Monday, November 23, 2009

~ IBuBaPa Kita AmaNaH KiTa ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan kami nikmat sihat sehingga memmudahkan diri kami yang dhaif ini dalam mengabdikan diri padaMU...Selawat dan salam buat Rasul Junjugan yang mulia, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya...

Ya Allah, Rasa bersalah menyerbu diri ini kerana membiarkan laman ini kosong tanpa sebarang perkongsian selama beberapa hari. Bukan ku tidak mahu mengupdate blog ini namun terdapat sedikit kengkangan yang menghimpit diri ini yang menjadi asbab blog ini terpaksa dibiarkan selama beberapa hari...

Sudah genap seminggu ku berada di rumah ini. Dan sepanjang seminggu ini la ku menahan kesedihan melihat adik bongsuku yang sakit dan masih belum sembuh-sembuh lagi. Sepanjang seminggu ini jugalah ku melihat mak berjaga setiap malam kerana merawat dan menjaganya.

Subhanallah...Sungguh besar pengorbanan seorang ibu. Sudahlah sibuk bekerja di siang hari, malam pula terpaksa bersengkang mata kerana kasih dan sayangnya pada anak-anak. Saban hari mak tidak cukup rehat dek kerana jadual tidurnya sudah lari sama sekali...Kerana anak-anak...

Firman Allah yang bermaksud:
Dan TuhanMu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duannay sekali sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (17:23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka mendidik aku pada waktu kecil. (17:24)

Duhai teman, sahabat, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian...
ibu bapa merupakan AMANAH ALLAH kepada kita yang bergelar anak...Yang Selalu kita dengar anak2 adalah amanah Allah kepada para ibubapa bukan?. Jadi, hari ini ku ingin membuka mata dan fikiran kalian bahawa sesungguhnya daripada ayat yang dipetik dari Kalamullah surah Al-Isra' ayat 23 dan 24 di atas membuktikan bahawa ibubapa adalah AMANAH ALLAH kepada kita.

Ya, AMANAH DARI ALLAH..IBUBAPA kita Amanah kita...

BAgaimana mahu menjaga dan menjalankan amanah ini? Semuanya telah dijelaskan bukan? Telah termaktub dalam kitabullah dan juga terdapat dalam banyak hadis-hadis Baginda Rasulullah SAW...

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: "Kataku kepada Rasulullah SAW: "Pekerjaan apa yang paling dekat dari syurga?" Jawab Baginda: "Sembahyang pada waktu-waktunya". Dan apa lagi? Jawab Baginda: "Berbakti kepada ibubapa". dan apa lagi? Jaawab Baginda pula: "Berjihad di jalan Allah".

Ku yakin dan pasti kalian semua tahu bukan? Kita sebagai anak punya tanggungjawab dan amanah terhadap ibubapa? Amanah ini akan kita pikul sepanjang hayat kita...

Ya, sepanjang hayat... Pabila ayah atau ibu kita diambil dan dipanggil pergi mendahului kita, bukan bermakna amanah kita terhadapnya sudah tiada, bukan bermakna kita sudah terlepas dari tanggungjawab itu. Tidak sama sekali tidak!

Pabila mereka sudah tiada, maka doakanlah mereka. Jaga diri dan peribadi kita kerana diri kita melambangkan ibubapa kita. Walaupun mereka sudah tiada nama mereka tetap kita bawa walau di mana kita berada. Bukan setakat termaktub pada kad pengenalan sahaja, bahkan kita bawa kemana-mana.

" Eh, anak sapa la tu? da tak ada keje lain agaknya?"
" Ya Allah, bukan ke tu anak pak imam? awat perangai lagu tu?"
"Ala...anak si Milah la tu perangai tak serupa orang.ish2.."

"Subhanallah...baiknya budak tu, anak siapa la tu? Pandai ibubapanya mendidik."
"rajin budak tu ye...tu anak pak imam tu kan?"
"Sejuk perut si Milah tu kan dapat anak macam budak tu ha..da la baik,hormat orang tua, rajin, soleh..."

Nah..bukalah mata dan celikkan akal! KITA BAWA NAMA IBUBAPA KITA ke mana2 kita pergi..jadi, terpulanglah pada kita sama ada mahu nama mereka di sebut2 kerana perkara baik atau kerana perkara memalukan yang telah kita lakukan. Nauzubillah..
Sama-sama kita fikir2 dan renung2 kan....

Rasanya dah terlalu panjang pulak entri kali ini...Hee penangan lama tak menulis dan tak update blog la kot..Ok la, sampai di sini dahulu..JIka panjang umur dan dimurahkan rezeki, Moga bersua lagi...Biiznillah..

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~