Saturday, October 31, 2009

~MencaRi KekuaTaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Rabb atas segala nikmat yang Kau curahkan buat hambaMu yang hina ini. Terasa diri ini tidak layak berada di atas muka bumiMU...Terasa diri ini terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.. Ya Allah, saban hari ku menghirup udaraMu...Namun bagaimana khidmatku terhadapMu? dan juga terhadap agamaMu?

Astaghfirullah...Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...Hamba malu padaMu ya Rabb...Terkadang hamba lupa...terkadang hamba leka...terkadang hamba alpa...Ya Rabb, Mengapa diri begitu lemah dalam bermujahadah?

Sudah lima hari berturut-turut abah menghantar sms kepadaku seawal 5 pagi. Sungguh ku amat terkejut dan terharu. Abah hantar sms kepadaku semata-mata untuk mengejutkanku bangun tahajud. Ya Allah, terima kasih kerana Kau mengurniakan abah kepadaku. Seorang abah yang sangat perihatin dan sayang padaku. Hmm, Mungkinkah abah takut dan risau akan anaknya yang seorang ini? Mungkinkah abah tahu keadaan anaknya yang semakin alpa dan leka ini?

Ya Allah, berikanku kekuatan!!! Ku tahu istiqamah itu suatu yang amat susah untuk dimiliki. Ku tahu sumber kekuatan itu ada pada qiam dimalam hari tika bermunajat dan mengadu segalanya padaMU. Tapi, mengapa badan ini terasa berat tuk bagun qiam sejak dua menjak ini?

Adakah hatiku sudah terlalu kotor dek kerana terlalu banyaknya dosa yang telah kulakukan? Ya Rabb, ku malu padaMU... Tika mengenang kisah Rasulullah yang sampai lebam-lebam kakinya kerana mengabdikan diri padaMU, terasa diri sangat kerdil. Siapalah daku di mataMu ya Rabb...?

Namun ya Rahman ya Rahim...Pandanglah daku dengan pandangan RahmatMU...Jangan Kau biarkan aku leka dan selesa dengan dosa yang kulakukan. Jangan Kau palingkan aku dari hidayahMU...Ku butuh cintaMu ya Rabb...

Sesungguhnya Kaulah matlamatku dulu, kini dan selamanya...

Friday, October 30, 2009

~ Ubat HAti~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... hari ni ku pergi meneruskan perjuangan ku sebagai guru. Hmmm, kelas mengaji kali ke-3 bagiku berjalan dengan lancar. Hari ni aku telah mengadakan sedikit ujian penilaian kepada semua pelajar2ku..

Aku sangat bahagia sekali. Ku merasa sangat tenang tika berada dalam kelas ini. Entahlah, mungkin berkat Al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang ku tunggu2 setiap minggu kerana ku tidak sabar2 untuk mengajar dan bertemu semua pelajar2ku yang amat kusayangi...

Sebagaimana yang kita ketahui setiap penyakit itu punya penawarnya, setiap sakit itu punya ubatnya. Jika fizikal kita atau jasmani kita sakit kita perlu segera makan ubat supaya ia dapat mengurangkan kesakitan dan seterusnya menyembuhkan penyakit tersebut.

Begitu juga halnya dengan hati kita. Jika hati kita sakit, terasa kosong, terasa hambar maka kita hendaklah segera mencari penawar dan mengubatinya bukan?

Maka apakah ubat hati itu?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Oleh itu duhai teman2 ku seperjuangan...
Marilah kita sama2 berusaha menjaga hati kita dari segala jenis penyakit yang sangat merbahaya buat rohani kita khususnya. MOga hati kita adalah hati yang lembut dan mudah menerima nasihat dan teguran. Moga hati kita belum nazak dan masih boleh diselamatkan.

Ayuh, selamatkan hatimu!

Wednesday, October 28, 2009

~PerSaHabaTaN L & P ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...ku masih lagi bersama-sama kalian di atas muka bumi Allah yang fana ini. Masih bersama-sama hidup dalam iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah:
Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Persahabatan Jejaka dan Wanita

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku. Ketika itu sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya! (saling rindu-merindui... .)

