Tuesday, May 26, 2009

HARI-HARI DALAM HIDUPKU



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas di bumiNYa ini..masih di beri nikmat iman dan islam, iaitu nikmat terbesar kurniaanNYA..Alhamdulillah..

Izinkan ana membahasakan diri ini sebagai “aku” pada entry kali ini.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu membuat coretan ini. Aku rasa terpanggil untuk melahirkan apa yang terbuku di hati ini. Namun,tuntutan imtihan membantutkan hasratku. Alhamdulillah, dengan izinNYa maka aku berpeluang untuk merealisasikan hasratku ini. Setelah usai fasa imtihan untuk semester dua ini..Hmm..begini…kadang-kadang aku rasa lemah dalam perjuangan ini. Aku rasa terlalu banyak halangan, cabaran dan rintangan yang harus aku tempuhi dalam medan dakwah ini.

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku di sem lepas, dimana ketika itu, aku baru sahaja melangkahkan kaki ke IPTB yang kini dikenali sebagai IPGM Kampus Tuanku Bainun. Masih segar dalam ingatanku, masa tu..aku datang mendaftar ditemani oleh mak dan abah. Kami naik bas dari rumah.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih. Perjalanan yang amat meletihkan.Sayu melihat wajah mak dan abah ketika itu.Walaubagaimanapun,di wajah mereka tergambar kebahagiaan yang aku kira, aku tau kenapa…kerana anak kesayangan mereka, anak sulong mereka sedang mendaki tangga kejayaan.insyaAllah.

Sebenarnya, bukanlah rentetan kisahku mula menapak di sini yang mahu kukongsikan,Aku mahu berkongsi rasa bersama kalian, dimana keadaan di sini tidak sama seperti di sekolahku. Di sekolah, aku sudah biasa dengan tarbiyah dan dakwah. Jadi, apabila aku rasa perlu menegur dan menasihati rakan-rakanku, aku akan segera lakukan, kerana aku amat menyayangi mereka. Mungkin aku terlupa, bahawa aku bukan lagi di SAMER ketika itu.

Dipendekkan kisah, aku tidak ingat tarikh keramat itu, dimana aku telah menegur saudara-saudara muslimat di kelas ku, aku tegur secara berjemaah kerana kukira itu jalan terbaik ketika itu. Aku tegur tentang kehadiran mereka ke musolla, berkaitan tudung, pergaulan antara muslimin dan muslimat dan beberapa perkara lain. Rupa-rupanya, ada yang terasa dan ambil hati dengan apa yang kutegur, dalam bahasa yang mudah mereka tidak boleh menerima cara teguranku. Bukan semua… tapi adala…hmm, mungkin usiaku yang muda setahun, dan mungkin pangkat adik yg disandang olehku menjadi puncanya. Entahlah..

Teringat pengalamanku semasa tingkatan 4 dulu..masa tu musim hujan, nak dijadikan cerita..ramai la di kalangan saudara-saudara muslimat di sekolahku yang sanggup tanggal stoking masa nak turun dari surau ke kantin atau pulang ke asrama.tidak tahan melihat keadaan itu, pada suatu malam, aku mohon kebenaran ketua aspuri tuk buat perjumpaan sebentar selepas maghrib di surau. “ kak Am, boleh tak nak wat perjumpaan jap” pintaku. “hmm, nape?” soal kak am. “ada lah. Nak tegur skt” jawabku. Kak Am mengangguk dan aku dapat green light. Aku pun tanpa berlengah menggunakan kesempatan yang ada. Ku katakan pada semua… “ kita semua tahu bahawa kaki adalah aurat, tapi sejauh manakah kita menjaganya?” kubiarkan mereka dengan persoalan. Lalu kuteruskan kalamku. “ adakah kita lebih sayangkan stoking, daripada aurat kita?” kataku agak sinis. “ sedarkah kita akan balasan api neraka nanti? Sambungku..kemudian aku tutup kalamku dengan penutup yang kukira agak sinis dan menyebabkan aku kena “attack” ngan kakak2 senior masa tu. “ kepada adik2, janganlah mencontohi mana2 kakak2 yang xsepatutnya dicontohi..ambil yang baik2 je. Yang x baik tu jangan tiru..” yang kumaksudkan bukan kakak2 senior tingkatan 5 je, tapi semua. Malangnya, kakak2 senior masa tu pulak yang terasa. Bukan semua, tapi adalah…

Hmm. Padahnya, bila aku pergi ke kantin atau kemana-mana setelah malam itu, maka terdengarlah kalam2 sumbang yang menyakitkan telinga dan membakar hatiku. “eh, jangan lupa pakai stoking tau, takkan lebih sayang stoking dari aurat kot” atau “eh, stoking wei pakai la..tak takut neraka ke?” dan yang sewaktu dengannya. Kata2 itu bukan ditujukan padaku..hanya diluahkan apabila aku lalu bersebelahan dengan mereka yang kukira sakit hati dan tidak boleh menerima tegurannku. Biarlah…hanya Allah yang mampu memberi hidayah..

