Thursday, December 16, 2010

~ TuGas kiTa ~

( Sila klik pada gambar untuk view yang lebih jelas )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sungguh ku rasa terpukul dengan ayat 17-21 surah Al-Ghasyiyah ini...

memberi peringatan...

saling mengingatkan...

tugas siapa?

tugas saya?

anda?

atau...

tugas mereka yang lainnya?

Stop!!!

berhentilah menunding jari!

kerana sesungguhnya ia telah tertera..

telah dinyatakan dalam kitabNYa.

Ya, benar...

ia tugas kita semua...

akan tetapi,

sejauh mana kita melaksanakan tugas itu?

Thursday, December 9, 2010

~ KaNak-KanaK meriNdui RasuLuLLaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pada zaman Rasulullah SAW memerintah, terdapat seorang budak lelaki bernama Tsauban yang sangat kagum dengan keperibadian baginda. Malah hampir setiap hari Tsauban akan merindui Rasulullah SAW sekiranya tidak berpeluang untuk berjumpa. Sekiranya dia tidak dapat berjumpa Rasulullah SAW, dia akan bersedih hati, murung dan akan menangis. Apa yang dirasakan oleh Tsauban juga dapat dirasai oleh Rasulullah dan merasakan betapa Tsauban sangat mengasihi baginda.

Pada suatu hari Tsauban telah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk melepaskan kerinduannya.

"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit apa2. Cuma saya sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu ya Rasulullah walaupun sekejap. Jika saya sudah bertemu Rasulullah barulah hati saya tenang dan gembira sekali," beritahu Tsauban sambil memandang wajah Rasulullah SAW yang bercahaya dan berseri-seri.

Rasulullah SAW memegang ubun-ubun kanak-kanak itu dengan perasaan kasih sayang seolah-olah sedang bermesra dengan cucunya. Manakala Tsauban berasa kerinduannya telah hilang apabila dapat bertemu Rasulullah SAW.

"Apabila memikirkan hari akhirat, hatiku bertambah cemas kerana bimbang tidak dapat lagi bersamamu. Ya Rasulullah, kedudukanmu sudah tentu berada di syurga yang paling tinggi sedangkan aku tidak pasti sama ada di syurga paling bawah atau mungkin tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika ini berlaku sudah tentu aku tidak akan bertemu Rasulullah lagi," ujar Tsauban sedih.

Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW sangat terharu dan berkata, "Semoga Allah akan mendengar keinginanmu asalkan sahaja kamu melakukan amal kebaikan semasa di dunia. Lagipun urusan syurga dan neraka itu urusan Allah," jelas Rasulullah SAW.

Setelah berlaku peristiwa itu, turun wahyu daripada Allah kepada Rasulullah SAW bermaksud, "Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para sodiqin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh."

Mendengar jaminan itu Tsauban berasa sangat gembira dan hatinya tenang sekali.

Permata: Adakah kita seperti kanak-kanak itu? yang sentisa merindui baginda Rasulullah...

Saturday, November 20, 2010

~ AWaS! JAnGaN jadi KeJaM..! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

10 Jenis 0rang Islam yang kejam...

1.Se0rang yang berd0a untuk dirinya sendiri, dan tidak mend0akan untuk anak-anaknya( lau da ader anak la) dan kaum mukmin.

2.Se0rang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca sekurang-kurangnya 100 ayat.

3.Se0rang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak s0lat dua rakaat.

4.Se0rang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mend0akan ahli kubur.

5.Se0rang yang sampai di suatu k0ta pada hari jumaat kemudian tidak s0lat jemaah.

6.Se0rang yang di daerahnya didatangi se0rang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua 0rang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Se0rang yang diundang ke sesuatu jamuan atau majlis tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kes0panan.

10.Se0rang yang kenyang sedang dia tahu bahawa jirannya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Permata: Jangan jadi kejam! pesanan penaja khasnya tuk diri ini dan amnya buat kalian..

Tuesday, November 9, 2010

~ Aku Sayang Mereka ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kenangan terindah bersama Qiyadi 2010
RehLah Mahabbah Fillah
Ronda2 Pulau Pinang
7/11/2010

bergambar bersama..ada sorang hilang..ntah dia p mana masa ni...

Kami lima bersaudara...

Rama-rama ni suka kami la..hee

Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah..

Amboi...termenung jauh nampak?

Perjalanan pulang atas feri

Ni lah Amir kami...tulis ape tu?