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku. Kata Fatimah. Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? tanya Ali. Tidak kerana pemuda itu adalah engkau. Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui... .
Sudah terlanjur digosipkan... ..

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati berdegup hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.(zaman teknologi kini, melalui SMS)

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan benjana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan dengan ssebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari mata jatuh ke hati.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain. Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti tazkiyatun nafs (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan.

Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya:
Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...(QS. An-Nuur: 31-32)

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Wallahualam.

Tuesday, October 27, 2009

~ MisSioN AcComPliSheD~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...pertama dan selamanya kupanjatkan syukur kepadaMU ya Rabb kerana dengan belas ihsanMU ku masih di sini, masih menikmati nikmat iman dan islam kurnianMU. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang Mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat, seluruh ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in..

Ya Allah... sudah beberapa hari ku menyepikan diri..kerana beberapa kengkangan yang menyebabkan masa ku terbatas. Sangat terbatas. Hari ini, baru ku rasakan sedikit lapang...Maka, tanpa berfikir panjang, ku capai laptop dan terus menaip tuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Apa yang disibukkan sangat?

Buat julung-julung kalinya Mahrojan Lughah Arabiy peringkat Zon Utara telah diadakan. Buat pertama kalinya IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Program ini sebenarnya adalah susulan daripada Seminar Bahasa Arab Peringkat Zon Utara yang juga buat pertama kalinya di adakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas.

Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun yang telah mencabar Pensyarah kami di JAPIM untuk mengadakan program ini. Jazakallahu khairan kathira...

Alhamdulillah. Misi kami telah berjaya. Walaupun persiapan hanya memakan masa lebih kurang dua minggu sahaja. Kami semua anak2 JAPIM telah bertungkus lumus memerah keringat masing2 untuk sama2 menjayakan Karnival Bahasa Arab ini.

Hmmm, terasa semacam berada di negara Arab tadi..hee Dengan masing2 berpakaian ala arab...yang lelaki berjubah dan berserban, dan yang perempuan berjubah dan berpudah. Alhamdulillah sunnah Rasulullah dihidupkan.

Tapi apa yang paling penting adalah berkomunikasi dalam bahasa arab itu sendiri. Nak tau tak? Pada hari berlangsungnya program, semua orang dikehendaki bertutur menggunakan bahasa arab. Terutamanya apabila memasuki Suukul Arabiy ( Pasar Arab), di mana apabila berada di kawasan suukul Arabiy tu diharamkan bertutur selain daripada bahasa arab.

Semua bangsa termasuk India ke, Cina ke, atau Melayu adalah dikehendaki bertutur dalam bahasa Arab untuk membeli barang di suukul Arabiy. Tapi jangan risau, kerana kami ada menyediakan Klinik untuk berbahasa Arab. Jika terdapat sebarang kemusykilan adalah digalakkan untuk ke klinik supaya masalah itu dapat diselesaikan. Di Klinik akan diberitahu beberapa perkataan penting untuk urusan jual beli tersebut dan yang sewaktu dengannya.

Selain itu, dalam Mahrojan Lughah Arabiy ini juga telah diadakan 4 Pertandingan iaitu:-
1- Pertandingan Hiwar
2- Pertandingan Nasyid
3- Pertandingan Terjemah
4- Pertandingan KalimatusSobah

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Terasa sangat bahagia. Sebenarnya, perasaan ini hadir sejak mula diumumkan akan diadakan Mahrojan Lughah Arabiy ini lagi..Kerana cinta akan bahasa Arab ini sudah tertanam dalam diri ini sejak kecil. Seingat ku sejak Darjah 4 lagi.

P/s: Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Sesungguhnya bahasa arab bahasa Qur'an dan juga Bahasa Syurga...Majulah Bahasa Arab untuk semua!

Friday, October 23, 2009

~Antara SuRat ImAm Al-GHazaLi~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..pertama dan selamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Pemilik kita Allah SWT. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW yang dirindui, para sahabat baginda, ahli keluarga dan tabi'-tabi'in...

