Thursday, July 30, 2009

~Usrah MeDaN TaRbiYaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Malam pertama usrah dengan warga IPGM Kampus Tuanku Bainun yang baru berusia 3 minggu..hee maksud ana adik2 juniour la...

Sebenarnya ana beryukur sangat kerana terpilih menjadi salah seorang naqibah yang telah diberi tanggungjawab untuk menggerakkan perjalanan usrah di IPGM Kampus Tuanku Bainun, bagi ana ini adalah hadiah dariNYa...kerana ini bermaksud Allah membuka peluang besar dan luas untuk ana islah diri dan dalam masa yang sama berdakwah kepada orang lain. Alhamdulillah, setelah melalui temuduga naqibah, ana yakin dan pasti bahawa sebenarnya Allah lah yang memilih ana, bukanlah sidang juri dan ahli syura BKS, mereka hanyalah perantara sahaja. Subhanallah...inilah hadiah yg amat bermakna bagi ana..Syukur padaMu ya Rabb...

Jadi, ana telah berjanji pada diri ana, yang ana akan pegang kumpulan usrah ana sehabis baik. Ana akan berusaha untuk menjadi naqibah yang terbaik bagi mereka. Ana akan cuba pupuk ukhuwah antara kami. Sesungguhnya ukhuwah itu manis...ukhuwah fillah abadan abadaa..Moga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya jalan dakwah bukan lah mudah...

Ahli usrah ana sebenarnya ada 7 kesemuanya, tapi yg hadir hanya 5 orang sahaja. hmm, menurut ahli usrah ana, seorang yang tidak hadir tu memang tak datang mendaftar dan seorang lagi pergi medical check up. Alhamdulillah usrah tadi berjalan lancar. Walaupun ada la yang malu2 nak cakap. Biasalah awal pertemuan...

Usrah kami dimulai dengan sesi ta'aruf antara sesama ahli usrah, kemudian tasmi' bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas dan seterusnya pengenalan tentang usrah.

Apa sebenarnya yg dikatakan usrah ini?

Usrah dari segi bahasa ialah keluarga. Dari sudut istilah pula ialah:
~Kumpulan individu muslim yg beriman kepada Allah SWT.
~Berusaha tolong menolong orang lain untuk memahami dan menghayati Islam.
~Terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam atas dasar akidah Islamiyyah.
~Merupakan medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Bagaimana? sudah jelas apa itu usrah?

Ok. Nak tanya sikit.. Perlu ke usrah ni? Penting ke usrah ni? Apa tujuan berusrah ni?

Takpelah..biar ana tolong jawabkan..ish2...sendiri tanya sendiri jawab..(^_^)

Jawapannya: Perlu dan penting kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Sebenarnya bermula pada zaman Rasulullah apabila pemeluk Islam meningkat kepada 50 org lelaki dan wanita. Rasulullah telah memilih sebuah rumah yg terpencil iaitu rumah Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai pusat penyampaian ajaran Islam. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 org lagi masuk Islam. Hebat tak fungsi usrah? Hebat bukan..? Ya..sungguh hebat..

Usrah adalah medan tarbiyah? betul ke? Ya. Usrah adalah medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yg sanggup hidup dan mati demi meperjuangkan Islam.

Mari kita singkap sejarah...

Siapa yang tidak kenal kepada sahabat nabi Bilal Bin Rabah? Siapakah Bilal Bin Rabah ini? Ana kira kalian sedia maklum dan kenal siapakah dia Bilal Bin Rabah bukan?

Bilal bin Rabah merupakan salah seorang yang mengikuti usrah nabi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam. Beliau lah hasil daripada medan tarbiyah yg dipimpin oleh nabi Muhammad SAW. Kita dapat lihat betapa teguhnya akidah Bilal bin Rabah ini, sehingga walaupun dia diseksa, dijemur ditengah panas, diseret, dihimpap dengan batu besar dan sebagainya namun dia tetap melaungkan: Ahad, ahad, ahad. Subhanallah...Itulah yg dimaksudkan dengan usrah medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yg sanggup hidup dan mati demi meperjuangkan Islam.

Nah, sekarang jelas bukan bahawa usrah itu penting?

Usrah bukan sekadar tempat untuk memberi ilmu bahkan merupakan tempat untuk membincangkan sesuatu perkara. Tugas setiap ahli usrah adalah untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain sekaligus membentuk satu paduan rohani dan jasmani.

Jom kita perhati dan teliti apa tujuan Usrah?

1.Mendapat mardhatillah
Sebagai hamba Allah, setiap perkara yg kita lakukan, seharusnya kita mengharapkan keredhaan-Nya. Kita perlu berusaha sedaya yg mungkin utk tunduk, patuh dan taat kepada suruhan-Nya sekaligus menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah dalam surah ali -imran, " apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yg besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam?Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (al-imran:162)

2.Merapatkan ukhuwah
Setiap mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w "la yu'minu ahadukum,hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih" yg bermaksud," tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri". Jelas disini betapa pentingnya hubungan silaturrahim sesama mukmin .Di dalam kelompok usrah, kita boleh merapatkan ukhuwah antara satu sama lain dgn cara berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah.

3.Tempat berbincang
Konsep musyawarah telah lama wujud dalam Islam. Bermula dari zaman para anbiya' , para sahabat sehinggalah ke hari ini. Dalam usrah, amat dititik beratkan perbincangan sesama ahli agar sesuatu perkara dapat didalami, dijelasi dan difahami dengan sepenuhnya. Dalam usrah, dakwah boleh disampaikan sepertimana yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu menggunakan pendekatan usrah sebagai langkah awal dalam usaha menyebarkan agama Islam.

Ana harap dengan sedikit perkongsian ini, kalian jelas apakah itu usrah, peri pentingnya usrah dan tujuan usrah itu sendiri.

Untuk Liqa' kali pertama dengan ahli usrah ana, ana telah memberi beberapa tugasan kepada mereka..hee memang ana sengaja bagi mereka tugasan. Sebenarnya, pada ana ia adalah salah satu pendekatan untuk menjadikan mereka komited dengan usrah.

Ok. berikut adalah tugasan yg ana beri...awal2 da dapat assignment.. ish2 kecian...hee (~_^)

~Setiap ahli usrah hendaklah membuat biodata masing2 & serahkan kepada naqibah (ana la tu)
~ Apakah rukun2 usrah? Cari dan akan dibincangkan pada liqa' akan datang.
~Setiap ahli hendaklah menghafaz doa Rabitah.

Tiga je... InsyaAllah tak membebankan..

OK lah..tu je nak share tuk kali ni..Akhir kalam.., Ana mohon doa kalian agar ana diberi kekuatan dalam memimpin ahli usrah ana...Bi iznillah...

Aku berkata: Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku, hidup adalah perjuangan. Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya? Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.

Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’, apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.”

Kata2 itu dari Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad,
Keluaran Keenam, m.s. 278


No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~