Ku abadikan kenangan kita bersama di laman kesayanganku ini...
Qiyadi..Sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian semua~

Saturday, November 6, 2010

~ Hati Keras Membatu? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya"

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati keras membatu? ayuh check hati kita...dup dup dup..eh tu macam bunyi jantung ja..^_^

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat2 Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

Permata: Ayuh koreksi hati kita..

Saturday, October 30, 2010

~ Sifat Mudah Lupa? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sekarang ni musim exam...semua pakat-pakat study, study dan study...yela, sebab manusia ni kan pelupa..jadi ulangkaji tu penting...tapi kan sifat pelupa ni pun sebanarnya ada baiknya tau...

Ha? kenapa? tak percaya la tu...

betul...tak tipu ni...iyer..sungguh...ini betul2 bukan cobaan..^_^

Kita melupakan kejahatan orang lain lakukan terhadap kita dan kita melupakan juga kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain

ha...sekarang percaya tak, sifat pelupa tu ada baiknya... kan Allah jadikan sesuatu pasti ada hikmah...ada kelebihan...

Namun sahabat...Bukan mudah untuk kita melupakan kejahatan orang lain dan melupakan kebaikan kita pada orang lain bukan?

Bagaimana nak pupuk sifat mudah lupa seperti ni?

JANGAN LUPAKAN ALLAH!

Wallahu 'alam.

Thursday, October 28, 2010

~ Ulamak Pewaris Para Nabi ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ulamak pewaris para nabi... kali ini biar gambar yang berbicara..gambar2 berikut adalah para ulamak yang pernah kutemui... yang pernah menjejakkan kaki di bumi IPG Kampus Tuanku Bainun...

Syeikh Jamal Farouq Ibni Jibril Mahmud Ad-Daqaq Al-Hasani


Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani Al-Husaini



Syeikh Noeruddin Marbu Albanjari Al-Makki


Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi 'Azamatkhan Al-Husaini Al-Bentani


Habib Umar Al-Attas

Habib Hassan Ibn Muhammad Ibn Salim Al-Attas

Permata : Moga diberi peluang bertemu dan menimba ilmu bersama para ulamak lagi. Amin Ya Rabb...

Monday, September 27, 2010

~ Hati oh Hati ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah, KURNIAKAN kepadaku...

Hati yang SEDAR
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikian kepadanya." (Surah Qaf 50:37).

Hati yang BERSIH
Friman Allah maksudnya:"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih, bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebaikan)." (Surah as-Syams 91:9).

Hati yang LURUS
Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmatMU; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA." (Surah Ali Imran 3:8).

dan Kau PELIHARA daripadaku hati ini...dati yang TERHIJAB (tertutup)
Firman Allah, maksudnya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (AL-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga nereka penyumpat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)." Surah Al-An'am 6:25).

Wednesday, September 22, 2010

~Petua SeNtiaSa GemBira~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Apa khabar kalian? masih dalam mood raya? hee raya-raya jugak jangan lupa puasa enam ye...saya yakin dan percaya guru-guru pelatih di seluruh negara semestinya dalam mood assignment.huhu Chayokkk sahabat-sahabat... Diri ini sendiri sebenarnya sangat tension asyik menghadap assignment je... Jadi, ku ambil peluang untuk lari dari assignment jap. Lama da rasanya tak update blog ni..Rasa terpanggil nak post something tuk sekadar perkongsian buat yang sudi ziarah ke laman kesayangan ramai ini. ahaks...

Disini ku ingin kongsikan sedikit petua bagaimana untuk sentiasa gembira. Bak kata orang happy sokmo. Eh iye ke? Ntah. Apa-apa la...

* Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan anda.

* Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy! =)

* Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati.

* Jangan terlalu mengharap. kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu.

* Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga mendidik kita untuk terus tekun menjalani harri-hari dalam kehidupan yang kita lalui.

Permata : Nampak mudah bukan? tapi ketahuilah nak amalkannya bukan sesuatu yang mudah...Namun jauh dari sudut hati ini ingin melihat kalian semua sentiasa gembira walau di mana jua kalian berada... always remember this: Innallaha ma'anaa...=)

Saturday, September 11, 2010

~ Salam Aidilfitri 1431H ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Assalamualaikum...

Tangan dihulur tidak kesampaian
Senyum diukir tak kelihatan
entri ini tanda ingatan
AidilFitri kita bermaaf-maafan

Tuesday, August 31, 2010

~ Curi-curi ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah segala puji bagimu Ya Rabb... akhirnya terubat jua rindu dihati ini. Tatkala kaki menjejak rumah yang sudah lama ditinggalkan, suatu perasaan sayu menyelinap masuk ke sanubari ini. Ah, rindu sudah terubat...