Untuk entri kali ini, daku ingin berkongsi "Surat Imam al-Ghazali Kepada Seorang Muridnya". Pesanan2nya sungguh bermakna..Semoga ia meniupkan ruh keimanan dalam hati2 kita. Amin..

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tida k akan menyelamatkan orang.

Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan!

Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.

Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."

Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

p/s: Pengajian kitab Ayyuhal Walad di Musolla Al-Ghazali sudah dinasihat yg ke-11 ada berbaki 14 nasihat lagi. MOga diberi kesempatan nanti untuk menghabiskan kesemua 25 nasihat beliau Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali. InsyaAllah..

Wednesday, October 21, 2009

~ HistEria~

Dengan nama Allah yang Maha Pemuarah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...Masih bernafas di muka bumiNYa yg fana ini.. Selawat dan salam buat kekasih Allah tercinta Nabiyyuna Muhammad SAW, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur padaNYa kerana dengan rahmat dan belas ihsanNYa kita masih dapat bersua kembali. Dan aku masih diberi peluang meneruskan perjuangan ini...Setelah balik bercuti, ku bercadang untuk terus update blog kerana tak tertahan rindu dihati ingin berkongsi bersama kalian...Bukan ku sengaja membiarkan blog ini tidak diupdate beberapa hari, namun apakan dayaku, Aku hanya merancang, Allah juga perancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang. seperti yg pernah kunyatalan sebelum ini...

HISTERIA...hmm, pada entri kali ini, aku nak kongsi sikit tentang histeria ni..

Allahu akbar! Semalam hingga ke pagi ni, kami dok berhadapan dengan seorang teman yang histeria. Ya Allah..sungguh ku kasihan terhadapnya... Agak teruk keadaannya. Semalam pun, kami tidur 4.30 pagi "melawan" makhluk itu.

Subhanallah...itulah ujian dariNYa.. Sesungguhnya ujian Allah tu ada dalam pelbagai rupa dan keaadaan. Inilah salah satunya.

Histeria...bukan perkara asing rasanya..lagi2 la bagi mereka yg pernah tinggal di asrama. Aku sendiri sudah banyak kali melihat peristiwa yg melibatkan perkara ini. Aku tahu, ramai yang ada pengalaman ini bukan? dan mungkin juga pernah mengalaminya...

Hmm, niat dihati nak citer sikit apa da jadi semalam, tapi rasa berat je hati ni. Takpelah, mungkin lain kali kot bila da sedia nak ulas sikit hal ni.

Bagaimana dengan kalian?
Pernah mengalami sendiri?
Pernah melihat bagaimana orang histeria?
Pernah mengubat mereka yg histeria?

P/s: Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri...

Thursday, October 15, 2009

~ PeranCaNgaNKu~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...InsyaAllah hari ni ana akan balik rumah... Tak sabar rasanya... Tapi kepulangan ana pada kali ini bukan setakat untuk bercuti, ada beberapa perkara yang perlu ana selesaikan.

ESok, ana cadang nak pergi CIMB bank. Ada satu cek adik ana tersangkut kat bank tu. Walaupun nilainya tidak seberapa namun ia tetap berharga bukan? heee

Hari sabtu pulak, ana nak pergi rumah seorang sahabat ana tuk bincangkan program SITE yang akan diadakan tahun depan. Nak bincang balik tentang tentatif, tugas2 AJK dan belanjawan program tersebut. InsyaAllah, kalau tak de aral melintang la...

Hmm, Hari ahad pulak ana da janji dengan adik ana, Fazliyatul Adila yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yg ke 8 baru-baru ni iaitu pada 12 Oktober lepas. Ana da janji nak bawak dia keluar sorang2. Nak meraikan...

Dan hari Isnin, ana sudah pulang ke kampus kerana hari selasa kelas sudah bermula semula. Hmm, ana hanya merancang Allah juga merancang, namun Allah lah sebaikbaik perancang...

