Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Alhamdulillah...akhirnya hari ni aku berpeluang tuk mengupdate blog ini..Rindu nak berkongsi bersama kalian...Minggu ni agak sibuk sedikit kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas adalah merupakan hari kedua aku pergi mengajar. Ya, mengajar Al-Qur'an seperti yang pernah ku beritakan pada kalian. Hmm.. aku sungguh gembira kerana semua anak muridku sangat menghargai kelas mengaji ini. Mereka sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dan bimbinganku...Untuk kelas minggu ini aku sudah mula mengajarkan ilmu tajwid kepada mereka. Alhamdulillah..
Semalam, hari sabtu 10/10/09 merupakan hari bersejarah yang tidak akan pernah aku lupakan. Hari berlangsungnya kem bestari solat yang melibatkan tahun 2 dan tahun 3 pelajar2 Sekolah Kebangsaan Tanah Liat. Alhamdulillah dengan izinNYa, kem ini berjalan dengan lancar.
Kem bestari solat ini bukanlah suatu program yang kecil kerana ia melibatkan 316 Orang pelajar kesemuanya. Ya, memang penuh la satu surau Al-Ghazali tu... Sebenarnya kem ini telah lama dirancang sejak bulan 8 yang lepas tetapi terpaksa di tangguhkan dek kerana H1N1 yang melanda kampus.
Kem ini telah diadakan di Surau Al-Ghazali IPGM Kampus Tuanku Bainun. Kem ini telah bermula agak lewat akibat kelewatan ketibaan semua peserta2 dek kerana tak cukup bas untuk pengangkutan ke tempat berlangsungnya kem iaitu di Surau Al-Ghazali. Jadi, ia telah menyebabkan kem bermula lewat 2jam. Namun, alhamdulillah segalannya berjalan lancar...
Namun, bukanlah tentatif program yang ingin ku kongsikan di sini. Apa yang ingin ku kongsikan adalah betapa susahnya untuk mengawal semua pelajar2 tahun 2 dan tahun 3 ini.
Astaghfirullah... Mereka sungguh menguji kesabaran... Bayangkanlah majoriti mereka adalah sangat nakal dan yang paling menguji kesabaran ialah mereka hanya boleh duduk diam dalam jangka masa 5-10 minit sahaja. Selepas itu..hee mula lah mereka berlari, merengek, bergaduh dan macam2 lagi gaya tersendiri mereka.
Kalau dalam LDK tu jangan cerita la... kita dok suruh depa baca dan ajar bacaan2 dalam solat, tapi ada yang wat dek je, Ada yang mata melilau kat tempat lain, ada pulak yang ambik kertas dalam fail siap wat roket pulak tu dan macam2 lagilah. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan sama sahaja nakalnya.. Sabar ajelah...
Aduh...sakit kepala juga nak melayan mereka tu. Apatah lagi aku ditugaskan untuk menjaga bahagian disiplin. Ya Allah, hanya sabarlah benteng diri tika itu. Alhamdulillah dengan pengalaman yang ada ketika mengajar di tadika dulu ku manfaatkan sebaiknya.
Nak tahu tak? Perkara yang paling susah nak kawal ialah bila nak suruh mereka semua kumpul dan buat barisan mengikut kumpulan masing2. Bayangkanlah ada 40 kumpulan semuanya. 20 kumpulan dari tahun 2 dan 20 lagi dari tahun 3. Bayangkanlah betapa bisingnya mereka diserikan lagi dengan larian2 mereka yang nak berbaris ikut kumpulan. Ya Allah, sampai tak terkawal dibuatnya.
Namun, Alhamdulillah kerana sejak awal lagi kami sudah menjangka ini akan terjadi, maka kami telah bersedia dan telah menetapkan kepada mereka, apabila ada ustaz dan ustazah yang sebut "Takbir!" maka mereka hendaklah menjawab "Allahu Akbar!"
Itulah satu2nya jalan untuk buat mereka tenang dan diam. Kalau tidak, memang riuh la surau tu. Hmmm, Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada kem tersebut tapi inilah salah satunya. Kem ini mengajar erti sabar dalam mendidik.
InsyaAllah, Jika ada kesempatan akan ku upload gambar2 semasa kem ini berlangsung untuk tatapan bersama. Sekian dahulu. Wassalam.
p/s:hanya sekadar perkongsian pengalaman diri yang hina kerdil ini.
No comments:
Post a Comment