Melihat Hannan yang semakin membesar, terdetik dihati bahawa begitu cepat sekali masa berlalu. Hmmm, pejam celik sudah setahun sebulan usia Hannan. Seronok tengok Hannan dan Imtiyaz bermain...Teringat zaman kanak-kanak. Hee

Tapi, berada dirumah punya ujiannya tersendiri. Ya, ku punya lambakan assignment yang tidak tersentuh dek kerana melayan kerenah adik-adikku di rumah. Oh tidak! Terpaksa ku curi-curi masa tuk menyiapkan assignment2 itu.

Bagaimana ya bila sudah berkeluarga kelak?

Melihat mak yang terkadang tak cukup tangan melayan kerenah Hannan dan Imtiyaz. Ya Allah, sungguh besar pengorbanan mak. Ku kangum melihat mak sungguh pandai mencuri masa. Entah bila masa rehatnya. Tapi kerjanya tiptop gitu. Subhanallah...

Jadi, pada entri kali ini, ku hanya mahu memujuk diri bahawa aku juga bisa curi-curi masa untuk menyiapkan segala assignment yang telah diamanahkan.

Juga pada kesempatan ini,Ku seru pada kalian dan juga diri sendiri, ayuh kita curi-curi masa di bulan Ramadhan penuh barakah ini dengan memperbanyak tilawah Al-Quran, bersedekah, zikrullah, solat malam dan sebagainya.

Sahabat...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini?

Permata : Masih belajar mencuri masa~

Permata lagi : Ayuh, kita curi2 masa di Bulan Ramadhan yang hanya tinggal berapa hari sahaja lagi dengan mendekatkan diri padaNYa.

Saturday, August 21, 2010

~ Padanya BaRaKaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Along bangun sahur. Da lewat da ni."

Ah, teringat zaman kanak2 dahulu. Tatkala mak dan abah kejut suh bangun sahur. Dengan liatnya kupaksakan diri untuk bangun. Tapi yang kelakarnye, tengah mak sendukkan nasi sempat lagi mata terpejam. hee Zaman kanak2...

Bila da besar sikit...

"Along bangun. Kejut adik2"

Ai dulu mak yang kejut kita, bila da besar mak suh kita kejut adik2 plak. Saje je...hee yela, nak bagi rasa betapa susahnya mengejutkan orang agaknya.

Bila da semakin dewasa...

"Along, esok along masak ye?"

Pantang ada kat umah mesti kena masak. Yela, dari dulu asyik dok jauh. Duduk kat asramakan. Balik umah pon sekali sekala je. Mesti depa rindu masakan along tersayang.hee.. perasan la pulak...(^_~)

Kalau kat SAMER (sekolah menengah saya ye) senang... Makan sahur disediakan. Cuma nak turun dewan makan ke tak. Lau turun dapat la sahur best2. Kalau tak bangun, alamatnya sahur air masak dan biskut-biskit jela...

Kini di IPG KTB, sahur nafsi-nafsi. Pandai-pandai la hampa nak hidup. =)

Tapi apa yang penting sebenarnya, hanya nak tekankan kat sini bahawa sahur ni penting. Walaupun sebenarnya boleh je puasa tanpa sahur. Namun, pada sahur itu penuh barakah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Permata :Perasaan rindu semakin menguasai diri ini. Namun, ku masih sabar menanti. Ya, menanti saat diri bertemu keluarga tersayang. Hari-hari Ramadhan yang berlalu tanpa kehadiran mereka disisi amat kurasai.

Permata lagi : Mak abah dan adik2ku sayang, tunggu along balik ye~

Wednesday, August 11, 2010

~ VVIP da DataNG...! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Subhanallah... terasa begitu cepat masa berlalu.. Dek kerana kesibukan yang melanda diri ini tidak ku rasa hari-hari dalam hidupku berlalu pergi. Jika direnung kembali banyak sungguh perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi, biarlah ia hanya tersemat kemas dalam sanubariku... Ambil yang jernih buanglah yang keruh. Tak gitu?

Sahabat, Ramadhan yang dirindui kini tiba jua bertandang. Ku yakin dan percaya kehadiran Ramadhan sangat dinanti. Jauh dari sudut hati ini ingin ku lafazkan pada Ramadhan: "Ahlan ya Ramadhan!"