Doakan ana selamat sampai ke rumah ya? Moga kita dapat bersua kembali di alam maya ini insyaAllah. SEkian dahulu. Wassalam.

Wednesday, October 14, 2009

~KuKuHkan ImaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...masih bersama-sama kalian di muka bumi ini...Pertamanya nak ucap jutaan terima kasih dan penghargaan kerana masih sudi ziarah blog ni dan masih setia membaca coretan demi coretan diri ini.

Hmmm...semalam ana dok kemas2 segala macam dokumen yang ada. Tiba-tiba ternampak sebuah teks pidato yang da hampir koyak. Teks pidato masa ana darjah 5 dulu. hee Tak sangka ada lagi simpan. So sekarang, ana nak abadikan teks pidato ana ni dalam blog ni. InsyaAllah moga kita sama2 mendapat manfaat darinya. Amin ya Rabbal Alamin..

MENGUKUHKAN IMAN MENERUSI AMALAN

Ma'asyiral muslimin wal muslimat rahimakumullah...
Sebagaimana yg kita ketahui bahawa salah satu nikmat Allah yg paling besar dikurniakan kepada kita ialah nikmat iman dan islam. Kedua-dua nikmat yang besar ini hendaklah kita jaga dan pelihara dengan baik sepanjang hayat kita. Iman dan islam tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seseorang muslim walau dalam keadaan apa sekalipun kerana iman dan islam umpama nyawa dan tubuh, jadi tidak akan hidup sesuatu tubuh tanpa nyawa.

Kawanku senasib seperjuangan...
Kita dapat lihat dan saksikan apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini di mana ada yang mengaku beragama islam tapi tingkah lakunya amat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh agama. Kalau agama menyuruh kita membuat kebaikan dengan banyak bersedekah misalnya, tapi kita lebih banyak membuang rezeki yg Allah bagi kepada sesuatu yg membawa kita ke neraka seperti membeli nombor ekor, membeli minuman keras dan banyak lagi perkara maksiat. Ini semua adalah disebabkan oleh iman yang tipis dan hanya islam pada nama saja.

Hadirin yang berbahagia...
Iman boleh diumpakan seperti buah durian dimana kita ketahui bahawa durian kalau kita sorok dimanapun baunya akan menusuk ke aroma begitulah iman, walau dimanapun kita berada kalau kita beriman, kita akan dapat melaksanakan perintah Allah SWT. Tapi kita yang mengaku "islam agamaku" masih tenang2 saja apabila mendengar azan berkumandang padahal azan merupakan panggilan untuk menunaikan solat tapi kita lebih pentingkan hal2 yg tidak berfaedah seperti menonton tv, berborak dan sebagainya.

Saudara-saudaraku sekalian...
Oleh itu, marilah kita sama2 menginsafkan diri kita dengan merubah pendirian kita dan kembali kepada ajaran agama islam dengan mematuhi perintah Allah dan membuat amalan atau kerja yang dapat membantu mengukuhkan iman kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang2 yang beriman, jika kamu menolong menegakkan agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan hati dan pendirian kamu."

Kawanku yang berbahagia...
Pintu taubat masih terbentang luas untuk kita, rebutlah peluang yang ada seberapa banyak yang boleh selagi hayat dikandung badan,selagi segala kurniaan Allah masih ada pada kita terutamanya nikmat iman dan islam. Kukuhkanlah iman kita dengan sesuatu yang berguna untuk diri dan selamatkan lah diri kita dari maksiat yang berpanjangan dari maksiat zahir dan batin.

Demikianlah yang dapat saya sampaikan, mohon maaf atas segala kekurangan, terima kasih atas perhatian...Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Cuba kalian baca dengan nada pidato..hee teringat masa darjah 5 berpidato. Dapat naib johan pulak tu..hee (^_^)

Tuesday, October 13, 2009

~ KiSaH CiNTaKu ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH,kan?!

Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab,kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.

Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan?

