Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah segala puji bagimu Ya Rabb... akhirnya terubat jua rindu dihati ini. Tatkala kaki menjejak rumah yang sudah lama ditinggalkan, suatu perasaan sayu menyelinap masuk ke sanubari ini. Ah, rindu sudah terubat...
Melihat Hannan yang semakin membesar, terdetik dihati bahawa begitu cepat sekali masa berlalu. Hmmm, pejam celik sudah setahun sebulan usia Hannan. Seronok tengok Hannan dan Imtiyaz bermain...Teringat zaman kanak-kanak. Hee
Tapi, berada dirumah punya ujiannya tersendiri. Ya, ku punya lambakan assignment yang tidak tersentuh dek kerana melayan kerenah adik-adikku di rumah. Oh tidak! Terpaksa ku curi-curi masa tuk menyiapkan assignment2 itu.
Bagaimana ya bila sudah berkeluarga kelak?
Melihat mak yang terkadang tak cukup tangan melayan kerenah Hannan dan Imtiyaz. Ya Allah, sungguh besar pengorbanan mak. Ku kangum melihat mak sungguh pandai mencuri masa. Entah bila masa rehatnya. Tapi kerjanya tiptop gitu. Subhanallah...
Jadi, pada entri kali ini, ku hanya mahu memujuk diri bahawa aku juga bisa curi-curi masa untuk menyiapkan segala assignment yang telah diamanahkan.
Juga pada kesempatan ini,Ku seru pada kalian dan juga diri sendiri, ayuh kita curi-curi masa di bulan Ramadhan penuh barakah ini dengan memperbanyak tilawah Al-Quran, bersedekah, zikrullah, solat malam dan sebagainya.
Sahabat...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini?
Permata : Masih belajar mencuri masa~
Permata lagi : Ayuh, kita curi2 masa di Bulan Ramadhan yang hanya tinggal berapa hari sahaja lagi dengan mendekatkan diri padaNYa.
No comments:
Post a Comment