakukan, seharusnya kita mengharapkan keredhaan-Nya. Kita perlu berusaha sedaya yg mungkin utk tunduk, patuh dan taat kepada suruhan-Nya sekaligus menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah dalam surah ali -imran, " apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yg besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam?Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (al-imran:162)

2.Merapatkan ukhuwah
Setiap mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w "la yu'minu ahadukum,hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih" yg bermaksud," tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri". Jelas disini betapa pentingnya hubungan silaturrahim sesama mukmin .Di dalam kelompok usrah, kita boleh merapatkan ukhuwah antara satu sama lain dgn cara berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah.

3.Tempat berbincang
Konsep musyawarah telah lama wujud dalam Islam. Bermula dari zaman para anbiya' , para sahabat sehinggalah ke hari ini. Dalam usrah, amat dititik beratkan perbincangan sesama ahli agar sesuatu perkara dapat didalami, dijelasi dan difahami dengan sepenuhnya. Dalam usrah, dakwah boleh disampaikan sepertimana yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu menggunakan pendekatan usrah sebagai langkah awal dalam usaha menyebarkan agama Islam.

Ana harap dengan sedikit perkongsian ini, kalian jelas apakah itu usrah, peri pentingnya usrah dan tujuan usrah itu sendiri.

Untuk Liqa' kali pertama dengan ahli usrah ana, ana telah memberi beberapa tugasan kepada mereka..hee memang ana sengaja bagi mereka tugasan. Sebenarnya, pada ana ia adalah salah satu pendekatan untuk menjadikan mereka komited dengan usrah.

Ok. berikut adalah tugasan yg ana beri...awal2 da dapat assignment.. ish2 kecian...hee (~_^)

~Setiap ahli usrah hendaklah membuat biodata masing2 & serahkan kepada naqibah (ana la tu)
~ Apakah rukun2 usrah? Cari dan akan dibincangkan pada liqa' akan datang.
~Setiap ahli hendaklah menghafaz doa Rabitah.

Tiga je... InsyaAllah tak membebankan..

OK lah..tu je nak share tuk kali ni..Akhir kalam.., Ana mohon doa kalian agar ana diberi kekuatan dalam memimpin ahli usrah ana...Bi iznillah...

Aku berkata: Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku, hidup adalah perjuangan. Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya? Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.

Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’, apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.”

Kata2 itu dari Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad,
Keluaran Keenam, m.s. 278


Tuesday, July 28, 2009

~ H1n1 MeLanDa ~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yg sentiasa memberi dan melimpahkan rahmatNya kepada hamba2Nya...Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Badan rasa kurang sihat...entah la, mungkin penat dek kerana menyertai larian mesra anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani sempena Bulan Kecergasan peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Lari hujan-hujan pulak tu. Tapi, alhamdulillah masih dapat bangun dan menulis entri ini untuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Hari ini mencatat sejarah,

Apa yang mengejutkan setelah membuat pemeriksaan terhadap guru2 pelatih IPGM Kampus Tuanku Bainun yg demam, sehingga pukul 7.00 petang tadi seramai 5 orang telah disyaki H1N1 dan seramai 40 orang guru pelatih terpaksa dikuarantin..

Ada yang tanya, tak cuti ke? tak tutup ke IPGM Kampus Tuanku Bainun tu?

Hmmm, entahlah.. esok baru ada perhimpunan mengejut bersama Pengarah. Sama2 la kita menantikan keputusannya dan terimalah dengan hati yg redha. InsyaAllah.

Tahukah kalian, Apa sebenarnya tanda-tanda H1N1 ini?

Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah

Awas! tanda2 ini ada pada kalian? Jika ada, maka ana nasihatkan segeralah ke klinik atau hospital berdekatan. Tidak rugi membuat pemeriksaan kerana sesungguhnya NIKMAT SIHAT itu amat penting.

Jika kita tidak sihat dan sakit, makan pun tak lalu..buat kerja tidak bersemangat macam masa sihat, tidur pun tak selena waktu sihat dan bertenaga.

Begitu juga dengan ibadah kita. Rasa seperti tidak begitu sempurna sebagaimana waktu kita sihat.