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire…billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc…DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..…

p/s: rujukan dakwahipis.com

Monday, October 12, 2009

~ DaLam KenaNGaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. ada juga rezeki nak uploud gambar sepanjang kem bestari solat anjuran bersama SK Tanah Liat dan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pelbagai telatah dan tingkah laku para pelajar yang mencuit hati dan juga menguji kesabaran... Jom tengok gelagat mereka...hee

Jom pakat naik bas..kami nak p kem ni...

yea..yea...dah sampai...

Sesi pendaftaran...

Ramai tak? Penuh satu surau...

Antara sesi LDK

Ngantuk nya saya....

Amali wuduk...Beratur dan tunggulah giliran anda..hee

Rehat dulu...jom makan!

Praktikal solat..Iktidal..

Ustazah kena serbu...hee

Treasure hant, Ustaz pun kena tinggal dengan anak murid..hee

Alhamdulillah...semoga segala usaha semua pihak dalam menjayakan Kem Bestari Solat ini mendapat redhaNYa.. Terima kasih kepada Pihak SK Tanah Liat dan juga IPGM Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kem ini.

Sunday, October 11, 2009

~ Kem BesTaRi SoLAT~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...akhirnya hari ni aku berpeluang tuk mengupdate blog ini..Rindu nak berkongsi bersama kalian...Minggu ni agak sibuk sedikit kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas adalah merupakan hari kedua aku pergi mengajar. Ya, mengajar Al-Qur'an seperti yang pernah ku beritakan pada kalian. Hmm.. aku sungguh gembira kerana semua anak muridku sangat menghargai kelas mengaji ini. Mereka sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dan bimbinganku...Untuk kelas minggu ini aku sudah mula mengajarkan ilmu tajwid kepada mereka. Alhamdulillah..

Semalam, hari sabtu 10/10/09 merupakan hari bersejarah yang tidak akan pernah aku lupakan. Hari berlangsungnya kem bestari solat yang melibatkan tahun 2 dan tahun 3 pelajar2 Sekolah Kebangsaan Tanah Liat. Alhamdulillah dengan izinNYa, kem ini berjalan dengan lancar.

Kem bestari solat ini bukanlah suatu program yang kecil kerana ia melibatkan 316 Orang pelajar kesemuanya. Ya, memang penuh la satu surau Al-Ghazali tu... Sebenarnya kem ini telah lama dirancang sejak bulan 8 yang lepas tetapi terpaksa di tangguhkan dek kerana H1N1 yang melanda kampus.

Kem ini telah diadakan di Surau Al-Ghazali IPGM Kampus Tuanku Bainun. Kem ini telah bermula agak lewat akibat kelewatan ketibaan semua peserta2 dek kerana tak cukup bas untuk pengangkutan ke tempat berlangsungnya kem iaitu di Surau Al-Ghazali. Jadi, ia telah menyebabkan kem bermula lewat 2jam. Namun, alhamdulillah segalannya berjalan lancar...

Namun, bukanlah tentatif program yang ingin ku kongsikan di sini. Apa yang ingin ku kongsikan adalah betapa susahnya untuk mengawal semua pelajar2 tahun 2 dan tahun 3 ini.

Astaghfirullah... Mereka sungguh menguji kesabaran... Bayangkanlah majoriti mereka adalah sangat nakal dan yang paling menguji kesabaran ialah mereka hanya boleh duduk diam dalam jangka masa 5-10 minit sahaja. Selepas itu..hee mula lah mereka berlari, merengek, bergaduh dan macam2 lagi gaya tersendiri mereka.

Kalau dalam LDK tu jangan cerita la... kita dok suruh depa baca dan ajar bacaan2 dalam solat, tapi ada yang wat dek je, Ada yang mata melilau kat tempat lain, ada pulak yang ambik kertas dalam fail siap wat roket pulak tu dan macam2 lagilah. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan sama sahaja nakalnya.. Sabar ajelah...

Aduh...sakit kepala juga nak melayan mereka tu. Apatah lagi aku ditugaskan untuk menjaga bahagian disiplin. Ya Allah, hanya sabarlah benteng diri tika itu. Alhamdulillah dengan pengalaman yang ada ketika mengajar di tadika dulu ku manfaatkan sebaiknya.

