Tuesday, June 23, 2009

Marhaban ya Rajab!

BULAN REJAB BULAN ALLAH!

Sesungguhnya bulan Rejab mengandungi khazanah yg berharga, kaya dgn motivasi demi ke arah pengukuhan akhlak dan peribadi Muslim. Bulan ini telah diiktiraf oleh Allah sebagai salah satu antara empat bulan suci yg harus dihormati, dilarang melakukan peperangan, sebaliknya harus membayakkan tafakur merenung dan memerhatikan tanda2 kebesaran dan keagungan Ilahi.

Firman Allah maksudnya: sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan di dalam kitab Allah, pada hari Allah menciptakan langit dan bumi, dan antaranya ada empat bulan suci ( zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Demikian itu agama yg lurus; oleh itu janganlah kamu menganiaya dirimu sendiri pada bulan2 itu.[Surah At-Taubah:34]

Rasulullah s.a.w pula bersabda antara lain maksudnya: Rejab itu bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku.

Baginda menyifatkan Rejab sebagai bulan Allah, kerana Allah telah memilih bulan ini sebagai bulan berlakunya isra’ dak mikraj atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, Allah menunjukkan tanda2 kekuasaan-Nya pada malam itu, dan Allah juga menjemput baginda mmenghadap ke hadrat-Nya untuk disyariatkan solat fardu yg lima.

Allah berfirman maksudnya: Maha suci Allah yg telah menjalankan hamba-Nya ( Nabi Muhammad s.a.w jasad dan rohnya) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yg kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Al-Isra’:1]

Dalam perjalanan antara dua kota suci itu (Makkah dan Baitul Maqdis), Nabi Muhammad s.a.w telah singgah di beberpa tempat bersejarah, iaitu Taiyibah ( Madinah), Madyan (tempat pelarian Nabi Musa a.s ketika dikejar Firaun), Tursina (tempat Nabi Musa terima wahyu Allah), Baitul Laham (tempat kelahiran Nabi Isa a.s), kemudian barulah sampai ke Baitul Maqdis.

Baginda s.a.w diperlihatkan gambaran orang2 yg mendapat nikmat syurga dan orang2 yg diseksa di neraka, sebagai iktibar agar kita melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Kesemua 17 gambaran diceritakan menerusi hadis.

Kemudian dari Masjidil Aqsa, baginda dibawa mengembara ke angkasa lepas. Kisah ini boleh kita rujuk menerusi Surah An-najmi ayat 1-8, antara lain menceritakan betapa Rasulullah s.a.w telah melihat Tuhannya pada malam Mikraj di langit yg tertinggi dengan ru’payah basoriah (mata kepala). Demikian mengikut Mazhab Ahli Sunnah wal-jamaah dgn dalil daripada al-Sunnah al-Nabawiyah, tersebut dlm Tafsir Sofwatut Tafasir karangan Muhammad Ali as-Sobuni.

Baginda juga melihat Sidratul Muntaha dan Syurga Jannatul Ma’wa, yg menjadi tempat kediaman bagi taman perkebunan bagi para Malaikat dan juga roh org2 yang mati syahid dan org2 yg bertaqwa.

Nabi Muhammad s.a.w juga diperlihatkan dgn beberapa perkara ajaib. Sidratul Muntaha ditutup suatu selubung dari makhluk2 yg menunjukkan kebesaran Allah S.W.T kesemuanya kelihatan sangat indah berseri-seri.

Kata Mufassirin: Nabi Muhammad s.a.w melihat pohon itu telah ditutupi oleh suasana nur Allah ‘Azza wa jalla, sehingga tidak seorang pun sanggup melihatnya, dan dia ditutupi oleh para Malaikat serupa burung2 yg beribadat kepada Allah, dikerumuni sekelilingnya oleh orang2 yang bertasbih dan berziarah, sebagaimana kaabah diziarahi oleh orang ramai.

Pandangan Nabi Muhammad s.a.w tidak menyimpang dari tempat dia hadir dan tidak menoleh ke kanan dan ke kiri dan tidak pula melampaui batas dari yg dapat dilihatnya sebagai tanda beradab.

Subhanallah! Marilah kita sama2 memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah dipilih menjadi insan beriman kepadaNYa dan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul terakhir.

Marhaban Ya Rajab! Marilah kita sama2 berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadah kepadaNya. Antara amalan yg utama dan banyat ganjarannya ialah puasa sunat, menghidupkan malam, amalkan istighfar rejab, sedekah dan yg sewaktu dengannya. Sesungguhnya terdapat banyak fadhilat di Bulan Rejab ini yg dikatakan sebagai Bulan Allah S.W.T. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan belas kasihNYa. Amin ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~