Tapi wahai sahabat...Jangan kita lupa bahawa Ramadhan hanya datang menziarahi kita SEBULAN sahaja. Ramadhan datang bertandang 30 HARI sahaja sahabat...Anggaplah Ramadhan seperti orang yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Tatkala si Ramadhan tetamu terhormat ( VVIP gitu...) datang bertandang ke tempat kita, masakan kita mahu membiarkannya sahaja. Takkan nak buat bodoh je kot? betul tak?

Sudah pasti kita akan melayannya dengan sepenuh hati bukan?. Begitu jualah dengan kehadiaran Ramadhan. VVIP la katakan... Maka kita seharusnya MENGHARGAI RAMADHAN, MENGHORMATI dan juga MENCINTAInya...

Nah, ada lagi berbaki 29 hari atau 28 hari sahaja Ramdhan bersama kita... Jangan biarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik di bulan Ramadhan sangat3 berharga. Ayuh Hargai, hormati dan sayangilah Ramadhan. (^_^)

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Monday, July 26, 2010

~ AwaS, berHati- haTi DeNGaN AmaNaHmu! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi'-tabi'in dan semuanya...

Sudah beberapa hari kubiarkan laman ini sunyi tanpa perkongsian. Bukan ku sengaja duhai sahabat..ada perkara lain yang lebih butuh akan kudratku.

InsyaAllah hari ini ku ingin kongsikan sebuah kisah yang mahsyur ku kira. Namun, ku ingin kongsikan jua di sini kerana ia bisa menjadi peringatan kepada yang sudah tahu dan perkonngsian baru kepada yang belum tahu. tak gitu?

Baik..ayuh teruskan pembacaan..Hayati dengan sepenuh hatimu dan ambillah iktibar daripadanya...InsyaAllah ia akan membuahkan sesuatu yang bisa kalian bawa pulang usai menziarahi blogku ini.

tersebutlah kisah...

Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kuasanya. Oleh kerana kehidupannya yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya lalu beliau akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun. Kebun yang dijaga oleh beliau itu banyak pokok-pokok delima. Dia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin.

Suatu hari, datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke poko-pokok delima yang paling masak. Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah lalu berkata "Wahai Ibrahim, tolong bawakan kepadaku buah delima yang paling manis". Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahui mengapa tuannya menyuruh dia mengambil sebiji lagi.


Setelah buah yang diberi dimakan oleh tuannya, tiba-tiba tuannya membuang buah delima itu. Dek kerana terlalu marah sebab buah delima yang dimakannya masih masam, dia pun berkata dengan suara yang keras "wahai Ibrahim, hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang manis ataupun yang masam?".

Ibrahim berkata "Tuan, bukankah saya diamanahkan untuk menjaga kebun supaya subur dengan buah-buahan tetapi tuan tidak memberi keizinan pada saya untuk merasa buahnya".

Betapa terkejutnya tuan kebun itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak diduga sama sekali akan besarnya amanah yang ada pada tukang kebun itu dan betapa amanahnya dia terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Permata: Amanah itu berat sekali...menjaganya tidak mudah wahai diri...mengabaikannya balasan dariNya menanti...

Thursday, July 22, 2010

~ KiSaH seRam Si PemaNciNG ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah kisah seram untuk dikongsi bersama...(kepada yang ada sakit jantung digalakkan baca...)

Ajis (bukan nama sebenar) memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari, masa minum kat kedai Pak Ngah Jiman ( juga bukan nama sebenar), Ajis terdengar rakan-rakan kampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pendalaman sungai tu lebih kurang 5km dari kampung itu, dekat tepi pinggir sungai.

Tengah hari itu, Ajis da bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang (abih semua lagu dibelasahnya. Jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak solat zohor lagi tadi dan dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat zohor.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sungai kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebab waktu zohor dah hampir habis.

Masa Ajis dirakaat kedua, Ajis tiba-tiba mendengar suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "hish, sapa pulak yang tergelak-gelak tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Ajis tak sedap hati. Ini surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai...sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai dagu, tiba-tiba Ajis tersedar...

Hehehe..huhu..hee..hahaha...(lebey2 pulak gelak)

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat asar duk gelakkan dia sebab Ajis solat pakai helmet, patut ler kepala dia berat semacam. ish3...

Terus Ajis blah macam tu je, tak jadi pi memancing, dia patah balik umah je. Solat Asar kat umah sendiri jer la jawabnya...

