Monday, November 9, 2009

~ PerGimu TiaDa GaNti~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Rabb. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga Baginda dan para tabi'-tabi'in.

Hari ini perasaan rindu yang tidak terhingga pada Baginda Rasulullah menyerang diriku. Tika daku membaca sirah perjalanan hidup Baginda, hati ini berasa sebak, hati ini berasa sayu lalu air mata yang bergenang di mataku tumpah jua akhirnya.

Ya Rasulullah, ku merinduimu...

Seawal pagi tadi, ku sudah merancang untuk menumpukan kepada Madah Sirah Nabawiyah sebagai persediaan untuk menghadapi imtihan untuk kertas Pengajian Islam 1 hari rabu ini. Ku duduk bersendirian di dalam bilik kerana roommate kesayanganku lebih senang study di Perpustakaan. Ku membaca dan membaca dengan penuh fokus. Sehinggalah tanpa ku sedari air mataku bercucuran tika membaca kisah wafatnya Baginda.

Khabar kematian Nabi Muhammad SAW amat mengejutkan para sahabat sehingga di Kota Madinah pada hari itu terjadi hiruk pikuk. Ada yang tidak sanggup lagi berbicara, kerana sangat sedih. Ada yang tidak sanggup berbuat apa-apa dan ada pula yang yang kehilangan pedoman, iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab. Beliau menghunuskan pedang ke sana ke mari di sekeliling Kota Madinah seraya berteriak:

"Sesiapa yang mengatakan Rasulullah sudah meninggal maka pedang inilah musuhnya. Rasulullah sungguh tidak mati, tetapi hanya pergi untuk seketika. Dia pasti kembali, khabarnya tak sedarkan diri".

Bagaimanapun, Saiyidina Abu Bakar menghadapi peristiwa wafatnya Nabi SAW dengan tenang dan tabah. Setelah menerima berita kewafatan Baginda, beliau segera pergi ke rumah Baginda. Diciumnya baginda yang sudah disemayamkan itu seraya mengucapkan kata-kata:

" Wahai engkau yang sangat kucintai, alangkah harumnya engkau ini sewaktu masih hidup dan juga setelah wafat. Kematian yang ditentukan Allah atas mu sudahlah kami rasakan dan tak akan berulang lagi selama-lamanya. Wahai Rasulullah kenangkanlah kami di sisi Tuhan mu."

Kemudian Saiyidina Abu Bakar keluar menemui orang ramai yang sedang berkerumun serta diberikannya khutbah berikut:

" Wahai manusia semuanya, sesiapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad sudah wafat. Dan siapa yang menyembah Allah, maka Allah selalu hidup tidak mati"

Khutbah beliau dilanjutkan lagi dengan membaca firman Allah yang bermaksud:

" Muhammad ialah seorang Rasul yang telah datang dahulu sebelumnya rasul-rasul. Apakah jika dia wafat dan terbunuh, kamu akan berbalik ke belakangg ( murtad), barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah, dan Allah akan memberi kepada orang yang bersyukur" ( Surah Ali-Imran : 144)

Permata: Ya Rasulullah, pergimu tiada ganti...

1 comment:

  1. Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikatnya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam sejahtera...

    Ya Allah Ya Tuhan kami, sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau sejahterakan dan berkati Ibrahim dan keluarganya...

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~