Wednesday, May 27, 2009

Katakan TIDAK pada Dengki-mendengki, sindir-menyindir!


Assalamualaikum. Salam ukhuwah dan salam perjuangan buat kalian yang disayangi. Bismillahirrahmanirrahim,.pertama-tamanya marilah kita panjatkan rasa syukur padaNYa kerana dengan limpah dan belas kasihannya kita masih dapat menghirup udaranya, masih dapat melihat dunia dan seisinya..

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Semoga berada dalam keaadaan yang sihat wal afiat dan sentiasa dalam lindungan rahmatNYa..amin ya rabbal alamin..

Fitrah manusia, ada yang suka dengki mendengki. Sebagaimana yang ana kira kalian sedia maklum, hasad dengki ini terbahagi kepada dua iaitu hasad dengki yg baik dan yg buruk. Contoh hasad dengki yang baik adalah apabila kita melihat kesungguhan dan pengabdian seorang hamba ilahi dalam mentaati perintahnya. Maka kita digalakkan untuk cemburu akan dirinya dan berusaha untuk menjadi sepertinya. Adapun hasad yang satu lagi adalah yg dilarang olehNYA. Sebagai contoh, mereka yang dengki akan kejayaan bisness seseorang, berasa sakit hati dan akhirnya berusaha untuk menjatuhkan bisness tersebut. Nauzubillah…

Duhai teman, penyakit sindir-menyindir pula jangan diambil mudah. Sesungguhnya sindir-menyindir ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk antaranya berkelahi dan seterusnya memutuskan silaturrahim. Nauzubillah..moga dijauhkan dari kita semua. Amin…

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w besabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seorang berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.[Bukhari&Muslim]

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. Sejauh manakah nilai persaudaraan antara kita? Sejauh manakah nilai ukhuwah yg terbina atas dasar aqidah yg satu iaitu ukhuwah yang berpaksikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH? Marilah kita bersama-sama berusaha menjaga diri dari perasaan dengki-mendengki dan sindir-menyindir antara satu sama lain demi kesucian ukhuwah islamiyah yg terjalin antara kita semua. Wallahu A’lam. Segala yang baik datang dariNYA dan yg buruk itu dari hambaNYA yg lemah hina dina ini..Moga mendapat manfaat..Wasalam..ilal liqa’ (^_^)

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~