Suatu ketika Rasulullah berpesan kepada sahabatnya iaitu Ibnu Abbas tentang dua kenikmatan yang sering membuat manusia lupa, lalai dan tertipu olehnya. Beliau, dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, mengisahkan orang-orang seperti itu dengan istilah Maghbun, iaitu orang-orang yang sentiasa melalaikan dan melupakan atau meremehkan keadaan kesihatan dan kesempatan (masa lapang) mereka.

Sabda Rasulullah SAW, “Sihat dan masa lapang adalah dua nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia, namun sering mereka lupakan”.

Bahkan didalam hadits yang lainpun Rasulullah SAW masih mengingatkan kepada umatnya untuk sentiasa mengingat lima perkara sebelum lima perkara. Iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Ini membuktikan bahawa Rasulullah amat menitik beratkan soal kesihatan. Jadi, kepada sesiapa yg demam, jangan takut2 pergilah ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat.

Pepatah Arab ada menyebut : Al-wiqayatu khairum minal 'ilaj yang bermaksud mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Nah...sekarang kalian pilih. Nak sakit dulu baru sibuk nak cari ubat ke atau nak cepat2 cegah sebelum sakit?

Di sini ana sertakan doa untuk menghidar penyakit menular dan wabak. Sama2lah kita memohon padaNya agar dijauhkan dari segala bala dan wabak. Khususnya H1N1 yg sedang melanda seluruh dunia ini.


Sampai sini dulu tuk entri kali ini.. Kalau ada jodoh semoga kita bersua kembali di entri yang akan datang...Bi iznillah. Doakan kesihatan ana, sahabat2 ana dan semua warga IPGM Kampus Tuanku Bainun. Semoga dijauhkan dari segala mudharat. Amin ya Rabbal Alamin..

Sekian, Wassalam...

Monday, July 27, 2009

AssiGnmeNt OoOOoo AsSigNment..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bertemu kembali setelah agak lama menyepi tanpa entri terbaru..Apa khabar kalian? Semoga luar biasa bagus dan hebat sekali...amin...

Sebelum ana meneruskan entri ini, ana nk ucapkan jutaan terima kasih dan segunung penghargaan buat kalian yang sudi ziarah, sudi singgah, sudi mampir walau sebentar cuma di blog ana ini. Sesungguhnya ziarah kalian amat dihargai. Semoga kalian mendapat manfaat dan kebaikan dari ziarah kalian. Semoga keredhaan Allah sentiasa bersama kita. Amin...

Hmm, minggu lepas dan minggu ni ana agak sibuk..

Minggu lepas busy dengan sambutan Israk Mikraj..Alhamdulillah...Israk Mikraj peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun berjalan dengan lancar. Banyak aktiviti dan program yg telah dijalankan antaranya ialah:

Isnin (20/07/09) ~ Pelancaran sambutan Isra' Mikraj
Rabu (22/07/09) ~ Kembara Isra' Mikraj
Khamis (23/07/09) ~ Puasa & Ifthar Jama'ie dan Ceramah Isra' Mikraj yang akan disampaikan oleh alFadhil alUstaz Zakaria (adik Mufti Penang)

Antara pertandingan yang dianjurkan :

1) Pertandingan kaligrafi seni khat
2) Pertandingan teka silang kata
3) Pertandingan mencipta logo BKS

Minggu ni pulak nak kena anta assignment..assingment Sirah due date Jumaat ni (31/07/09).

Assignment OoOo Assignment... Tak sangka banyak jugak da dapat assignment tuk opsyen major. Antaranya ialah:-
* Sirah ( Peristiwa Israk Mikraj)
* Aqidah ( Membentangkan Aqidah yang benar_Ali-Imran ayat 18)
* Tamadun (Perkembangan ilmu Astronomi)
* Akhlak (Akhlak terpuji_Sifat Berani )

Ni baru sikit..ada yang tak dapat lagi...minor dan teras tak dapat lagi...Ya Allah bantulah hambamu ini..permudahkanlah segala urusan hambamu ini...amin..

Bukanlah menuntut ilmu itu salah satu jihad fi sabilillah? Maka ana perlu berjuang besungguh-sungguh, kena buat sehabis baik. Kuatkan semangatku ya Rabb...

Tak mengapa. Ingatlah wahai diri:-
"La rahatan illa fil jannah".

Yang tu assignment dari pensyarah.. ana pun ada assignment tuk diri sendiri..

