Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

~ TaNya DiriMu~


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala Puji bagiMu ya Allah. Sesungguhnya milikMu lah segala yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah yang bermaksud:
"Ia (Iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. " ( surah Al-Hijr : 39)

Ya, itulah janji iblis laknatullah kepada Allah SWT tatkala mereka enggan sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam. Dan mereka amat berpegang dengan janji itu. Mereka sedaya upaya berusaha untuk menjadikan kejahatan dan maksiat itu indah di mata manusia.

Indahkah segala kejahatan dan maksiat di matamu?
Seronok kah melihat pasangan-pasangan couple berpegangan tangan dan bermadu asmara?
Apa yang kau rasa melihat wanita islam tidak menutup aurat bahkan pakaian-pakaian mereka mengalahkan wanita-wanita barat?
Gembirakah kau melihat remaja islam leka melepak di pasaraya?
Sukakah dirimu melihat pemuda pemudi islam membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Apa yang kau rasa? Suka? seronok? marah? sedih? kecewa?
Ah, walau apapun yang kau rasa tika melihat semua kemungkaran di muka bumi Allah ini, ingatlah bahawa musuh kita yang mubin( Nyata) itu pasti berusaha dengan sedaya upaya untuk menyesatkan mu, sahabat-sahabatmu, ahli keluargamu,dan semua saudara seaqidahmu!

Maka apa tindakanmu? Apa yang akan kau usahakan? Apa yang akan kau lakukan untuk keluar dari jajahan iblis laknatullah itu?

Atau adakah kau akan berdiam diri? atau memang kau mahu menyerah diri lalu tergolong bersama iblis dan syaitan laknatullah? Kau mahu bersahabat dengan mereka ya???

Permata: Tidakkkk! aku tidak mahu bersama mereka laknatullah! Aku Tidak mahu dihumban ke neraka! ya Allah, bantu hambaMu..Moga daku thabit di jalanMU.

Irhamna ya Rabbana...Thabbit Qulubana 'ala dinina...

Sunday, November 8, 2009

~ Kita punYa AmaNaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih berpijak di bumi yang fana ini di bawah naungan nikmat iman dan islam kurniaanNya. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang mulia, para sahabat. ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Sebenarnya tak tahu nak post entri ape tuk hari ni. Tapi, timbul rasa bersalah dalam diri jika sehari tidak ada apa-apa yang boleh dikongsi bersama di laman ini. Hmmm, sebenarnya ku cuba untuk istiqamah mengupdate blog ni. Namun, ku tahu untuk istiqamah bukanlah perkara yang mudah. Terlalu banyak mehnah yang harus ku tempuhi. Argh, kadang-kadang itu semua hanya alasan semata-mata. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih, ye dak?

InsyaAllah akan ku cuba untuk istiqamah. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk pentarbiyahan diri ku sendiri. Ku ingin menjadi sebaik-baik manusia. Ya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Tika menyeru teman-teman dan sahabat handai kepada kebaikan, secara tak langsung ia adalah peringatan untuk diriku sendiri.

Islah nafsak wad'u ghairak! ( perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain! ) sebaris ayat yg inilah yang selalu memberi ku semangat untuk terus menulis di sini. Ku tahu diri ini banyak kelemahan, tapi aku tidak mahu menjadi seperti orang yang ingin lari dari amanah dan taklif yang telah Allah berikan.

Ku sering mendengar keluhan-keluhan seperti:
" Alaa, aku bukannya baik sangat, tak layak nak tegur orang, tak layak nak nasihat orang."
" Hmmm, aku ni sape nak ajak orang wat baik, diri sendiri pun teruk lagi.."
" Kau tak pelah bakal ustazah, belajar agama, dari sekolah agama, tapi aku tak"
"Entahlah, rasa diri ni tak layak nak wat kerja-kerja dakwah"

Teman-teman dan sahabat seperjuangan... Sampai bila-bila pun kita tak kan sempurna. Sampai bila-bila pun ilmu kita takkan cukup. Sampai bila-bila pun kita takkan berasa diri kita da cukup baik. Sampai bila-bila pun kita tak kan rasa layak. Tapi soal kita ni baik ke tak baik ke, pandai tak pandai ke, layak tak layak ke, sepatutnya tak timbul! Kita sepatutnya sedar kita semua punya amanah itu; Amar ma'aruf nahi mungkar. Harus diingat, Bukan hanya mereka yang belajar ilmu agama sahaja yang wajib melaksanakan amanah itu!

