Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah... hari ni ku pergi meneruskan perjuangan ku sebagai guru. Hmmm, kelas mengaji kali ke-3 bagiku berjalan dengan lancar. Hari ni aku telah mengadakan sedikit ujian penilaian kepada semua pelajar2ku..
Aku sangat bahagia sekali. Ku merasa sangat tenang tika berada dalam kelas ini. Entahlah, mungkin berkat Al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang ku tunggu2 setiap minggu kerana ku tidak sabar2 untuk mengajar dan bertemu semua pelajar2ku yang amat kusayangi...
Sebagaimana yang kita ketahui setiap penyakit itu punya penawarnya, setiap sakit itu punya ubatnya. Jika fizikal kita atau jasmani kita sakit kita perlu segera makan ubat supaya ia dapat mengurangkan kesakitan dan seterusnya menyembuhkan penyakit tersebut.
Begitu juga halnya dengan hati kita. Jika hati kita sakit, terasa kosong, terasa hambar maka kita hendaklah segera mencari penawar dan mengubatinya bukan?
Maka apakah ubat hati itu?
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Oleh itu duhai teman2 ku seperjuangan...
Marilah kita sama2 berusaha menjaga hati kita dari segala jenis penyakit yang sangat merbahaya buat rohani kita khususnya. MOga hati kita adalah hati yang lembut dan mudah menerima nasihat dan teguran. Moga hati kita belum nazak dan masih boleh diselamatkan.
Ayuh, selamatkan hatimu!
No comments:
Post a Comment