Sunday, June 28, 2009

-:: RasuLuLLaH MenGaJaRkaN DoA ::-


Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam ukhuwah, salam perjuangan buat kalian yg setia menziarahi MUJAHIDAH FI SABILILLAH. Moga kalian sentiasa di bawah perlindunganNYa… Amin..

Alhamdulillah…Pada post yg lepas ana ada berkongsi bersama kalian tentang doa iaitu 10 adab2 dalam berdoa dan 10 sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada post kali ini, ana ingin berkongsi sebuah doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW..

Saudara dan saudari yg di kasihi kerana Allah sekalian…

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid. Tiba2 terdapat seorang sahabat yang bernama Abu Amamah sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya : “Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

Lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku”.

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku”.

Lantas baginda SAW bertanya: “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?”.

“Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah”.

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, وأعوذبك من العجز والكسل, وأعوذبك من الجبن والبخل, وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah, Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengejut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan petang, insyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT. Setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT”.

P/s: Marilah kita sama2 mengamalkan doa ini, moga kita dijauhkan daripada rasa sedih dan gelisah, sifat lemah dan malas, sifat pengejut dan bakhil, dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~