Saturday, June 27, 2009

~:Doa :~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji dan syukur bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat2 baginda.
insyaAllah, untuk post kali ini…istimewa buat kalian ana ingin berkongsi berkenaan dengan DOA.

Rasulullah SAW bersabda: “Doa adalah senjata org mukmin”. Dalam kesempatan lain, beliau bersabda: “Doa adalah inti ibadah”.

Doa adalah bukti keyakinan pada kekuasaan dan Maha Pemurah Allah SWT. Kerananya, kehidupan orang mukmin tidak pernah sepi dari doa dan zikir. Bahkan dalam suasana perang pun, doa dan zikir tetap dilafazkan.

Dengan doa dan zikir, seorang mukmin mendapatkan cinta Rabnya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat, dan imannya semakin kuat. Dengan doa dan zikir, hati menjadi hidup, tenang dan bahagia.


Persoalannya di sini, apakah doa kita akan di terima begitu saja? Sudah tentu ada Cara2 dan adab2 dalam berdoa.Hmmm, pada post kali ini ana nak kongsi 10 adab berdoa bersama kalian..semoga kita bersama-sama dapat mengamalkannyai. InsyaAllah…

10 ADAB BERDOA

1. Memilih waktu yang baik - Contohnya Hari Arafah, Bulan Ramadhan, Hari Jumaat, sepertiga malam yg akhir, waktu sahur dan lain2.
2. Merebut peluang keadaan @ suasana yg baik - Contohnya dalam keadaan sujud, peperangan, turun hujan, ketika mendirikan solat dan selepasnya, ketika hati merasa khusyuk dan lembut.
3. Menghadap kilat, mengangkat kedua tangan dan menyapu muka di akhir doa.
4. Suara yg sederhana iaitu tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
5. Jangan memohon sesuatu yg tidak layak dipohon - Contohnya memohon darjat kenabian an mohon naik kelangit.
6. Memohon dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, sepenuh harapan dan rasa gerun dalam hati.
7. Yakin terhadap penerimaan terhadap doa yg dipohon.
8. Berdoa dengan penuh kesungguhan iaitu tidak mudah berputus asa serta tidak timbul perasaan doanya akan lambat dimakbulkan.
9. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada Allah serta selawat atas junjugan Nabi Muhammad SAW.
10. Mendahulukan taubat, mengembalikan sesuatu yg diambil secara zalim (tanpa izin) kepada pemiliknya dan menghadap serta memohon kepada Allah dengan menumpukan sepenuh hati tanpa sifat lalai @ sambil lewa (adab ini merupakan antara adab yg terpenting dalam berdoa)

[Adab2 yg selebihnya boleh dirujuk dlm kitab syarah Ihya’ (Ithaaf Al-Saadah Al-Muttaqin)]

Alhamdulillah, kita sudah mengetahui antara 10 adab berdoa. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengikuti semua 10 adab2 berdoa ini. Yang ana yakin, kebanyakan dari adab2 tersebut telah kalian ketahui bukan?. Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya agar doa kita diterima olehNYA. Amin ya rabbal alamin…

~Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Setelah kita tahu antara adab2 berdoa..mari kita sama2 muhasabah diri, mengapa ada diantara doa kita yg masih belum termakbul? Berikut adalah 10 sebab kenapa doa kita tidak dimakbullkan oleh Allah.

10 SEBAB KENAPA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf terkenal) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.


Pesanan khasnya buat diri ini dan amnya buat kalian yg dikasihi :Muhasabah diri dan lakukan perubahan agar hati kita tidak buta disebabkan sepuluh perkara di atas. Semoga doa2 kita selepas ini di makbulkan olehNYa. Amin ya rabbal Alamin.

2 comments:

~WaRkaH Buat Kalian~