Ana ni seorang yang gila buku... ana ada penyakit suka membaca...penyakit ni da lama ada kat ana.. dan ubatnya tiada di farmasi tiada di klinik mahupun di hospital. Rasanya kalian tahu apa ubatnya bukan? hmmm.. betul la tu.. penyakit ni ubat dia buku la...

Macam ni.. sebenarnya pada ana ada beberapa buah buku yang ana dah beli tapi belum berkesempatan tuk baca habis. Ada yang ana baca sikit, separuh dan ada juga yang ana belum baca langsung.

Kenapa jadi macam ni? kata suka membaca? mesti kalian pelik kan... sebenarnya, cerita dia macam ni, ana ni pantang singgah library mesti pinjam buku. Dah la pinjam buku bukan satu atau dua, lima sekali. Bila da pinjam buku library faham2 jela. Buku yang ana pinjam tu mesti diutamakan. yela..sebab ada tempoh dua minggu je pastu da kena pulang da.

Maka terbiarlah buku2 yang ana beli.. Walaupun hati ini meronta-ronta mau membaca buku2 tersebut. Nak tau tak apa antara buku2 yang "menunggu giliran" tuk dibaca oleh ana?
~ Rindu bau pohon Tin
~ Aku terima nikahnya
~ Bercinta sampai ke syurga
~ Bidayatul hidayah
~ Kimia kebahagiaan
~ kisah2 cinta dalam Al-Quran
~ Fikh Al-awlawiyyat
~ Langit Ilahi

Sekarang ana sedang membaca Langit Ilahi yang baru ana beli hari Jumaat yang lepas. Maaflah buku2 yang lain, ana tak ada niat pun nak wat kalian tertunggu-tunggu tuk dibaca.hee Sebenarnya sudah agak lama ana cari Langit Ilahi ni baru ada jodoh dan ketemu jua akhirnya. So, teruja sangat nak baca dan nak habiskan buku ni dulu. InsyaAllah, da abih nanti ana baca buku2 yang lain pulak.

Eh, tadikan ana ada kata yang ana ni pantang singgah library mesti nak pinjam buku. So, untuk elakkan daripada buku2 ana tu lama sangat menunggu giliran tuk dibaca, ana da nekad dan ana da buat keputusan yang ana tidak akan singgah library buat masa terdekat ni. Kalau ana singgah pun ana akan tahan diri daripada meminjam buku. InsyaAllah. Sekarang ni pun ada dua buah buku yg ana pinjam dan kena pulangkan dua minggu lagi.

ok. Itu cerita assignment dari ana untuk ana sendiri.

Ada satu lagi assingment penting.

Apa dia?

Assignment dari abah ana. Ya..dari abah. Mungkin kalian sedia maklum yang ana bakal dapat adik baru. Abah ana minta tolong ana sediakan dua nama. Disebabkan kami tak tahu bakal dapat ahli keluarga baru lelaki atau perempuan, maka ana diminta untuk mencari dua nama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. yela...standby la kan...Kot la dapat adik laki nama da ready, mana la tahu kot dapat adik perempuan lagi nama da ada. Kan senang? hee

Ada sesiapa nak sumbang idea tak? boleh tolong ana wat assignment? yela..assignment dari pensyarah ana, kalian confirm tak boleh tolong. Assigment dari ana tuk ana tu memang khas tuk ana je. Ni ha..assignment dari abah ni..mungkin kalian mahu menyumbangkan nama2 yang indah dan mempunyai makna yang baik. Tapi yang penting pangkal hurufnya mesti "F".

Hmmm, tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga ana.

Untuk entri kali ini, Sebenarnya ana ada sesuatu untuk kalian...

Terimalah...Renunglah...Muhasabahlah...



Sampai disini pertemuan kita pada entri kali ini. Buat entri kali ini, ana sengaja mahu berkongsi sedikit sebanyak mengenai ana. Moga kalian mendapat sesuatu darinya. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Warkah ke syurga itu khas buat kalian dari seorang yang amat menyayangi kalian atas nama saudara seakidah.

InsyaAllah. Jika panjang umur dan dimurahkan rezeki kita jumpa lagi pada entri yang akan datang. Bi iznillah...

Wassalam...

Wednesday, July 22, 2009

~:: BaGaimana TiDurMu??? ::~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bertemu kembali di laman ini untuk kita saling berkongsi, saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati dalam usaha memburu redha dan rahmatNYA.

Bagaimana tidur kalian?

