Tuesday, July 28, 2009

~ H1n1 MeLanDa ~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yg sentiasa memberi dan melimpahkan rahmatNya kepada hamba2Nya...Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Badan rasa kurang sihat...entah la, mungkin penat dek kerana menyertai larian mesra anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani sempena Bulan Kecergasan peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Lari hujan-hujan pulak tu. Tapi, alhamdulillah masih dapat bangun dan menulis entri ini untuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Hari ini mencatat sejarah,

Apa yang mengejutkan setelah membuat pemeriksaan terhadap guru2 pelatih IPGM Kampus Tuanku Bainun yg demam, sehingga pukul 7.00 petang tadi seramai 5 orang telah disyaki H1N1 dan seramai 40 orang guru pelatih terpaksa dikuarantin..

Ada yang tanya, tak cuti ke? tak tutup ke IPGM Kampus Tuanku Bainun tu?

Hmmm, entahlah.. esok baru ada perhimpunan mengejut bersama Pengarah. Sama2 la kita menantikan keputusannya dan terimalah dengan hati yg redha. InsyaAllah.

Tahukah kalian, Apa sebenarnya tanda-tanda H1N1 ini?

Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah

Awas! tanda2 ini ada pada kalian? Jika ada, maka ana nasihatkan segeralah ke klinik atau hospital berdekatan. Tidak rugi membuat pemeriksaan kerana sesungguhnya NIKMAT SIHAT itu amat penting.

Jika kita tidak sihat dan sakit, makan pun tak lalu..buat kerja tidak bersemangat macam masa sihat, tidur pun tak selena waktu sihat dan bertenaga.

Begitu juga dengan ibadah kita. Rasa seperti tidak begitu sempurna sebagaimana waktu kita sihat.


Suatu ketika Rasulullah berpesan kepada sahabatnya iaitu Ibnu Abbas tentang dua kenikmatan yang sering membuat manusia lupa, lalai dan tertipu olehnya. Beliau, dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, mengisahkan orang-orang seperti itu dengan istilah Maghbun, iaitu orang-orang yang sentiasa melalaikan dan melupakan atau meremehkan keadaan kesihatan dan kesempatan (masa lapang) mereka.

Sabda Rasulullah SAW, “Sihat dan masa lapang adalah dua nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia, namun sering mereka lupakan”.

Bahkan didalam hadits yang lainpun Rasulullah SAW masih mengingatkan kepada umatnya untuk sentiasa mengingat lima perkara sebelum lima perkara. Iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Ini membuktikan bahawa Rasulullah amat menitik beratkan soal kesihatan. Jadi, kepada sesiapa yg demam, jangan takut2 pergilah ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat.

Pepatah Arab ada menyebut : Al-wiqayatu khairum minal 'ilaj yang bermaksud mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Nah...sekarang kalian pilih. Nak sakit dulu baru sibuk nak cari ubat ke atau nak cepat2 cegah sebelum sakit?

Di sini ana sertakan doa untuk menghidar penyakit menular dan wabak. Sama2lah kita memohon padaNya agar dijauhkan dari segala bala dan wabak. Khususnya H1N1 yg sedang melanda seluruh dunia ini.


Sampai sini dulu tuk entri kali ini.. Kalau ada jodoh semoga kita bersua kembali di entri yang akan datang...Bi iznillah. Doakan kesihatan ana, sahabat2 ana dan semua warga IPGM Kampus Tuanku Bainun. Semoga dijauhkan dari segala mudharat. Amin ya Rabbal Alamin..

Sekian, Wassalam...

5 comments:

  1. Salam Ziarah dari saya di bumi UK ini...Terima kasih banyak2 kerana sudi singgah di blog saya ye...saya sangat menghargainya...:-)

    Salam Ukhuwwah....:-)

    Salam Maju Jaya...

    -Faiza-

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kami semua warga IPGM Kampus Tuanku Bainun telah diberikan mask semasa perhimpunan mengejut pagi ini sebagai langkah berjaga-jaga.
    Doakan lah moga kami dijauhi dari H1N1 ini..
    Amin..

    ReplyDelete
  3. oh ya, setakat ini keputusan untuk cuti atau menutup IPGM kampus tuanku bainun belum diambil lagi...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Semoga anda berhati-hati ya.. doa dan berusaha mengelak. :)

    ReplyDelete
  5. setiap bencana dan bala(H1N1) yg Allah berikan kpd hambanya adlh suatu peringatan dan ade hikmah disebaliknya, moga kita sama2 fikirkan supaya dapat kita kembali kpd fitrah kita sbg hambaNya.... renung2kan...

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~