Tuesday, July 7, 2009

~USaH DerHaKa KelaK BiNaSa~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Mengimbas kembali peristiwa 6 tahun yg lepas...

Suatu petang yg indah..adikku Fazirah sibuk mengajak aku menaiki basikal...seingatku masa tu hari sudah senja..."along, jom naik basikal!" ajaknya tak sabar. "hmmm, malas la dik." jawabku endah tak endah. "alaa..jom la long, bawa Adila sekali." pujuknya. "yela2, jom laa..." jawabku setuju dengan pelawaannya.

"Mak, along nk keluar main basikal jap ye." ku mohon izin dari mak. "eh, kan da senja ni along. tak payah la. esok2 main kn boleh?" kata mak tanda tidak mengizinkan kami keluar. "alaa mak, kami main jap je. leh ye mak.." pujuk adikku Fazirah. "dah, jangan nak mengada-ngada. da nak maghrib ni! " bantah mak.

Mak berlalu ke dapur. Adikku Fazirah tarik muka masam. Muka seposen je. "along...jom la..jap je.."pujuknya lagi. "Mak kan tak bagi keluar. lain kali je la." jawabku. "Along ni, jom la..." muka da tukar jadi lima sen. "hmmm, yela2. muka cam da nak nangis along tengok."jawabku setuju dengan permintaannya itu.

Kami bertiga (aku, adikku fazirah dan adik bongsuku ketika itu adila) pun keluar la rumah tanpa izin seorang ibu.

Main basikal punyalah seronok. Tapi malang tidak berbau. Sewaktu mendaki bukit kecil di halaman kawasan rumah kami, kami jatuh. Jatuh ke dalam longkang besar. Maka, masuklah kami bertiga dalam longkang besar tu bersama-sama basikal sekali.

"Dik, cepat angkat basikal tu!" marahku pada Fazirah. Aku pula cepat2 mengangkat adikku Adila yg dah menangis ketika itu. Mana taknya usianya baru 2 tahun ketika itu. Tatkala itu, hanya Tuhan sahaja yg tahu apakah perasaanku. takut, risau, kesal dan sebagainya.

"Adik, tangan tu berdarah!" kata seorang yg tidak ku kenali. Mungkin dia melihat kami jatuh tadi. Ya Allah, banyaknya darah di lengan kiriku. Terukkah? Tapi aku tak merasa sakit pun. Mungkin kerana terlalu risaukan adik bongsuku yg kecil itu maka aku tidak merasa sakit walau lenganku sudah luka.

Pulang ke rumah...

"Tu la..along degil. kan mak da kata tadi. jangan keluar along. tapi along keluar jugak. ha, padan la muka." marah mak. Aku senyap seribu bahasa. Hanya air mataku berlinangan kerana merasa sakit dan kesal kerana aku derhaka pada seorang yang bergelar ibu.

"Along tu da la nak masuk asrama seminggu lagi. sempat ke sembuh luka ni ha?" marah abah pula sambil membersihkan sedikit lukaku itu. Aku hanya menahan sakit. "dah, jom pergi klinik, manala tau nak kena jahit ke apa ke?" kata abah. Ha, jahit? Biar betul, tak kan sampai kena jahit?

Alhamdulillah tak kena jahit. Doktor just cuci je. Lama juga luka tu nak kering. Tapi yg pasti kesan luka itu ada sehingga kini. Tanda pernah derhaka pada Mak. Mak ampunkan along. ..Ya Allah ampunkan hambaMu ini...

Ya Allah, Yang Maha berkuasa. Derhakaku pada mak kerana tidak patuh perintahnya supaya jangan keluar rumah tika itu, Kau bayar cash ketika itu juga ya Allah. Sesungguhnya sejarah luka buatku. Sejarah yg mengajarku erti patuh dan taat pada yg bergelar ibubapa. Selepas sejarah itu, apabila mahu keluar rumah aku mesti meminta izin dari mak atau abah. Sehinggalah kini, apabila mahu keluar kampus atau ada apa2 program di luar, akan segera ku maklumkan pada mereka. Walau jauh dari mereka, tapi bagiku mereka berhak tahu sebarang aktiviti, ke mana dan di mana anak mereka ini berada.

~sekadar berkongsi~
Berkongsi sedikit pengalaman hidup bersama kalian untuk diambil pengajaran.
.......................................................................................................................................................................

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.

Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.

Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.

Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)

Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka.

Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.

Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

2 comments:

  1. subhanallah..

    risau sehingga trlupakan luka pada tgn..

    tringat sy kejadian yg lbh kurg sama, trjatuh basikal ke dlm yg blh dipanggil parit. lucuny tringt zamn muda2. =)

    smg kita dpt brbakti kpd ibu bapa sementara mrka masih ada.. 8->

    ReplyDelete
  2. nice post..mmg xleh lawan ckp org tua kt..sy penah masuk parit cz leka xbaca doa, padahal dah sampai umah pn..

    ini baru leka xbaca doa..Allah dah bg cash

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~