Berapa jam kalian tidur dalam sehari?

Apakah yg kalian lakukan sebelum dan selepas tidur?

Percaya atau tidak, ada yg kadang2 tu tak sempat nak baca basmalah pun sebelum tidur. Apatah lagi membaca doa tidur. Kadang2 ada juga yg tidak sedar sudah tertidur dek kerana terlalu penat dengan kerja dan tugasan sepanjang hari. Tak gitu?

Bila bangun tidur pulak, cepat2 bangun tak sempat nak sebut hamdalah pun dek kerana terlalu lewat bangun. Kalau tak pun bangun jap tengok jam, pastu sambung tidur pastu bangun bila da lewat. Subuh pun subuh gajah. Ada juga yg terlepas subuh dek kerana lena dibuai mimpi. Nauzubillah...

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:-

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

PERINGATAN: Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutuplah aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan@ Jin Betina. Tidur bogel, telanjang atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan@Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan@ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadah dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya: -

1. Berwuduk
Sebaik – baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan kalian cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara–perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah–surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al–Ikhlas, Al–Falaq dan
Al–Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua–dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut–turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al–Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot–otot badan.

InsyaAllah...marilah kita bersama-sama berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah yg satu ini..iaitu sunnah baginda sebelum, ketika dan selepas tidur..Jagalah adab2 tidur ini agar tidur kita menjadi ibadah..Semoga tidur kita bukan hanya dapat merehatkan jasmani kita bahkan mendapat redha dan rahmat dariNYa...Amin Ya Rabbal Alamin...

ok lah..ana nak mohon undur diri dulu...Mata sudah minta dipejamkan, badan sudah merayu agar direhatkan...Moga kita dapat bersua kembali dalam entri akan datang..InsyaAllah jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ada jodoh antara kita. Wassalam...

Monday, July 20, 2009

Ada Apa DenGaN NaMa?

~Gambar2 Faizatul Imiyaz dari kecil~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang…

Assalamualaikum….

Salam Sejahtera..

Salam Ukhuwah..

Salam Perjuangan…

Salam luar biasa bagus dan hebat sekali..

Apa khabar kalian? Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurniaNYa, Dipanjangkan usia, dibesarkan rezeki kita bersua kembali, walaupun masih dalam alam maya ini (blog). Kalau ada jodoh tak ke mana, kan? Bukan kahwin saja persolan jodoh, pertemuan melalui blog ni pun kira jodoh juga…

Kembali ana disini, kesempatan untuk kita berkongsi, saling ingat mengingati, saling nasihat menasihati, sambil membina aura untuk muncul luar biasa bagus dan hebat sekali..

Siapa nama Anda?

Masmuka @ Masmuki?

What is your name?

Ai…awat tetiba tanya sal nama ni?

Hmm, sebenarnya ana bakal dapat ahli keluarga baru.. Kepada yg pernah membaca entri2 ana yg lepas mungkin kalian masih ingat atau mungkin juga dah lupa. Ana bakal dapat adik lagi.hee.. Dalam usia yg meningkat dewasa ni, tak sangka bakal dapat adik lagi..Hmm, mak kata kalau tak ada aral melintang, insyaAllah mungkin awal bulan 8 ni (menurut kata doktor la). Alhamdulillah kedudukan adik ana dah tak songsang da. Doakanlah moga dipermudahkan segalanya sehingga mak ana selamat melahirkan. Amin ya Rabbal Alamin…

“ Mak, adik lelaki ke perempuan?” tanyaku..

“Allah….mak lupa nak suh doktor tu scan la along…”. Jawab mak ringkas..

Pulak da…

“takpe lah, biar surprise sikit” kata mak lagi.

Nak bagi nama apa kat adik ana nanti ye? Hari tu, abah ada minta tolong fikirkan nama tuk adik yg bakal lahir ni….hmmm…

M. Nashihin Bin Ahmad Kailani + Maemuna Bt Samjudi =

1. Fairuzah

2. Fawaid

3. Fazirah

4. Fazliyatul Adila

5. Faizatul Imtiyaz

6. ???


Bukan senang2 je nak bagi nama kan?


Terdapat nama2 yg dilarang oleh syarak (HARAM) untuk digunakannya. Antaranya ialah:


1. Diharamkan semua nama yg hanya dikhaskan untuk ALLAH TAALA seperti Al-Khaliq (pencipta), Al-Quddus (Yang Maha Suci), ataupun apa2 nama yg hanya layak untuk Allah seperti Malikul Muluk, kesemua ini sepakat diantara semua ulamak.

