Wednesday, July 1, 2009

~HaRi BerSejaRaH~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Syukur pada Allah, dengan segala nikmat dan rahmatNYa dapat kita bersua kembali di ruangan ini..Syukran jazilan atas sokongan kalian yg setia menziarahi MUJAHIDAH FI SABILILLAH..Moga kalian mendapat manfaat tatkala singgah di blog ini...amin..

Ari ini..hari bersejarah buatku...

8 Rejab...Selamat hari lahir buat diri ini yg kini semakin meningkat dewasa...Semoga sentiasa dibawah rahmat dan perlindunganNya..

Memang sudah menjadi kelaziman, setiap tahun aku menyambut hari lahirku mengikut tahun hijrah...Ya, memang agak jarang ada yg menyambut birthday mereka berdasarkan tahun Hijrah..Tapi aku memang menyambut hari bersejarah iaitu hari kelahiranku pada tanggal 8 Rejab sejak kecil...

Jadi, apabila ada yg bertanya padaku..."Birthday bila?" aku automatik akan menjawab 8 Rejab...sehingga mereka bertanya kali kedua "oohh, ikut kelander masihi bila?" baru aku jawab birthdayku mengikut yg tertera pada ic..

Sesungguhnya, aku lebih senang dan bahagia apabila kawan2 dan sahabatku mengucapkan ucapan selamat hari lahir buatku pada 8 Rejab..Tapi syg, tak semua tahu...hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat je yg selalunya akan wish pada tanggal 8 Rejab...Ramai yg akan wish pada bulan November nanti...hee walau apapun tarikh tu pun birtday aku jugak..So, i will celebrate birtday twice a year..best kan? hee

kepada mak tersayang : Terima kasih kerana melahirkanku...mendidik dan mencintaiku..

kepada Abah tersayang : Terima kasih kerana bersusah payah mencari rezki dan membesarkn ku...mendidikku dan menyayangiku...

Aku sungguh bertuah dilahirkan sebagai anak sulong...kerana walaupun aku tiada kakak mahupun abang sebenarnya Mak dan abahlah merangkap kakak dan abang kepadaku...yg mendengar rintihan dan masalahku sejak kecil...akulah permata mak dan abahku..

Mak, abah...Along sayang kalian...

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~