Apa sumbangan kita untuk Islam selama kita hidup di dunia ini? Apa yang telah kita lakukan untuk memastikan Islam terus gemilang? Apa khidmat yang telah kita curahkan buat agama tercinta? Ya Allah, ,mampukah kita nak jawab dihadapanNya kelak andai di tanya sedemikian?

Akhir kalam.. Teruskan berjuang! Walau banyak yang perlu ditempuh, namun ingatlah perjuangan baginda harus diteruskan. Kitalah yang wajib meneruskan perjuangan baginda. Walau apa cara sekalipun. Islam wajib di jaga, Islam wajib dijulang.

Permata: Ayuh wajibkan diri berkhidmat demi ISLAM...!

Friday, November 6, 2009

~ MenGaPa KiTa Takut MaTi? ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... pagi tadi dah selesai menjawab paper kedua tuk final exam. Imtihan lilmadah Lughatul Arabiyah. Lega sikit. Tapi lega sikit jela sebab ada yang lebih utama menanti. Paper Pengajian Islam 1 dan Pengajian Islam 2.

Entri kali ini ku ingin menyentuh berkenaan dengan kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Semua yang hidup pasti akan merasai mati. Namun, mati ini sangat ditakuti oleh kebanyakan manusia. Kenapa ya kita takut mati?

Diriwayatkan, pada suatu hari Khalifah Sulaiman Bin Malik ( Bani Abassiyah) telah pergi berjumpa Abu Hazim untuk mendapatkan nasihat. Walaupun ada ulamak yang di gajinya, tetapi dia tetap berusaha mendapatkan pendapat dan nasihat dari ulamak-ulamak bebas. Ikuti perbualan ringkas beliau:

Khalifah : Mengapa kita sangat-sangat takutkan mati?
Abu Hazim: Kamu membangunkan dunia kamu, tapi pada masa yang sama kamu merobohkan akhirat kamu.
Khalifah : Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?
Abu Hazim : Bergantung pada orangnya. Bagi yang kenal dengan Allah dan ikhlas, mereka itu seperti anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarganya setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat di tangkap semula.

Di mana kita? adakah kita kenal Allah dengan sebenar-benar kenal dan boleh diibaratkan seperti anak tunggal kesayangan atau hamba yang engkar? yang lari dari tuannya?
Tepuk dada tanya diri..Jawab sendiri..Mari koreksi diri..

Monday, September 14, 2009

~ Ya Allah...Ampunilah HaMba~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah… syukurku panjatkan padaMu ya Rabb.. yang tidak pernah putus mencucuri nikmatMu pada hambaMu yang lemah ini. Apalah dayaku tanpaMu Ya Rabb.. Sesungguhnya daripadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku akan kembali. Kaulah matlamatku Ya Rabb.. Moga Kau sudi menerima hamba sebagai tetamuMu di syurga kelak.

Tuhanku…Aku tidak layak untuk syurgaMu
Tapi ku tak daya, menanggung seksaMU
Oleh itu kurniakanlah ampun padaku
Ampuni dosaku.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun Dosa2 besar.
Dosaku umpama pasir , terimalah taubatku
Wahai Tuhan, yang Maha Agung.
Umurku berkurang setiap hari dosaku bertambah
Bagaimanakah akan ku tanggung?

Ya Allah.. bagaimana akan kutanggung segala dosa dan noda yang menyelubungi diri ini.. Ku mengharapkan maghfirahMu ya Rabb.. Ku menagih ihsan dan belas kasihMu..

Andai nafas kuterhenti disini, pada malam ini,
Bagaimana harus aku menghadapMu?
Bagaimana harus aku yang penuh dengan dosa ini kembali padaMU
Ya Allah..Hanya kepadaMU ku memohon…

Ya Allah…beri aku ketabahan..
Ya Allah… Aku sanggup berkorban demi rahmatMu
Di dunia yang sarat dengan ujian ini..
Ku mohon agar dosaku kau ampunkan…

Ku rela.. kupasrah dengan semua suratan dan ujjianMu
Namun ya Rabb…
ku mohon jangan kau bebankan aku dengan bebanan yang berat..
Ku Mohon padaMu ya Allah…
Jangan Kau pikulkan aku apa yang tidak sanggup aku memikulnya…
Aku hanya hambaMu yang lemah..

