Monday, March 1, 2010

~ KeBaikaN YaNG TerSemBuNyi ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, walaupun penat dek kerana merentas desa petang tadi, namun ku gagahkan jua diri tuk berkongsi sesuatu bersama kalian...

Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yg perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai org yg memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan nak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yg baru menyidai kain mungkin berrkata.."Hujan lagi!! Bila lah aku nak kering.."

Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?

Bukankah hujan itu juga yg menyuburkan tanaman dan sayur yg kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kpd cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselmatan, kecukupan dan kata-kata pujian..

Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. tetapi tidak semestinya kesenanagan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan. atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.

Jarang kita mahu melihat kebaikan yg mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yg rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.

Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yg kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.

Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yg baik dan bertanggungjawab tapi miskin, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yg besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun Allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Adakah kita lupa bahawa Allah pernah berfirman yg bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatau padahal ia amat baik bgmu.dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." Al-Baqarah: 216

Friday, February 26, 2010

~ SubHanallaH, MuLianya PeriBadi mu Ya RasuluLLaH ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setelah seminggu menghilangkan diri tanpa berita kini ku muncul semula. Dengan suatu semangat yang baru. Pulangnya daku dari Bina Insan Guru (BIG) siri 100 selama 4 hari 3 malam itu dengan keletihan yang tidak terhingga bersama berubahnya warna kulit. Moga membawa perubahan positif tuk diri...Amin...

Salam maulidur rasul buat kalian...Ayuh perbayakkan selawat padanya. Sebagai tanda kasih dan cinta kita pada baginda Rasulullah SAW...

Baginda RAsulullah sangat terkenal dengan perbadinya yang mulia..Tiada seorang pun yang mempunyai peribadi semulia baginda. Subhanllah...Ayuh sama2 kita lihat dan koreksi diri semula...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya humaira?' (humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Permata: Subhanallah...cantiknya peribadimu ya Rasulullah...Sesungguhnya kami sangat merinduimu ya Rasulullah...

Sunday, February 14, 2010

~ AmbiLLaH IkTibaR ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, bersua kembali kita di laman ini. Tika ini hati sangat gembira tatkala memikirkan hari esok kan terungkai segala rindu yang telah lama mengigit jiwa ini. Esok, insyaAllah ku kan pulang ke rumah jua akhirnya...

Sedikit perkongsian tuk kali ini...

Ayuh kita ambil iktibar daripada Al-Quran. terdapat tiga binatang kecil yang menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an. An Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah].


Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Kononnya, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.


Lain lagi huraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.


Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

Lebah tidak mengumpul makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat bermanfaat bagi kita. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini.

Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan mengumpul harta, mengumpul ilmu yang tidak dimanfaatkan. . Entah berapa banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa".

Nabi SAW mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'.

Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!

Permata: Ayuh kita sama-sama ambil iktibar...

~WaRkaH Buat Kalian~