Saturday, August 21, 2010

~ Padanya BaRaKaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Along bangun sahur. Da lewat da ni."

Ah, teringat zaman kanak2 dahulu. Tatkala mak dan abah kejut suh bangun sahur. Dengan liatnya kupaksakan diri untuk bangun. Tapi yang kelakarnye, tengah mak sendukkan nasi sempat lagi mata terpejam. hee Zaman kanak2...

Bila da besar sikit...

"Along bangun. Kejut adik2"

Ai dulu mak yang kejut kita, bila da besar mak suh kita kejut adik2 plak. Saje je...hee yela, nak bagi rasa betapa susahnya mengejutkan orang agaknya.

Bila da semakin dewasa...

"Along, esok along masak ye?"

Pantang ada kat umah mesti kena masak. Yela, dari dulu asyik dok jauh. Duduk kat asramakan. Balik umah pon sekali sekala je. Mesti depa rindu masakan along tersayang.hee.. perasan la pulak...(^_~)

Kalau kat SAMER (sekolah menengah saya ye) senang... Makan sahur disediakan. Cuma nak turun dewan makan ke tak. Lau turun dapat la sahur best2. Kalau tak bangun, alamatnya sahur air masak dan biskut-biskit jela...

Kini di IPG KTB, sahur nafsi-nafsi. Pandai-pandai la hampa nak hidup. =)

Tapi apa yang penting sebenarnya, hanya nak tekankan kat sini bahawa sahur ni penting. Walaupun sebenarnya boleh je puasa tanpa sahur. Namun, pada sahur itu penuh barakah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Permata :Perasaan rindu semakin menguasai diri ini. Namun, ku masih sabar menanti. Ya, menanti saat diri bertemu keluarga tersayang. Hari-hari Ramadhan yang berlalu tanpa kehadiran mereka disisi amat kurasai.

Permata lagi : Mak abah dan adik2ku sayang, tunggu along balik ye~

1 comment:

  1. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran di bulan penuh peluang ini.

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~