Monday, March 1, 2010

~ KeBaikaN YaNG TerSemBuNyi ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, walaupun penat dek kerana merentas desa petang tadi, namun ku gagahkan jua diri tuk berkongsi sesuatu bersama kalian...

Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yg perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai org yg memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan nak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yg baru menyidai kain mungkin berrkata.."Hujan lagi!! Bila lah aku nak kering.."

Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?

Bukankah hujan itu juga yg menyuburkan tanaman dan sayur yg kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kpd cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselmatan, kecukupan dan kata-kata pujian..

Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. tetapi tidak semestinya kesenanagan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan. atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.

Jarang kita mahu melihat kebaikan yg mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yg rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.

Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yg kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.

Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yg baik dan bertanggungjawab tapi miskin, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yg besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun Allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Adakah kita lupa bahawa Allah pernah berfirman yg bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatau padahal ia amat baik bgmu.dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." Al-Baqarah: 216

5 comments:

  1. nanti kalau tulis kalimah ALLAH, tolong besarkan huruf ALLAH tu yer~ selamat maju jaya

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... tahniah atas post baru.. ader sedikit teguran..nanti kalau tulis nama "ALLAH" tu, besarkan hurufnya ya...kalau xnak besarkan semua, besarkan "A" aje pon xpe...selamat maju jaya, may ALLAH bless u..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam.. alhamdulillah ada juga yg perihatin...da btulkan da. syukran...

    ReplyDelete
  4. begitu lah manusia.kadang2 begitu senang untuk kita katakan betapa kita rindu dan dambakan kebaikan padahal kita tak pernah cuba untuk berbuat demikian..

    ReplyDelete
  5. alhamd, d sni jg sdh selesai merentas desa. memahami bgmn kesakitn yg dirasai.. ;)

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~