Nak tahu tak? Perkara yang paling susah nak kawal ialah bila nak suruh mereka semua kumpul dan buat barisan mengikut kumpulan masing2. Bayangkanlah ada 40 kumpulan semuanya. 20 kumpulan dari tahun 2 dan 20 lagi dari tahun 3. Bayangkanlah betapa bisingnya mereka diserikan lagi dengan larian2 mereka yang nak berbaris ikut kumpulan. Ya Allah, sampai tak terkawal dibuatnya.

Namun, Alhamdulillah kerana sejak awal lagi kami sudah menjangka ini akan terjadi, maka kami telah bersedia dan telah menetapkan kepada mereka, apabila ada ustaz dan ustazah yang sebut "Takbir!" maka mereka hendaklah menjawab "Allahu Akbar!"

Itulah satu2nya jalan untuk buat mereka tenang dan diam. Kalau tidak, memang riuh la surau tu. Hmmm, Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada kem tersebut tapi inilah salah satunya. Kem ini mengajar erti sabar dalam mendidik.

InsyaAllah, Jika ada kesempatan akan ku upload gambar2 semasa kem ini berlangsung untuk tatapan bersama. Sekian dahulu. Wassalam.

p/s:hanya sekadar perkongsian pengalaman diri yang hina kerdil ini.

Thursday, October 8, 2009

~ PengaLaMan Yg Tidak MuNGkiN ku Lupa~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Pencipta kerana dengan belas ihsanNya kita masih dapat bersua kembali di alam maya ini. Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan tabi'-tabi'in....

Maafkan diriku kerana menyepi seharian...Sesungguhnya semalam merupakan hari yang agak sibuk buatku. Tambahan pula laptopku tidak berapa sihat dan telah dimasukkan ke wad selama 5 hari... Terima kasih kuucapkan kepada roommate tersayang kerana sudi meminjamkan laptopnya untuk ku mengupdate blog kesayanganku ini...Jasamu akan ku kenang (^_^).

Ada satu pengalaman yang ingin ku kongsikan bersama kalian...

Petang semalam, pada pukul 6petang aku dan seorang sahabatku kononnya mahu sama-sama berjoging. Kami pun berjalan keluar la dari kampus. Dalam perjalanan pulang sebelum sampai ke kampus kami telah ternampak 3 ekor anjing, seekor anjing yg agak besar berwarna coklat dan 2 ekor lagi anak anjing yg berwarna hitam berkeliaran di situ. Kami yang hanya berdua ketika itu berasa sangat risau dan takut.

Pada mulanya kami berdua masih memberanikan diri berjalan perlahan-lahan kerana kampus sudah tidak jauh dari kami. Tetibe, seekor anak anjing yang berwarna hitam tadi menyalak dan kemudian diikuti dua anjing itu. Ya Allah, tika itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku...

Kerana nyalakan anjing2 itu, Sahabatku sudah tegak berdiri..dan memegang erat tanganku. Aku juga sudah ketakutan dikala itu lalu kubaca doa berkali-kali. Bayangkanlah anjing2 itu hanya ada lebih kurang 4 langkah sahaja dariapda kami sambil menyalak sekuatnya.

Ya Allah bantulah kami.., Ya Allah berikan pertolonganMu...

Beberapa motosikal yang lalu hanya buat tak tahu saja. Hmmm, tak tahulah mereka sedar ke tak kami berdua da tegak cam tiang kat situ. Takut, kecut, risau dan jantung dah berdegup laju ku rasa ketika itu. Ya Allah...selamatkan kami....!

Tiba-tiba ada sebuah motosikal lalu, aku tidak berapa nampak akan siapakah gerangan dirinya. Namun uncle itulah yang membantu kami. "Ok jalan.." arahnya. Selepas mendengar kalimah ajimat itu, Kami berdua pun apalagi jalan la selaju mungkin. Dalam hati ku ucapkan kesyukuran kerana Allah telah membantu kami...Allah telah menyelamatkan kami...Ya, Dia membantu kami dengan menghantarkan uncle tadi menolong kami...

