Monday, July 27, 2009

AssiGnmeNt OoOOoo AsSigNment..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bertemu kembali setelah agak lama menyepi tanpa entri terbaru..Apa khabar kalian? Semoga luar biasa bagus dan hebat sekali...amin...

Sebelum ana meneruskan entri ini, ana nk ucapkan jutaan terima kasih dan segunung penghargaan buat kalian yang sudi ziarah, sudi singgah, sudi mampir walau sebentar cuma di blog ana ini. Sesungguhnya ziarah kalian amat dihargai. Semoga kalian mendapat manfaat dan kebaikan dari ziarah kalian. Semoga keredhaan Allah sentiasa bersama kita. Amin...

Hmm, minggu lepas dan minggu ni ana agak sibuk..

Minggu lepas busy dengan sambutan Israk Mikraj..Alhamdulillah...Israk Mikraj peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun berjalan dengan lancar. Banyak aktiviti dan program yg telah dijalankan antaranya ialah:

Isnin (20/07/09) ~ Pelancaran sambutan Isra' Mikraj
Rabu (22/07/09) ~ Kembara Isra' Mikraj
Khamis (23/07/09) ~ Puasa & Ifthar Jama'ie dan Ceramah Isra' Mikraj yang akan disampaikan oleh alFadhil alUstaz Zakaria (adik Mufti Penang)

Antara pertandingan yang dianjurkan :

1) Pertandingan kaligrafi seni khat
2) Pertandingan teka silang kata
3) Pertandingan mencipta logo BKS

Minggu ni pulak nak kena anta assignment..assingment Sirah due date Jumaat ni (31/07/09).

Assignment OoOo Assignment... Tak sangka banyak jugak da dapat assignment tuk opsyen major. Antaranya ialah:-
* Sirah ( Peristiwa Israk Mikraj)
* Aqidah ( Membentangkan Aqidah yang benar_Ali-Imran ayat 18)
* Tamadun (Perkembangan ilmu Astronomi)
* Akhlak (Akhlak terpuji_Sifat Berani )

Ni baru sikit..ada yang tak dapat lagi...minor dan teras tak dapat lagi...Ya Allah bantulah hambamu ini..permudahkanlah segala urusan hambamu ini...amin..

Bukanlah menuntut ilmu itu salah satu jihad fi sabilillah? Maka ana perlu berjuang besungguh-sungguh, kena buat sehabis baik. Kuatkan semangatku ya Rabb...

Tak mengapa. Ingatlah wahai diri:-
"La rahatan illa fil jannah".

Yang tu assignment dari pensyarah.. ana pun ada assignment tuk diri sendiri..

Ana ni seorang yang gila buku... ana ada penyakit suka membaca...penyakit ni da lama ada kat ana.. dan ubatnya tiada di farmasi tiada di klinik mahupun di hospital. Rasanya kalian tahu apa ubatnya bukan? hmmm.. betul la tu.. penyakit ni ubat dia buku la...

Macam ni.. sebenarnya pada ana ada beberapa buah buku yang ana dah beli tapi belum berkesempatan tuk baca habis. Ada yang ana baca sikit, separuh dan ada juga yang ana belum baca langsung.

Kenapa jadi macam ni? kata suka membaca? mesti kalian pelik kan... sebenarnya, cerita dia macam ni, ana ni pantang singgah library mesti pinjam buku. Dah la pinjam buku bukan satu atau dua, lima sekali. Bila da pinjam buku library faham2 jela. Buku yang ana pinjam tu mesti diutamakan. yela..sebab ada tempoh dua minggu je pastu da kena pulang da.

Maka terbiarlah buku2 yang ana beli.. Walaupun hati ini meronta-ronta mau membaca buku2 tersebut. Nak tau tak apa antara buku2 yang "menunggu giliran" tuk dibaca oleh ana?
~ Rindu bau pohon Tin
~ Aku terima nikahnya
~ Bercinta sampai ke syurga
~ Bidayatul hidayah
~ Kimia kebahagiaan
~ kisah2 cinta dalam Al-Quran
~ Fikh Al-awlawiyyat
~ Langit Ilahi

Sekarang ana sedang membaca Langit Ilahi yang baru ana beli hari Jumaat yang lepas. Maaflah buku2 yang lain, ana tak ada niat pun nak wat kalian tertunggu-tunggu tuk dibaca.hee Sebenarnya sudah agak lama ana cari Langit Ilahi ni baru ada jodoh dan ketemu jua akhirnya. So, teruja sangat nak baca dan nak habiskan buku ni dulu. InsyaAllah, da abih nanti ana baca buku2 yang lain pulak.

Eh, tadikan ana ada kata yang ana ni pantang singgah library mesti nak pinjam buku. So, untuk elakkan daripada buku2 ana tu lama sangat menunggu giliran tuk dibaca, ana da nekad dan ana da buat keputusan yang ana tidak akan singgah library buat masa terdekat ni. Kalau ana singgah pun ana akan tahan diri daripada meminjam buku. InsyaAllah. Sekarang ni pun ada dua buah buku yg ana pinjam dan kena pulangkan dua minggu lagi.

ok. Itu cerita assignment dari ana untuk ana sendiri.

Ada satu lagi assingment penting.

Apa dia?

Assignment dari abah ana. Ya..dari abah. Mungkin kalian sedia maklum yang ana bakal dapat adik baru. Abah ana minta tolong ana sediakan dua nama. Disebabkan kami tak tahu bakal dapat ahli keluarga baru lelaki atau perempuan, maka ana diminta untuk mencari dua nama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. yela...standby la kan...Kot la dapat adik laki nama da ready, mana la tahu kot dapat adik perempuan lagi nama da ada. Kan senang? hee

Ada sesiapa nak sumbang idea tak? boleh tolong ana wat assignment? yela..assignment dari pensyarah ana, kalian confirm tak boleh tolong. Assigment dari ana tuk ana tu memang khas tuk ana je. Ni ha..assignment dari abah ni..mungkin kalian mahu menyumbangkan nama2 yang indah dan mempunyai makna yang baik. Tapi yang penting pangkal hurufnya mesti "F".

Hmmm, tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga ana.

Untuk entri kali ini, Sebenarnya ana ada sesuatu untuk kalian...

Terimalah...Renunglah...Muhasabahlah...

video

Sampai disini pertemuan kita pada entri kali ini. Buat entri kali ini, ana sengaja mahu berkongsi sedikit sebanyak mengenai ana. Moga kalian mendapat sesuatu darinya. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Warkah ke syurga itu khas buat kalian dari seorang yang amat menyayangi kalian atas nama saudara seakidah.

InsyaAllah. Jika panjang umur dan dimurahkan rezeki kita jumpa lagi pada entri yang akan datang. Bi iznillah...

Wassalam...

2 comments:

~WaRkaH Buat Kalian~