Oleh itu Ya Rabb…
Pandanglah aku..Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu
Kasihanilah aku ya Rabb..
Ku butuh bantuanMu.. Ku perlukan hidayah dariMu

Hanya Kau lah tempat ku mengabdikn diri ini..
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan Selain Engkau,
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu,
Dan Aku berada dalam perjanjian denganMu,
yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku.
Dan aku berlindung padaMu,
Dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan,
Aku mengakui denagn sebenar-benarnya nikamtMu kepadaku,
Dan aku mengakui dosa-dosaku,
Maka ampunilah Aku,
Kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosa,
Selain Engkau…

~Permata~

Wednesday, May 27, 2009

Katakan TIDAK pada Dengki-mendengki, sindir-menyindir!


Assalamualaikum. Salam ukhuwah dan salam perjuangan buat kalian yang disayangi. Bismillahirrahmanirrahim,.pertama-tamanya marilah kita panjatkan rasa syukur padaNYa kerana dengan limpah dan belas kasihannya kita masih dapat menghirup udaranya, masih dapat melihat dunia dan seisinya..

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Semoga berada dalam keaadaan yang sihat wal afiat dan sentiasa dalam lindungan rahmatNYa..amin ya rabbal alamin..

Fitrah manusia, ada yang suka dengki mendengki. Sebagaimana yang ana kira kalian sedia maklum, hasad dengki ini terbahagi kepada dua iaitu hasad dengki yg baik dan yg buruk. Contoh hasad dengki yang baik adalah apabila kita melihat kesungguhan dan pengabdian seorang hamba ilahi dalam mentaati perintahnya. Maka kita digalakkan untuk cemburu akan dirinya dan berusaha untuk menjadi sepertinya. Adapun hasad yang satu lagi adalah yg dilarang olehNYA. Sebagai contoh, mereka yang dengki akan kejayaan bisness seseorang, berasa sakit hati dan akhirnya berusaha untuk menjatuhkan bisness tersebut. Nauzubillah…

Duhai teman, penyakit sindir-menyindir pula jangan diambil mudah. Sesungguhnya sindir-menyindir ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk antaranya berkelahi dan seterusnya memutuskan silaturrahim. Nauzubillah..moga dijauhkan dari kita semua. Amin…

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w besabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seorang berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.[Bukhari&Muslim]

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. Sejauh manakah nilai persaudaraan antara kita? Sejauh manakah nilai ukhuwah yg terbina atas dasar aqidah yg satu iaitu ukhuwah yang berpaksikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH? Marilah kita bersama-sama berusaha menjaga diri dari perasaan dengki-mendengki dan sindir-menyindir antara satu sama lain demi kesucian ukhuwah islamiyah yg terjalin antara kita semua. Wallahu A’lam. Segala yang baik datang dariNYA dan yg buruk itu dari hambaNYA yg lemah hina dina ini..Moga mendapat manfaat..Wasalam..ilal liqa’ (^_^)

Friday, May 22, 2009

"YA ALLAH, AKU MAHU BERUBAH!"



Ya Allah,
Syukur atas nikmat pancaindera-Mu…
Dengan penglihatan…
Aku dpat melihat segalanya kekuasaan-Mu…
Mengagumi segala kebesaran-Mu…
Namun,
Dengannya jualah…
Aku melakukan kemungkaran terhadap-Mu…
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa…
Melihat pada yang tidak sepatutnya…
Membuatkan diri ini alpa
Saat hidayah-Mu tiba…
Seketika ku tersedar…
Mungkin belum terlambat…
Untukku pahatkan dalam diri..
Bahawa…
Aku mahu berubah!!!

Ya Alllah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-Mu..
Alhamdulillah…
Hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu…
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Ku tundukkan pandanganku…
Yang selama ini meliar..
Ku timbulkan kekeliruan…
Pada teman-teman..
Ku tempis segala teguran sinis…
Ku tekadkan dalam kalbuku…
Bahawa…
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Jika dulu aku lali dalam menunaikan hak-Mu..
Terleka dengan duniawi…
Terkadang ku abaikan ukhrawi…
Subhanallah…
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling Agung…
Kau sedarkan disaat aku hanyut…
Masih tidak terlambat…
Untuk suatu perubahan…
Ku akur pada kekuasaan-Mu..
Lantas…
Ku laungkan dalam hatiku..
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah, ku pohon hidayah-Mu…
Duhao ayahanda dan bonda…
Sahabat-sahabat…
Serta…teman-teman..
Bantulah daku…
Bimbinglah daku…
Dalam mencari….
Cinta yang paling agung
Cinta Yang Maha Esa…
Sesungguhnya..
Aku mahu berubah!!!

~diambil dprd: Mufakkiratul Mukminah 2009

Thursday, May 21, 2009

~:: Perjalanan Hidup ini ::~

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,
yakinlah pada janji Ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...

Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerana kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...

Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu... .

~WaRkaH Buat Kalian~