Ibn Qayyim menyebut nama2 yg dikhaskan kepada Allah seperti: Allah, Ar-Rahman, Al-Hukm, Al-Ahad, As-Somad, Al-Awwal, Al-Akhir, Al-batiin, Al-Alam Al-Gyuyub” dipetik dari Tuhfatu al-maudud m/s 98.


2. Diharamkan member nama2 yg dikahskan oleh Nabi SAW seperti Sayyidul Waladul (Anak) Adam, Sayyidul an-Nas (penghulu segala manusia), Sayyidul al-kul (penghulu segalanya). Al-Hanabilah mengatakan kesemua nama ini hanya sesuai untuk Nabi SAW.


3. Begitu juga haram menamakan anak dengan nama yg disandarkan selain kepada ALLAH TAALA seperti Abdul ‘Uzza, Abd Ka’bah, Abd Ali, Abd Dar, Abd Hussin, Abd al-Masih dan sebagainya. –Rujuk Hashiyah Abd ‘Abidin: 268/5, Mughni al-Muhtaj 295/4, Tuhfatu al-Muhtaj 373/10, Kashaf al-Qana’ 27/3, Tuhfah al-Maudud, ms 90.


4. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur2 berhala.


5. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur nama2 syaitan seperti iblis dan khatrab. Ini kerana terdapat dalil daripada sunnah yg menukarkan nama2 tersebut.

Adapun nama2 yg MAKRUH adalah seperti berikut:-


1. Makruh menamakan anak jika mempunyai makna ataupun lafaz yg boleh menyempitkan hati kerana ini bertentangan dengan arahan Nabi SAW supaya memperelokkan nama.


2. Makruh hukumnya menamakan anak jika mempunyai makna yg menunjukkan syahwat seperti Fatin dan Mughnaj.


3. Makruh hukumnya memberi nama yg mengandungi makna yg berunsurkan dosa dan maksiat.


4. Makruh hukumnya member nama seperti nama Fara’inah dan Al-Jababirah.


5. Makruh menamakan anak dengan nama orang asing seperti orang kafir yg dikhususkan kepada mereka.


6. Makruh member nama dengan nama2 yg mengandungi unsur2 haiwan seperi anjing, keldai dan sebagainya.


7. Dilarang menggunakan perkataan “Din” dan “Islam” kerana ingin menjaga kedua-dua lafaz ini. Ini kerana dikhuatiri mereka yg diseur dengan nama tersebut akan merasa besar diri apabila disebut dengan nama tersebut. Ada sesetengah ulamak berpendapat haram menggunakan nama tersebut, tetapi kebanyakannya mengatakn ia makruh.


8. Makruh member nama yg disandarkan kepada “agama” dan “Islam” yg membawa makna tazkiyah (penyucian) seperti : Nuruddin, Diya’uddin, Saiful Islam, Nurul Islam…


Nama2 tersebut dilarang kerana dua sebab. Contohnya Shihabuddin, ini kerana Shihab membawa maksud percikan api dan ia juga disandarkan kepada agama. Ada juga yg menamakan anak2 seperti Zahabuddin, Massuddin, bahkan ada juga yg memberi nama Jahanam, Rak’atain, Saajid. Raaki’, Zaakir dan sebagainya.


Sesungguhnya Imam Nawawi tidak suka digelar dirinya Mahyuddin, begitu juga Syeikh Islam Ibn Taimiyah tidak suka dirinya digelar Taqiyuddin.


9. Ada juga ulamak yg memakruhkan menamakan anak dengan nama Malaikat. Adapun menamakan anak perempuan dengan nama malaikat maka ia jelas haram, ini kerana ia menyerupai orang2 musyrikin yg menjadikan para malaikat anak Allah.


10. Para ulamak juga memakruhkan memberi nama anak2 yg diambil dari surah2 Al-Quran seperti Yasin, Taha, Hamim…


11. Makruh hukumnya menamakan anak2 dengan nama yg mengandungi unsur2 penyucian seperti Barrah, Taqiyyah, ‘Abid…- Lihat Tuhfatuh al-Maudud karangan Ibn al-Qayyim.