Ya Allah.. sesungguhnya dari peristiwa ini ku semakin sedar dan yakin.. Hanya kepadaMu lah tempat mengharap..Hanya kepadaMU jualah tempat bergantung...Walaupun ia hanya peristiwa kecil akan tetapi ia sangat mengajarkanku erti pergantungan padaMU ya Rabb...

P/s: Sekadar luahan rasa dan perkongsian pengalaman...

Tuesday, October 6, 2009

~IniLaH JaLaNku~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah..selayaknya puji dan syukur buatMu ya Rabb..Syukur hari ini telah usai ujian amali untuk subjek english yang menyumbang 30% dalam final exam nanti. Kini daku hanya menunggu final exam kerana semua assignment sudah disempurnakan. Alhamdulillah...

Usai amali tadi, ku terus buka laptop dan berniat untuk update blog kesayanganku ini. Namun, tatkala terpandang " Terima kasih Karim, Wallahu Akram" yang merupakan tajuk posting terbaru ustaz Hasrizal di saifulIslam.com aku telah mengambil keputusan untuk membaca entri beliau terlebih dahulu.

Allah...sungguh tersentuh hatiku tatkala membaca entri Ustaz Hasrizal itu. Ya, Jalan Dakwah adalah jalan yang penuh onak duri dan pahit. Namun, seharusnya inilah jalan yang wajib dipilih oleh kita semua.

Apa sumbanganmu untuk Islam? Apa yang telah kau lakukan untuk Allah hari ini? Apa yang telah kau usahakan untuk agamamu sepanjang hayatmu ini?

Ya Allah...Siapalah aku di mataMu.. Aku hanya seorang insan biasa.. Namun, ketahuilah ya Allah aku sedang berusaha untuk menjadi orang yang luar biasa hebat. Aku mahu sama-sama menjaga agamaMu ya Allah... Aku mahu sama-sama berusaha menyebarkan dakwah... Aku tidak mahu ketinggalan dalam menyeru kepada kebaikan dan mencengah kemungkaran...

Aku tidak kisah jika nama ku tidak dikenali dan diriku tidak disebut-sebut di duniaMU, namun .. cukuplah namaku hanya dikenali oleh makhlukMu di langit sana...

Ya Rabb... terkadang aku berasa sangat lemah, terkadang aku hampir berputus asa dari terus berada dalam jalan ini..Namun, tatkala terkenangkan usaha kekasihMu Rasulullah...aku merasa sebak, aku merasa sungguh kerdil. aku merasa sungguh hina... Mengapa aku terkadang cepat mengalah? sedangkan aku tidaklah diuji seperti baginda...Ampunkan daku ya Rabb...

Ya Allah.. kan ku terus berdiri dan menyelusuri jalan ini selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, tiupkan ruh dan semangat jihad dalam hati ini..Bantulah hambaMu ini ya Rabb... Hanya kepadaMu tempat ku mengabdikan diri...hanya kepadaMu juga tempat ku mengadu....

Ya, inilah jalanku...jalan penuh onak duri..penuh kepahitan...penuh dugaan...penuh cabaran...

Firman Allah dalam surah Yusof, ayat 108, yang bermaksud:
" Katakanlah, Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang mengikutku, mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik."

~klik pada gambar~

Ya Allah...pimpinlah kami ke jalan yan Kau redhai..Amin..

Monday, October 5, 2009

~CorEtaN Dari Hati~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..baru sahaja usai menduduki amali english tapi esok ada satu lagi iaitu for individual speaking. Hmm, risau jugak al-maklumlah diri ini bukan seorang yang expert in english..Namun, doaku moga dipermudahkan segalanya olehNYa.

Hmmm, sudah tiga hari ku biarkan blog kesayanganku in tanpa entri baru. Rindu...rindu mahu sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan buah fikiran bersama kalian. Maafkan daku duhai teman, bukan niatku membiarkan kalian menanti entri baru muncul terpampang di muka blog ini. Maafkan diri ini... Sesungguhnya, ku juga sangat kesal kerana tidak mampu memenuhi targetku. Ya, sesungguhnya ku punya target yang ingin dicapai. Ku mahu cuba untuk istiqamah dalam mengupdate blog ini.

