Tuesday, June 9, 2009

*Dari mata turun ke hati*


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya kita masih di sini, di bumiNYa yang penuh dgn cabaran dan ujianNYa ini..pada kali ini ana mahu kongsi sesuatu yg ana kira amat penting buat kita..."Dari mata turun ke hati"
bacalah! moga mendapat manfaat darinya...amin..

Dari mana datangnya CINTA? Dari mata turun ke hati! Oleh kerana itu Islam mewajibkan setiap umatnya memelihara mata agar hati tidak mudah tergoda.

Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur, ia mesti dijaga dari permulaannya. Sekiranya ia terjaga pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang-orang yang takut kepada balasan Allah.

“Katakanlah kepada orang-orang lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pansangannya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30)
“katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka” (An-Nur:31)
“Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat” (Al-Israk:32)
Maka jeIaslah disini bahawa Islam mengajar umatnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan Syahwat.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton dan membaca bahan lucah, mendedahkan aurat serta mengambil makanan dan minuman yang memabukkan adalah diantara sebab utama yang menaikkan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.

Berkata Nabi Isa a.s: “Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat (nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”

Orang bertanya kepada Nabi Yahya a.s “Apakah permulaan zina?” Nabi yahya menjawab “Malihat dan berangan-angan”

Rasulullah saw bersabda:“pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh itu, barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya.”

Bermula dengan renungan mata, kemudian bersentuh-sentuhan dan ringan-ringan tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal maka hilanglah rasa takut atau malu.
Rasulullah saw bersabda: Tiap-tiap anak Adam (manusia) mempunyai bahagian dari zina. Dua matanya berzina, iatu memandang sesuatu yang menaikkan syahwat dan tangannya berzina iaitu memegang mereka yang bukan muhrimnya.dua kakinya berzina iaila bejatan ke tempat maksiat. Mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melakukan zina. Kemudian sahkan yang demikian itu oleh kemaluan’’ (muslim)

Bekata syaitan kepada nabi musa. “janganlah engkau berdua-duaan dengan perempuan yang tiada halal bagimu.Kerana apabila seseorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan yang tidak halal baginya,maka aku(syaitan)lah temannya.Lalu aku goda lelaki itu dengan perempuan tersebut dan aku goda perempuan itu dengan lelaki tersebut”

Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran,hendaklah kamu cegah dengan tangan,sekiranya tidak mampu dengan tangan maka hendaklah kamu cegah dengan lidah,sekiranya tidak mampu dengan lidah maka hendaklah kamu cegah dengan hati.Tiadalah iman selepas itu.”

Untuk menggawal nafsu, Islam mewajib kita agar berkahwin.Jika kita gagal menahan nafsu dan terjerumus dalam perbuatan zina,islam juga menyediakan hukuman berat keatas mereka yang melakukan perbuatan keji ini.

“Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki yang berzina, hendaklah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.

Sesungguhnya apabila hambanya berbuat maksiat kepadaNya, nescaya ia amat penyantun. Apabila hamba itu kembali kepada perbuatan maksiat pada kali yang lain, nescaya Allah akan menutup dosanya. Apabila hamba itu memakai maksiat itu sebagai pakaiannya (sebati), nescaya Allah marah kepadanya. Kemarahan dimana langit,bumi,gunung-gunung,pohon kayu dan haiwan menjadi sempit daripadanya. Siapakah yang sanggup menahan kemarahan Allah.

“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Al Jathiyah:23)

Penderitaan yang di tanggung oleh mereka yang berzina atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan, apatah lagi terpaksa menderita setiap saat kerana mengandungkan anak luar nikah dari perbuatan yang dikutuk Allah dan dikutuk manusia.

Terdapat juga kes-kes di mana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut kedalam tong-tong sampah, dalam tandas dalam semak dan membiarkan bayi dimakan oleh anjing, ulat-ulat dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tadak dikahwini melainkan dengan laki-laki yang berzina.”(An Nur:3)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 bala dan seksaan:Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
• Allah mengurangkan rezekinya
• Hidup yang hilang keberkatan
• Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan mikraj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka yang lain mengeluh dan meminta agar dijauhkan dari golongan penzina tersebut.
Apakah anda masih sanggup menghampiri zina? Besar kemungkinan anda akan telanjur dan melakukan zina! Jika ini berlaku anda pasti mendapat siksaan yang sama dari Allah di dunia dan akhirat.

“Berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak)sampai kerongkong dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang memberi syafaat. Allah mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi oleh hati”(Al Mu’min:18-19)

Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya.

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~