Tuesday, November 10, 2009

~ TaNya DiriMu~


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala Puji bagiMu ya Allah. Sesungguhnya milikMu lah segala yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah yang bermaksud:
"Ia (Iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. " ( surah Al-Hijr : 39)

Ya, itulah janji iblis laknatullah kepada Allah SWT tatkala mereka enggan sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam. Dan mereka amat berpegang dengan janji itu. Mereka sedaya upaya berusaha untuk menjadikan kejahatan dan maksiat itu indah di mata manusia.

Indahkah segala kejahatan dan maksiat di matamu?
Seronok kah melihat pasangan-pasangan couple berpegangan tangan dan bermadu asmara?
Apa yang kau rasa melihat wanita islam tidak menutup aurat bahkan pakaian-pakaian mereka mengalahkan wanita-wanita barat?
Gembirakah kau melihat remaja islam leka melepak di pasaraya?
Sukakah dirimu melihat pemuda pemudi islam membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Apa yang kau rasa? Suka? seronok? marah? sedih? kecewa?
Ah, walau apapun yang kau rasa tika melihat semua kemungkaran di muka bumi Allah ini, ingatlah bahawa musuh kita yang mubin( Nyata) itu pasti berusaha dengan sedaya upaya untuk menyesatkan mu, sahabat-sahabatmu, ahli keluargamu,dan semua saudara seaqidahmu!

Maka apa tindakanmu? Apa yang akan kau usahakan? Apa yang akan kau lakukan untuk keluar dari jajahan iblis laknatullah itu?

Atau adakah kau akan berdiam diri? atau memang kau mahu menyerah diri lalu tergolong bersama iblis dan syaitan laknatullah? Kau mahu bersahabat dengan mereka ya???

Permata: Tidakkkk! aku tidak mahu bersama mereka laknatullah! Aku Tidak mahu dihumban ke neraka! ya Allah, bantu hambaMu..Moga daku thabit di jalanMU.

Irhamna ya Rabbana...Thabbit Qulubana 'ala dinina...

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~