Monday, July 26, 2010

~ AwaS, berHati- haTi DeNGaN AmaNaHmu! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi'-tabi'in dan semuanya...

Sudah beberapa hari kubiarkan laman ini sunyi tanpa perkongsian. Bukan ku sengaja duhai sahabat..ada perkara lain yang lebih butuh akan kudratku.

InsyaAllah hari ini ku ingin kongsikan sebuah kisah yang mahsyur ku kira. Namun, ku ingin kongsikan jua di sini kerana ia bisa menjadi peringatan kepada yang sudah tahu dan perkonngsian baru kepada yang belum tahu. tak gitu?

Baik..ayuh teruskan pembacaan..Hayati dengan sepenuh hatimu dan ambillah iktibar daripadanya...InsyaAllah ia akan membuahkan sesuatu yang bisa kalian bawa pulang usai menziarahi blogku ini.

tersebutlah kisah...

Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kuasanya. Oleh kerana kehidupannya yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya lalu beliau akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun. Kebun yang dijaga oleh beliau itu banyak pokok-pokok delima. Dia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin.

Suatu hari, datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke poko-pokok delima yang paling masak. Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah lalu berkata "Wahai Ibrahim, tolong bawakan kepadaku buah delima yang paling manis". Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahui mengapa tuannya menyuruh dia mengambil sebiji lagi.


Setelah buah yang diberi dimakan oleh tuannya, tiba-tiba tuannya membuang buah delima itu. Dek kerana terlalu marah sebab buah delima yang dimakannya masih masam, dia pun berkata dengan suara yang keras "wahai Ibrahim, hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang manis ataupun yang masam?".

Ibrahim berkata "Tuan, bukankah saya diamanahkan untuk menjaga kebun supaya subur dengan buah-buahan tetapi tuan tidak memberi keizinan pada saya untuk merasa buahnya".

Betapa terkejutnya tuan kebun itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak diduga sama sekali akan besarnya amanah yang ada pada tukang kebun itu dan betapa amanahnya dia terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Permata: Amanah itu berat sekali...menjaganya tidak mudah wahai diri...mengabaikannya balasan dariNya menanti...

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~