Monday, July 6, 2009

^ Awas! BahaYa Mata AdaM ^



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Sesungguhnya Allah menciptakan tiap sesuatu itu berpasang-pasangan.Sebagaiman kita sedia maklum..Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pas
angannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan..

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk
mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaa
n

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlih
at bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu un
tuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Buat Kaum Hawa...Awas! bahaya mata Adam...

Firman Allah Azza Wa Jalla: Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [Surah Al-Ahzab : ayat 59]

Buat Kaum Adam...Awasi mata kalian...


Firman Allah SWT : Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat. [Surah An-Nur: ayat 30]

Berkata Nabi Isa a.s: “Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat (nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”

Rasulullah saw bersabda:“Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh itu, barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya.”




No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~