Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah...pertama dan selamanya kupanjatkan syukur kepadaMU ya Rabb kerana dengan belas ihsanMU ku masih di sini, masih menikmati nikmat iman dan islam kurnianMU. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang Mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat, seluruh ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in..
Ya Allah... sudah beberapa hari ku menyepikan diri..kerana beberapa kengkangan yang menyebabkan masa ku terbatas. Sangat terbatas. Hari ini, baru ku rasakan sedikit lapang...Maka, tanpa berfikir panjang, ku capai laptop dan terus menaip tuk berkongsi sesuatu bersama kalian.
Apa yang disibukkan sangat?
Buat julung-julung kalinya Mahrojan Lughah Arabiy peringkat Zon Utara telah diadakan. Buat pertama kalinya IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Program ini sebenarnya adalah susulan daripada Seminar Bahasa Arab Peringkat Zon Utara yang juga buat pertama kalinya di adakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas.
Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun yang telah mencabar Pensyarah kami di JAPIM untuk mengadakan program ini. Jazakallahu khairan kathira...
Alhamdulillah. Misi kami telah berjaya. Walaupun persiapan hanya memakan masa lebih kurang dua minggu sahaja. Kami semua anak2 JAPIM telah bertungkus lumus memerah keringat masing2 untuk sama2 menjayakan Karnival Bahasa Arab ini.
Hmmm, terasa semacam berada di negara Arab tadi..hee Dengan masing2 berpakaian ala arab...yang lelaki berjubah dan berserban, dan yang perempuan berjubah dan berpudah. Alhamdulillah sunnah Rasulullah dihidupkan.
Tapi apa yang paling penting adalah berkomunikasi dalam bahasa arab itu sendiri. Nak tau tak? Pada hari berlangsungnya program, semua orang dikehendaki bertutur menggunakan bahasa arab. Terutamanya apabila memasuki Suukul Arabiy ( Pasar Arab), di mana apabila berada di kawasan suukul Arabiy tu diharamkan bertutur selain daripada bahasa arab.
Semua bangsa termasuk India ke, Cina ke, atau Melayu adalah dikehendaki bertutur dalam bahasa Arab untuk membeli barang di suukul Arabiy. Tapi jangan risau, kerana kami ada menyediakan Klinik untuk berbahasa Arab. Jika terdapat sebarang kemusykilan adalah digalakkan untuk ke klinik supaya masalah itu dapat diselesaikan. Di Klinik akan diberitahu beberapa perkataan penting untuk urusan jual beli tersebut dan yang sewaktu dengannya.
Selain itu, dalam Mahrojan Lughah Arabiy ini juga telah diadakan 4 Pertandingan iaitu:-
1- Pertandingan Hiwar
2- Pertandingan Nasyid
3- Pertandingan Terjemah
4- Pertandingan KalimatusSobah
Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Terasa sangat bahagia. Sebenarnya, perasaan ini hadir sejak mula diumumkan akan diadakan Mahrojan Lughah Arabiy ini lagi..Kerana cinta akan bahasa Arab ini sudah tertanam dalam diri ini sejak kecil. Seingat ku sejak Darjah 4 lagi.
P/s: Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Sesungguhnya bahasa arab bahasa Qur'an dan juga Bahasa Syurga...Majulah Bahasa Arab untuk semua!
No comments:
Post a Comment