{dipetik dari FATWA ADAB oleh MUHAMMAD BIN SOLEH AL-MUNAJJID, MUHAMMAD B. SOLEH AL-‘UTHAIMIN, ABDUL AZIZ BIN BAZ. Selenggaraan : SYAHRUL NOOR SAIDIN. Terbitan Karya Bestari}

Thursday, July 16, 2009

~:: IQra'_BaCaLaH ::~



Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..pertama dan selamanya marilah kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yg mana segala puji hanya milikNYa...Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabi'-tabi'in..Moga kita mendapat syafaat daripada Baginda SAW di akhirat nanti..amin..

Bacalah, sebutlah dengan nama Tuhan yg menciptakan segala kejadian di dunia...

Tidak perlu dinyatakan lagi kepentingan membaca. Kita semua sudah tahu jawapannya. Tiada seorang pun manusia yg pintar hari ini kerana mereka malas membaca. Semua manusia yg pintar hari ini adalah manusia yg rajin membaca. Setuju tak? Setuju je lah..memang kenyataan pun..kan?

Jika ingin menjadi umat yg berjaya, kita mesti menjadikan amalan membaca sbg amalan hidup kita sehari-hari. Bawalah bahan bacaan ke mana sahaja kita pergi. Isilah masa yg terluang dengan membaca walaupun satu ayat atau satu perenggan.

Dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini, kita bukan hanya boleh membaca dengan buku tapi dengan hanya sekali klik, kita boleh mendapatkan pelbagai bahan di internet. Baca, baca dan bacalah walaupun hanya satu artikel sehari. Syabas kepada anda yg sedang membaca entri ini. Moga anda mendapat manfaat darinya.

Jom sambung baca lagi...

Persepsi masyarakat hari ini yg menganggap membaca hanya untuk mereka yg masih di bangku sekolah ataupun di universiti sahaja perlu di ubah!. Berapa banyak pun kempen kesedaran membaca yg dijalankan, ia takkan dapat mencapai matlamat melahirkan 'masyarakat pembaca' jika masih ada masyarakat yg memandang isu 'membaca' ini sbg isu remeh serta tidak mendatangkan apa2 hasil.

"Buku adalah pintu untuk saya masuk ke dunia lain, dunia yang saya tidak tahu dan saya amat sedih melihat bangsa saya yang suka membeli kebodohan daripada membeli kepandaian (buku)"
ujar Datuk A. Samad Ismail dalam sebuah rancangan televisyen.

Membaca dan menuntut ilmu adalah ibadah yg dituntut oleh Allah dan bila Allah menuntut umatNYa melakukan sesuatu perkara, pasti ada sebab dan hikmah tertentu. Semua manusia yg lahir ke dunia ini, tidak tahu apa2 pun. Perkara pertama yg manusia tahu ketika dia dilahirkan ialah 'dia tidak tahu apa-apa'.

Manusia akan tahu sesuatu perkara bila dia menerima ilmu dan salah satu cara yg paling afdal untuk menerima ilmu adalah membaca. Allah menurunkan Al-Quran kepada umatNYa bukan untuk disimpan atau dijadikan perhiasan mahupun tangkal. Allah menyuruh umatNya membaca dan mengamalkan ilmu yg terkandung dalam Al-Quran itu.

Marilah kita sama2 menyeru diri sendiri dan sahabat2 lain agar mengamalkan budaya membaca ini tidak kira muda, tua, miskin atau kaya walau dimana pun kita berada.

Ingatlah! perintah Allah yg pertama pada kita ialah MEMBACA dan matlamat kita ialah memenuhi kehendak Allah, demi mencapai redha dan rahmatNya. Oleh itu, laksanakanlah perintah Allah yg pertama ini.


p/s: Bacalah apa2 bahan bacaan sekalipun, tapi pastikan bahan bacaan itu mendatangkan manfaat dan amalkanlah segala ilmu yg diperolehi dari pembacaan tersebut.

Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
Hai anakku, Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana dirimu selalu mencari ilmu tetapi dirimu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti seorang yg mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

Renung-renungkanlah dan sila ambil tindakan sewajarnya...Bak kata orang, yang baik jangan tangguh-tangguh...Betul tak? Fikir-fikirlah...!

Wednesday, July 15, 2009

* Dia Kekasih Allah *



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Dia Kekasih Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz


~WaRkaH Buat Kalian~