Monday, May 25, 2009

WARKAH HAWA BUAT ADAM

Apa yang tiada di syurga,namun adam rindukan hawa..lalu Allah ciptakan hawa dari tulang rusuk adam..saling melengkapi antara satu sama lain..diciptakan hawa dari tulang rusuk adam bukan di kepalanya untuk dijunjung,bulan juga di kakinya untuk dijadikan pengalas,tapi di sisinya untuk dijadikan teman,dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi.

Nah,aku kira kalian memahami,cuma memohon secebis pengertian dari kalian..hawa dijadikan Allah sebagai memenuhi fitrah..dan tiadalah suatu apa pun yang dijadikan Allah itu sia-sia.masing-masing dengan peranan sendiri bersesuaian dengan kudrat yabg allah beri..

Adam...
Mungkin kalian tidak menyedari,atau mungkin kalian terlupa..kalian ada tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan ummah,

seringkali kalian mendamba kesempurnaan,menolak kekurangan insan bernama hawa..mana mungkin tulang rusuk yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus,maka di bahu kalian jualah letaknya tugas untuk membetulkan tulang rusuk yang bengkok itu.

Lihatlah di sekitar kita hari ini,betapa hibanya hati melihat perilaku muda mudi,siapa yang patut di salahkan?Bukan niatku mencari kesilapan orang lain,tapi ini semua bertitik tolak dari kealpaan kita menjalankan amanah Allah di muka bumi ini..

Adam..
Pernahkan kalian terfikir betapa di bahu lembut si hawa,bisa melenakan bayi yang tertidur..di situlah jua tergalas beban yang pastinya tidak dapat hawa tunaikan tanpa panduan dan bimbinganmu..dan pernahkan kalian terfikir,betapa hebatnya air mata yang diciptakan allah untuk hawa, sebagai wasilah hawa melampiaskan duka... dan adakah kalian pernah terfikir,jerih payah ibu kalian membesarkan dan mendidik kalian,dari manakah semua kekutan itu si hawa dapati?

Adam,bukan niatku memanjangkan bicara,jauh sekali meluahkan rasa,cuma aku ingin kalian mengerti,bahawa kita semua punyai tanggungjawab yang amat besar..percayalah dan sememangnya aku kan terus percaya.. Di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada wanita yang mendorongnya.

Aku bersyukur kerana aku lahir sebagai wanita,bilamana Islam mengangkat martabat wanita..betapa aku rasa Maha Pemurahnya Allah yang maha besar hinggakan syurga anak berada di bawah kedua tapak kaki ibu..betapa besarnya penghormatan itu,tak layak rasanya untuk hawa menerima pengiktirafan ini..

Adam..
Ku harap kau mengerti.aku bukanlah sesiapa,bukan aku mencari teman sehebat Sulaiman,kerana aku jua bukan sehebat Balkis,bukan jua aku mengharap teman setampan Yusuf,kerana aku bukanlah Zulaikha.bukan jua aku pinta teman seteguh Ibrahim kerana aku tahu aku tak sekuat Hajar..cuma izinlan aku mengutip sisa sisa kehebatan Khadijah,rafik terakrab rasul,jua secebis sabar Fatimah pendamping Ali, dan sekelumit bijaksana Aisyah,humaira' kesayangan rasulullah..

1 comment:

  1. Kata Adam kepada Si Hawa...

    Sesungguhnya, Maha Suci Allah Taala, dari segala sifat kecelakaan. Menjadikan setiap satu itu berpasangan dan membuktikan bahwa manusia itu lemah, menunjukkan Dia maha Perkasa, berdiri sendiriNya, mentadbir bumi dan langit serta yang berada di kedua-duanya.

    Maka, bukanlah kesemua Adam tidak memahami akan matlamat kehidupan, malah Hawa juga tidak terkecuali, sudah bernama manusia, si pelupa, maka yang ingat adalah wajib untuk memberitahu si pelupa.

    Apakah Adam juga tidak berasa sedih? Malah dia jua berasa sedih, melihat sebahagian si Hawa, membuka maruah dan permatanya di hadapan mata. Maka, sesungguhnya ketika itu, ada Adam yang mahukan buta dari melihat.

    Bagi yang sedar, segeralah bangkit, janganlah malu, dan jangalah rasa rendah diri, kerana jika kita beriman, InsyaAllah, Allah Taala akan tolong.

    "Barangsiapa yang ditolong Allah Taala, pasti akan tiada siapa yang mampu mengalahkannya..."
    (ali-imran:160)

    wallahu a'lam...

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~