Thursday, January 27, 2011

~ PenTiNG..Sila AMbiL PerhatiaN! ~

Sila klik pada gambar untuk view yang lebih besar dan jelas

Sila klik pada gambar untuk view yang lebih besar dan jelas

Sila klik pada gambar untuk view yang lebih besar dan jelas


Sila klik pada gambar untuk view yang lebih besar dan jelas...

Permata: Terasa terpanggil untuk sama2 mengajak sahabat2 memberi sumbangan setelah mendengar sendiri ucapan daripada Cikgu Azmi di Dewan Aminuddin Baki, IPG KTB sempena
program Bersamamu Gaza 2 anjuran JAPIM dan unit Ko-kurikulum IPG KTB...Marilah sama2 kita menyumbang..mohon juga sahabat-sahabat sebar-sebarkan ya...^_^

Monday, January 24, 2011

~ KebaiKaN di DuNia? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saban kali usai solat kita pasti berdoa.."Wahai Tuhan Kami... Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"... Namun apakah sebenarnya kebaikan di dunia yang dimaksudkan itu?

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah.
Orang yg mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang dibantu oleh Allah untuk mengamalkan islam. Islam beerti selamat. Orang islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat didunia dan akhirat. Sabda nabi s.a.w.:"Sungguh beruntung orang yang beragama Islam" (Riwayat Muslim).

2. Diberi kefahaman agama.
Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan didunia. Orang islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidup tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain. Sabda nabi: "Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama. " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dapat berbuat amalan soleh.
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah:"Orang-orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas"(Az-Zumar:10).

4. Mendapat Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara yang baik dan selamat. Sebab itu Nabi s.a.w: "Ya Allah ya Tuhanku, berilah manfaat kepadaku dari apa-apa yang engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku." (Riwayat at-Tabrani)

5. Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati,sahabat yang solihin. Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri. " (Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a).

Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

6. Kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Nabi s.a.w memohon:"Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku. " (Riwayat Ibnu Syaibah)

7. Panjang Umur dalam ketaatan.
Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na'uzubillah). Sabda nabi s.a.w: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah." (Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya).

8. Mendapat rezeki yang halal.
Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal." (Riwayat al-Hakim).

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan.
Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia disisi Allah dan manusia. Sabda nabi: "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Banyak mengingati Allah s.w.t.
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan. Firman Allah: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad:28). Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).

11. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah.
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tidak hairanlah dikatakan orang yang bersih hatinya daripada sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan didunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah. Bila dapat nikmat, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah. Firman Allah:"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya." (Al-A'la:14)

12. Mati dalam kebaikan (Husnul Khotimah).
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah s.w.t: "…demikian Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun 'Alaik." (Riwayat Abu Na'im).

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Permata: Semoga kita semua di kurniakan kebaikan-kebaikan duniawi tersebut...

Sunday, January 23, 2011

~ HarTa puNye PaSai~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu. Lalu Ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah. Kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata. Wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku. Adik-adiknya pun menjawab. Wahai abang ku adakah engkau sudah gila? mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah. Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya di war-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. Kuburnya dihias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. lagi pun makanan di sediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya. Keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah munkar dan nakir ke dalam kubur tersebut. Si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh munkar dan nakir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. munkar dan nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata. apa yang kau buat di sini? aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya. apa harta yang kau ada sekarang? aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. dari mana kau dapat kapak ni? aku membelinya lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni? aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni? kat hutan mana ada orang punya pokok adakah kau pasti? lalu hilang lagi munkar dan nakir.

Hari ke empat adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual? aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata

Lalu hilang dan muncul munkar dan nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Dan di hari terakhir ke 40 datanglah munkar dan nakir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut. berkata mungkar dan nakir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau, si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut. si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumah lalu si isteri berkata, wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut? Maka jawab si tukang kapak, aku tidak mahukannya lagi..sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal munkar dan nankir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya...

Permata: Sahabat...ingatlah..antara persoalan yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak: Hartamu, dari sumber manakah kamu perolehi? Hartamu, di manakah telah kamu belanjakan?

Permata: Sama2 kita muhasabah diri...

Friday, January 21, 2011

~ 8 PerKara Hiasi 8 Perkara~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

8 perkara menghiasi 8 perkara

Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya: Ada 8 perkara merupakan perhiasan bagi 8 perkara iaitu:

1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.

2.Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberian adalah hiasan amalan baik.

3.Sabar adalah hiasan bala.

4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.

5.Lambat marah adalah hiasan ilmu.

6.Banyak menangis adalah hiasan takut.

7.Syukur adalah hiasan nikmat.

8.Khusyuk adalah hiasan solat.

Permata: kredit to Nur Syafiqah Ayuni Hamdan atas perkongsian ni ~_^

Wednesday, January 19, 2011

~ LuaHan Hati~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah..lamanya kubiarkan laman ini kosong tanpa perkongsian... Maafkan aku sahabat sekalian...Bukan niatku membiarkan laman ini sepi tanpa khabar dariku...Maafkan diri ini :(

Sebenarnya dua minggu lepas, diri ini disyaki demam denggi..hampir tiap hari ulang alek ke klinik untuk ambil darah..lepas lengan kanan kiri pulak..belum pun lebam semalam hilang da kena cucuk lagi :( Allah..sesungguhnya aku tau ini semua ujian dariMU..sakit ini adalah perhatianMU kepadaku...

Alhamdulillah rabu lepas ku sudah mula pulih...:) lalu ku teruskan kehidupan ku seperti biasa.. siap turun Sungai Congkak lagi sebagai urusetia Kem Kepimpinan SMKYL.. Seronok di sana, banyak pengalaman yang ku lalui bersama adik2 dan sahabat2 urusetia..ada kenangan terindah yang tidak akan kami lupakan...

Bersama urusetia muslimat sebelum pulang

Habis cerita tentang kem...Dan sebenarnya demam itu menyerang ku lagi.. Hari ini ku ke hospital dan suhu badanku agak tinggi, kepala ku sakit yang amat..tatkala ku rukuk dalam solatku terasa seperti mahu tumbang :( Allah..ku redha dengan ujian ini...namun, berikanlah kesembuhan buatku... aku tak mahu menyusahkan ramai orang lagi...dan agar mudah aku beribadah dan meneruskan perjuangan...

Sesungguhnya, pada setiap penyakit yang Allah datangkan kepada kita, ada peringatan yang Allah ingin sampaikan, ada hikmah yang Allah ingin kita ambil pengajaran, dan ada kebaikan dan pahala yang Allah ingin berikan kepada kita.

Dan selalulah memperingatkan diri bahawa sekelip mata sahaja nikmat sihat boleh ditarik daripada diri kita. Syukuri nikmat tersebut dengan menggunakannya pada jalan ibadah dan menghambakan diri kepada-Nya. Nabi SAW sendiri telah memperingatkan kita dalam sabda baginda,

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”
(HR. Al-Bukhari no. 6412)

Sama-sama kita mengambil pengajarannya, insya Allah

Permata: Doakan diri ini cepat sembuh...

Thursday, January 6, 2011

~ MeNiti KehiduPaN di Akhir ZAmaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Daripada Abu Nijih 'Irbadh r.a. berkata. "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahyiddin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke arah yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

( H.R Abu Daud dan Tirmizi)

~WaRkaH Buat Kalian~