Sesungguhnya ku yakin dan pasti bahawa blog ini sangat bermanfaat buatku dan juga kalian yang tidak putus2 memberikan sokongan dan dorongan sama ada secara langsung mahupun tidak. Terima kasih atas kunjungan kalian juga pesanan2 dan komen2 dari kalian.

Untuk entri kali ini, ku ingin berkongsi berita gembira bersama kalian...

Jumaat yang lepas, 2 Oktober yang lalu, adalah hari bersejarah buatku..Hmmm, sungguh ku berasa amat bersyukur kerana diri ini adalah antara yang terpilih untuk mengajar mengaji iaitu mengajar Al-Qur'an di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. InsyaAllah, kelas ini akan diadakan setiap minggu pada hari Jumaat dari pukul 3Petang hingga masuk waktu asar.

Terima kasih kuucapkan kepada Baba kerana sudi memberi peluang kepada kami mencurahkan ilmu dan secara tidak langsung dapat mencari sedikit pengalaman sebelum terjun ke sekolah sebagai pendidik secara rasmi kelak.

Pertama kali ku masuk ke kelas itu, hanya Allah sahaja yang tahu apakah perasaanku ketika itu. Gembira, teruja, risau, sedikit takut dan sebagainya bercampur aduk menguasai diri. Namun, ku gagahkan diri ini.

"Assalamualaikum semua" ucapku memulakan sesi pembelajaran.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah." Jawab semua yang ada di dalam kelas itu. Setelah itu bermulalah kelas mengaji itu. Pada pembelajaran kali ini, ku telah tasmi' bacaan Fatihah semua pelajarku. Mereka semuanya berjumlah 15 orang dari tingkatan 4. Setelah itu, kuberikan mereka tugasan untuk menyenaraikan segala hukum tajwid yang ada dalam surah Al-Fatihah itu. Hmm, baru je start kelas da dapat homework.hee

Alhamdulillah, mereka dapat menerimaku dengan baik. Harapanku moga kehadiranku ke sekolah itu dapat membuahkan sedikit perubahan dan pembaikan dalam bacaan Al-Qur'an mereka. Moga dipermudahkan segalanya...

خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya
( HR. Bukhari)

Thursday, October 1, 2009

~KhaSiaT aYaT KuRSi~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah..Puji-pujian hanya bagiMu ya Rabb..Maha suci Engkau yang masih meminjamkan kami jasad dan ruh ini dan dihiasi pula dengan nikmat iman dan islam. Kami bersyukur padaMu ya Rabb..Ya Rasulullah, duhai kekasih Allah... Selawat dan salam buatmu, para sahabat seperjuanganmu, ahli keluargamu yang dikasihi dan para tabi'in.

Sejak beberapa hari ini hujan telah melanda pulau mutiara ini, bukankah hujan itu suatu rahmat. Ya, moga hujan yang turun sejak beberapa hari yang lalu adalah hujan rahmat. Kepada yang basuh baju tapi tak sempat kering dek kerana hujan tu, bawak2 la bersabar ye...hee

Di pagi yang mulia ini, ana mahu kongsikan khasiat ayat kursi yang sering kita baca, ayat yang sering membasahi bibir kita. Ya, ayat ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Ayuh, teruskan pembacaan kalian! InsyaAllah padanya manfaat yang besar. Amin..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Bersumberkan Hadis-Hadis ...

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya, dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Nah, ternyata sungguh hebat sekali kalam dan ayat2 Allah. Ini baru sebahagian daripada khasiatnya. Subhanallah..Justeru itu, marilah kita sama2 mengamalkan ayat kursi ini dalam kehidupan seharian demi mencari mardhatillah.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga kunjungan kalian tidak sia2 dan mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ana ini. Ilal Liqa'. Wassalam..

~WaRkaH Buat Kalian~