Saturday, February 6, 2010

~ BantuLaH Aku ya Rabb~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...hari ini ku berkesempatan untuk mengupdate blog ni setelah ku tinggalkan blog ini selama beberapa hari kerana tuntutan perkara-perkara lain yang lebih butuh komitmen dariku.

Malam 4 Februari 2010 telah melakarkan sejarah besar dalam hidupku.

"Menjana Fikrah Insani, Menjulang Izzah Islami". Merupakan tema Muktamar Sanawi kali pertama dan Malam Rejuvinasi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali 2010. Program ini adalah julung-julung kalinya diadakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Pada malam muktamar itu, Pimpinan BKS telah bertukar tangan kepada kepimpinan yang baru. Subhanallah...perlantikan rasmi sebagai Pegerusi HEWI akan sentiasa tersemat di dalam sanubari ini.

Tika perlantikan itu, air mataku gugur jua akhirnya. Sungguh ku terasa sangat lemah tika itu. Tanpa ku sedari air mataku berlinangan dan terus berlinang...Sehinggalah akhirnya, kak Nurul memeluk lantas lembut memujukku dengan berkata: "sayang, kita belum pun berjuang lagi." Subhanallah, Kini di bahuku terpikul suatu amanah yang akan kuperjuangkan dengan sepenuh kudratku...mampukah aku? terasa amanah itu sangat berat...Ah, usah dilayan rasa tidak mampu itu. Ya Allah bantu hambaMU ini...

Namun, ku cepat memujuk diri ini, merenung kembali kalamullah bukti cintaNYa pada sekalian hamba-hambaNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[surah assaf 61:10-11]

Permata: Ya Allah, permudahkan segala gerak kerjaku dalam membantu menegakkan agamuMU ya Rabb...

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~