Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Subhanallah... terasa begitu cepat masa berlalu.. Dek kerana kesibukan yang melanda diri ini tidak ku rasa hari-hari dalam hidupku berlalu pergi. Jika direnung kembali banyak sungguh perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi, biarlah ia hanya tersemat kemas dalam sanubariku... Ambil yang jernih buanglah yang keruh. Tak gitu?
Sahabat, Ramadhan yang dirindui kini tiba jua bertandang. Ku yakin dan percaya kehadiran Ramadhan sangat dinanti. Jauh dari sudut hati ini ingin ku lafazkan pada Ramadhan: "Ahlan ya Ramadhan!"
Tapi wahai sahabat...Jangan kita lupa bahawa Ramadhan hanya datang menziarahi kita SEBULAN sahaja. Ramadhan datang bertandang 30 HARI sahaja sahabat...Anggaplah Ramadhan seperti orang yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Tatkala si Ramadhan tetamu terhormat ( VVIP gitu...) datang bertandang ke tempat kita, masakan kita mahu membiarkannya sahaja. Takkan nak buat bodoh je kot? betul tak?
Sudah pasti kita akan melayannya dengan sepenuh hati bukan?. Begitu jualah dengan kehadiaran Ramadhan. VVIP la katakan... Maka kita seharusnya MENGHARGAI RAMADHAN, MENGHORMATI dan juga MENCINTAInya...
Nah, ada lagi berbaki 29 hari atau 28 hari sahaja Ramdhan bersama kita... Jangan biarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik di bulan Ramadhan sangat3 berharga. Ayuh Hargai, hormati dan sayangilah Ramadhan. (^_^)
Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
No comments:
Post a Comment