Mari kita kembali kepada asal cerita..,(kisah aku di sem lepas) Mungkin juga, faktor ukhuwah menjadi salah satu puncanya. Memang ketika itu, ukhuwah kami baru terbina, yela..baru kenal..masing-masing dari jeruk pelbagai negeri, yang mempunyai macam-macam latar belakang yang berbeza, dari keluarga yang berbeza dan dari persekitaran yang berbeza. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tambahan pula, dalam berdakwah ni, kalau kita dekat dan dapat ikat hati mad’u (orang yang ingin didakwah) tu adalah lebih baik dan mungkin jalan dakwah tu akan lebih mudah.

Namun, aku ambil itu semua sebagai satu cabaran. Aku tidak berhenti di situ.Aku tahu ini baru permulaan. Kerana aku tahu tanggungjawabku sebagai hambaNYa. Aku tidak mahu hanya membenci dalam hati akan sesuatu perkara dan tidak menegurnya, kerana aku tahu itulah selemah-lemah iman. Doakanlah, moga kuterus kuat dan istiqamah dalam perjuangan ini..amin..


Alhamdulillah, baru-baru ini..Aku telah ditakdirkan untuk membaca sebuah buku, yang kukira buku ini amat bermakna bagiku. Buku yang ku maksudkan adalah sebuah buku yang menceritakan tentang sebuah kisah benar. Kisah tentang salah seorang pejuang dakwah. HARI-HARI DALAM HIDUPKU itulah tajuk buku yang kumaksudkan. Buku ini, banyak memberi impak padaku. Setelah mengkhatamkan buku ini, aku merasa diriku begitu lemah, siapa aku jika dibandingkan dengan Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili?. Ya, buku ini menceritakan kisah realiti penyeksaan di Penjara Tentera Mesir ke atas Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.

Siapakah dia Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ini? Mungkin ramai diantara kalian yang tidak mengenali beliau. Mungkin juga ada yang pernah mendengar tentang beliau. Beliau adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama’ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin pimpinan As-Syahid Hasan Al-Banna di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringgankan bebanan keluarga merekan yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.
Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan di dalam penjara, Presidan Jamal Abdul Nasser telah megarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

“ Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki.”

Saudara dan saudariku sekalian…ketika aku membaca buku ini, aku membacanya dengan penuh teliti dan aku cuba membayangkan setiap seksaan yang dialami oleh beliau. Air mata kerap membasahi pipiku, lantaran sebak membayangkan kesakitan yang beliau alami. Tahukah kalian? Inilah antara buku yang mengambil masa yang agak lama untuk kukhatamkan. Mengapa? Kerana aku tidak tahan membayangkan setiap penyeksaan demi penyeksaan yang beliau terima. Tatkala aku berasa terlalu kasihan sehinggan air mataku mengalir, aku akan segera tutup buku itu dan menyambungnya kemudian.

Tahukah kalian, apa yang dialami oleh beliau sepanjang tempoh-tempoh getir dalam penjara tentera itu? Beliau dipukul dengan tongkat dan cemeti hampir setiap hari sebanyak 500 kali, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan. Antara yang kurasa terlalu kejam adalah beliau direndam seharian dalam penjara air. Bayangkanlah, dengan luka-luka kesan daripada jilatan tongkat dan cemeti diseluruh tubuh beliau…betapa pedihnya luka-luka itu apabila beliau dipaksa berendam dalam penjara air. Sedangkan kita hanya luka sedikit sudah merasa sakit, apatah lagi seksaan demi seksaan yang diterima beliau.

Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.”

Akhirnya, apa yang terjadi kepada beliau? Rasanya lebih molek jika kalian sendiri membaca dan mengkhatamkan buku ini. Buku ini karangan beliau sendiri dan telah diterjemah oleh Hj. Tahir Daeng Mengati dan Mohd. Yamin As-Surur. Terbitan Pustaka Salam.

P/s: sekadar meniupkan semangat juang pada diri sendiri dan semoga kita semua dapat menyingkap tabir yang terlindung, memberikan kesedaran dan menambahkan keyakinan umat Islam terhadap perjuangan memegakkan daulah Islam.

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~