Saturday, October 31, 2009

~MencaRi KekuaTaN~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Rabb atas segala nikmat yang Kau curahkan buat hambaMu yang hina ini. Terasa diri ini tidak layak berada di atas muka bumiMU...Terasa diri ini terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.. Ya Allah, saban hari ku menghirup udaraMu...Namun bagaimana khidmatku terhadapMu? dan juga terhadap agamaMu?

Astaghfirullah...Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...Hamba malu padaMu ya Rabb...Terkadang hamba lupa...terkadang hamba leka...terkadang hamba alpa...Ya Rabb, Mengapa diri begitu lemah dalam bermujahadah?

Sudah lima hari berturut-turut abah menghantar sms kepadaku seawal 5 pagi. Sungguh ku amat terkejut dan terharu. Abah hantar sms kepadaku semata-mata untuk mengejutkanku bangun tahajud. Ya Allah, terima kasih kerana Kau mengurniakan abah kepadaku. Seorang abah yang sangat perihatin dan sayang padaku. Hmm, Mungkinkah abah takut dan risau akan anaknya yang seorang ini? Mungkinkah abah tahu keadaan anaknya yang semakin alpa dan leka ini?

Ya Allah, berikanku kekuatan!!! Ku tahu istiqamah itu suatu yang amat susah untuk dimiliki. Ku tahu sumber kekuatan itu ada pada qiam dimalam hari tika bermunajat dan mengadu segalanya padaMU. Tapi, mengapa badan ini terasa berat tuk bagun qiam sejak dua menjak ini?

Adakah hatiku sudah terlalu kotor dek kerana terlalu banyaknya dosa yang telah kulakukan? Ya Rabb, ku malu padaMU... Tika mengenang kisah Rasulullah yang sampai lebam-lebam kakinya kerana mengabdikan diri padaMU, terasa diri sangat kerdil. Siapalah daku di mataMu ya Rabb...?

Namun ya Rahman ya Rahim...Pandanglah daku dengan pandangan RahmatMU...Jangan Kau biarkan aku leka dan selesa dengan dosa yang kulakukan. Jangan Kau palingkan aku dari hidayahMU...Ku butuh cintaMu ya Rabb...

Sesungguhnya Kaulah matlamatku dulu, kini dan selamanya...

Friday, October 30, 2009

~ Ubat HAti~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... hari ni ku pergi meneruskan perjuangan ku sebagai guru. Hmmm, kelas mengaji kali ke-3 bagiku berjalan dengan lancar. Hari ni aku telah mengadakan sedikit ujian penilaian kepada semua pelajar2ku..

Aku sangat bahagia sekali. Ku merasa sangat tenang tika berada dalam kelas ini. Entahlah, mungkin berkat Al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang ku tunggu2 setiap minggu kerana ku tidak sabar2 untuk mengajar dan bertemu semua pelajar2ku yang amat kusayangi...

Sebagaimana yang kita ketahui setiap penyakit itu punya penawarnya, setiap sakit itu punya ubatnya. Jika fizikal kita atau jasmani kita sakit kita perlu segera makan ubat supaya ia dapat mengurangkan kesakitan dan seterusnya menyembuhkan penyakit tersebut.

Begitu juga halnya dengan hati kita. Jika hati kita sakit, terasa kosong, terasa hambar maka kita hendaklah segera mencari penawar dan mengubatinya bukan?

Maka apakah ubat hati itu?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Oleh itu duhai teman2 ku seperjuangan...
Marilah kita sama2 berusaha menjaga hati kita dari segala jenis penyakit yang sangat merbahaya buat rohani kita khususnya. MOga hati kita adalah hati yang lembut dan mudah menerima nasihat dan teguran. Moga hati kita belum nazak dan masih boleh diselamatkan.

Ayuh, selamatkan hatimu!

Wednesday, October 28, 2009

~PerSaHabaTaN L & P ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...ku masih lagi bersama-sama kalian di atas muka bumi Allah yang fana ini. Masih bersama-sama hidup dalam iman dan islam. Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Firman Allah:
Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Persahabatan Jejaka dan Wanita

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku. Ketika itu sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya! (saling rindu-merindui... .)

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku. Kata Fatimah. Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? tanya Ali. Tidak kerana pemuda itu adalah engkau. Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui... .
Sudah terlanjur digosipkan... ..

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati berdegup hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.(zaman teknologi kini, melalui SMS)

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan benjana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan dengan ssebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari mata jatuh ke hati.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain. Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti tazkiyatun nafs (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan.

Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya:
Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...(QS. An-Nuur: 31-32)

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Wallahualam.

~WaRkaH Buat Kalian~