Monday, July 6, 2009

< IKlaN Allah >


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Alhamdulillah, usai membaca sebuah buku yg dipinjam daripada seseorang yg amat ana sanjungi, ana begitu tertarik dengan salah satu daripada isi kandungannya. Dalam bab 6 buku At-takwa Kuasa Menjana Kecemerlangan, antara latihan mencipta kejayaan yg dinyatakan oleh penulis adalah sentiasa melihat kalimah Allah.

Saudara dan saudari yg disayangi Allah sekalian,

Iklan biasa digunakan sebagai medium untuk memudahkan kita mengingati sesuatu perkara. Kita mungkin ingat nombor telefon Pizza Hut kerana selalu mendengar nombornya dilagukan dalam iklan yg disiarkan di radio dan juga tv.

Ayat-ayat di dalam Al-Quran juga selalu diulang-ulang agar kita mudah ingat dan faham. Oleh itu, teknik ini juga boleh kita aplikasikan untuk menguatkan ingatan kita kepada Allah dalam kehidupan seharian.

Bagaimana caranya? Apa yg boleh kita lakukan ialah; menghiasi kediaman kita atau di mana-mana tempat kita berada dengan kalimah Allah. Gantung atau tampallah seberapa banyak dan di setiap penjuru, agar mata kita sentiasa melihat kalimah Allah dan secara tidak langsung mengingatkan kita kepadaNYa. Di samping itu juga, kita akan lebih merasa keberadaan Allah. Kita akan merasa bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita dan Allah sentiasa memerhatikan setiap dari gerak-geri kita.

Wallpaper computer dan hanphone kita juga boleh dihiasi dengan kalimah Allah. Tapi, Jangan pula kita masuk ke dalam tandas dengan handphone yg mempunyai kalimah Allah..Kita juga boleh menggantung kalimah Allah atau menampalnya di dalam kereta kita. Fikirlah mana-mana tempat lain yg boleh kita hiasi dengan kalimah Allah agar kita sentiasa mengingatinya.

Saudara dan saudari yg dikasihi kerana Allah sekalian,

Ingatlah iklan Allah ada di mana-mana. Bila kita nampak masjid kita ingat solat, bila kita nampak kubur kita ingat kematian, bila Nampak rumah orang-orang kaya kita Nampak syurga Allah yg jauh lebih hebat dari itu dan bila kita lihat alam serba nan indah (langit nan biru, pohon nan rendang,laut yg terbentang luas, bukit-bukau yg gah berdiri dan yg sewaktu dengannya) kita akan ingat akan kekuasaan Allah yg Maha Pencipta.

melihat masjid mengingatkan kita tentang solat


lautan yg luas bukti kekuasaan Allah

bukit-bukau tanda keagungan Allah yg Maha pencipta

Subhanallah, Maha suci Allah..segala puji hanya bagiMu ya Rabb..

kubur kata mari rumah kata pergi, ingatlah bahawa umur bukan ukuran kematian

Subbhanallah, Begitu banyak iklan Allah, cuma kita yg tak perasan.

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~