Permata: Sahabat2...Ambil lah pengajaran dari kisah ini..Solatlah di awal waktu...


" Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

" Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

Tuesday, July 20, 2010

~ TugaS SiaPakaH itu? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..yang masih memberiku peluang tuk bernafas di muka bumiMU...Dua minggu ini diriku disibukkan dengan pelbagai perkara. Namun, doaku moga segala urusan ku dipermudahkan... Tuk kali ini hanya suatu cerita yabg ingin ku kongsikan bersama kalian..bacalah dan hayati...

Ini adalah cerita tentang empat orang yang bernama SEMUA ORANG,
SESEORANG, SIAPA SAHAJA & TAK SEORANG PUN.

Ada tugas penting untuk dikerjakan dan SEMUA ORANG diminta
melakukannya.
SEMUA ORANG yakin bahawa SESEORANG akan melakukannya.
SIAPA SAHAJA boleh melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang
melakukannya.
SESEORANG menjadi marah tentang itu, sebab ini tugas
SEMUA ORANG.

SEMUA ORANG menganggap bahawa SIAPA SAHAJA dapat
melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang menyedari
bahawa SEMUA ORANG tidak akan melakukannya.

Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG ketika
TAK SEORANG PUN melakukan apa yang boleh dilakukan oleh
SIAPA SAHAJA.

Tugas siapakah itu??? (Altalib, 1999)

Permata : Siapa boleh jawab angkat tangan! dan tinggalkan komen (~_^)

Friday, July 16, 2010

~ SaHam TerBaik ~

Medan dakwah yang tersedia usah dipersia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..

Alhamdulillah..minggu ni ku kira adalah minggu paling sibuk dalam sejarah. Ya, masakan tidak, boleh ku katakan hampir setiap hari ada meeting. Kadang dua buah meeting dalam sehari. Subhanallah...

Namun ku bersyukur, kerana ku disibukkan dalam gerak kerja Islam. Tidak dinafikan, terkadang meniti jua sedikit keluhan dibibirku. Tapi, tatkala mengenangkan bahawa apa yang ku lakukan ini adalah demi menyambung perjuangan Rasulullah SAW, semua rasa letih dan keluhan itu segera hilang.

Alhamdulillah...tiada ucapan lain yang lebih bermakna tika ini melainkan ucapan syukur padaNYa kerana memilih aku berada dalam kalangan mereka yang fikir tentang Islam. Jutaan terima kasih kuucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam BKS khususnya. Kalian semua adalah permata-permata islam. Moga segala usaha kita meraih redhaNya. Amin ya Rabbal Alamin...

Sahabat2 seperjuangan moga terus thabat dalam perjuangan

"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t..... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"

Permata : Moga sedikit pengorbanan itu menjadi satu saham yang membawa kita bertemuNya. amin...

Sunday, July 11, 2010

~ Kita Tak KisaH ~

Hannan...buat muka tak kisah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu menyepi diri..hari ini kucuri masa untuk mengupdate blog penghubung antaraku dan kalian yang sudi singgah membaca dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dan perkongsian yang tersurat dan tersirat di sini...

4 hari 3 malam tiada di kampus dek kerana pemergianku ke KG Kalai. Program Titian kasih 2010 itu punya seribu satu kenangan. Biarlah ia tersemat kemas dalam sanubari ini. Mungkin suatu hari nanti akan ku kongsikan bersama kalian. Mumkin..biiznillah...

Buat kali ini ku ingin kongsikan bersama satu masalah kritikal kukira... sikap acuh tak acuh kita...sikap tidak kisah kita...

Kita tak kisah...
kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah. Apa yang penting. Aku boleh buat apa yang aku suka. Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu.

Kita tak kisah...
kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal. Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.

Kita tak kisah...
kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah. Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.

Kita tak kisah...
kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram. Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.

Kita tak kisah...
pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi. Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..

Kita tak kisah...
kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah asalkan kita selamat, kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam. Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.

Kita tak kisah...
kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja. Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.

Kita tak kisah...
kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran, asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya. Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

Kita tak kisah...
ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain .asalkan kita selamat, kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah. Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

Kita tak kisah...
adakah pahala kita bertambah atau tidak adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka maka kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun. Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai mata wang yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, rupiah, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.

Kita tak kisah...
kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul... .kita tak kisah. Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.

Kita tak kisah...
kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar..kita tak kisah..asalkan aku baik., aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain. Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.

Kita tak kisah...
kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah..atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita. Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.

Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk syurga atau neraka? atau mungkinkah kita akan berkata: Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih..

Permata : Sampai bila kita mahu dibelenggu masalah ini...? ayuh keluar darinya...Sebelum kita menyesal kelak...

Permata : Ya Rabb...Ampuni dosa-dosa kami yang sering kali alpa ini...

Thursday, July 1, 2010

~ WheN you Say....Then Allah TeLLs You...~


in the name of ALLAH, most gracious,most merciful...

When you say... " I can't solve this..."
Allah tells you... " I will direct your path..."

When you say... " It's impossible "
Allah tells you... " everything is possible "

When you say... " I fell all alone "
Allah tels you... " Never will I leave you, never will I forsake you "

When you say... " I can't do it..."
Allah tells you... " You can do everything through me, I gives you the strength"

When you say... " I don't deserve forgiveness..."
Allah tells you... " I have forgiven you"

When you say... " I am afraid "
Allah tells you... " Do not fear, for I am with you; I will strengthen you and help you "

When you say... " I am tired "
Allah tells you... " Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest "

When you say... " No one really loves me "
Allah tells you... " I love you "

When you say... " I don't know how to go on... "
Allah tells you... " I will show you the path "

When you say.. " What path does Allah have for me?"
Allah tells you... " Adopt the Islamic path "

...and when you want to know everything else Allah wants to tell you...
Read the Qur'an

Permata: Share this message...You will give the gift of life. May Allah Bless You

Tuesday, June 29, 2010

~ PeremPuaN ni LeceH Ke? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, tika ku membelek-belek koleksi artikel dalam lappy kesayangan, tetibe terjumpa la satu artikel ni..ku kongsikan entri ini buat kalian semua..ayuh kita sama2 hayati dan fahaminya... artikel ni agak panjang, harap kalian sabar membacanya...baca jangan tak baca ya! Nescaya rugilah bagi mereka yang dah ziarah dan singgah di blog ni tapi tidak membacanya... REad it first ok? ( jangan lupa angguk ye...hee)

1..2..3..Start reading_

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?" "Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu." "Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." "Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap kiri' kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia." "Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih 'bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje." "Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?" "Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, baginda hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah. Selain itu, maksud 'tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat 'rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah.

Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan." "Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar" "Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya.

Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." "Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar" "Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih 'bengkok' daripada kita.

Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih 'bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

Permata: tak de apa2 pesanan da..kome mandai2 la fikir sendiri ye...(^_~)

Friday, June 25, 2010

~ MaNgkuk Nafsu ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tersebutla kisah...

Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Dikeramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis. Sang raja menyapa pengemis ini:
Apa yang engkau inginkan dari dariku?

Si pengemis itu tersenyum dan berkata: Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.

Sang raja terkejut, ia merasa pelik: Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!

Maka menjawablah sang pengemis: Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa.

Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu.Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis.

Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya.

Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah: Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,

Amboi! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah itu.

Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.

Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis, bukan pengemis biasa, lalu ia bertanya :

Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?

Pengemis itu menjawab sambil tersenyum:
Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Kurang, kurang dan kurang…

Raja itu bertanya lagi :
Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?
Ya ada, iaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (14:7)

Permata : Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur~

Saturday, June 19, 2010

~ Kita SebeNarnya... ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kita sebenarnya... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
kita sebenarnya... .lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabulawal
Kita sebenarnya... lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat
Kita sebenarnya... lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan
Kita sebenarnya... lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang dan mengaji
Kita sebenarnya... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama-nama nabi Allah
Kita sebenarnya... lebih suka menyebut hello! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya... lebih suka dangdut, rap, hip-hop dll daripada berwirid atau bertahmid
Kita sebenarnya... lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya... lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya... lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya... lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya... lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
Kita sebenarnya... lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
Kita sebenarnya... lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya... lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA... .lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA..

Permata : Maka, Layakkah kita dengan Syurga milik Allah?

Tuesday, June 15, 2010

~ Dari Mereka ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..akhirnya sudah selesai tugasku dalam menyiapkan laporan Kem Insan Rabbani 2010 di SMK Yaacob Latif, Cheras. Alhamdulillah..Untuk entri kali ini sengajaku ingin berkongsi feedback daripada para peserta kem tersebut bersama kalian...banyak lagi komen dan cadangan yang diberikan namun inilah yang terpilih..

Sila klik pada image tuk image yg lebih besar...
















Permata: Rindu pula pada adik-adik di SMK Yaacob Latif...

~WaRkaH Buat Kalian~